Monday, June 21, 2010

hari pertama selepas cuti panjang

Nak kata semangat pergi sekolah selepas cuti panjang tak adalah sangat. perjalanan ke sekolah rasa lama berbanding hari2 yang lalu. dahlah 2 minggu tak usik stereng kete jadi rasa pelik tetap ada. bawak kete dengan penuh sopan santun..dah tak tukar lorong duduklah membontot kete2 lain walhal kete kat depan bawak macam tengah bersiar2. keluar rumahpun awal..bukan sebab rindukan suasana sekolah tetapi sebab dah tahu pasti jam hari pertama persekolahan. memang didugalah kete banyak lain dari yang lain tapi disebabkan masih awal jalan agak clear sampailah di persimpangan sekolah. nak masuk pintu sekolah memang bercinta dulu sebab..pintu pagar sekolah just satu..terpaksa tunggu turn..dahlah jalan dia berbukit panjang..pandailah2 main minyak...kalau tak termati enjin atas2 bukit tu.

perhimpunan pagipun terasa lama..aku dah start ngatuk dah tapi berjaya jugak ditahan..jaga etika seorang guru beb..tak kan duk atas pentas sambil layan tidur. tak senonoh betul jugak..babypun dah 38 minggu..rasa beratnya nak bawak perut kehulu ke hilir tapi terkejut jugak bila scan..berat babyku hanya 2.4 kg je minggu lepas. rasa keciknya baby ibu...mudahan naiklah sikit lagi berat badan baby. sepanjang mengandungpun berat badanku naik 5kg setakat ni. maklumlah ibu obesiti memang tak boleh naik berat badan macam dulu2..baca info dalam internetpun mengatakan ibu obesiti berat badannya perlu naik dalam lingkungan 5kg-9 kg ajo. jadi oklah bagi berat badan aku. masa ngadungkan ain naik dekat 20kg lepas tu tak turun2 sampailah sekarang..maintain berat badan masa mengandungkan ain...

++target ibu yang ini ibu cuba nak turunkan 20kg..untuk kesihatan ibu jugak...


Monday, June 7, 2010

Minggu ini baby dah 9 bulan

Alhamdulillah minggu ni baby dah masuk 9 bulan..makin berdebar pulak si ibu. macam2 dalam fikiran..dah bersediakan emosi,fizikal untuk kehadiran anak kedua..bukan senang nak membesarkan anak-anak..ni pun masih lagi menyusahkan mek kat kampung datang dan masa berpantangpun masih lagi diketiak ibu. InsayAllah bersalin di putrajaya nanti dan berpantang balik kampung..lepas habis berpantang kena fikir nak tinggalkan baby kat sapalah pulak..nursery mana yang menjadi pilihan..ainpun bolehlah start hantar dan survey sekolah..next year dah 5 tahun si montot tu. abjad ke laut lagi tu kalau numbering ok lah pulak dia..Jam pun dah boleh baca walaupun kekadang main baca jarum panjang atau jarum pendek..mungkin masa duk mengandungkan dia tiap2 bulan duk jadi menteri kewangan mengatur bajet bulanan. abahnya keje seorang gaji pulak alahai kalau loni tak tahulah boleh makan ke tak. Alhamdulillah loni dua-dua dah berkerja. Rezeki anak-anak.

berbalik cete baby..barang baby masih lagi tak lengkap...baby jangan kuar lagi tau..nanti awal2 bulan 7 ya..mek pulak asyik terbengkalai je jahit barut baby dan kain lampin..memang dah ada yang lama tapi kain lampin yang lama tu kain beli macam kecik je..yang ni kita jahit sendiri bolehlah buat saiz besar sikit..mungkin neneknya yakin baby kuar bulan 7 tu.. Ain dulupun mengandungkan dia selama 10 bulan 2 hari baru bersalin..itupun melalui tingkap.

soal alahan mengandung...alahan dari segi muntah tu tak ada..makan lalu sokmo cuma sakit urat kangkang dan sakit time baring dan nak alihkan badan je..sekarang ni lagi dasyat penangan sakit urat kangkang..nak jalanpun dah macam robot...rasa macam tak larat nak jalan..pegi sekolahpun rasa dah tak larat nak jalan..nasib baiklah tak perlu nak naik tangga nak pegi kelas..masa mengajarpun duduk melekat di kerusi sama2 ngan student..walau apa apapun tanggungjawab tetap dijalankan. naik cuti ni pun sekolah ada lawatan ke petrosains..so terjah ke sana bersama anak didikku yang nakal2 itu...

***cuti sekolah baru masuk 2 hari tapi keje aku tidu..tidu..tidu.....