Monday, November 30, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah kerana aku selamat menamatkan kursus KPLI dengan jayanya. moga aku berjaya dalam exam, interview dan exam kissm. moga aku di postingkan dekat2 dengan tempat keje somiku. tak perlulah aku duduk berjauhan dengan anak somi. Alhamdulillah syukur sangat sebab hari ni aku separuh hari duk kat annur nak scan babyku. sebelum raya aku alami masalah di mana ad keluar drh coklat dan pada masa yang sama aku peknen. bila first scan, doctor tak nampak so refer to annur..sama gak kat sana tak nampak gak.. doc bagi date lepas raya...

hari ni aku ke sana dan masih lagi tak nampak baby cuma nampak kantung baby sajo..sekali lagi doc refer to pakar annur kat sebelah je cuma kena menunggu turn dalam sejam lebih. doc pakar scan still tak nampak so doc buat keputusan nak scan dari 'bawah'. kalau ditakdirkan denyutan jantung baby tak nampak dan hanya kantung sajo yang tinggal kenalah buat next prosdur.

memang berdebar rasanya......

bila doc masukkan scan terus nampak denyutan jantung baby..lega sesangat dan kandunganpun dalam rahim...syukur sesangat.
tak kisahlah habis dalam rm200..sekurangnya tak adalah nak menunggu saban waktu..lepas tahu posting nanti barulah start checkup kat klinik gomen. kitakan orang gomen...

No comments: