Saturday, May 15, 2010

baby dah 8 bulan

Baby dah 8 bulan...esok terpaksalah aku melawan rasa malas nak ambik BSP..sepatutnya ambik last week dan misi nak review khamis lepas..tapi disebabkan tak ada org yang nak jaga ain terpaksalah aku skip checkup last week..nanti nak tepon mintak date lain dan pandai2lah bagi alasan kat misi..pemakanan pun aku tak jaga sangat..main makan saje. airpun main teguk je tak kiralah dia manis ke apeke janji ada ais..rasa hilang dahaga..malam2 butapun minum ais. esok rasa berdebar jugak nak ambik BSP ni..mahu meroyan aku tengok result andai tinggi..mulalah rasa insaf diri...doa-doalah result tetap ok. babypun dah rasa makin membesar..kalau dah baring rasa bercinta nak mengalihkan badan..sakit urat..maybe kesan bersalin anak pertama yang tak pernah rasa diurut dan tak jaga langsung..cuma jaga pemakanan je..atau mungkin sebab faktor umur yang dah 30-an ni..badan cepat lenguh dan sakit2 sendi..

barang2 babypun masih tunggang langgang, banyak lagi benda penting yang tak disediakan. cuti sekolah nantilah survey barang2 baby dan belikan serba sikit nanti...bila makin dekat due rasa makin berdebar. Moga dengan rahmat mengajar bebudak istimewa ni aku dipermudahkan bersalin dan selamat serta dijauhkan dari segala kesulitan. amin

Friday, May 7, 2010

Selalu macam ni.

kalau aku tidu berdua je dengan anak apabila abahnya outstation selalu je aku tak lena sangat tidur..kejap2 tersedar kejap2 tersedar. nasib baiklah rumah kecik tak adalah rasa cuak sangat. tidur pun betul2 dekat pintu masuk. kekadang terfikir jugak dengan dunia sekarang..mana tahu tiba2 ada orang pecah masuk rumah...apa yang aku nak buat? mintak2 dijauhkan..seram aku...
rumah flet selalu ada orang duk ketuk2 nak jual macam2..nak tanya macam2..kekadang aku berlakonlah macam suami ada di rumah..kata duk mandila..duk tidulah..mana tahu mereka2 yang datang tu ada niat yang tidak baik..

terlintas jugak kat mek di kampung, hanya berdua dengan adik aku jah..lagilah orang2 sekeliling tahu yang ayah kami dah tak ada. kami hanya mampu berdoa dan bertawakal agar tiada apa yang buruk berlaku. moga sentiasa dilindungiNya. bila dihitung2 dah sebulan lebih tak jenguk kampung dan pusara ayah..cuti sekolah 2 minggu nanti belum tentu balik kampung..tika tu aku dah 9 bulan dah...abahnyapun simpan cuti untuk aku bersalin nanti..memanglah dapat cuti 2minggu tapi alangkah seronoknya kalau boleh add lagi...walaupun itu mustahil untuk diluluskan. cuti abahnya memang banyak tak terusik..blum ditambah keje sabtu ahad lagi tu..abah cutilah sebulan nanti...boleh? ni ada yang kena sembur ni bini ko yang beranak ke ko yang beranak? tak payah cutilah berhenti terus? cian babah tiba2 kena sembur macam ni? oklah cuti 2 minggupun dah banyaklah tu...

next week baby dah 8 bulan.. misi suruh tanda carta gerakan babypun aku tak buat. tak bilang2pun pergerakkan baby. yang aku tahu.baby ada bergerak . ni ada gayanya bila time check up aku main tick je lah time gerakkan baby. tak patut betul cara penipuan ini walaupun aku tahu semua ini untuk kebaikan baby dan aku jugak..aku kira tapi asyik terlupa je bila dah sibuk sangat...apa yang penting kita tahu baby ada bergerak aktif dalam perut ibu...moga baby dan ibu sentiasa dilindungiNya. jauhkan dari segala kesulitan. Amin

kak ain duk order susu dah.....