25 June 2009
10.35 am
Relief kelas 3 Alovera (aliran perdana)
11.15- masuk kelas Angsana 1
1.35 - Pulang
Sebaik melangkah ke bilik bilik guru, penyelaras mendatangiku dan meminta agar aku masuk kelas 3 alovera (aliran perdana). Aku hanya mengangguk tanda setuju dan sebaik jam 10. 20 aku telah keluar untuk mencari lokasi kelas 3 Alovera. aku melabuhkan di satu susdut tangga.terasa lambat masa berlalu, murid yang berada ditingkat atas ada saja yang turun dan naik tangga tersebut. setiap kali melalui tempat aku murid-murid tidak lekang memberi salam dan tunduk sedikt kepalaya (tanda hormat) apabila melalui aku yang setia disudut tangga tersebut. Loceng berbunyi menandakan waktu relief aku. Aku melangkah, murid-murid saling pandang memandang dan terdengar sosek 'guru baru'
Setelah memberi salam aku mengarahkan mereka semua duduk dan aku menjelaskan siapa diri aku dan tujuan aku masuk ke kelas mereka. untuk tidak membuang masa aku membentuk satu akitiviti di mana aku mengararahkan mereka berada dalam kumpulan. mereka bebas menmilih permainan dan boleh bermain tetapi aku akan datang kepada setiap kumpulan untuk mereka jelaskan berkenaan permainan/aktiviti masing-masing. Apa yang dapat aku perhatikan mereka boleh memjperihalkan permainan masing-masing.
sebaik tamat kelas ini, aku memutuskan untuk turut serta rakanku di kelas Angsana1 (kelas pendidikan khas), Rakan ku telah mengagihkan lembaran kerja mewarna. seorang pelajar Autisme bernama Justine asyik merunggut untuk pulang dan kerap bangun untuk keluar kelas. ekoran itu, pintu terdapat ditutup bagi mengelakan Justin keluar hmelarikan diri.Murid-murid lain masih boleh dikawal dan kelas berlangsung dengan baik. Alhamdulillah aku merasakan diri aku ada sedikit kemajuan dalam menguruskan tingkahlaku murup-murid
Wednesday, June 24, 2009
Tuesday, June 23, 2009
Refleksi 2
23 JUn 2009
7.00 a.m - tiba di sekolah
7.20 a.m - Perhimpunan Harian
7.30a.m - Murid2 masuk ke kelas masing2
8.00 am- masuk ke kelas Alamanda menjalankan ujian diagnosis
9.00 a.m - waktu rehat Murid2
9.30 a.m - Masuk Kelas Akasia menjalankan ujian dignosis
10.30 am - Masuk kelas angsana menjalankan ujian dignosis
11.00 am - Fire dring
11.30 a.m - Semua murid dengan guru-guru ke kelas masing-masing
11.45 a.m - menyiapkan model keselamatan jalan Raya - Minggu 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)
1.45 p.m - Pulang
Refleksi:
hari kedua praktikum, aku merancang untuk menjalankan ujian diagnosis untuk bahasa Melayu dan Matematik kepada murid-murid. Kelas pertama yang aku dan tiga lagi rakanku masuk ialah kelas Alamanda. Kami difahamkan murid-murid kelas ini sudah boleh membaca suku kata dan mengenali nombor. Semasa kami masuk seorang pelajar belum hadir, kami meneruskan ujian dignosis, kami memilih untuk memberikan soalan permulaan membaca suku kata KV+KV.Mereka mampu membaca dengan tepat dan cepat seterusnya kami memberi bebrapa contoh membaca suku kata (KV+KVK+KVKK) dan hasilnya mereka gagal untuk membaca dengan tepat tanpa bantuan kita. Begitu jua dalam ujian penulisan mengisi tempat kosong. Kelas masih berada dalam keadaan terkawal sehingga seorang pelajar, Irfan memasuki kelas. Irfan seorang budak autisme dan suka memberontak dan tidak mengendahkan langsung teguran kita, kami gagal untuk menjalankan ujian diagnosis terhadapnya. Seterusnya kami berempat masuk ke kelas akasia, apa yang kami perolehi sebahagian murid-murid sudah mengenali huruf tetapi gagal membaca suku kata, dan sebahagian tidak mengenali huruf. terdapat seorang murid yang pekak dan bisu. Kami difahamkan Arfah ditumpangkan sementara di sekolah ini. Arfah suka melarikan diri ke tempat permainan, dengan bantuan murid yang lain kami spontan belajar beberapa bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan arfah walaupun arfah suka memberontak setiap kali kami pujuk agar duduk ditempatnya.
Kami Ke kelas Angsana, murid-murid dalam kelas ini juga mempunyai tahap pengetahuan sama dengan murid-murid kelas akasia. Sebahagian sudah mengenali huruf tetapi gagal untuk membaca suku kata dan sebahagian tidak mengenali huruf dan nombor.Murid-murid kelas angsana suka bermain2 di dalam kelas dan cepat bosan untuk belajar. dalam kekalutan kami mennagani riuh rendah murid-murid tiba-tiba kedengaran fire dring (ujian keselamatan sekiranya berlaku kecemasan) kami mengarah semua murid beratur dan menuju ke padang sekolah. dengan bantuan semua guru dan PPM, murid-murid ini dapat dipantau dan mendengar arahan dengan baik walaupun ada beberapa murid yang tidak boleh dilepas pandang. selepas sesi taklimat semua murid diarahkan masuk ke kelas masing-masing dan kami berempat terus ke bilik keselamatan untuk menyiapkan model keselamatan jalan raya yang akan dipamerkan pada hari khamis ini.
Sepanjang hari aku memikirkan langkah-langkah untuk mengendalikan beberapa murid-murid yang sukar untuk menerima arahan dan suka memberontak di dalam kelas. Pelbagai persoalan dalam benak fikiranku Mampukah aku menjadi guru kepada muird-murid istimewa ini? mampukah aku menangani mereka? aku harus menanam kesabaran yang tinggi dan cuba pelbagai pendekatan yang kreatif untuk menarik perhatian murid-murid ini.

Sunday, June 21, 2009
Refleksi 1
Refleksi- tiap2 hari kena buat refleksi. dahlah kena tulis tangan jadigak aku karang kat blog dululah kemudian baru aku salin balik....penat kerja banyak kali macam ni..buang masapun ada. tapi masalahnya kalau terus tulis tangan adanya adegan contang conting dalam buku RPH aku.........
22 Jun 2009
Hari ini aku memulakan praktikum, hujan mengiringi langkah kakiku ke perkarangan sekolah. dengan senyum tidak lekang dibibir aku melangkah ke pejabat sekolah namun dipetengahan jalan seorang guru perempuan memberitahu aku dan semua guru dikehendaki ke dewan untuk sesi perhimpunan mingguan. murid-murid sudah memenuhi perut dewan manakala guru-guru berada di atas pentas. Majlis dipengerusi oleh wakil pelajar. banggaaku melihat kebolehan murid tersebut mengendalikan majlis dan inilah satu kejayaan sekolah kerana mendidik murid agar berkeyakinan untuk bercakap dikhalayak ramai. mataku tertarik dengan dua barisan murid-murid pendidikan khas. terdetik di hatiku bahawa inilah bakal murid-muridku nanti. aku memerhatikan tingkahlaku mereka semua. mereka memberi perhatian dan kerjasama yang baik dan selalu dipantau oleh PPM dan guru kelas masing-masing. Perhimpunan ini memakan masa yang agak panjang lebih kurang sejam kerana pelbagai amanat ingin disampaikan oleh guru bertugas dan kami dimaklumkan mimggu ini adalah minggu 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) dan sekolah ini akan diselia oleh beberapa pelawat untuk dinilai markah. Akhir perhimpunan adalah acara mengumunkan pemenang bagi kelas terbersih untuk sesi persekolahan penggal pertama. Johan dan naib johan menerima wang tunai dan piala pusingan. Gamat dengan sorokan pelajar apabila kelas 1 Aggerik, 6 Aggerik diumumkan sebagai johan bagi tahap 1 dan tahap 2.Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian .........(udah lupalak lagu apa tah)....
Aku dan tiga rakanku diberi taklimat ringkas oleh Penyelaras iaitu Puan Azizah dan sesi berkenalan dengan 12 orang guru pendidikan khas. mereka semua ramah dan sedia memberi tunjuk ajar kepada kami. pada pukul 10.00 pagi aku dan rakanku fadli diminta menjadi guru relief di kelas Angsana 2. Aku dengan penuh bersemangat melangkah ke kelas Angsana 2. terdapat 3 orang murid dan 3 orang murid lagi tidak hadir. lebih kurang 5 minit aku berada di dalam kelas tiba-tiba terdengar pengumuman melalui speaker yang dipasang dalam setiap kelas dan setiap sudut sekolah. walaupun pengumumuan tersebut tidak bersangkut paut dengan murid-murid pendidikan. malangnya seorang murid di dalam kelas itu fobia dan ketakutan setiap kali ada pengumumam. Azif namanya. dia menerpa dan memeluk aku dengan erat dan menangis semahu-mahunya. puas dipujuk tidak diendahnya malahan semakin erat sehingga sukar untuk aku meleraikan tangannya. dia hanya akan berhenti andai suara kat speaker itu berhenti.dalam tempoh sejam aku berada di dalam kelas ada dekat 3 kali pengumuman dan begitulah keadaan azif. ekoran itu azif menjadi 'manja' dan nak asyik mengekori aku sehinggakan memengang aku setiap saat dan beria-ria tak nak aku keluar kelas sehingga menganggu untuk aku memberi tumpuan kepada rakan sekelas yang lain. inilah pengalaman pertama aku dan aku rasa agak gelabah untuk menangani murid seperti azif ini. namun aku harus berfikiran positif dan aku akan hadapi dengan tenang dan akan berusaha dengan sebaik yang mungkin.

Friday, June 19, 2009
Happy father's Day- MUahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"
WIDTH="400" HEIGHT="335" id="myMovieName">
Selamat Hari Abah
Walaupun hari ni sabtu abah dah pepagi ke Penjara kerana ada tugasan penting dan dua puteri cinta hati abah masih ketiduran sapo suruh abah bawak kami lepak kat Dataran Merdeka jam 2 pagi...........Apapun ibu dan ain sayang kat abah. selalu mendoakan kebahagian dan keselamatan abah setiap saat.
Muahhhhhhhhh.tunggu 1 julai nanti..your birthday-32
Praktikum dah nak mula dah
Amanah yang diberi
kami tak persiakan
apa yang kami janji
Tunai tetap kami TUNAIKAN.............
Isnin ini bermulalah episode seorang guru yang baru nak bertatih yang baru nak menguji kebolehan dan bakat yang terpendam dalam jiwa ragaku ni. bolehkah aku digelar seorang pendidik? bukan sebarang pendidik tapi yang diamanahkan mendidik anak2 istimewa yang menuntut berjuta pengorbanan nanti, yang menuntut keikhlasan dan kesabaran melayan anak2 istimewa ini. Bukan senang untuk menjadi seorang pendidik kepada insan2 istimewa ini.InsyaAllah aku akan cuba sebaik yang mungkin dan isnin ini aku akan berjumpa dengan anak muridku yang pertama dan sekolah yang pertama untuk aku berbakti walhal sekadar tiga bulan....rakan sekelasku yang sama sekolah semua lelaki...amezan, rosdi, dan fadli..moga kita berempat dapat menjalankan amanah yangdiberikan kepada kita sebaik yang mungkin dan membuktikan mereka tidah silap memilih kita sebagai seorang pendidik. GOOD LUCK buat rakan sekelas 1E....

Tuesday, June 16, 2009
Aquaria-part3
Ain excited duk tengok ikan2 yang pelbagai dan cantek2 semua...suka tengok bila anak kita happy sangat. yang paling geram kita suruh ambil gambar kami dia buat derk..mata duk tengok ikan2 tangan duk pegang kamera..pastu main tekan tanpa tengok kita....hasilnya tak dek lah gambar kami berdua. adalah satu tapi blur.....hish..hish...frust tul kami tau sebab anak kami tak hiraukan kami tapi duk leka tengok ikan..
Ragam NIK AIN NaDHirah

Ragam NIK AIN NaDHirah
Aquaria-Part 2
bila dah settle abah ain yang tiba2 tergeliat pinggang tu kami terus mencari kaunter tiket. pusing2 ikut arah..tut2 jumpalah...abah ain tinggal anak bini dia kat sini dia pegi bayar tiket. mahal woooooo............RM 35 dewasa..kanak2 ..alamak lupalah berapa ya...maybe rm18 kot. mak cik udah lupa sebab bukan mak cik yang bayar. kalau dah namanya menunggu haruslah sesi bergambar dulu....tapi suka betul tengok ain time ni..nampak dia happy je...pandai2 mgekpresikan kegembiraan dia melalui tklakunya...ibu sayang Ain tau..biarpun asyik kena marah. ya lah mana boleh ibu lembut2 hati macam abah...tak elok..biar sorang lembut2 hati yang sorang lagi keras2 hati gitu...
Subscribe to:
Posts (Atom)