Monday, July 14, 2008

Kembali menjadi Housewife

Starting esok aku dah tak keje kat sini lagi....tempat barupun belum tentu keptusannya lagi...buatnya diaorg tak ambik aku naya je jawabnya...InsyaAllah...rezeki untukku tetap ada. AMIN. Kekawanku yang budiman..insyaAllah kita akan ketemu jua nanti...sama2 keje nanti...Buat Matul...jangan bersedih, usaha lagi dan tidak mustahil kita akan bekerja satu bumbung lagi ya...SEDIH ke aku ni???aku rasa tak sedih mungkin aku percaya akan rezeki milik Allah...semoga rezeki yang lebih baik akan aku perolehi tidak lama lagi. rezeki untuk anak ibu...

Sambutlah salam sayang, halalkan segala yang termakan dan terminum...

Wednesday, July 9, 2008

Selipar

Seliparku kan dah nazak sesangat....biasalah selipar pasar malamkan opppsss..yang ni aku beli kat BATA atas EconJAYA. Keh..keh satu2nya" shopping complex" kat PAsir PUteh..MEmang dah tahap tak boleh dipakai dah..dah tak selamat..malam tadi aku terjah metro...belilah yang mana2 nanti..jangan memahal udahlah.

Si montot ibu nak pakai tudung lah pulok. Comel je Mak cik tu pakai tudung..(tudung ibulah jadi mangsanya. satu metro dia pusing ngan bertudung tu tau...last2 dah tak nak pakai..mintak bukak tudung...kelakarlah pulok bila datang tudung comel je bila balik ambik ko...berambut je...eee.rugilah tak de cabel ni.Next Month insyaAllah aku beli satu...pusing2 ada satu selipar tu rege dia 19.90.oklah tu...masa nak bayar tu aku terpandanglah pulok selipar comel utk bebudah..mintak ain try..sedang molek je kat kaki ain. Ha...kecik2pun harga dia cecah RM 30 tau...mahalnya..kita beli nak raya nanti ya sayang...pakai dengan baju kurung nanti....sure comel nanti anak ibu...angan2 seorang ibu weh...

Abah dia datang sini tak sah tak masuk kedai roti..makanan ruji dia dengan anak dia. Dua2 suka makan roti.....ibu lak.. roti stail pizza tu jelah yang dimakannya....berlagak betullah tekak ni...salahkan tekak ya..kekawan...Dan satu lagi yang menarik jiwa ragaku...kat situ ada promosi H/bag..rege dlm 59.95/satu...promosi untill hujung bulan ni..beg2 diapun ok gak...tengoklah nanti....beli ngan tidak nanti....

mintak abah belikan nasi goreng kerabu dan dua2 tu nak makan roti canai..itulah dinner kita org..kul 11 ain dah tertidur.yippiiiiiiiiiiiiii..Awal ain tidur malam ni..........apa lagi abah and ibu ambik kesempatan tidurrrrrrrrrr sesama. Tidurlah weh..bukannya buat benda lain.....

Tuesday, July 8, 2008

Corat-coret

Tak ada apa yang menarikpun dlm minggu2 ini. Rutin biasa cuma abah ain jelah keje pagi so banyaklah masa untuk Ain dan ibu membulinya. Dapurpun dah dua hari tak berasap...dan Ainpun dah banyak malam tak meround2 dengan kete so..manyak jimat minyak ibu....bubuh RM 30 masih lagi bersisa sampai hari ini. untuk esokpun masih sempat...maybe jumaat isi baru...malam tadi je si abah mengatal ckp bosannyer duduk umah jome kita tengok lampu2...aku je yang dengar so aku nyek2..nyek dia....TAK BOLEH!!!! nasib baik anakanda leka duk main MAK..MAK...siap berselendang(dia letak kat leher tu).., siap letak kain tuala buat rambut panjanglah konon. Kesian pulok aku tengok ain main sesorang.....Bear And Mr bean jadi babynya...nett tempat letak baju kotor ain dijadikan buai/tilam baby kekadang dengan MAK2 sekali landing dalam tu....

DAH BESAR ANAK AKU tu...dah pandai main MAK MAK dah...

Besok abah dia cuti..nak hantar kete baiki lampu belakang dan tinted cermin dengan bouncer 150 tu..ikut tuan kedailah nak tinted cemok mana dengan bocer tu. kalau just depan saja buat depan saja...untuk satu kete maybe lain kali ya...duit belum ada untuk benda2 macam tu lebihkan pada yang penting je dulu....hujung bulan ni nak kena service lagi....

Sunday, July 6, 2008

aku bosan...bosan....bosan

Teramatlah bosan.............
datang keje bukak PC....bukak sana..klik sini...alih2 kosong2 KOSONG!!!!!!!!!!!!... melangguk tanpa keje.....bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
betul2 bosannnnnnnnnnnnnn

mana keje mana keje..aku bosann............................

Thursday, July 3, 2008

Nak jugak yang itu

Malam tadi aku dah berjaya dengan misi membeli stok pampers Ain...beli untuk sebulan terus...so far aku duk survey pampers AIn yang paling murah kat Bintanglah...27.90 untuk 32 keping. Bayangkanlah kekawan berapa sebulan aku spent for pampers... ain pakai saiz XXXL (umur 2 tahun baru). Hanya Drypers saja yang ada saiz XXXL tu so terpaksalah spent 111.60, susu kalau harga promosi 141.33 (dutch lady 123-honey( sib baik susu yang murah...Jimat kat situ). Elaun ain abahnya bagi 350 per month...Side aku lah spent for Ain untuk Baby sitter + Insurance dia totally = 320...overall untuk Ain sorang habis 670 per month....Spent utk abah and ibu nothing...Sob..sob..sob...

Ada kisah lucu kat BINTANG tau,,,dia orag ada buat ala2 roda impian tulah...kalau pembelian 50 ke atas in one receipt dapat main untuk 1 pusingan. Hadiah2 dia ada 3 barang semuanya ( no 1 hingga 3 saja)

kalau bola jatuh no 1 dapat mangkuk cantik
nombor 2 dapat mug
nombor 3 mangkuk yang hadiah sabun daia tu..(tak naklah aku yang ni)

hadiah tu kira oklah semuanya untuk bulan ni..bulan lepas hadiah tak apa2tah..yang paling catik pinggan yang lain apa kebenda tak tau...

bulan lepas abah Ain dapat benda yang aku tak tau apa ke fungsinya dan aku rasa memnag tak de fungsinya...(kalau ada cabel boleh jugak tunjukkan kat sinikan)..sekarang ni ain buat main2 and baling2..tak bertuah langsung abah...

so untuk malam tadi kita org belanjakan kat bintang dalam 100 lebih. dapatlah 2 roundkan...masa kat cashier lagi aku dah ckp kat abah

Bah...nanti ibu nak yang hadiah mangkuk comel tu....
mana?nombor berapa mangkuk tu
tak tau...nanti tengoklah.....tapi ibu nak yang tu gak janganlah tangan abah tak bertuah macam tempoh hari ...(dialog itu kekwanku telah ditranslet olehku....semua ikut bahasa kelate ya perbualan kami berdua)

ibu buat sendirilah nanti

tak naklah..malu.... (e..tak de lah aku nak buatnya)

so pas bayar tengokk2 resit 100 lebih..

ha abah ibu nak dua2 mangkuk cantek tu...

abahAinpun mulalah dengan berhati2..tak nak hampakan bini dia yang beria2 nak mangkuk tu..macamlah mahal kalau nak belikan...

tuing....tuing boleh tu melantung2...tut...tutttt..jatuh nombor

satu

YEEEEEEEE......................no satu bererti mangkuk tuuuuuuuuuuuuu.................berbunga hati ibu....sengih...

round kedua lak...

berdebar gak tau....tuing2 tuing bola melantut dan mata kita duk ikut rentak bola tu....last kali dia lepak kat nomborrrrrrrrrrrrrrrrrr nommmborrrrrrrrrrrrrrrrrrrr 1 okey....

So pulanglah ibu Ain dengan 2 mangkuk comel itu .....

berlagak betullah abah Ain.......kunun2 hebatlah tu......

Papa bacakan kuat-kuat ye.

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri.Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau Ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja."Papa? Bacakan buku cerita in. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak dengar, "Kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku baru ya?"Saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi."Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah Papa..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah." Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa? Bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya keLantai.Nyata dia tidak mahu mengalah."BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana !!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!" Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk.
Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya."Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambilTersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan."Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! Katanya.Saya mengangguk.Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi.Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena.

Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital..Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya."Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! " saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. "Papa? Mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang Mama,Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar Dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya. Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.. Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara Isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu. Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah

Tuesday, July 1, 2008

Ain oh Ain

dah 2 malam si montot ibu tidur jam 4 pagi...malam semalam abahnya yang duk melayan sampailah dia tidur dan malam tadi aku terbangun dari tidur jam 2.30 Ain still lagi duk buli abah dia..so aku bangkit join diaorang . Turn abah diapulok lelapkan mata sampailah pagi..ibunya just dlm 1/2 jam je main2 pastu tak sedar bila masa tertidur sedar2 jam dah 5 pagi...alahai 1/2 jam lagi kenalah bangun. Ngatukkkkkkkkkkk lagi ni!!!!!!!!!!!so aku buat keputusan sendiri masuk lewat kejer...shhhhh..jangan bising tau mati makcik...kul 9.15 baru masuk opis....

Parking kete kat komuterpun dah jauh bangat...lupalah nak bagi tau..abahnya ain pasang sticker kat kete dah tak de keaslian pada keteku itu...jiwa masih muda abahnya ain ni..oklah just jalur warna merah..taklah sticker yang menyakitkan mata..tak kuasa makcik bagi izinnya kalau nak letak macam2 mak nenek sticker....ingat kete racing ke hapa.maklumlah bulan ni abah ain dapat gaji lebih sikit..siap spent kat kete tu lah...

Stok susu Ain Belum dibeli lagi ni..TESCO malam ni ku redah kat sana ye...member2 Abah Ain ckp TESCO ada sale susu....lakipun kalau kumpul reramai cete pasal anak jugak ya.....selalu macam tulah geng abah Ain ada-ada je petua2 diaorang duk berkongsi pasal anak2 ni....bagus..bagus.... jangan duk cakap bende lain udahla......