Monday, June 30, 2008

SELAMAT HARI LAHIR ABAH

1 July 2008...........

Happy birthday to Abah From Ibu & Ain





Dah 31 Tahun Abah ya..still sweet still muda mudi lagi....
hadiah ibu dah bagi masa bulan3 kan so malam tadi just sent one cute card birthday je yang siap diposkan ke dlm peti surat umah kita...pastu kul 12.01 am alarm tepon ibu berbunyi dan ibu biarkan abah yang matikan...Time tu ibu jeling2lah...he..he..abah duk baca note alarm ibu itu...

pastu ibu sent msg mintak abah turun ke bawah tengok peti surat kita...(ingat nak biar je dlm peti surat sampailah abah bukak tapi bila difikirkan bilalah abah nak bukak peti surat tu..so terpaksa bagitau (dah tak surpriselah)

ABah Mana Hadiah IBUUU!!!!!!! Birthday Abah ibu yang dapat Hadiah Kan...Kan....Birthday Ibu Abah yang Dpt hadiahkan............carry forward lagilah tuuuu.......

Monday, June 23, 2008

Nota dari abah

Semalam abah Ain keje kul 12 tgh hari so kul 7 dah balik...aku dah plan nak masak malam ni...gulai ikan + timun dan Ayam kecik2 goreng kunyit. balik keje, ambil Ain terus ke kedai beli santan, timun dan lengkuas. benda2 lain dah ada. Ain mcam biasalah masuk kete je nak AIr kotak....Pastu singgah kedai makan kat sebelah beli sambal...he..he..dia bagi free je sebab ambik sikit (malas nak tumbuk cili buat sambal sebenarnya)..
masuk2 uamh je tengok ada note kat atas TV...abah rupanya

Assalamualaikum.......

buat tatapan Ain dan Ibu yang abah sayangi. Abah mintak maaf banyak2 sebab abah kena keje kul 3 ptg. Tadi abah dah pergi keje tapi balik umah balik sebab jadual keje abah dah ditukar. Abah dah janji dengan Ain nak bawak dia jalan2 nampaknya tak dapatlah. Abah balik malam ni paling awalpun kul 11 malam....


Salam sayang
Abah

Kecewa aku..hancusss semangat nak masak tapi alang2 dah beli so aku masaklah jugok gulai ikan + timun...wah...sgt sedap wokey..Ain makan penuh berselera dan ibunyapun siap bertambah2...ni yang ibu ain malas nak masak ni..abah Ain balik kul 1 setengah pagi..time ni kita org baru je lena dibuai mimpi..so sempat borak sepatah dua time subuh itu aje....tanya hari ni balik kul berapa dan katanya kul 7 malam

Sunday, June 22, 2008

Lunch Date at Hotel IStana,Kuala Lumpur

ni plan yang last week nak pergi yang tak jadi tu. Alhamdulliah weekend lepas kita org berjaya merealisasikan plan itu. Kul 5 pagi aku dah tak lena nak tidur (rindu dan tak sabar nak jemput abah kat stesen hentian kajang) Ainpun sama ayik nangis panggil abah nya aje sampai tertidur sambil peluk baju abahnya...kesian aku tengok...hanya terus mendoakan keslematan abah. pas subuh, abah ain call..dah sampai...Ain time tu jugak dia dah bangun macam tau2 aje abahnya dah sampai. Drivelah aku..dalam 10 minit aku sampai....wah..abah diapun bukannya terkam kat bini tapi terkam cium anakanda dia. melompat2 Ain suka....

main2 ngan anak dia...kita orang sambung tidur sampailah kul 9.30 am.....siap2 semua merealisasikan plan Hi-Tea free itu.

nilah gambar2 yang sempat kita org snapkan....












ni kami bertiga bergambar depan meja kita orang...abah ni sabarler nak makanpun..kita berposinglah dulu. tengoklah si montot saya...asl bgambar je sure menepek kat abah dia....



kat bawah ni ragam Ain...buat aksi bila org ambil gambar dia...ha..kalau nak tau pantang org pegang camera terus suruh ambik amba..(ambil gambar).....


pisaupun boleh aje dibuat aksinya..

eeee.abah ni tak cara hulu hilir..makan aje dibuatnya



auntie ambillah amba Ain...terus di depet kat abah dia.....




gaya lentok dua montot abah...masa ni aku nak makan yong tau fu




anak sibuk bergambar ....buat pelbagai aksi abahnya sibuk ngan baju kotor..tilah abah...makan je...
panasler kat sini Abu....
Adriana....adriana taulah Mcik ni comel janganlah duk tengok sampai tak berkelip kelip..tak sakit ke duk cam gitu. kalau nak tau Adriana ni suka tengok abah ain dengan meyengekkan kepala dia dan satu lagi suka buat aksi "geng2 batu caves" "gerak2 kepala dia". pandai betul dia...dia suka ajuk apa yang kita buat kat dia.....

alahai couple ni sengeh kekenyangan. mana taknya makan nasi goreng sampai 2 round....stoking gamaknya perut dia


Senyum sokmo...siap gi lepak2 kat lobby dan datang balik terjah makanan...


Peace dari abah dan Ain kat pool side....lepak2 ambil gambar kejap


Peace dari ibu ain lah........seronok kan dapat sesama macam ni......

Thursday, June 19, 2008

Try Drive Kete Ain

sebelum aku nak teruskan merepekan aku ni aku nak gelak kayo dulu kat cik wan kita. aduh...aku siap gelak hinggakan aku tak pedulikan CEO kita tu....aku dah imagine ko pakai helmet tu naik moto..
Kan semalam saya MC...kul 9.00 aku menapak ke hospital Kajang tapi sodehnya abah ain silap ambik appointment lah...bukannya sebelah pagi tapi sebelah petang jam 2.00 petang...aku suke je sbb aku sebenarnya nak testing kete baruku...abah ain dah pegi ambik pagi smalam gak...balik2 je aku tunggu abah ain tepi umah...sesi mengetest katakan. tak biasa bawak takut jugakkan. aku bawak sampai depan PKNS. oklah cuma bonet belakang dia menghalang pemandangan kita. so kita tak dapat jangkakan jarak belakang... si ain lak tak nak naik kete baru siap nangis2..iyalah sejak dia merah2 lagi..kete kecik tu jelah yang dia naik sampailah sekarang..redah balik kampung berjam2 lamanyapun dengan kete tu gak...so dia rasa pelik sesangatlah kan. bila kita explain yang ni pun kete kita barulah ok so dia berikan nama kete tu kete Ain...

Jam 2.00 Ptg aku ke hospital balik. banyak betul filem X-ray diambiknya. dalam sejam lebih aku terbaring membiarkan mereka buat apa yg sepatutnya...ada dalam 7 filem x-raylah jugok rasanya..result nantiti dia refer to HKL. YaAllah mintak2 tak ada apa-apa.

pada kekawanku...lunch nanti tak dapat lah nak makan sesama ye sbb saya ada Hi-Tea nanti kat Hilton hotel....dan Ahad nanti Hi-Tea Istana Hotel lak

Tuesday, June 17, 2008

Kenapa Hatiku dilanda KERinnDuan pada dia...
Mengapahati ini KeSayuan mengingati dia
bakpo ekk...aku ni dilanda kebimbangan pada dia
cepatlah sabtu ni berlalu.............................
Doakan semuanya Selamattttttttttttttt

Cerita untuk ESOK

Pagi esok IVU test kat hospital Kajang. Doakan semuanya selamat ya. Pagi esok gak sebelum ke spetal aku hantar abah ain dan my momtot daughter ke kedai proton ambik kete...ni dah janji ngan budak tu datang awal pagi. 8.30 pagi. oh ya nombor plate kete ku WRL 1782 warna black and M-Line 1.6 cc. cewah detail ku bagi info kan....dan Esok jugok aku tak datang keje...kira MC lah...

Monday, June 16, 2008

Still blank

apa ke hal dengan tajuk ni....apa-apapun dalam kepala aku kosong je. Sabtu ni Abah Ain akan drive sesorang balik kampung. Doakan keselamatan abah Ain ya. Satu hari tu tinggalah Ain dan ibunya berdua je. tiba2 rasa sayulah pulak. macam manalah nak keje jejauhan ya??? Sabtu ni jugok aku ada test medsi. nasib baik just sejam je...tempat testpun dekat je. Terpaksalah aku drive sendiri. Dahlah tak biasa drive dengan kete baru...berdebar gak rasanya. MOga rezeki untuk ku tetap ada. Amin

Friday, June 13, 2008

Plan Tak menjadi

ikutkan esok we all dah plan nak ke hotel istana untuk makan2...tapi anakanda Ain nadhirah start deman petang semalam. So terpaksalah lepak2 kat umah sambil buat keje2 umah nanti. ( ni dah janji nak gotong royong ngan abah ain nanti......) tapi hati tu merasakan plan untuk itu tak kan menjadi..he...he....he....he....2 plan tak menjadi...Akupun start batuk2 hari ni, badanpun dah rasa panas2 balik...mungkin cuaca tak menentu skrang....badan cepat kena penyakit.

Well, isnin nanti aku masuk lewat sikit ke opis. Cadangnya nak gi ambik persona nanti...(ler..aku tepon dia suruh ambik sblah petanglah pulok?/??guana ni...abahnya keje sblh petang..so hanya pagi jelah masa yang ada..kalau tak persona, ko duduklah lagi kedai tu sampai pagi khamis. kita orang gi ambik itu khamis ya......

hari ni sharp kul 5, aku nak balik. kesian kat Ain duk lama2 umah baby sitter dengan keadaan demam2 tu....nasib baik 2 hari cuti..mintak2 ain tak demam melarat....baru je dia lepas selsema dalam 2 minggu lepas...sambung pulak demam....malam nanti kalau still panas2 bawak ke klinik lah...mana ni si salescar...dia janji nak tepon balik nak confirmkan boleh tak ambik sebelah pagi......kul 5 aku terus chow..teponlah hdset nanti...........

Wednesday, June 11, 2008

Kisah Ain malam tadi

Ain dah dua malam tak mgamuks nak berjalan2..bukan jalan kaki tapi naik kete. so berbunga2 hati abah dia..just lepak kat umah tak payah nak berpenat2 jadi driver mengeliling satu BBB. Ibu dia macam biasalah balik terkam memasak..kong kang kong kang masak settlelah satu daging goreng kicap + sambal telur letak kacang bendi dan untuk anak dara gebu dan montotku goreng kicap telur je...dekat kul 9 malam kita orang makan dengan penuh berselera dan siap bertambah2 lagi (ni aku malas masak ni sure makan melebihi hak dan makan pulok dah lewat.....) abah ainpun dan nampak membulat perut dan badannya dah nampak mcm kingkong pencen. sambil duk menaip ni mkn roti bakar org sudan bagi. (org melayu tapi keje kat sudan)

Dalam minggu ni Ain tidur jam mencecah 2 pagi..ibunya 12.30 dah kroooh..krooh cuma abahnya telah dipaksa oleh ain jangan tidur....suruh mlayan dia main..ibunya pulak disuruh oleh Ain tidur dan yang paling best dia paksa abah dia ngurut kaki ibunya dan pastu tu suruh abah selimutkan ibunya...jeles abahnya dah siap kata "wah..sayang betul kat ibu dia"ibunya ain pun tak sedar bila masa dunia jadi gelap gulita.

kecian abah ain....kul 5.30 dah kena bangun kul 2 baru nak tidur...dan pagi tadi boleh kul 4 pagi dia bangun pulak.kejut ibu dan abah dia yang tengah duk nyenyak tidur....ibunya ok je celik mata terus sambung tidu..(siap pegi tidur dlm bilik sebaik saje Ain bukak segala lampu....aku tak taulah apa yang dua2 tu buat lepas tu...jam 5.45 aku bangun dan tengok Ain still lagi tak tidur rupanya dan duk tengok TV tanpa sound..abahnya tergoleh lena sebelah Ain....Power ranggers betullah ain ni. dahlah tidur malam tadi kul 2 pagi kul 4 dah bangun...pelik bin ajaib betullah ain ni...sure kat umah baby sitter nanti dia pulun tidur habis-habisan..kat umah asyik nak main tak kiralah pukul brapa..mata masih lagi sagar bugar.

Mari Memasak...........

Dinner smalam aku dengan gigihnya memasak walaupun jam dah 8 malam. Ain ngan abahnya tengah duk menyelongkar plastik rambutan. wah..wah sesedap je dua beranak ni ..asyik makan je ..Masak yang simple untuk kami bertiga. sambil masak jantung dup..dap..dup dap..je..takut gas habis...mcm tu je hari2nya..malam ni pulok sesi memsak so sekali lagilah jantung berdebar2. Tengah azam tak nak makan kat luar......abah Ain suka je kalau kita memasak cuma satu je dia tension kalau kita mintak tolong dia jenguk2 ikan kat kuali or bantu apa2...so dia kata..

abah tak paksa ibu masak....ibu yang nak masak kan....lagipun ikan ni kalau abah balikkan je sure minyak dia ngecit ko abah. ha!! tengok ni.

Lerrrrrrrr.....apalah memanglah sesapo yang balikkan ikan tu surelah minyak ngecit sikit2....

itulah abah ain kalau bab kat dapur tak payahlah nak berkongsi masak sesama. basuh pinggan ngan ngemas dapur dia tak kisah.

Tuesday, June 10, 2008

copy & paste

Merujuk pada buku 21 Ways to Attract Your Relationship oleh seorang pakar perhubungan, Arian Sarris, beliau telah memberikan beberapa ciri-ciri seorang teman sehati sejiwa, dalam mengukuhkan lagi ikatan cinta dengan pasangannya.

*** Saling membantu
Tidak kira siang atau malam, panas atau hujan, kamu dan si dia sentiasa saling bantu-membantu.
Bantuan yang dihulurkan tidak perlulah melibatkan orang lain. Ini kerana, dengan hanya melibatkan tenaga kamu berdua, semua yang dilakukan akan terasa lebih menyenangkan.

*** Bersikap santai
Adakah si dia seorang yang bersikap santai ketika bersama kamu? Ini bukan bermakna dia bersikap berlebih-lebihan untuk mengesan gerak-geri kamu, tetapi dia tidak terlalu memilih atau mementingkan cara berpakaian, gerak-geri, cara berbicara sewaktu bersama kamu. Setiap ucapan yang dilemparkan tampak begitu spontan dan tidak palsu.

*** Konteks jiwa
Kehadiran kamu seperti sudah dikurniakan untuknya. Tanpa perlu berbicara, kamu dan si dia seperti sudah memahami apa yang ingin dikatakan. Saling memahami hati dan perasaan, sehingga boleh menduga setiap reaksi serta fikiran pasangan pada situasi yang tertentu.

*** Tidak kenal erti jemu
Meskipun hampir berjam-jam kamu dan si dia menghabiskan masa bersama, tetapi perkataan jemu atau bosan tidak pernah sesekali bermain di bibir. Bagi kamu, tiada yang lebih
membahagiakan selain dapat bersama.

*** Hadir di setiap situasi
Siapakah insan pertama yang akan hadir tatkala kamu dirundung masalah? Adakah dia atau teman-teman sepejabatmu?
Sekiranya ya, dia seorang yang paling memahami kamu sekali pun ketika di saat mengalami simptom pramenstrual. Tanpa perlu dipinta, dia seringkali datang kepada kamu dalam apa jua situasi yang berlaku.

*** Saling terbuka
Di hadapannya, kamu sering menceritakan tentang masa lampau ahli keluarga dan begitu juga sebaliknya. Bercerita tentang apa yang pernah kamu berdua lakukan pada masa lalu, tanpa mengubah perasaan kamu berdua. Kamu tidak malu untuk memperlihatkan kekurangan diri, bahkan tiada masalah apabila tampil kelakuan aneh di hadapannya.
Jika tanda-tanda ini terdapat pada si dia, kamu memang seorang yang beruntung. Namun, bagaimana pula di sebaliknya? Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan, fahami dan bincang secara profesional.

*** Cinta perlukan ujian
Sebahagian besar pasangan yang baru menjalinkan hubungan cinta akan menganggap, mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama. Tetapi pada umumnya, perasaan manis itu akan berakhir jua setelah persoalan hidup mulai timbul.
Kadang-kadang, manusia sering termakan tema percintaan. Bila merasakan diri tidak secocok, lalu mereka akan mengambil kesimpulan dengan cara memutuskan sahaja perhubungan.
Apa yang berlaku akan dijadikan kebenaran untuk mengakhiri sesebuah hubungan? Padahal, untuk menjadi seorang teman sehati sejiwa, ia perlu diuji dengan ketepatan waktu dan cara menambat hati pasangan.

Monday, June 9, 2008

70 hinggit lagi ~ 5270

Kete dah keluar..maybe isnin nilah pegi ambik kete tu. nak kena buat registration road tax kat wangsa Maju. kalau pi sendiri tak yah ada apa2 bayaran..kalau salescar tu pegi kita bayar 70 hinggit upah dia.Kalau nak pegi sendiri tak tau nak g macam mana dan juga nak gi bila masa. melayan lagilah duit ku yang semakin mengurus ini. pejam matalah bayarnya.

Sunday, June 8, 2008

DEMAM

DEMAM...............tak dpt nak UPDATE
DEMAM ni weh.....
DEMAM dah Sminggu NI
Lain kalilah Ya....

Wednesday, June 4, 2008

Hepy BirthdaY to BoBoT


Esok... birthday si bobot anak cik we kito. Sabtu ni majlis si bobot. Mcik tak dapet nak peginya. bobot insyaAllah lain tahun ya bobot. Mcik wish kat sini jelah " selamat hari lahir buat Adriana (1st birthday). Semoga berbahagia dan sentiasa dilindungiNya selalu. Sentiasa membahagiakan mama dan papa...jgn duk mengingau tengah2 malam lagi tau. silalah tiup lilin2 tu ya mama bobot...

nilah siBoBot. Mcik curik dr blog mama dia.

Tajuk nilah " MINYAK 2.70"

Hah...malam tadikan aku nak g hantar adikku ke Hentian Kajang. so kami keluar umah kul 8.10 malam..bas kul 8.30 malam..keluar2 umah je...kete dah berderet2...nak keluar dari cabang umah akupun tak dapat...aku paksa abah ain selit je tanpa tunggu kete yang berderet2 tu. so lepas satu..dalam otak aku sure kat depan jalan reko tu jam pulok. betullah jam lagi...apa lagi abah Ain belok ke jalan menuju kajang dan bagi signal buat u turn kat tengah2 jalan..sib baik lepas dan selamat...kat situ jam dah 8.20...debaran aku bkurangan sikit bila dapat lepas jam kedua ni..so 8.25 kami sampai. Bas memang dah ada...kat situ memang bas on time...fuh!!!lega2.kalau tak melayan duit aku RM68 ringgit. Adikkupun dah bagi mesej dia org dah selamat sampai...dan pas hantar diaorang minyak kete kami dah kuning so terpaksalah join member2 lain isi minyak...sejam duduk dalam kete yang kekadang tak bergerak2 langsung walhal ke stesen minyak hanyalah 500 meter je..dalam tu keje Ain duk ambik gambar2 kami...dia ambik bahagian mata jelah..lubang hidung aku lah...apaler si Ain. Marah sikit melalak2...masa duk tunggu turn isi minyak tu ada 4 kali Ain melalak sbb kena marah(macamle kena marah...ditimpa perasaan betullah..bagi adik baru tau)pas tu kita orang singgah makan satay kat bdr baru bangi. lama betul menunggunya (satay kehabsan stok-duk tunggu stok baru)..makan2 balik umah dan kul 10.30...lepak2 dan pas minum susu satu botol Ain termuntah...so laki bini duk ngelaplah sisa itu..tukarkan baju..ni terlampau kenyanglah tu..dah lah tadi makan nasi himpit punyalah banyak...sambung minum susu satu botol..itulah keje Ain kalau makan melebihi had....

Tuesday, June 3, 2008

DEMAM

Malam ni bebudak tu akan berangkat ke Kampung. Hari ini dan malam tadi aku tak berapa sedap badan. rasa sejuk2 nak mengigil..DEMAM! Hari nipun sama tapi aku dah telan 2 biji penadol sakni. Abah Ain hantarkan aku ke Komuter. Nasib baik gak akupun dah tak berapa nak larat drive sendiri. Sebelum ke komuter singgah beli breakfast kat budak 2 org tu. Apis tidur kat luar (ngan kami bertigalah) ...apalah budak tu tak nak tidur dlm bilik. Aku tanyalah dia...

kat umah kak long tidur mana? soalku

apis tidur kat bawah Inda tidur kat atas.

wah...berani ko tidur kat bawah ( ruang tamu depan TV)...inda pun sambung kat "bawah mana"

apis dengan sengih2 gelak2 kecil...sambung.... Inda tidur atas katil apis tidur kat bawah...(atas toto dan berkongsi bilik yang sama rupanya). - padahal umah mclong ada lagi bilik sebelah yang kosongnya....itulah adik bongsuku yang aku penat mlayan soalan2 bodoh dia. Jgn tkejutnya adik aku tu umur dia 14 tahun..bukan 4 tahun....

Monday, June 2, 2008

Kose Koden Entry

Kelakarkannya..aku ingatkan knapalah susah sangat aku nak upload gambar. biasanya keluar gambar tapi yang ni keluar coding. Rupa2nya makcik tekan edit HTMl. So cik we ko pegi tekan Composelah barulah kembali macam biasa....Tahniahlah untuk cikwe kerana berjaya duk mencari template yang cantik yang terkenan dek hatimu. Untuk Matul lak Janganlah memikirkan masalah itu yang hanya akan mengusutkan keadaan. biarlah masa yang menentukan....kesian saya tiap kali baca entry awak tu macam masalah itu bebayang awak....Malam ni aku nak bawa bebudak tu ke pasar malam. Dia org kebosanan duk dalam umah kecilku itu. besok dia orang dah nak balik, petang ni balik keje nanti aku singgah beli tiket dan tunggu abah Ain balik. sharp kul 5 nanti aku balik. awallah dapat ambik Ain nanti..Ain dalam minggu ni makin demuk..bulat sesangat. yang pasti dia macam ibunya besar atas...dan sekarang kalau marah sikit dia akan melalak dan seterusnya muntah. Sapa yang susah????ibu dia jugok yang susah duk ngelap muntah dan tukar baju dia. Tapi ibunya jugok yang selalu marah dan buat dia muntah. Geram btullah ngan Ain..Abah dia mcm biasalah bad mood...masam..muncung.. "ibulah ni punya pasal"...(Ain muntah atas dia- mana tak muncungnya). So diapun buatlah mogok senyap. kita buat lawak bodohpun still lagi ngan masam2....pegang diapun nak tepis2....marahlah tu...ha...sapo tak tau lagi lelakipun kuat merajuk tau....lagi kalah pompuan.....Esoknya senyum2 balik...kejapje dia mogok senyapnya.






Sunday, June 1, 2008

Ahad punya cete

Kenyang betul perut aku...aku makan sandwich banyak betul. entah napo tiba2 rasa sedap je sandwich tuna free ni. tapi aku berkongsi dengan semua org....ni aku memaksa matul habiskan.....dah nak abis dah ni..aku bosan sebenarnya ni. keje tak dok. bosspun dah ke melaka. minggu ni boss kbezian. lagilah aku tak dok keje...Jumaat nanti cuti tapi macam biasalah. cutipun kita orang tak ke manapun. Abah Ain keje. Sabtu Ahadpun keje. Macam ni lah kitaorang...kalau dia keje shift pagi kira oklah sebabnya petang2 boleh pergi jalan. kalau shift malam..kalau tak sibuk kul 11.30 dia dah sampai umah.Ain akan memaksa abahnya pakai seluar dan ambik kunci kete. jadi kitaorang dah biasalah merendak tengah2 malam. itulah masa untuk kami beriadah...ketika orang tengah lena tidur kita org satu keluarga masih yuya...yuya...

Semalam ahad...kami bertiga ke putrajaya. Ramainya orang..penuh...dan dalam ramai2 orang ni adalah aku terserempak 3 pasangan pengantin duk berposing. Zaman sekarang biasalah banyak pakej gambar2 ni..outdoorler, asalkan bahagia. Abah Ain berhajat nak beri makan ikan2 yang demuk2 (abah Ain siap cakap ikan tu sekor macam ibu demuk dan gebu) tapi roti semua dah abis. boleh dia beli roti berintikan kelapa.. ikan satu dia satu...lempar kat ikan satu..smbat kat mulut dia satu dan macam biasalah Ainpun nak beri makan..bila dah abis roti tu ain ngamuk suruh beli lagi.Kami singgah dekat putrajaya food court. aku beli Nasi Ayam BBQ (kongsi ngan Ain)- dia suka nasi ayam dan abah Ain makan chicken chop + wafer Ice Cream...balik tu beli udang galah sekor bagi kat ayah su and mak lang. Silalah kongsi adik2ku..nak beli sekor sorang mahal sangat...22-25 hinggit sekor (bukannya besarpun).Kan gaji abahnya Ain dah masuk so duit ibu otomatik senyap tupas...segala perbelanjaan ditanggung olehnya.