Monday, May 19, 2008

Resah hatiku

semangat untuk aku update blog sebenarnya tak de lagi..baru beberapa minit sakni aku diserang lenguh2 pinggang. ni dah kurang sikit. aku bimbang takut buah pinggang ku menjadi serius pulak. atau mungkin aku duduk lama, sebelum ni banyak baring dan banyak berehat. next appointment tak tau bila mungkin sebulan lagi...lama lagi..appointment nak check up buah pinggang...dia akan buat treatment sampai saiz buah pingganku kembali pada asal. tapi hatiku risau je...napalah lama sangat ambik masa. so bila sakni aku diserang lenguh2 pinggang (dalam 3/4 hari lepas tak sakit tak delah pulak rasa macam tu) tu yang menyebabkan hati aku tiba2 risau ni.

buat kekawanku..jagalah kesihatan Anda. Sakit batu karang ni ..YaAllah..sakit sangat. siap muntah..makan tak lalu dan hanya minum air sebanyak2nya. tiap kali kencing aku berdoa.."Keluarlah batu"...seminggu aku sakit. Boleh dikatakan selang 2 hari aku ke emergency room. dan tiap kali pergi kena enject 2 jarum ubat penahan sakit.Pendek kata...SAKIT je dalam tempoh seminggu itu. Hidup aku dalam tempoh tu hanya baring..berguling menahan sakit dari pagi ke petang dan ke malam pulak lepas tu sambung ke pagi pulak. Bagaimana dengan nasib mereka yang disahkan mengidap penyakit kritikal. tentu seksa sangat...hanya bergantung pada ubat penahan sakit..dan akan diserang sakit setiap tika. aku yang sakit seminggu ni pun rasa dah tak tertahan..rasa lembik sangat...

Tuesday, April 29, 2008

Balik Kampung

Dah lama aku tak balik kampung sebenarnya. last sekali adalah time raya cina tempoh hari. ni balikpun sebab ada kenduri kawen kalau tak nampaknya balik time raya nantilah... Kenduri kawen lusa nanti dan malam esok adalah malam akad nikah..kami tiga beranak akan bertolak malam ini dan doakan perjalanan kami dilindungi dan kami selamat sampai. kami cuti sampai hari isnin depan. kalau tak pun sampai selasa depan.

so kekawan balik cuti nanti aku akan uploadkan gambar2 kawen nanti...jaga diri dan keje elok2 ya..aku nak lupakan pasal semua keje2 ni..naik cuti nanti fikir balik...aku nak enjoy!

Sunday, April 27, 2008

Aku nak berhenti Keje

Aku nak berhenti keje!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!So..doakan aku dapat keje lain kekawan...atau perlukah aku berhenti sekrg walaupun tak de offer dari mana2 lagi...YaAllah 7 tahun hambamu ini mendambakan keje..hambamu sabar dengan segalanya..ada rahmat disebalik semua ini....aku cuma kuli so jangan kalian meletakkan semua kesalahan padaku. aku menerima andai itu memang kesalahanku tapi kenapa aku jua yang dipersalahkan setelah aku melakukan sebaiknya...bukan sekali ini tapi dah banyak kali.SO..cukuplah..aku tak kan baik2 hati kununya berbelah bagi nak tinggal keje ni andai dapat offer lain...kesian lak mereka nak cari pengganti..tapi adakah mereka fikir macam aku fikir....keputusan aku adalah muktamak.....aku berhenti keje..Mc Longpun dah kata diapun dah bosan kalau macam ni gak...tak payah nak tunggu ada offer lainlah..berhenti2 saja.... sekali fikir itu yang aku nak buat tapi...(kepada yang senasib dgn ku) memahami apa yang aku rasa. Aku terpaksa menelan semua ini....

Gajiku dah habis!!!

Pengumuman..hanya 2 hari saja gajiku masuk dan hari ini dah habis. memang power rangers betullah ibu ain...bravo...tahniah ku ucapkan pada diriku ini...macam2 aku belikan semata2 nak balik kampung kali ni. ini semua kerana tema auntie kahwinlah..siap sedondon masa majlis menyambut menantu lagi...masa hari kenduri kami mengayakan warna tequoise (aku rasa aku salah eja)...dan masa majlis pihak lelaki kami tiga beranak (org lain aku tak tau) mengayakan warna kuning..ikut aku punya warna baju kurung... untuk itu aku telahpun membelanjakan sebanyak RM900 termasuklah cermin mata buat suami tercinta ( ni kira hadiah birthday bulan tujuh nanti... dan juga service kete suamiku nak hantar ini hari....masalahnya ada lagi yang perlu ku beli..Mak..duit tak cukupppp......tapi service kete tu aku claim balik nanti.Perbelanjaan di kampung dan juga minyak kete balik KL nanti adalah urusan suamiku..Sorry...ibu tak dapet nak tolong ya.

walau aku rasa aku dah terover belanja bulan ni tapi aku puaslah jugak..dah lama kami tak ada baju baru kecuali Ain lah. tapi untuk kali ini Ainlah paling sikit Rm 60 je aju habiskan untuk beli 2 pasang baju dia...Kepada kekawanku kat sini kalau nampak aku pakai baju lain dari yang lain tu selepas setahun aku kat sini...tahu-tahulah itulah baju baruku...

jadi untuk weekend ini itulah keje kami 3 beranak..menghabiskan duit ibu...duit abah tak masuk lagi..so TUNGGU abah...giliranmu akan tiba!

p/s:bakal pengantin dah selamat sampai kat kampung. masa entry ni aku tulis dia masih membuta...dan pelamin dia dah siap dipasang...sure basilah tu nanti

Friday, April 25, 2008

Buat Keje Beb!

Hari ini terlebih rajinlah pulak makcik. sesudah acara makan2 tghari tadi aku terus ke workstation aku. biasanya lepas makan kenyang2 kami berborak sampailah time masuk opis balik( kul 2.00 Ptg kecuali Jumaat 2.30) tadi pun dah borak sakan kat cafe tu...dah tak hirau dah keadaan hinggit-binggar tu.
Bukan apa aku nak siapkan binding untuk MIS Report tu. kalau aku buat time keje nanti CEO cari pulak..malas aku nak cari pasal. Keje binding report melecehkan betul..kalau bulan lepas aku buat binding sebanyak 19 copy. berbakul2sumpah seranah aku kat dalam bilik OSR tu (debe betul bunyi ni) . susah ke kebenar nak buatnya. terhengeh2 aku buat (tak Pandai tak nak ngaku)..yang kali ni pulak.laju je aku buat. macam mesin binding ni nak berbaik2 ngan aku pulak. cukup sporting. sekejap je aku buat untuk 9 copy itu...sengeh lebar aku....berbaloi buat keje time lunch hourpun.So bila dah settle semua aku duk update ini blog. ada lagi satu keje aku..mc long duk suruh print PPAE staff . Malas nak buat lagi. hari isnin nantilah.. kejap je kalau aku hadap bende tu...nak start buat je mengeliat sikit. pagi2 tadipun duk print PPAE staff untuk Gred E1 &E2. so nak print yang E3 lah pulak ni.

Yehaaaaaaaa.....hari ni hari jumaat. Cuti 2 hari.....bolehlah tidur lama2 sikit. Ain biasaya bangun dalan kul 10.30 am...pas tu duk melayanlah kerenah dia yang macam2 itu..lewat ptang nanti pulaklah dia tidur lagi. tapi dalam duk pening2 dengan kenakalan Ain itu...sebenarnya dialah yang banyak mengembirakan hati ini...terisi sungguh hari-hari ku...macam2 lah. nak marah ada..nak gelak ada dan nak sekeh2pun ada...tapi serous aku katakan aku ni bengis betul dengan Ain..sebab tulah Ain tak rapat sangat dengan aku berbanding abah dia. dia tak tahu yang ibu nilah bersusah payah dulu. tak tidur siang malam, nyamuk gigit sekorpun marahnya berapi2...berusaha carik balik nyamuk yang telah gigit anakanda tersayang..ibu nilah yang duk ngipas sepanjang malam tanpa henti time black out dulu. takut anakanda tak selesa .sanggup tak tidur bagi memastikan anak selesa..itulah pengorbanan seorang ibu..abahnya time anak besar sikit barulah nak manja2 ngan anak... dan hasilnya si anak tak boleh berenggang langsung...

Thursday, April 24, 2008

Penakut betullah aku

Perjalanan aku tidak sesukar mana...alam persekolahanku berlalu macam biasa dan tak de tersangkut..alam kuliahpun sama cuma ada 1 paper aku sangkut dan repeat balik...boleh dikatakan student yang kena repeat dalam 70% yang luluspun ramai yang dapat karipap ('D 'le)...kami ke yg bengap? ataupun lecturer yang tak betul..tapi aku tak salahkan lecturer.
Ha...tiba2 aku teringat one case aku kat UPM dulu..time tu rasanya awal diploma. Masih mentah dan tak faham dengan selok belok kat UPM(umur tika tu 18 tahun). kami difahamkan one student kena ambik one activiti kokurikulum kalau tak kita orang tak dapat Grad (nipu betullah) so aku pun dengan member ku ambik silat Cekap Hanafi. Kunun2 untuk mempertahankan dirilah. masa training dia ialah setiap malam rabu di padang depan fakultiku... nak dijadikan cerita...student yang baru perlu menjalani proses (aku tak Pastilah nama dia dah lupa) tapi macam sesi penerimaan student baru atau dengan kata lain sesi penerimaan watikah kot..lantaklah apa2. dalam sesi tu kami dipertemukan dengan ketua (bos besar persatuan silat tersebut)..setiap student kena bergilir2 bjumpa (duduk bersimpuh depan dia)-ala macam orang nak akad nikah tu..yang lelaki siap berjabat tanganlah. Tok ketua tu suruh mengucap dua kalimah sahadat, bagitau nama ibu dan kemudian memberi setiap student baru kain putih dan sepotong ayat quran. kain putih tu di alaskan sebagai lapik tidur kita dan mesti baca ayat2 tu lah sebelum tidur(kalau tak silap aku kena buat untuk 3 malam berturut2-ntah dah lupalah). Tika itu aku dah rasa seram sejuk.takut nya(takut hantu he..he) dan time tu aku tengah period so aku tak perlu lagilah nak tidur beralaskan kain putih dan baca ayat tu..malam pertama (walau aku tak buat lagi) aku tak boleh lelap sampai pagi...tubuhku dah berpeluh-peluh. takut beb..mana tahu kan kain putih tu tiba2 menjelma lembaga putih kat hujung katil ku...ataupun time tertidur dia datang dalam mimpiku..hish..hishh...macam2 dalam benak fikiranku.

Sesi latihan pertama...kami diajar yang basic. tapi kenapa hatiku dah tak de semangat untuk belajar..dah mati bila duk teringat kain putih yang masih ada dalam beg aku kat atas meja study. Ayat Al-quran yang dia bagipun aku tak tengok.. hafal jauh sekali...dalam minggu tu hatiku tidak keruan...dan akhirnya keputusan aku adalah BERHENTI. pada malam latihan sesi kedua itulah aku memberitahu seniorku dan memulangkan semuanya siap dengan alasan sekali...

"saya tak dapat nak bahagikan masa untuk study..banyak assignment kena buat"

padahal aku jenis yang penakut tak nak mengaku...

Wednesday, April 23, 2008

Seminggu ini

Masuk2 opis je aku bukak ini blog..keje memang tak dak cuma ada keje Mc long suruh aku print PPA staff..kejap2 lagilah aku printnya. boss aku lak ada meeting kat KLCC. On the way datang keje, mata asyik ngatuk je. dalam komuter sambil berdiripun boleh aku tertidur..mata tak boleh nak diangkat2..puas aku cuba menokak mataku ini.nasib baik sampai serdang (15 minit bdiri kot ada adik tu bagi aku duduk..kweng...kweng sebab my stomach kan like ibu2 pregnant gitu..bagai mengatuk disorongkan bantal akupun duduk dan tutuplah mataku ini walauku duduk diapit oleh 2 lelaki (sebelah tua dan sebelah lagi muda)..layan jelah ngatukku ini...

Sebenarnya aku tak de apa nak dingomenkan disini...yang aku nak bagi tau ialah pasal minggu ini...kenapa dgn minggu ini. sebab aku dah tak sabar nak minggu ini cepat berlalu..berlalunya minggu ini bermakna gaji masuk..berlalunya minggu ini bermakna dah nak balik kampung....hati dah duk kat kampung ni...Ain pun dah lama tak ditengok oleh dua-dua tuk ayah, nenek dan tok ma. Berlalunya minggu ni jugak my 3rd anniversaryku akan tiba. tibanya tarikh itu aku pasti...kami terlebih letih gamaknya...kenduri kawen. mana tak letihnya...macam aku pulak nak kahwinnya. serius aku cakap masa time kawen dulu 3 hari dari tarikh kawen...memang penat gilalah. Ayahku dah sampai hilang2 suara.tu lah cakap tak payah nak guna speaker hasilnya suara serak...

ko orang semua guana pulak?nak ke minggu ini cepat2 berlalu?