Monday, January 2, 2012

Update- First Day Kakak Di Tadika ABC

Dedikasi untuk kakak ain yang hari ini melangkah masuk ke tadika ABC dan tahun depan bermulalah cikgu roha ada anak sekolah sama2 dengannya. Adalah peneman dikala jem depan plaza phoenik tu nanti. Adalah suara2 yang mintak itu ini bila dah sekolah sama-sama.**kena mintak elaun lebih dengan abah nanti jika tahun lepas ibu tak dapat nak hantar kakak melangkah buat pertama kali dalam hidupnya mengenal erti sekolah kerana ibu jua kena bertugas di sekolah tapi syukur tahun ni ibu berpeluang menghantar permata sulung melangkah untuk pertama kali di tadika baru. moga pilihan ibu untuk menghantar kakak di tadika ini adalah yang terbaik. Di kesempatan ini ibu ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat tadika Iman harmoni(Teacher Lim & Teacher Rita) kerana berjaya mendidik Ain mengenal Abjab dan lancar membaca hanya dua bulan bersekolah walhal tidak pernah mengenal ABC walaupun dah berusia 5 tahun.



sengih memanjang. mak2 sedara kalau selisih ngan Ain. boleh cam tak AIN

muka orang kena tinggal dek kakak dan kena paksa bangun awal pagi. kelat memanjang

baru sampai depan sekolah.


dutch lady school..sebab dah school, kena minum adik hana tak boleh minum kena school dulu. bebel si kakak

good girl

pujuk si hana..singgan main buaian...baru menyengih



jam 12.00 semangat aku paksa abahnya pergi jemput. kalau boleh tak nak si anak menunggu walhal sesaat..tapi dari jauh dah nampak ramai budak2 dah keluar. Alahai dah keluar ke. siannya mesti duk menunggu...cepat2 abahnya parking.

on the way menjemput kakak

dah besar ko nak


dah nak sama besar ngan abah


* moga kakak beroleh kejayaan dalam hidupnya di dunia dan di akhirat. semoga menjadi teladan kepada adik-adiknya. Moga diberi keselamatan dan kesihatan yang baik. Amin

No comments: