Saturday, February 7, 2009

Pagi Ahad

Lenguh badan aku tak hilang--hilang lagi...ain dah start perangai lama dia yang suka tidur lewat malam ...malam tadi dekat pukul 3.30 am baru nak tidur. abahnya balik dlm kul 2.30. dia sebenarnya nak main dengan abah dia. kul 2 am dia dah mula ngatuk.duk cakap ngatuk2..tapi nak jugak tunggu abahnya. ..balik je abah dia bersemangat betul matanya dah tak layu..segar bugar...dua-dua masih ketiduran walau dah pukul 8.30 ni.

Masuk minggu kedua aku kena tinggalkan Ain dan Abahnya selama 4 hari....kena mjlni BIG (Bina Insan Guru) ala..kem ala-ala BTN. Group pertama minggu depan..dia orang kena di Perak...aku tak taulah nanti aku kat situ jugak ataupun lain tempat. So Abahnya kena discuss dengan bossnya agar diberi shif pagi time aku BIG nanti. Kalau tak sapa yang nak jaga Ain sampai malam-malam. aku tak gemar sangat nak tinggal anak kita lama-lama kat umah orang ni..macam-macam impak buruk nanti. mana tau dia orang dah penat seharian, malam sure nak brehatke...tapi anak kita masih duk melanguk kat umah. Ain aku tak hantar nursery tapi kat umah orang.

First time belajar tinggal Ain kat nursery..Masuk bulan pertama Ain (masa tu Ain 9 bulan), Ain selalu kena gigit kat belakang..kesan gigitan bukan sekali tetapi 3 tempat...teruk sangat. aku sedar time nak mandikan dia petang. aku terus call nursery..nak tanya..boleh dia org tak sedar ain kena gigit)....setengah tempat kalau perihatin sure sebelum kita ambik anak..dia orang bagitaukan pasal apa yang terjadi kat anak kita...ni boleh tak perasan...cuma dia kata adalah ain nangis kuat...tiga kali gigit pada masa sama tu ...ok saya terima lagilah saya anggap tak ada apa2 yang besarpun..biasalahkan kes gigit2 ni...

masuk bulan kedua..dlm jam 6 ptg aku sampai..teruslah aku pergi bayar yuran dulu baru aku nak ambik Ain ( Ain masa tu dah boleh berdiri dan suka pergi pengang tiang tangga)

kak..mintak maafkan Ain kena tolak

dada aku bdebar gak tapi ingat yang biasa2 je tapi sekali aku tengok muka Ain ya Allah....teruknya....sebahagian pipi sampai ke mata dia sebelah kiri bengkat biru..kesan darah bekupun masih ada lagi...mata Ain masih basah mungkin teruk menangis.

kenapa ni

ada budak tolak ain dan Ain jatuh kena bucu tangga

kami dah letak ubat gamak..

aku dah hilang kata sebenarnya..aku dah tak kata apa-apa cuma hati dah start meraung..dlm hati aku knapa tak tepon awal-awal ataupun kenapa tak hantar Ain ke klinik.....
aku ambik ain terus ke public phone tepon abahnya di hotel bagitau pasal Ain.. suara dah menangis dah...

dlm 10 minit abahnya sampai...kami terus bawak Ain ke klinik. doktor cuba cuci kesan darah beku di bawah kelopak mata kirinya.darah mengalir....Ain dah gelepar meraung dah..Doktor peksa mata ain. Alhamdulillah doktor kata tak apa2 dan dia kata syukurlah tak kena mata..kalau tak anak puan ada risiko akan buta... start hari tu aku dah tak hantar Ain ke sana lagi...dan mungkin aku ni jenis yang tak suka marah-marah benda ni diam mcm tulah lagipun yang penting ain tak apa-apa. parut luka tu masih ada kekal kat bawah kelopak mata ain...

syukur sesangat. aku telefon kawanku tanya kat mana dia hantar anaknya. aku tahu dia hantar anaknya kat umah org (aku tak nak hantar kat umah orang kerana aku fikir dia orang ni banyak keje lain nak dibuat so mana ada masa nak jaga anak orang) jagapun hanya nak duit tampung belanja je...kawanku kata dia jaga ok anaknya..lagipun dia kata dia ada anak pompuan dia yang besar (bertubuh keciklah) dah tak bersekolah yang tolong jaga sama-sama time dia sibuk kat dapur atau dia nak ke mana2 kejap...so aku cuba telefon akak tu tanya dia nak jaga ke tak..pada awalnya dia tanya lah umur anak dan jantina anak...lama gak dia senyap kat telefon..dia kata oklah..datanglah umah nanti...bermula hari tu kat situlah ain aku tinggal...'

akak tu jaga jugak anak madu dia..( baiknya dia boleh jaga anak tiri dia juga sebaya dengan Ain cuma lelaki) budak lelaki tu lah member main ain. sekarangpun ada jaga lagi...kan aku dah hampir setengah tahun tak bekerja. bila bekerja pulak ni aku letak jugak Ain kat umah pengasuh lama dia. tiap2 hari akak tu akan cakap apa yang berlaku kat Ain.. misalnya tanya Ain kat umah berak ke sebabnya dah tiga hari ..kat sini tak berak....Ain tadi sakit perut, Ain tadi muntah, tadi badan Ain panas-panas..kenapa badan ain nampak birat2 merah...bukan aku nak puji dia cuma sekurang-kurangnya dia perihatinlah apa yang tjadi kat anak kita ..
satu lagi aku nak nasihatkan..korang tu tinggal anak kadang2 tu kan buat spot cek....senyap-senyap datang time tengah hari ke...nak kata dia jaga ain baik sangat tu tak jugak..ada juga satu hari tu pampers ain blum bertukar. dia kata Ain ngamuk tak nak bukak. memanglah ain kalau stakat cakap2 ..Ain meh sini nak tukar pampers..buat tak layannya..so kita teruslah kata Ain memang gitu dia kena kita tarik baringkan dia baru tak apa...ada juga tengok susu dlm botol dah macamketul2...so aku tanya terus..susu tu bila lagi buat...so kita cakaplah...bukan apa takut tak dibuang ain minum ke....

tapi tetap beringatlah jugek aku tak main lepas tangan macam tu je..yelah mentang2 aku tengok time nak ambik anak petang tu anak dah bersih..dah cantike terus lega kononya anak kita dijaga dengan baik..jangan tertipu kekawan. buatlah spot cek..yang pasti time aku buat ada juga tengok ain bkeadaan tak selesa sbg contoh yang pampers tak berganti

loni aku susah hati..kat uamh makcik tu, dia train ain berak dalam tandas..so ain dah fobia nak bagitau makcik tu yang dia nak berak. memang aku sokonglah dia berusaha nak ajar ain berak dalam tandas dan amatlah berterima kasih andai ain dah tak berak dlm pampers..lagipun dia dah besar....cuma yang susah hati dia sanggup menahan berak..tunggu aku ambik dia balik umah baru nak berak. aku bagitaulah makcik tu yang ain balik rumah je terus nak berak..mungkin ain tahan-tahan nak berak kat umah makcik ni....makcik pakaikan jelah pampers...dah dekat sebulan ain kat sana dia tak berakpun lagi kat sana. dia sanggup tahan berak...susah hati aku ni....susah betulla nak ajar anak kita berak kat tandas..tengok dia dah tak nak bagitau nak berak

No comments: