Sunday, May 24, 2009

AKU PUNYA KAMU

saat kau tersenyum
saat itu kau memberi
saatku rasa bahagia
selamaku tersenyum
selama itu ku memberi
selama yang kamu di sini

namunku bicara hanya pada
bulan dan suria tak ku punya cara
untuk menyatakan cinta
dan kamu hanyalah satu
ku mahu ada kamu saja
bisaku menunggumu
selamanya aku milikmu
takkan pernah lelahku menunggu
hingga aku punya kamu

sesaat aku tiada
saat itu yang ku rasa
saat hidupku terlena
selama yang kau ada
selama itu yang ku rasa
selama hidupke bahagia

namunku bicara hanya pada
bulan dan suria tak ku punya cara
untuk menyatakan cinta
dan kamu hanyalah satu
ku mahu ada kamu saja
bisaku menungumu
selamanya aku milikmu
takkan lelahku menunggumu
hingga kau punya kamu

selama yang pernah
ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
fahamilah cintaku lebih dari cinta
tiada mungkin aku kan teruja
andai bukan kamu yang di hadapanku

yang kamu hanyalah satu
dan tak pernah lelahku menunggumu
hingga aku punya kamu
selamanya aku milikmu
takkan pernah lelahku menunggumu
hingga punya kamu


nukilan : Abah Ain 22/5/09

Thursday, May 21, 2009

kami berdua yang montel

gambar-gambar ni adalah yang ditangkap oleh Ain. kalau ke mana-mana tak jadi masalah andai kami nak bergambar berdua. tak perlu nak mintak bagai orang lain tolong ambikkan gambar kami sebabnya kami dah ada tukang ambik gambar yang montot dan comel sangat...



stail ambik gambar macam orang besar walhal baru je umur 3 tahun


abah ain gelak je tengok gambar ni sebab dia kata abah tak sampai nak peluk ibu. erk ele tangan dia yang pendek ...




tak daya nak tahan gelak time ni.







tengah berehat-rehatan sambil duk tengok ain main sesorang pastu bagi camera kat dia suruh dia tangkap gambar kami







pandai betullah anak ibu ni....





inilah si comelyang duk tangkap gambar kami berdua..seronok sangat

tak sah kalau tak bergambar berdua. dua2 hidung kembang


ngada-ngada betul

Wednesday, May 20, 2009

TOK BALI pulak

sekitar time cuti yang ciput itu

kami ke pantai tok bali. pendek kata tiap kali balik kampung umah mertuaku kami pusing2 kat sini..pantainya tersangatlah pendek dan tersangatlah kotor. hasil keje pengunjung yang tak reti buang sampah kat tong sampah dan tak reti nak buang sisa-sisa ayam,ikan yang diorang bbq. time melantak sesodap je buang sisapun sesodap hati diorang. busuk dan penuh lalat bterbanglah


berdua..tetap berpegang tangan walau di mana

kamipun sama



berdua lagi. kat2 belakakang tu family abang iparku dan mertuaku



ain yang pelik. tak boleh pasir pantai melekat kat selipar dia. dah datang pantai..mestilah banyak pasir


alahai abah tak sempat nak bergambar kat sini. huja dah merintik...lari -lari sambil pikul ain






ni anak-anak abang ipar. memasing duk ngadap ambil angin pantai.. tengok bebudak duk main laut








ikan tak banyak sangatpun kat sini..dahlah tu tak denya yang fresh. padahal baru diangkut dari kapal








ni kapal nelayan(kapal ke rupa gitu) belasah jelah aku tak tahu nak panggil apa benda ni....

















Sunday, May 17, 2009

Sekitar pameran big book

sorry cik we..lama ko tunggu aku updatekan pasal pameran big book yang berlangsung pada 29 April lepas. aku sibuk lah cik we..tak sempat. tapi ingat ko munglah aku updatekan ni....yang ko pulak dah majuk ngan blog ko. sabarlah aku menunggu bilalah mood ko datang ......



pintu gerbang
belon yang tergantung tu main tiup mulut ya tak de pump ke apa. syabas buat anak didik aku dua orang tu.....bangga mak didik.yang mak didik lak tak dapat tiup walau sebiji belonpun. asyik nak tmuntah and takutt pecahhhh....rugi tak ambik gambar masa diaorang tengah tiup belon. merah padam muka masing2.


salah seorang anak didik ku...jadi penyambut tetamu pulok. ko kay jangan tertidu udahlak. kalau masa malam kebudayaan ko pegang kipas pengantin, masa BIG ko duk pegang lampu suluh dan yang ni ko pegang bunga manggar pulok.



sebahagian jahitan yang kami buat..nampak tak uncang yang tiada di pasaran tu.lecturer aku suka sangat uncang aku ni.....crosstage(tak tau nak ejalah) punya pasallah dia suka tu



nampak tak salah seorang pengunjung duk belek buku big book sapo tu..DINO aku lah



ni sudut bercerita. kesian kami ..nak hias sudut ni tak dak apa bahanpun. main letak benda yang dah sedia ada je. bolehlah tahan.....



eh.aku kah itu. aku dan dino aku......


ni danial..budak pendidikan khas. Gila weh. Kena speaking dengan budak ni.
dahlah kreatif budak ni. tengoklah kat atas meja tu ...dia yang buat semua tu. yang bakal cikgu pandai buat karipap and donut. sekali si danial ni duduk dan buat semua tu..KAGUM KAMI WEH
nilah yang danial buat.




cik we..yang big book cinderella tu ko punya mak sedara punya ya. kak mahezan........




****banyak lagi gambar2nya tapi aku malas nak tunggu upload gambar lambat sangat.......


\

Friday, May 15, 2009

gunting rambut Ain

kalau balik kampung je barulah dapat gunting rambut Ain. Memang aku dah rimas gila tengok rambut Ain ni. susah benar nak gunting rambut ain. dia fobia kalau kita guna gunting. nampak je gunting dia akan ngamuk tak bagi. ni nenek dia guna pisau cukur..part last guna gunting tu baru ain start gelepar.....abah dia time ni dah ke pasar cari lauk. mals nak ikut..biaq pi sorang2.
ni antara gambar yang aku sempat ambik masa nenek dia sibuk gunting rambut ain




rambut ain sebelum



sesi bermula

ayahsu yang sibuk duk menenangkan ain. puji ain rambut dia cantik

bukan main menyengih tu.padahal dalam hati dah siap nak mengamuk tu

dah nak siap dah

masa cuti tu

gambar masa balik kampung tempoh hari. 2 hari je kat kampung tak sempat nak berjoli. sekitar di umah mertua aku....kat sini damai sungguh,...umah nya dikeliling padang yang meluas..pokok2 gelam..



pemandangan disekeliling umah





ni pun sama. kalau aku tidur umah mertua aku...sejuk gila...seronok.





oppp...ibu mertuaku terseksi sudah. keje menantu kesayangan dia.




eh...abah ain pun sama. masa ni nak keluar jalan2 ke tok bali..dekat je ngan umah mertua aku..dalam 5 minit..so masing2 sibuk alih kambing takut ujan. kan kambing takut air...

ain dah nak nangis

tara.keje aku menyengih





Friday, May 8, 2009

cerpenku-PERTEMUAN ITU

Aku mengeliat malas di atas tilam usang milik nenekku. Kokokan ayam jantan memecah keheningan pagi dan menganggu lenaku. Mahu rasanya aku sumbat-sumbat mulut ayam jantan yang tak reti-reti nak duduk diam. Telingaku jelas mendengar hentakan lesung batu dari arah dapur. Batukan kecil ayahku jua jelas kedengaran. Aku pantas menarik selimut, mata terasa bagai digam-gam, bantal seolah-olah mendodoi aku. Indah rasanya saat itu, kepalaku bebas, tenang dan selesa. Tamat sudah peperiksaan, tamat sudah kuliah dan tamat sudah tugasan yang bertimbun-timbun. Tamat sudah semester ini.
“Ngah…ngah kenapa tak bangun-bangun lagi. Tak nak pergi praktikal ke? “, teriak ibuku dari arah dapur.
“Praktikal?”, ligat otakku cuba mengingat kembali
“Praktikal? Betullah, aku praktikal pagi ni”, cetusku sendirian.
Aku bangkit, tanganku ligat mencapai tuala yang tergantung di pintu. Sempatku toleh adikku yang merengkok dengan selimut tebal membaluti tubuh keringnya. Alangkah bahagianya andai aku yang berada dibalik selimut itu, alangkah indahnya andai aku yang lena tika itu.
“Dah bangun ke belum” , teriak ibuku lagi mematikan lamunan aku
“Dah…..”, sahutku panjang. Dengan langkah yang malas aku ke bilik air. Kepala paip ku pulas laju. Mengigil aku pabila air itu ku sentuh. Air sungai Jeram Linang di pinggir kampung aku begitu sejuk dingin. Air itulah yang disalurkan ke kampung aku.
Nak mandi ke tak ni”, ngomelku sendirian.
Tanganku ligat mencapai berus gigi. Aku putuskan memberus gigi dulu,kepala lututku terasa mengigil namun aku jiruskan jua air ke badanku. Kesejukan air jeram menusuk ke tulang temulang, terasa segar kepalaku. Ku jirus lagi dan lagi. Kucapai tuala yang setia menanti di atas palang. Baju kurung biru laut ku capai dan lantas tersenyum riang. Baju kurung pemberian ibuku untuk hadiah hari lahirku yang ke-21 menjadi pilihan untuk aku gayakan pada hari pertama menjalani praktikal. Senyumku makin lebar. Hari ini adalah hari lahirku moga Allah melindungi aku menjalani praktikal dengan jayanya.
Nasi lemak aku suap dengan laju, aroma wangi nasi lemak membuka seleraku. Hon kereta Pak Kamil membantutkan suapan aku. Aku bergegas mencapai beg dan berlari ke halaman rumah. Pak Kamil yang akan menghantar dan menjemputku pulang dari Majlis Daerah Pasir Puteh dalam tempoh aku praktikal. Hati terasa janggal untuk memulakan praktikal, rakan sekuliah aku tidak bersamaku. Aku keseorangan tanpa ada teman. Kawan-kawanku semua berterbangan di negeri masing-masing. Aku melirik jam ditanganku tepat jam 7.00 pagi. Pejabat Majlis Daerah sunyi sepi. Aku termangu-mangu sendirian. Lenguh berdiri aku duduk, lenguh duduk aku berdiri. Termundar mandir menanti pejabat dibuka. Setengah jam berlalu, telingaku menangkap derapan tapak kasut, derapan kasut makin jelas kedengaran. Mataku terpaku menanti insan yang akan terpancul. Detikan jarum saat terasa begitu lambat sekali. Terpancul seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an. Riak wajahnya tergaman melihat aku. Aku melemparkan senyuman.
"budak baru ke", tegurnya sambil mengutumkan senyuman yang tak manis itu."Ya", jawabku pendek sambil memerhatikan dia mengeluarkan segugus anak kunci.
“Saya Abang Din”, ucapnya spontan
“Saya Roha”, balasku
Abang Din macam polis pencen menyoal aku bertalu-talu. Pukul berapa sampai, datang dengan apa, mana kawan-kawan yang lain. Aku menjawabnya setiap pertanyaan abang Din dengan penuh sopan. Maklumlah datang tempat orang kenalah berhemah sikit.
“Masuklah, duduklah di meja mana-mana yang awak suka”
Aku hanya mendiamkan diri dan aku pilih meja yang kedua hujung sebelah kanan. Pejabatnya biasa-biasa. Kiri kanan diletakkan meja pekerja. Abang Din peramah betul, macam-macam ditanya.
“Semalam ada dua orang pelajar lelaki dari UKM. Pelajar praktikal juga”
Lega rasanya apabila aku diberitahu yang ada kawan lain yang akan sama-sama menjalani praktikal di sini nanti. Tak adalah aku mati kutu seorang diri. Tak kisahlah kalau berlainan universitipun. abang Din berlalu meninggalkan aku keseorangan. Aku hanya menjadi pemerhati setia. Masa berlalu, seorang demi seorang pekerja datang. Lenguh aku menjawab setiap pertanyaan pekerja-pekerja tersebut, lenguh aku menguntumkan senyuman dari tadi.
Jam disudut tengah dinding hadapan tidak jemu kutatap. Hatiku berdoa agar hari ini cepat berlalu. Dari kejauhan aku melihat dua orang lelaki muda. Kedua-dua mempunyai fizikal yang hampir sama bagai pepatah ada mengatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi.
"ni tentu pelajar praktikal ", bisik hatiku
Hanya senyuman manis dapatku hadiahkan kepada dua orang anak muda itu, yang anak muda di depan tu macam pernah aku tengok sebelum ni. Wajahnya persis senior aku masa di sekolah menengah. Mamat yang di belakang tu, manis orangnya, senyumannya cukup mengentarkan jiwaku. Dia terus ke meja yang paling belakang sebelah kiri dan kawannya di sebelah kiri jugak tapi selari denganku."Pelajar praktikal? U mana?", soal mamat yang di tepi aku tu."Ah...UPM", ringkas jawapanku"kita orang UKM...saya Epul dan ini Nik Man", ujarnya dengan senyuman tidak lekang dibibir.
lantasku menoleh mamat yang di belakang itu tanda menghulurkan salam perkenalan."saya roha", balasku..Epul terus menyoalku..tinggal kat mana, datang dengan apa, sekolah mana dulu. Memang betullah jangkaanku tadi, kami satu sekolah masa sekolah menengah dulu. Mamat di belakang tu hanya jadi pak pemerhati dan senyum memanjang. Jujur aku kataka, senyuman itu cukup mengentarkan jiwa aku. Dada aku berdegup tiap kali aku curi-curi pandang ke arahnya. Setiap saat ingin mencari kesempatan untuk merenungnya.
Aku menjalani minggu-minggu praktikal seperti biasa. Nik Man masih banyak membisu
dan aku lebih rapat dengan Epul. Hatiku diusik kerinduan tak kala munculnya hari
khamis kerana aku tidak berpeluang menatap Nik Man kerana jumaat dan khamis
adalah cuti mingguan. Ahad adalah yang paling aku tunggu, aku dapat merasakan
hatiku sudah terpaut dengan Nik Man tapi aku masih berlagak seperti biasa dan Nik
Man jua tidak menunjukkan apa-apa perasaan yang dia sukakan aku.
Saat aku berperang dengan perasaan sendiri, aku dikejutkan dengan dua orang pelajar perempuan dari UKM. Aku difahamkan mereka berdua datang menjalani praktikal bersama kami. Ina dan Mira, kedua-duanya cantik. Nik Man begitu rapat dengan Ina. Kekadang hatiku mencemburui mereka, mungkin dia sengaja untuk menguji aku dan sengaja membuatkan aku cemburu. Petang itu, Nik man meletakkan sekeping kertas di hadapan Ina . sebuah puisi, kami bergilir membacanya. "Pertemuan" itulah judul puisi yang dikarangkan begitu indah. Bergetar jantungku saatku baca bait-bait puisi itu, entah kenapa hatiku mengatakan puisi ini ditujukan untukku. Bait-bait itu mengambarkan akan pertemuaku dengan Nik Man.
Hari demi hari, masa berlalu begitu pantas sekali, aku terasa sunyi, langkahku longlai. Hari ini hari terakhir aku di Majlis Daerah. Hatiku dilanda kerinduian. Masihkah ada kesempatan untuk aku menatap wajah Nik Man dan mungkinkah akan ada kesempatan untuk aku berjumpa dengannya. Ketika ingin melangkah pulang aku memberikan nombor telefon rumah sewaku kepada Epul dan Nik Man sebagai tanda perpisahan. Aku pulang membawa rahsia hati yang begitu sukar untuk aku luahkan, mulutku bagai dikunci rapat, malu untuk aku menyatakan perasaan aku kepadanya. Aku kembali ke UPM, menjalani kuliah seperti biasa. Aku masih tidak mengetahui akan khabar berita mereka berdua, mungkin setakat itulah kenangan kami bertiga. Aku tidak mengharapkan apa-apa. Aku buang jauh- jauh perasaan aku terhadap Nik Man. Aku sedar akan kekurangan aku, aku sedar aku tiada keistimewaan di matanya.
Deringan telefon mengejutkan aku yang leka menonton TV, aku membiarkan deringan itu beberapa saat. Dengan rasa malas aku bangkit mengangkat telefon yang tidak jemu berdering-dering.
“Assalamualaikum, Roha ada tak”. Suara seorang lelaki jelas kedengaran sebaik saja aku mengangkat ganggang telefon.
Ya.saya bercakap” balasku dengan seribu persoalan. Otakku cuba mengingati suara ini. Suara ini pernah aku dengari namun aku gagal mengenalpasti gerangan empunya diri.
“Apakhabar” . tegurnya
Baik tapi siapa ni” soalku dengan nada cuak
“Tak ingat ke, saya Nik Man”, balasnya sopan
Terasa bagai guruh berdentum, hatiku melonjak kegirangan. Suara yang pernah
Menjadi igauan aku suatu ketika dulu. Merah padam rasa muka aku, nasib baiklah tiada
rakan serumahku tika itu. Sukar untuk aku sembunyikan perasaan aku. Kami berbual
seperti biasa, bertanya khabar dan yang paling membahagiakan aku apabila Nik Man
menyatakan untuk berjumpa denganku keesokan harinya.
Kami saling berbalas senyuman, air mukanya ternyata menyembunyikan gundah gelana. Dan petang itu, garaj kereta berhampiran flet rumah sewaku, ditepi longkang, pohon betik yang mana buah betik yang masak jatuh menimpa Nik Man menjadi saksi pertemuan pertama kami. Pertemuan demi pertemuan kami aturkan.
“Ibu” , teriak Ain mematikan lamunan aku, pantas aku menoleh, Ain berlari menerpa ke arahku. Abahnya melambai-lambai ke arahku. Senyuman itu masih sama, manis dan membahagiakan aku. Sepuluh tahun berlalu, Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana Nik Man adalah jodohku. Moga kebahagian kami berkekalan dengan permata hati anugerahMu yang tidak ternilai ini.Amin.

note: ni cerpen yang aku karang untuk asgmt Bahasa Melayu. Gila lah aku bagi asgmnt cerpen ni. mahu digelak orang ni