5 tahun menyulam percintaan (tiada istilah lain untukku gambarkan situasi itu), dan tarikh 3/5/04 kami mengikat tali pertunangan. Majlis yang ringkas di hadiri semua sanak saudaraku...jauh dan dekat..rombongan dari pihak lakipun agak ramai..penuhlah rumahku tika itu.. aku mengayakan kebaya labuh kuning kunyit. selendang kuning cair ala2 wardina tu..cincin disarungkan oleh bakal ibu mertuaku di jari manisku...Malu nya bila mengenangkan saat itu..Iyalah...kita berada ditengah2 majlis. semua duk fokuskan kat kita. Nik tak hadir (duk kat umah dia..aku tak bagi dia datang dan dia lagilah malu nak datang)
setahun kemudian..1/5/05 menjadi tarikh indah buat kami..
Dengan sekali lafaz, bersaksikan keluarga tercinta dan dengan restu kedua orang tua, kami disatukan dalam majlis yang sederhana tapi meriah. Syukur padaMu YaAllah, kerana jodoh kami tetap utuh dan AlHamdulillah, doaku dimakbulkanNya. Dan 2/3/06 lahirlah anugerah yang tidak ternilai anggungnya, seorang puteri yang comel persis abahnya. Hilang segala perit ibu sebaik sahaja nurse menghalakan pipimu sayang untuk ibu mengucupmu. sayang..walau abah tiada disisi berkongsi perit ibu,walau tiada abah disisi saat sayang dilahirkan namun ibu pasti doa abah tetap disisi kita sayang.
Tirai kasih kami tidah berlabuh disini, tidak ternokhtah disini. Kasih kami tetap utuh dan insyAllah tetap bersemi selagi hayat dikandung badan. AMIN
Tuesday, April 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment