tapi aku memang ingin mengurangkan pemaknan aku selepas ini..buat masa sekarang aku makan untuk berdua.kesian kat baby asyik lapar ekoran ibunya yang tahan makan untuk elakkan kandungan gula tinggi. so untuk tengahhari ni aku ambil nasik dan minum teh o ais serta sepotong tembikai. pukul 5 nanti akan diambil bacaan tahap gula aku dan sekali lagi pada pukul 10.00 malam. aku berdoa agar kandungan gula aku normal walaupun aku kembali kepada gaya biasa.....
Friday, January 29, 2010
BSP
hampir 2 minggu aku cuba menjaga pemakanan untuk mengelakkan kandungan gula tinggi. namun ia menyebabkan aku terasa lapar dan hilang berat badan hampir 2kg. hari ni merupakan hari pertama aku melakukan bsp. pada pukul 8.00 am bacaan adalah 4.2. misi bertanyakan sama ada aku makan atau tidak kerana bacaan rendah. aku dengan ikhlas cakap aku banyak tahan makan sehinggakan lebih banyak rasa lapar. pendek kata aku mengambil nasi sekali sehari itupun dalam kuantiti yang sikit. air yang bergula langsung tidak kusentuh termasuklah makanan lain yang boleh menyumbang kepada kandungan gula yang tinggi. pada pukul 11 am sekali lagi darah diambil dan tahap gula adalah 4.7. misi mengatakan aku jangan menahan diri dari tidak makan kerana memerlukan bacaan tepat gaya pemakakan harian aku yang biasa. maksudnya andai aku makan nasi 2 kali sebelum ni.wajarlah aku makan sebanyak kuantitit tersebut. ini untuk kebaikan aku dimeudian hari sekiranya apabila doktor menelitit result BSP aku ini ternyata Doktor akan mengkategorikan aku bebas kencing manis dan aku mula kembali kepada diet asal. kesannya mungkin time itulah sebenarnya kandungan gula ku tinggi..untuk peringkat pematauan ini kita perlu lakukan rutin seharian kita maca mana.
Subscribe to:
Posts (Atom)