Friday, May 8, 2009

balik kampung

kami bertiga buat lawak. cuti tiga hari lepas aku balik kampung. tak dirancangpun nak balik. bangun tidurpun dah dekat pukul 10 pagi. Ain masih terbungkam saat tu. aku pulak baru bangkit gosok-gosok mata tengok abah ain bawa kain nak masukkan dalam washing machine. bosannya babah. Nak ke mana kita cuti tiga hari ni. wah..bukan main aku kata bosan wal hal keje sekolah bertimbun-timbun dah tu isnin naik cuti ada test GERKO. boleh aku kata bosan.
abah Ain diam je..no respond. no idealah tu.

kita balik kampung nak tak
wah..bukan girang abah ain bila aku kata nak balik kampung.
dengan sepantas kilat abah ain kemas baju dan tak sabar2 tunggu kain siap dibasuh. kejut ain yang tengah syok tidu...siap-siap bagai teruslah kami berangkat balik kampung.
lama benar aku tak balik....

tiga hari cuti kat kampung rasa tak puas. insyAllah ada kesempatan kita balik lagi.

Thursday, April 30, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE - 4

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI RUMAHTANGGA KITA. SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA SEMUA. AMIN

Saturday, April 25, 2009

berita itu

lupalah nak bagi tau



ABAH AIN SUAMI ROHA TAK JADI PERGI JOHOR. DIA DAPAT KAT PENJARA KAJANG AJE....................ALHAMDULILLAH. SYUKUR YA ALLAH...

Kelumpang, Hulu Selangor

sesi bergambar di kelumpang. ni baju seragam pandu puteri. Perkhemahan pandu puteri di kelumpang merangkumi 6 maktab. IPIP, Ilmu khas, teknik, IPIS, IPBA, IPBM..
malas aku nak bercerita...letak gambar je lah





kembar tiga. dia org jeles sebabnya kami suka bertiga. dahlah dalam kelas duk menepel tiga orang ni berkongsi meja. aku diapit oleh anak dara. yang sebelah kiri tu dah tunangan orang dan yang sebelah kanan dah ada boyperen


3 orang rakan sekelas aku tak dak dlm gamnbar ni
kami sekelas dapat pandu puteri seramai 9 orang. syok betul dapat bersama-sama kat sini


tempat best.cantek..airnya sejuk sangat.................








yabeda bedu

YAHOOOOOOOO..AKU DAH BALIK DARI PERKHEMAHAN DI KELUMPANG.

ADa berita gumbira Tau........................

INGINKU- sebuah sajak untuk pelajar berkeperluan khas

INGINKU

Inginku gapai bintang di langit
Inginku daki gunung nan tinggi
Inginku genggam segulung ilmu
Inginku lihat indahnya
ciptaan Ilahi

Namun keterbatasanku
ku terima dengan redha
Biarku sentuh melalui hatiku
Biarku bertatih mengejar ilmu
Biar renunganku menceritakan segalanya

Keterbatasan itu
bukan penghalangku
Setiap ruang dan peluang
Aku penuhi dengan semangat juang
untuk bersama

Inginku bukti aku jua insan
Inginku bukti aku jua pembela
Inginku bukti aku jua berharga
Padamu nusa bangsa.

Nukilan : Ibu Ain
17.4.2009