Monday, June 15, 2009

Aquaria -part 1

lamanya gambar2 kami berjoli di Aquaria terperap je...ibu ain malas..sapa suruh bagi cuti kat cikgu bnayak sangat....(kalau cikgu2 baca ni mahu aku kena marah)...suka gak cuti kalau si abah ainpun cikgu gak. bolehlah kita cuti2 memanjang. tiga beranak asyik melancong je lah memanjang...duit..DUIT...DUIT pula jadi maslahnya. InsyaAlalah tahun depan Abah Ain dapat Cikgu..Amin
gegatal je aku letak part2 bagai..saje....kurang2nya boleh letak banyak sikit gambar2. biar nampak rajin sikit aku update blog..gambar2 ni masa kami on the way ke KLCC. first time kami drive sendiri...dah semestinya kami akan sesat barat..ala sesat kat KL..no hal lah..pusing sana-pusing sini jumpa gak....tak cete kami sesat kat cheras temph hari duk cari JPJ cheras. 6 orang kami bertanya 6 kali gak lah bagi direction yang berlainan...last sekali call kawanku si murni...husband dia lah yang bagi tahu si murni ni nama je menetap di cheras..TESCO dengan Jusco tahulah....


selalunya aku letak gambar ain ataupun abah ain yang ni aku nak letak gambar haku dulu..IBU AIN...apa ke hal lah abah ain ambik gambar stail tu..nampak lubang hidung..dah tak cantek gambar yang sepatutnya cantek.


kalu dah sesat jalan. muka abah ain jadi macam tu...



ni dah sampai tapi kan.time ni bukan rehat sebab penat tapi abah ain nyetok pinggang gara2 duk pikul ain yang gelepar tak nak mandi pagi...jenuh kami yang tak sabar nak masuk tunggu dia ok dulu. cian gak sebab nampak macam sakit je. alih2 aku offer urut pinggang dia. malu gak sebab kat lobby orang duk lalu lalang....




cuba merenggangkan otot pinggangnya..


aku banyak memerhati dan pastu siap cakap...abah ni time ni lah nak terseliuh pinggang..dah sampai ..kurang asam punya bini...cuba kalau aku yang tergeliat pinggang time tu..alamatnya air mata berjujuran dan paksa2 abah ain urut sampailah aku puas hati..pastu bebel suruh abah ain urut dengan ikhlas.





bila cuti banyak sangat

bila cuti terlebih2 banyak ni naik bosan gak. aku asyik ketiduran je..malas memanjang. si ain lak asyik duk layan kartun saje. aku dah berkali terlelap sebelah dia. kejap2 mama..nak susu... baru je aku nak terlelap ada lak yang mengorder susu..

.Ain pegi buat sendirilah..susu ada kat atas tu..air kat tepi tu..

Ain encitlah(kecillah) mama....tak boleh tahan tu panggil aku mama.....abahnya papa dan dia adalah baby...layan aje lah minak kecik tembam ni....

badan hari ni rasa berat je.lenguh2 mungkin sebab period kot. gila betullah, aku ingat aku dah pregnant sebab dah dekat sebulan aku tak datang period..kalau tak macam mana lah nasib KPLI aku..nak buat test takut..takut tak boleh terima hakikat.bukan senang aku nak dapat keje ni..tiba2 benda macam ni terjadi. belum masanya lagi. memang ada hajat nak bagi adik kat Ain tapi insayAllah andai ada rezeki tahun depan. Ain ada kawan. hanya mereka yang senasib denganku memahami keadaanku..kan..kan.....

*kalau cuti bayak duitpun banyak baru seronok. ni duk terperap dalam rumah jah..paling jauhpun ke PUchong...

Tuesday, June 9, 2009

Ya Allah berikanlah ketenangan untuk keluargaku. jauhkanlah segala kekusutan ini. Aku rindukan saat dulu semasa ayahku bersama kami semua.

Thursday, June 4, 2009

Jumpa kawan lama upm dolu2

nilah rakan2ku. yang tengah tu masih single mingle yang kat tepi tu baru je kahwin. tapi aku blum jumpa lagi laki dia. orang kelate laki dia. aintu tengah duk menahan malu. kalau dia malu dia kan berkelakuan mengada2 dan mulalah cakap ala2 baby gitu...ni tengah tunggu si Sal yang dah datang tapi pegi basuh ketelak. jauh benar datang basuh kete.....

gambar bawah pokok ni pun jadi da. aku dan fazi



tima dan aku

berborak -borak ditengah2 pokok.



kan dah kata..macam2 gaya ain buat sebab duk tahan malu

kami plan nak serang rumah si nurul.

Wednesday, June 3, 2009

Bersama Anak DIDIKKU

ingattak aku terpaksa pulang awal (awal ke hapa kira lewatlah jugok-jam 8 malam baru nak balik gara2 TPM). maaf ya kekawanku yang still tak balik time tu kami bertiga ada plan lain . ala plan yang biasa2 saja. saja nak bawa anak2 didikku ke Bangi@kajang. kira makan2 pastu terus balik rumah. Ngatuk dan penat sangat. kalau tak aku nak bawa je diorang ni jalan2 pusing tengok lampu kat PUTRAJAYA. atau singgah main kat dataran tu. tapi dah lewat sangat. lainkalilah ko orang. KEsian kat Amezan sebab preparation TPM tu dia tak dapat nak ikut kami........insyaAllah buat rakan kelasku yang lain nnati ada kesempatan aku bawak korang pulak ya.................kesempatan duitlah.ataupun korang yang belanja...ok jugak kan....

harus bergambar sebelum pergi. sampai je rumah terus kami mandi manda. Abah Ain dah siap readydah. nasib baik si montotku blum tidu lagi.
masih tersenyum sementara menanti hidangan sampai. Aini ni macam bebudak..asyik dengan h/phone. pakwe sedang berjoli di INdon dia kat sini gila angaulah tu...


udah sampai. kalau dah ke kajang tak de lain mestilah ke sini. malam tu ramainya orang......rata2 bawak family. order sikit je..sate hati tak dak lah pulak....aku suka....


aini dengan malu tapi mahu makan dengan senyum2. tapi minah ni makan punyalah sikit

Tengok si kay.macam sedap je dia duk minum air kelapa tu.....minah ni ganas sikit..duk korek2 isi kelapa sampai patah2 sudu...ko tak yah malu dengan abah ain..sebab bini diapun macam ko jugak..so dia dah biasa benda2 macam tu . lagi biasa kalau makan2 surelah tudung bini dia kotor2......

ainpun bukan main lagi makan.tapi tak banyak dia makan....

sapo lagi yang paling banyak makan kalau tak laki mak didik ni...tapi malam tu lah laki den makan banyak.......tengoklah lidi kat sebelah dia tu.....



makan banyak2pun anakanda kat sebelah tu dia yang rajin melayan....

tersadar kekenyangan.walhal sate kat dalam pinggan tu masih banyak lagi...frust kot sebab ABC yang ditunggu2 tak sampai2 alih2 dia orang cakap ABC dah habis...ler....

posing orang yang tak dapat makan ABC....ni muka frustke muka ngatuk ke muka kenyang.

aik mana muka mak didik ni. ala..lupa lah nak ambikgambar muka kita ni. uwaaaaaaaaaaa...uwaaaaaaaaaa.

Tuesday, June 2, 2009

UNTUK ZAIDI MASRI

aku terpanggil untuk mendedikasi entry ini untuk rakan sekelasku mohd zaidi masri selepas aku terbaca entry diblognya.

***********************************************************************************
buat zaidi,

terlebih dahulu, kami memohon maaf kerana kami tidak dapat membantu mengurangkan beban yang kau tanggung selama 1 semester berada di IB. dengan menjadikan sahabat setia kau tongkat..kau mengharungi kesakitan seorang diri tanpa keluhan dan tiada sekalipun kami melihat kau bermurung. kau sentiasa happy dan bersemangat. begitu rendah empati yang ada dikalangan kami....hanya mengasihani kau dengan kata-kata...dan membantu kau dengan ala kadar. kami cuba membantu kau hinggakan hambatan tugasan yang melampau kekadang membuatkan kami lupa akan keperitan yang kau tanggung itu.

terasa begitu zalim dan tidak rasa belas kasihan membiarkan kau pulang bertongkat seorang diri ke perhentian bas. bayangkanlah dengan keadaan IB yang bertangga, berbukit itu..wah..sakitnya dapat aku rasakan, paling tidak kami lupa ialah saat kau ditinggalkan oleh bas....semasa di PUTRAJAYA. kami yang sempurna kakipun rasa perit dan lenguh berjalan ke bas bayangkan kau yang bertongkat meredah panas terik ke jabatan pendidikan khas tanpa bantuan. Memang rakan kelas lelaki kena marah kaw-kaw oleh kami pelajar perempuan kerana kehilangan ko sekejap. lepas tu kau kena dikawal rapi oleh kami semua.ha..ha..ha..rasa kelakarpun ada time.. tu..kejap2 mana zaidi..kejap kejap..kau dua orang jaga zaidi..sapo yang jaga zaidi..macam tu lah kami semua...

kami iklhas mengagumi kau sebab kau dapat menyiapkan tugasan dengan sebaik mungkin walaupun kau menghadapi kesulitan dan kepayahan. masa kau berangkat ke BIG, kami begitu susah hati kerana kami takut tiada sesapo yang akan mambantu kau disepanjang tempoh itu. lainlah kalau kau bersama kami saat itu, pasti kaulah yang dapat layanan terbaik dari kami semua.. PERCAYALAH...dalam saat kami ingin menolongmu kami agak terkilan dengan ketidakperihatinan segelintir insan yang sanggup membiarkan kau terus berada dalam kesakitan dan kesusahan. dahlah kelas banyak bergerak, dahlah kelas 1E kena bawa kerusi menumpang kelas orang lain, berhimpit menahan panas...begitu jelas mereka buta mata, buta hati melihat kau bertongkat masuk ke kelas diaorang. sepatutnya beralahlah sikit, berkorbanlah sikit masuk ke kelas kita kerana kelas kita ada seorang insan yang bertongkat. kami yang sempurna kaki ni tak kesah berhimpit dan menumpang untuk secubik ilmu tapi kami kasihankan insan yang bertongkat ini. biarkanlah zaidi......semua itupun dah berlalu dan kaupun dapat mengharunginya dengan sebaik yang mungkin...

dikesempatan ini kami kelas 1E memohon maaf kerana tidak dapat membantu mengurangkan keperitan kau alami selama 1 semester berada di IB. kami juga memohon maaf kerana kekadang kami bergurau dengan kau di atas ketidakupayaan kau itu. kami semua sayang kat kau dan kami semua menyanyangi antara satu sama lain. moga persahabatn kita semua menjadi kenangan indah.

Nantikan

nantikan kemunculannya...................................