Friday, May 8, 2009

cerpenku-PERTEMUAN ITU

Aku mengeliat malas di atas tilam usang milik nenekku. Kokokan ayam jantan memecah keheningan pagi dan menganggu lenaku. Mahu rasanya aku sumbat-sumbat mulut ayam jantan yang tak reti-reti nak duduk diam. Telingaku jelas mendengar hentakan lesung batu dari arah dapur. Batukan kecil ayahku jua jelas kedengaran. Aku pantas menarik selimut, mata terasa bagai digam-gam, bantal seolah-olah mendodoi aku. Indah rasanya saat itu, kepalaku bebas, tenang dan selesa. Tamat sudah peperiksaan, tamat sudah kuliah dan tamat sudah tugasan yang bertimbun-timbun. Tamat sudah semester ini.
“Ngah…ngah kenapa tak bangun-bangun lagi. Tak nak pergi praktikal ke? “, teriak ibuku dari arah dapur.
“Praktikal?”, ligat otakku cuba mengingat kembali
“Praktikal? Betullah, aku praktikal pagi ni”, cetusku sendirian.
Aku bangkit, tanganku ligat mencapai tuala yang tergantung di pintu. Sempatku toleh adikku yang merengkok dengan selimut tebal membaluti tubuh keringnya. Alangkah bahagianya andai aku yang berada dibalik selimut itu, alangkah indahnya andai aku yang lena tika itu.
“Dah bangun ke belum” , teriak ibuku lagi mematikan lamunan aku
“Dah…..”, sahutku panjang. Dengan langkah yang malas aku ke bilik air. Kepala paip ku pulas laju. Mengigil aku pabila air itu ku sentuh. Air sungai Jeram Linang di pinggir kampung aku begitu sejuk dingin. Air itulah yang disalurkan ke kampung aku.
Nak mandi ke tak ni”, ngomelku sendirian.
Tanganku ligat mencapai berus gigi. Aku putuskan memberus gigi dulu,kepala lututku terasa mengigil namun aku jiruskan jua air ke badanku. Kesejukan air jeram menusuk ke tulang temulang, terasa segar kepalaku. Ku jirus lagi dan lagi. Kucapai tuala yang setia menanti di atas palang. Baju kurung biru laut ku capai dan lantas tersenyum riang. Baju kurung pemberian ibuku untuk hadiah hari lahirku yang ke-21 menjadi pilihan untuk aku gayakan pada hari pertama menjalani praktikal. Senyumku makin lebar. Hari ini adalah hari lahirku moga Allah melindungi aku menjalani praktikal dengan jayanya.
Nasi lemak aku suap dengan laju, aroma wangi nasi lemak membuka seleraku. Hon kereta Pak Kamil membantutkan suapan aku. Aku bergegas mencapai beg dan berlari ke halaman rumah. Pak Kamil yang akan menghantar dan menjemputku pulang dari Majlis Daerah Pasir Puteh dalam tempoh aku praktikal. Hati terasa janggal untuk memulakan praktikal, rakan sekuliah aku tidak bersamaku. Aku keseorangan tanpa ada teman. Kawan-kawanku semua berterbangan di negeri masing-masing. Aku melirik jam ditanganku tepat jam 7.00 pagi. Pejabat Majlis Daerah sunyi sepi. Aku termangu-mangu sendirian. Lenguh berdiri aku duduk, lenguh duduk aku berdiri. Termundar mandir menanti pejabat dibuka. Setengah jam berlalu, telingaku menangkap derapan tapak kasut, derapan kasut makin jelas kedengaran. Mataku terpaku menanti insan yang akan terpancul. Detikan jarum saat terasa begitu lambat sekali. Terpancul seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an. Riak wajahnya tergaman melihat aku. Aku melemparkan senyuman.
"budak baru ke", tegurnya sambil mengutumkan senyuman yang tak manis itu."Ya", jawabku pendek sambil memerhatikan dia mengeluarkan segugus anak kunci.
“Saya Abang Din”, ucapnya spontan
“Saya Roha”, balasku
Abang Din macam polis pencen menyoal aku bertalu-talu. Pukul berapa sampai, datang dengan apa, mana kawan-kawan yang lain. Aku menjawabnya setiap pertanyaan abang Din dengan penuh sopan. Maklumlah datang tempat orang kenalah berhemah sikit.
“Masuklah, duduklah di meja mana-mana yang awak suka”
Aku hanya mendiamkan diri dan aku pilih meja yang kedua hujung sebelah kanan. Pejabatnya biasa-biasa. Kiri kanan diletakkan meja pekerja. Abang Din peramah betul, macam-macam ditanya.
“Semalam ada dua orang pelajar lelaki dari UKM. Pelajar praktikal juga”
Lega rasanya apabila aku diberitahu yang ada kawan lain yang akan sama-sama menjalani praktikal di sini nanti. Tak adalah aku mati kutu seorang diri. Tak kisahlah kalau berlainan universitipun. abang Din berlalu meninggalkan aku keseorangan. Aku hanya menjadi pemerhati setia. Masa berlalu, seorang demi seorang pekerja datang. Lenguh aku menjawab setiap pertanyaan pekerja-pekerja tersebut, lenguh aku menguntumkan senyuman dari tadi.
Jam disudut tengah dinding hadapan tidak jemu kutatap. Hatiku berdoa agar hari ini cepat berlalu. Dari kejauhan aku melihat dua orang lelaki muda. Kedua-dua mempunyai fizikal yang hampir sama bagai pepatah ada mengatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi.
"ni tentu pelajar praktikal ", bisik hatiku
Hanya senyuman manis dapatku hadiahkan kepada dua orang anak muda itu, yang anak muda di depan tu macam pernah aku tengok sebelum ni. Wajahnya persis senior aku masa di sekolah menengah. Mamat yang di belakang tu, manis orangnya, senyumannya cukup mengentarkan jiwaku. Dia terus ke meja yang paling belakang sebelah kiri dan kawannya di sebelah kiri jugak tapi selari denganku."Pelajar praktikal? U mana?", soal mamat yang di tepi aku tu."Ah...UPM", ringkas jawapanku"kita orang UKM...saya Epul dan ini Nik Man", ujarnya dengan senyuman tidak lekang dibibir.
lantasku menoleh mamat yang di belakang itu tanda menghulurkan salam perkenalan."saya roha", balasku..Epul terus menyoalku..tinggal kat mana, datang dengan apa, sekolah mana dulu. Memang betullah jangkaanku tadi, kami satu sekolah masa sekolah menengah dulu. Mamat di belakang tu hanya jadi pak pemerhati dan senyum memanjang. Jujur aku kataka, senyuman itu cukup mengentarkan jiwa aku. Dada aku berdegup tiap kali aku curi-curi pandang ke arahnya. Setiap saat ingin mencari kesempatan untuk merenungnya.
Aku menjalani minggu-minggu praktikal seperti biasa. Nik Man masih banyak membisu
dan aku lebih rapat dengan Epul. Hatiku diusik kerinduan tak kala munculnya hari
khamis kerana aku tidak berpeluang menatap Nik Man kerana jumaat dan khamis
adalah cuti mingguan. Ahad adalah yang paling aku tunggu, aku dapat merasakan
hatiku sudah terpaut dengan Nik Man tapi aku masih berlagak seperti biasa dan Nik
Man jua tidak menunjukkan apa-apa perasaan yang dia sukakan aku.
Saat aku berperang dengan perasaan sendiri, aku dikejutkan dengan dua orang pelajar perempuan dari UKM. Aku difahamkan mereka berdua datang menjalani praktikal bersama kami. Ina dan Mira, kedua-duanya cantik. Nik Man begitu rapat dengan Ina. Kekadang hatiku mencemburui mereka, mungkin dia sengaja untuk menguji aku dan sengaja membuatkan aku cemburu. Petang itu, Nik man meletakkan sekeping kertas di hadapan Ina . sebuah puisi, kami bergilir membacanya. "Pertemuan" itulah judul puisi yang dikarangkan begitu indah. Bergetar jantungku saatku baca bait-bait puisi itu, entah kenapa hatiku mengatakan puisi ini ditujukan untukku. Bait-bait itu mengambarkan akan pertemuaku dengan Nik Man.
Hari demi hari, masa berlalu begitu pantas sekali, aku terasa sunyi, langkahku longlai. Hari ini hari terakhir aku di Majlis Daerah. Hatiku dilanda kerinduian. Masihkah ada kesempatan untuk aku menatap wajah Nik Man dan mungkinkah akan ada kesempatan untuk aku berjumpa dengannya. Ketika ingin melangkah pulang aku memberikan nombor telefon rumah sewaku kepada Epul dan Nik Man sebagai tanda perpisahan. Aku pulang membawa rahsia hati yang begitu sukar untuk aku luahkan, mulutku bagai dikunci rapat, malu untuk aku menyatakan perasaan aku kepadanya. Aku kembali ke UPM, menjalani kuliah seperti biasa. Aku masih tidak mengetahui akan khabar berita mereka berdua, mungkin setakat itulah kenangan kami bertiga. Aku tidak mengharapkan apa-apa. Aku buang jauh- jauh perasaan aku terhadap Nik Man. Aku sedar akan kekurangan aku, aku sedar aku tiada keistimewaan di matanya.
Deringan telefon mengejutkan aku yang leka menonton TV, aku membiarkan deringan itu beberapa saat. Dengan rasa malas aku bangkit mengangkat telefon yang tidak jemu berdering-dering.
“Assalamualaikum, Roha ada tak”. Suara seorang lelaki jelas kedengaran sebaik saja aku mengangkat ganggang telefon.
Ya.saya bercakap” balasku dengan seribu persoalan. Otakku cuba mengingati suara ini. Suara ini pernah aku dengari namun aku gagal mengenalpasti gerangan empunya diri.
“Apakhabar” . tegurnya
Baik tapi siapa ni” soalku dengan nada cuak
“Tak ingat ke, saya Nik Man”, balasnya sopan
Terasa bagai guruh berdentum, hatiku melonjak kegirangan. Suara yang pernah
Menjadi igauan aku suatu ketika dulu. Merah padam rasa muka aku, nasib baiklah tiada
rakan serumahku tika itu. Sukar untuk aku sembunyikan perasaan aku. Kami berbual
seperti biasa, bertanya khabar dan yang paling membahagiakan aku apabila Nik Man
menyatakan untuk berjumpa denganku keesokan harinya.
Kami saling berbalas senyuman, air mukanya ternyata menyembunyikan gundah gelana. Dan petang itu, garaj kereta berhampiran flet rumah sewaku, ditepi longkang, pohon betik yang mana buah betik yang masak jatuh menimpa Nik Man menjadi saksi pertemuan pertama kami. Pertemuan demi pertemuan kami aturkan.
“Ibu” , teriak Ain mematikan lamunan aku, pantas aku menoleh, Ain berlari menerpa ke arahku. Abahnya melambai-lambai ke arahku. Senyuman itu masih sama, manis dan membahagiakan aku. Sepuluh tahun berlalu, Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana Nik Man adalah jodohku. Moga kebahagian kami berkekalan dengan permata hati anugerahMu yang tidak ternilai ini.Amin.

note: ni cerpen yang aku karang untuk asgmt Bahasa Melayu. Gila lah aku bagi asgmnt cerpen ni. mahu digelak orang ni

3 comments:

MaMa AdRiAnA said...

fuyooo carpen pertemuan dia, hebat2, kisah cinta pertama. syahdunye...
xpe2 mesti glamer citer ko ni......

MaMa AdRiAnA said...

mana sambungan kisah kau & aku ..........

MaMa AdRiAnA said...

mana sambungan kisah kau & aku ..........