Saturday, November 7, 2009

sibuk exam hari tu

Alhamdulillah aku baru habis exam. oklah jawab apa yang terdaya. walaupun aku diganggu dengan hari last tiba2 mataku menjadi silau dan kabur segala tulisan aku. aku tak nampak tulisan aku..semua menjadi silau (bukan gelap),memang menyebabkan aku hilang tumpuan tapi aku cuba bertahan walaupun dengan matanya yang dah bersilau2. mungkin mataku penat ekoran tiga hari berturut non stop menghadap buku. maklumlah faktor umur. hari jumaat lepas terus sambung dengan kursus induksi selama 14 hari. yang aku berdebar ialah examnya nanti. aku risau andai mata aku tiba2 silau balik macam tempoh hari. memang menakutkan akulah. serius rasa bimbangpun ada.

abah ainpun keje kat arkib dah bukan macam keje kat gvtment dah..asyik kena follow pameran bergerak dan perlu buat preparation untuk pameran. hari ni dah ke dataran merdeka sampai malam. minggu depan pulak akan ke putrajaya. itu ok lagi sebab masih boleh balik rumah selepas habis keje. pameran ni merata...kalau ke negeri lain pulak bukannya boleh bawak anak isteri. tak ada keistimewaan pulak jadi pegawai. baik keje kat penjara.dengar kata dalam perancangan follow jome hebohlak...ni tak sedap didengar ni..

*** bosan pulak jadi isteri peg. arkib ni...asyik kena tinggal

No comments: