Tuesday, March 31, 2009

selalu gitu

Cuaca sekarang tak menentu...aku dah batuk2 3 minggu dah...ainpun sama berjangkit batuk. haritu baru je reda batuk..ni dah batuk2 balik. abah ain minggu ni asyik balik keje berhujan jah sudahnya diserang demam. Demampun kena keja jugak...tak kan dapatnya MC...nasib badanlah keje kat hotel tu. Sabar ya abah...dua minggu je lagi. hari ni ingat nak bersantai-santai kat Tmn tasik Cempaka. Ainpun dah melompat2 nak pegi sana..planya lepas tu nak ke pasar malam. Gila lama aku tak ke pasar malam..mahunya dah 2 bulan gamaknya. Naik kete tak sampai 2 minit ain tertidur.

la............tu lah.puas disuruh tidur tak naknya..last2 time tu lah nak tidur...so terpaksalah cancel aktiviti nak bersantai kat tmn terus ke pasar malam..sesampai je kat sana...bolehlak abah ain ni..

"ibu bawak duit tak?"

"tak bawak..."

"mmg tak dek duit langsungke ni..sambil tangan duk selak sana..seluk sini....manalah tahu aku ni memang suka selit duit merata-rata...
.
.
ADAlah...12 henggit....

emmm...oklah. sib baik..kalau tak perabis minyak jah.......nyanyuk tul abah ain..dahlah malam tadi ke BIllion nak beli susu ain boleh dia tinggal beg duitnya..nasib baiklah aku gatal nak bawak beg aku( aku ni tak suka nak bawak beg duit..handbage jauh sekali...lebih suka melenggang kangkung je) adlah duit aku dlm 70 hinggit . ATM card kebetulan duk dalam beg abah ain....cukuplaa nak beli susu ain dan isi minyak kete pas tu...

Saturday, March 28, 2009

nasi kat kantin



nasi berlaukkan telur dadar yang teramat nipis dijual dikantin sekolah. harganya 80 sen. nasi tak dak kuah ataupun kicap. kesianlah aku tengok kalau bebudak makan ni...nasi sure dah sejuk keras..atau aku seorang mak yang berlagak?????surveylah kat kantin sekolah anak ya puan-puan.....

Friday, March 27, 2009

Dino si Kura-kura

ok aku nak mulakan dengan asgmt bigbook aku dino si kura-kura....maybe ada yang nak buat untuk anak-anak korang nanti....kertas yang digunakan adalah kertas keras...beli yang warna itam sebab murah sikit..tapi kalau ada duit beli yang warna lain...yang itam ni rm 3.50 satu....
yang berwarna lak dalam rm 6-7 satu. nanti aku kena buat untuk bacaan bergrid lak..bulan 5 nanti.... dino si kura-kura ni masih dalam pembikinan..tak siap 100%pun lagi.


muka depan



page 1

page 2




page 3


page 4




page 5


keseluruhan page


AIN dan DINO

fuh!!!!

banyak benda sebenarnya aku nak update tapi masa tak mengizinkan......

Tuesday, March 24, 2009

saat itu

saat ini aku masih tidak dapat melupakan saat jenazah ayahku di angkat naik ke ruang tamu rumah di tutupi dengan kain pelekat arwah...sebahagian muka nampak jelas..jenazah terus dibaringkan atas tilam yang telah kami bentang awal2.(ayah meninggal kat hospital jam 6.15 pm-15 sept 2008). . saat van jenazah sampai depan rumah aku tidak mempunyai kekuatan untuk menyambutnya.

saat ayahku terbaring kaku ketika ingin dimandikan. dan saat ayahku siap dikapankan..hanya bahagian muka dibiarkan untuk keluarga terdekat menatapi buat kali terakhir. walaupun itu tatapan kali terakhir, wajah ayah saat itu tidak ku lupakan sehingga kini. aku gagahkan diri, menahan air mata yang gugur untuk aku mencium ayahku buat kali pertama dan terakhir dalam hidupku. aku menyesal..............................aku menyesal kerana tidak pernah aku lakukan sebelum ini semasa hayatnya. untuk itu aku tidak ingin mengulanginya. aku ingin mencium pipi ibuku...Masih terbayang saat talkin dibaca dikubur ayahku seolah ia baru semalam berlaku dalam hidupku.. aku tidak kuat untuk menahan air mata dari gugur andai aku terlalu rindukan ayah, dihimpit rasa terkilan.

" kalau dapat cikgu nanti....ayah akan bayarkan ansuran kete tu, ambiklah duit ayah andai elaun tertunggak" walau ayah sudah meninggal..ayah tetap berbakti untukku yang tak sempat membalas jasanya...aku belajar 100% duit ayah....masa sambung master dulupun duit ayah. aku nak bersalin dulupun ayahlah menjadi "driver". terasanya andai aku diberi peluang untuk pregnant anak ke2 nanti. kerana tiada lagi ayah untuk jadi Driverku pegi jemput bidan, hantar ke hospital...cari ubat masa aku sakit batu karang...tiada lagi suara ayah pagi2 tepon aku yang tengah tidu kalau ada apa2 yang ingin dia bagitau...Tiada lagi sarapan yang sudah siap di meja untuk kami time balik kampung..tiada lagi orang yang bukakan pintu time kami sampai kat kampung dalam pukul 3..4 pagi..nak harapkan mek...jenuhlah kami duk kat luar..tiada lagi lauk pauk best yang disediakan oleh ayah dan tiada lagilah kedengaran batuk2 ayah......

rasa terkilan memburu aku sepanjang hayat.....ayah tidak sempat jua melihat aku memperolehi pekerjaan yang baik dan tetap...8 tahun ayah menahan perasaan untuk melihat aku berjaya. pekerjaan ini amat bermakna untukku.Al fatihah untuk ayah.

seshopping di Mines


sebaik je abah ain menapak kat umah, aku dah plan nak pegi beli baju ain. cian anak ibu baju dia dua tiga helai je yang muat.. yang lain dah sendak benar...seeh tengok dia pakai..tapi disebabkan mak paknya yang miskin jadi tahan2 lah ya..lagipun duit elaun ain bulan2 duk perabis kat mainan yang tak berfaedah...merasalah pakai baju sendak. hari nipun sebab elaun ibu dah masuk...wah...gila shoping tu....siap beli camera digital yang paling murah....rm 450(belipun sebab aku banyak asgment nak kena ambik gambar), tinted kete rm 400 (tak tahan aku berpanas macam nak masak andai masuk kete time matahari duk terpacak atas kepala) tutup matalah mghulur 400 untuk kete. tut..tut kak ipar pulak nak meminjam rm300 but tak bayar katanya tolok hutang yang abah ain pinjam masa sebelum kawen dulu...cam ne tu duit haku bukan duit abah ain. kweng2..kweng...SURATAN TAKDIR. yang duk mintak nak pinjam tapi kami buat bodohpun sntiasa ada. tak paham aku dgn family abah ain ni...




###Tak pe memang ibu ain keje duk cop duit hari2.....####

nak beli selipar rm10 henggitpun tak mampu...mungkin korang tak merasa macam aku..betul...aku tanpa segan pilu pakai selipar tandas(selipar yang ada butir2 tu) . kalau beli sandle rege rm10pun hanya pandai beli satu saja dan pakailah sampai putus. time mek aku datang dia yang duk hulur duit kat aku....Ngah..ambik ni pegi beli selipar..ngah ambik ni pegi beli washing machine...ngah ambik ni pegi beli papan gosok(selama 4 tahun aku nikah baru boleh beli.) Wah ..rasa kehidupan ni begitu mencabar....Allah menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. aku menganggap kepayahan aku dalam 4 tahun ni sebagai ujian Allah...sabar dan bertawakal. sentiasa berusaha untuk perbaiki diri.



janganlah marah ya abah Ain..abah baik..ibu rasa bertuah sangat kawen ngan babah tau. (mogok2 diam tu dah trademark kita kan) abah dah berusaha sebaik yang mungkin tapi dengan pendapatan abah yang gitu2 abah terpaksa menanggung banyak keluarga. ibu pulak time tu berat sungguh rezeki ibu..tak dapat2 keje...Bukan anak bini abah je yang abah tanggung tapi banyak kepala2 lain yang abah tanggung. yang dah beranak pinakpun abah hulurkan jugak. ibu bukan nak mengungkitlah abah..tapi itulah kenyataannya. Alh hamdullilah dalam kepayahan itu kita tak pernah berperang sabil hanya disbbkan kesempitan duit. cuma ibu risau tiada simpanan andai ada kecemasan. ibu lak dalam 3 tahun ni dah 3 kali operate.



tahniah abah..abah akan start keje gomen 16 April ni....kena shopping baju keje abahlak....tak apa..elaun ibu dah masuk....kita beli sikit2 dulu....merasa jugak babah keje opis. mudahan dapat dekat2 ni je...tak delah nak berpisah bagai....


ptg tadi pusing2 kat mines cari baju ain tapi boleh pulak beli yang tak dirancang...



kasut babah nak pegi keje nanti..RM 150 itupun dah rege less tu.



makcik ni tiba2 duk membebel sorang2....



buah hati pengarang jantung....cayang bangat kat si motot ibu ni.. dlm kedai kasut duk mancing ya. tengaklah si Ain ni..pegi mana2 ada aje mainan yang dia akan beli...abah dia manjakan sangat ain. apa yang ain nak walau tak de duit dia usahakan jugak. ni gara2 pengalaman abahnya time bebudak dulu tak pernah nak merasa nak beli barang pmainnan...hanya memendam keinginan itu sahaja. kesiannya abah..sob..sob...sob sedih ibu kalau dengar abah duk cete pengalaman kecil babah dulu..tapi yang ibu tensionnya abah TERLALU MANJAKAN AIN...IBU NGAK SUKA...BAHAYA!!!!!!!



bukan main lagi berdua-duaan selalu....adalah tu misi sulit dia orang

Saturday, March 21, 2009

Ain dan perangai lama dia

2.45 am...ain duk galak main basikal....request nak p mcD..pegilah ke sana.malam minggu jawabnya polis sana sinu duk bersepah..makan-makan kejap dan ain duk main sesorg..ajak balik tak nak balik...duk paksa abah dia main sama ngan dia..aku lak duk melanguk sesorg kat meja...tak sedap btullah mcD loni..bubur dia ok..aku suka....kat sebelah mcD bebudak duk main futsal..dia org ni nak tidu kul berapalah.....mahu sekali tidur jawabnya tidu sampai ke ptg.

tak ngatuk lagike Ain....dah kul 3 ni...kalau time bulan puasa jawabnya kami terus bersahur...pas subuh baru ain reti nak tidu..sib baik aku time tu tak keje so bolehlah tidur sampai zohor..teruk tullah aku dgn ain tika tu..buruk benar perangai. adalah aku cuba gagahkan diri bangun dalam kul 9 pagi tapi lepas mandi bagai..aku terlena pulak sebelah ain yang tengah masyuk tidur tak ingat dunia..

Ain jangan mengatal buat perangai macam ni time ibu start keje ya. so isnin ni ubah jadual tidu tu..ibu sebelum kul 7.30 dah kena ada kat sekolah...kalau tak ibu biarkan ain main sesorang. Biar musuh ketat ibu je melayan ain..kan..kan..kan babah....

abah dah tak sabar2 nak tau kat manalah dia kena posting...dah masuk 2 minggu surat perlantikan sampai..cuma tunggu surat penempatan je nanti...resah gak andai kena jauh nanti...cian kat Ain. paling sukar time ain demam. memang mencabar sungguh,,ditambah ain pernah kena sawan masa dia umur setahun. kalau dia demam kul 2-4 pagi suhu badan dia naik mendadak dan ain suka merapu....kul 5 pagi barulah ain lena dan suhu badan dia turun. dah banyak kalilah kami pagi2 meredah ke hospital. yang paling tak lupa ialah pegi Az zaharah...sorylah pada sesapa yang puji Az zaharah bagus. bagi aku nurse dia tak pandai nilai mana case kecemasan dengan tak....so aku skrg pilih goverment..lagi bagus. selagi suhu badan anak kita tak turun selagi tu dia org tak benarkan balik.
adake patut time tu dengan anak kita dokong hanya berselimut kain basah...(tika tu ada seorg patient(budak remaja tapi tak de sakit teruk..macam selsema saja)..kami sampai je...nurse kat kaunter suruh register dulu..tanya itu ini..aku bagilah keje sama walau dalam hati dah pelik...dia suruh duduk dulu..aku ikutlah...tapi boleh dia panggil budak remaja tu masuk dulu. abah ain apa lagi

"nurse..awak tau tak apa tu kes kecemasan"
tak tengok ke keadaan anak saya ni...kalau tak teruk saya tak gila bawak anak pepagi buta ni"
dia senyap...dan masuk bilik doktor
kemudian...barulah suruh kami masuk.duk cek bagai..and bagi ubat bagai.....bayar bagai.....

on the way balik umah..aku mintak abah ain ke hospital kajang..tak tau kenapa hati tak tenang...so kami ke sana...terus ke emergency room..nurse kat situ nak ambik darah ain sebab ain dah lama demam..takut denggi ke apa?keciannya. kan time tu awal pagi..dah kena mandi berkali2 so darah tak nak mengalir..darah jadi beku....menangis aku tengok keadaan ain saat itu..
pendek kata masa ain demam umur setahun tu begitu memberi pengajaran buat kami...hampir seminggu kami tak tidur...sebab takut suhu badan dia naik mendadak dan ain juga kejap2 nangis...merapu..

tu tak masuk cete aku lagi...sakit perut pinggang bagai...g jumpa doktor boleh dia kata angin...rupa-rupa nya kat luar abah ain dah marah2..kenapa tak Xray..kami bayar...doktor kata tak perlu sebab angin saja.

macam kes ain aku mintak ke hospital kerajaan...dia org bagi injection tahan sakit dan dari simpton yang aku alami doktor kata aku kena batu karang..so diaorg Xray...sahlah batu karang. sakit ya tuan puan kena batu karang ni...wah panjangpulak aku duk bercerita. jam pun dah kul 3.30 pagi..ain dah senyap sunyi kat luat tu..dah tidulah tu. saja berkongsi pengalaman nak membesarkan sorang anak..pengalaman time ain kena sawan tu aku suka berkongsi ngan kekawan agar mereka tak mengikutu. jejak langkah kami...Syukur ain tak de apa2. Doktorpun cakap tak de kesan apa-apa..dia bukannya tahap yang kritikal.