Tuesday, September 29, 2009

Raya di umah mak batu mengkebang

kami konvoi 4 kete menyerbu umah mak di batu mengkebang kuala krai....tak de lah jauh sangat...tapi masa kecik2 dulu aku cepat mabuk dan merasakan perjalanan ke umah mak begitu jauh sangat...kami sampai dah tengah hari jadi terus ke dapur untuk acara masak-masak. cuaca sangat terik..panas gila.. Ain dan bebudak serta bapak2 semua duk melepak bawah pokok...tak kuasa duk dalam umah yang membahang panas... kaum pompuan memenuhi ruang dapur. tugas aku goreng ayam dua ekor, mak sedara aku duk kari ayam hutan dan kari kepala kijang(sedara dari lebir yang bawakan)..tapikan sedap ayam hutan...kecik je saiznya. daging kijang aku suka yang bakar dan goreng..masak kari biasa aje. landakpun aku pernah makan masa kecik2 dulu...(apa lagi ya aku pernah makan dulu yang loni susah nak dapat...ya..kari burung punai dengan buah setul muda)..sedappppppnya................aku dah lama nak makan tapi manalah ada org tangkap burung punai sekarang ni....
macam orang penuh dengan uban rambut
eyah makin pandai bergaya..duk melepak bawah pokok bersama kakak yang selalu duk pegang beg duit raya



keje diaorang duk order ayam gorengku.baju merah tu lah laki helmi.

keje ain kalau time panas membahang duk main air aje
** mak mertua aku call sakni ckp jumaat depan adik ipar bongsuku nak kawen..akad nikah aje dulu......muda lagi 20 tahun sebaya dengan adik pompuan ku yang bongsu....abah ain macam biasalah malas nak ambik tahu sebabnya dia tak berapa suka adik dia kawen dengan keje2 tak dek lagi...nak buat macam mana sebelah pompuan nak cepat2.....

Raya di umahku

lepas zohor baru demo2 ni sampai..paling last mctie dan tok hakimnya..so tak adalah gambar pasangan tu dalam ni.




family adik laki aku. sedondon setiap tahun

bukan main manja si eyah ni


Aksi dua sepupu yang sebaya..bagai pinang dibelah dua..sorang handsome sorang cantek manis




nampak malu-malu. jenuh nak mengambil gambar diaorang ni..tak reti duduk diam



comel sangat




dua2 dah nak lariks


jangan terpedaya dengan gambar..anak-anaknya ada 3 orang lagi...

sesi bual bicara

alahai si minah berbaju biru


raziq yang memang tak suka berbaju..almaklumlah persis arwah tuk ayahnya...

Monday, September 28, 2009

Pagi raya pertama

pagi raya seperti yang dicanangkan adalah bersama keluarga mertua. jenuh aku menunggu abah ain pulang sembahyang raya..dalam kul 10.30 baru pulang sebabnya aku nak beraya umah akulak dan semestinya menziarahi kubur ayahku.. anak2 yang dah kawen tahun ni beraya di umah mertua masing-masing jadi tak dapatlah menziarahi kubur ayah pagi2 raya.tengah hari tu baru dapat menziarahi kubur ayah tercinta.aku pulang adik aku yang laki lak datang ziarah kubur...pastu mc long dan mc ti itupun pagi2 raya kedua diaorang pegi.




salam dengan abah....




comel sangat gambar ain duk salam ngan abahnya


giliran abah bersalamam dengan ma


bersama ain nadhirah.


gambar kami bertiga



pas bersalaman dan bagi duir raya kat anak buah sebelah somi kami bertiga pulang beraya bersama keluargaku . sampai2 hanya ada adik pompuan bongsuku. mek dan adik lakiku yang bongsu pegi ziarah kubur ayah. rumah kemas dan cantek berbeza hari sabtu yang ditinggalkan dalam keadaan seumpama kapal pecah. bagus adikku ni..rajin sesangat...juadahpun dah siap letak cantik atas meja...rajin sekali lagi

. bertuah sikening tebal tu nanti..tapi kena sedia duit banyak2 sebab minah ni tak reti masuk dapur...



bersungguh abah ain makan . si baju biru belakang tulah tukang kemas umah sampai licin...


aksi je lebih makannya tak pun si tembam ni
berianya kami bertiga..sampai terus makan....
***gambar lain nanti kedian aku upload...

dirumah sebelah suamiku pulak

sabtu tu kami berbukak dengan family suamiku pulak. dan hari tu mak mertua aku duk buat ketupat. keje aku duk tengok dan ambik gambar. dua2 menantu ma hanya menjadi pemerhati setia...dua2 tak pandai bungkus ketupat..tapi aku mengambil tugas memasak juadah berbukak..semuanya selera tekak somiku dan aku...he...he..he..ayam percik,ikan percik, tomyam, udang goreng, solok lada....



tupat palas. sedap betul tupat ma buat..sememangnya aku bukan pengemar tupat tapi tupat ma buat aku laju pulak makannya

bakar ayam



abah tengah duk isi duit raya di malam raya



baby yang baru dilahirkan nur shamimi

Cete sebelum raya

Ambil kesempatan masa sikit nak updatekan cete raya kami. tahun ni malam raya adalah disebelah family suami aku. tapi lepas sembahyang raya terus balik umah aku. dekat je dalam 30 minit drive. al hamdulillah rezeki kawen dengan orang dekat..berulang aliklah kami dalam tempoh seminggu cuti raya. sebelum tu aku nak cete sebelum raya dulu....ikut kronologi ..hari jumaat sampai tu aku berbuka dulu dengan mek kat kampung..sabtu berbuka pulak dengan keluarga mertua.


berbuka puasa di umahku dan sememangnya cukup meriah.




tapai





mek sedang bungkus tape...dpur penuh dengan pekakas pinggng dan periuk belanga sebebnya mek buat majlis berbukak puasa kat umah


cucu-cucu sedang bermain bunga api...




gaya comel 3 sepupu





syamimi


main bunga apipun masih takut2 bebudak ni




tengoklah gaya ain main....


Sunday, September 27, 2009

Alhamdulillah

Syukur Ya Allah di atas rezeki ini. Abah ain telah berjaya dalam temuduga sebagai Pegawai Arked S41. kami bersyukur di atas rezeki yang cukup bermakna ini.Alhamdulillah..

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

Dikesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Berhati-hati dijalanraya. Semoga semua selamat sampai ke kampung halaman. kepada rakan sekelas..kita jumpa di maktab nanti menyambung perjuangan kita sebagai student kPLI.

Sunday, September 13, 2009

dah habis observe

jenuh jam hdpone duk berbunyi-bunyi. selang 5 minit bunyi gara2 aku yang mengantuk nak bangun sahur..dengan muka mengantuk aku bangunlah panasakan apa yang ada..nak masak lauk lain aku malas sebab hanya duk Pk nak terus gedebung sambung tidu..makanpun dengan mata yang rasa nak tiduje..sudah makan capai tepon nak set timing nak bangun ke sekolah..tengok2 dua msg...

gosok dua tiga kali mata aku...esok saya datang..pastikan guru pembimbing akan bersama saya...
uwaaaaa..Dr ramli nak datang...mata yang mengantuk terus segar bugar..prepared serba sedikit tambahan BBM. saja nak lebihkan penggunaan BBM..mengajarlah aku macam biasa sambil diperhatikan oleh guru pembimbing dan lecturer pembimbing.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....

aku dah habis observe...lega rasanya lapang rasanya..seronok rasanya......

lamanya tak berupdate

lama benor aku tak update rupanya. dah seminggu. bizi bukan main ibu ain...Bz ke? aku kira tak adalah bz lebih2 lagi aku dah nak habis praktikum. ada 4 hari lagi aku praktikum...aku akan menjejaki lagi ke maktab naik cuti raya nanti. semangat tak semangat terpaksalah drive pepagi buta jam 6 pagi meredah kesunyian jalan sambil melayan radio. masih berbaki dalam 2 bulan lebih lagi kursus KPLI aku. alangkah tak sabarnya nak habiskan KPLI tapi rindu gak kat rakan sekelasku nanti. masing2 membawa haluan dan masing akan menjadi seorang guru PDK bertauliah.

hari2 aku biasalah lepas balik sekolah sampai umah jam 2 petang. solat kemudian temankan ain tengok kartun sampai tertidur dan dalam kul 4.30 aku akan masak untuk berbuka. tak adalah banyak sangat aku masak. macam hari ni aku masak kerutuk ayam, goreng ikan talapia, tempe goreng ikan bilis dan pengat ubi untuk abah. kul 6 petang dah siap semua. sambil duk layan kartun(kepala aku penuh dengan kartun je gara2 ain nadhirah yang hanya duk tengok kartun hari2..kalau dah habis kat TV dia putar CD pulak. hari2 duk berebut dengan ain dan biasalah anak yang menang.

*Abah belikan Tv satu lagi..

gambar tak de kena mengena dengan tajuk tapi saje nak letak gambar anak sedara ku kat puchong. camera laptop.







Wednesday, September 2, 2009

why...bakponya

laptop ni nak kena usung ke puchong ni. aku dah cuba banyak kali nak transfer gambar tapi fail..Blank. laptop tak detech camera. hisss........aku banyak keje nak buat untuk folio praktikum nanti. nak print segala mak nenek gambar............
mintak2 semua ok pas aku gi jupo pome kat puchong.......pome abang iparku.....