Sunday, April 18, 2010

KL Bird PArk

Semalam dah seharian suntuk duk bermalasan di rumah..lagipun dah half day aku duk di sekolah untuk LDP. hari ni pulak tiba2 abahnya nak pergi Taman Burung. (bukan tiba2 aku dah agak apabila dia duk charge bateri kamera. ni mesti ada agenda dia nak buat. Nasib baik hari ni redup tak adalah panas sangat. dalam taman burungpun redup jugak. sesuailah untuk bawa anak-anak..cuma perlu berhati2 dengan tahi burung tiba2 boleh tanpa segan silu park atas kepala kita. tiket adalah untuk dewasa agak mahallah jugak RM 15 dan kanak-kanak rm6. burung-burung kat situ pun bebas berkeliaran dekat2 dengan kita terutama merak dan flamingo.

gambar2 adalah tidak tersusun..malas aku nak edit2

ni dah nak balik..singgah makan ice cream.tapi pastikan cari lokasi yang tidak ada burung2 di atas kepala ya

aku yang tidak sedar diri..ada gangguan gula dalam darahpun belasah ice cream sama2 ngan ain..(mentang2lah result BSP tempoh hari cantik)

nampak tak aku yang laju je kat depan tingggalkan ain dan abahnya kat belakang. tengah duk meluru ke parkir..penat pinggang aku rasa

abahnya yang lebih exited dari kami berdua..ain dah berapa kali panggil balik..dia duk leka ambik gambar burung2 kat situ




duk tengok sebelah mana nak pegi ni..tapi alih2 tak habis pusingpun..dah penat


ikan2 kat sini boleh di bagi makan

ni dekat pintu masuk


ain memang tak nak bergambar.

sampai ke tualah aku di sini" mungkin itu yang dpk oleh flamingo ni.





ini di ruang depan


Thursday, April 15, 2010

baby dah 7 bulan

Minggu ni dah masuk 7 bulan baby, nampak gayanya kenalah prepared serba sedikit keperluan baby, di tambah ibu yang macam2 masalah kesihatan yang mendatang sepanjang mengandung ni.. baby juga terpaksa merasai jua perit bius semasa operation, merasai juga berpuluh2 ubat atibiotik yang ibu telan sehingga sekarang ini..ibu masih lagi telan atibiotik untuk telinga ibu pulak. petang ni ibu nak ke putrajaya nak ambik appointment untuk bjumpa dengan pakar ENT..telinga ibu masih berkeadaan macam tu. Terharu ibu bila kakak ain cakap " ibu tak makan ubat ke." bila ibu ngomel pasal telinga ibu depan dia. ibu ada juga search mencari maklumat tentang impak ubat atibiotik kepada baby dalam kandungan. ibu selalu berdoa agar anak- anak ibu sentiasa sihat dan dilindungi, diberi keselamatn dan kesihatan yang baik. Andai kakak ain demam ibu dah resah..mulalah pk macam2...bimbang dengan tahap kesihatan sekarang yang mempunyai pelbagai wabak penyakit yang merbahaya...moga Allah melindungi keluarga ibu setiap masa..


Friday, March 19, 2010

baby dah 6 bulan

sekejap je rasa masa berlalu..dah 6 bulan baby dalam peyut ibu. kak ain pun dah boleh menerima bakal mendapat adik. kekadang dah tak marah kita panggil dia kak ain tetapi kekadang muncung suruh panggil dia baby..yang dalam perut ibu adik dan dia baby

"ibu..adik ibu duk atas ke bawah"

"ibu.. adik ibu dah besarke
asyik ckp adik ibu bukan adik dia.

jantina baby blum diketahui....nama jauh sekali..tak ade ilhampun lagi....insyaAllah dekat2 nak bersalin nanti adalah ilhamnya.

si abahnya asyik kuar dari mulutnya

NUR...nur apa tak jumpa lagi....tapi si ibu lak tak nak pulak nur...

NIK AIN NADHIRAH NIK MAN

NIK ............................( ada yang nak mencadang) abahnya tak suka nama anak moden2...lelaki ke pompuan..dua2 boleh cdgkan...

Monday, March 15, 2010

sekadar menulis

cuti sekolah seminggu bukan main gumbira ain sebab tak payah ke rumah baby sitter..tiap2 pagi bangun tidur ayat yang kuar dari mulutnya takkala abahnya tengah duk bersiap nak pegi keje..

"ibu ada duit tak"(itu soklan tersirat ain tau..maksudnya kalau aku jwb tak ada duit bermakna aku tak kejelah.....

"tak ada''

lantas sibulatku senyum terus sambung tidu sampailah kul 10 am...termasuklah ibunya dan baby sekali..senyap dalam perutku..

bangun awal2pun bosan tak ada apa yang nak dibuat...duk berguling galak depan tv jah...kalau sebelah petang duk menepe tepi ain layan kartun..pening aku tapi ain rileks jah..sejam sekali duk order susu...bukan main senang hati si bulat ni...bosan tengok kartun dia nak main game...kalau tak diputuskan line gamaknya berjam2 dia mainpun tak bosan.. biasanya paling lama aku bagi 2 jam saja...lepas tu aku cabutlah line.tak main game dia tengok tv pulak....sampailah dia tertidur.

babypun dah 23 minggu. cepat benar masa berlalu. duk hitung2 bulan dah dekat nak bersalinpun ada...seram aku mengingatkan saat itu...pengalaman pertama melahirkan anak..begitu susah dan perit sekali.....dah 4 tahun berlalu tapi rasa macam baru saja berlalu..tengok2 anak depan mata dah dekat nak sampai paras dada kita..Minggu depan dah 6 bulan. jantina babypun belum diketahui lagi..cuma abahnya asyik kata anak pompuan ni...kalau dulu dia duk kata anak laki tut tut anak pompuan yang ini pulak duk kata anak pompuan..maybe anak lelaki kot..ibunya pulak tak rasa apa2..pompuan pun tak apa lelakipun tak apa asalkan sihat selamat dan menjadi anak yang baik..amin. insyaAllah minggu depan pegi scan baby..lonipun bukan main galak duk berguling2 dalam perut ibu. maklumlah ruang perut ibu cukup luas...boleh bergolek2 ke sana ke mari..last scan..alhamdulillah baby sihat dan ukuran baby sesuai dengan usia kandungan..setiap saat aku mendoakan semuanya selamat dan dipermudahkan masa bersalin nanti...amin.



Friday, January 29, 2010

BSP

hampir 2 minggu aku cuba menjaga pemakanan untuk mengelakkan kandungan gula tinggi. namun ia menyebabkan aku terasa lapar dan hilang berat badan hampir 2kg. hari ni merupakan hari pertama aku melakukan bsp. pada pukul 8.00 am bacaan adalah 4.2. misi bertanyakan sama ada aku makan atau tidak kerana bacaan rendah. aku dengan ikhlas cakap aku banyak tahan makan sehinggakan lebih banyak rasa lapar. pendek kata aku mengambil nasi sekali sehari itupun dalam kuantiti yang sikit. air yang bergula langsung tidak kusentuh termasuklah makanan lain yang boleh menyumbang kepada kandungan gula yang tinggi. pada pukul 11 am sekali lagi darah diambil dan tahap gula adalah 4.7. misi mengatakan aku jangan menahan diri dari tidak makan kerana memerlukan bacaan tepat gaya pemakakan harian aku yang biasa. maksudnya andai aku makan nasi 2 kali sebelum ni.wajarlah aku makan sebanyak kuantitit tersebut. ini untuk kebaikan aku dimeudian hari sekiranya apabila doktor menelitit result BSP aku ini ternyata Doktor akan mengkategorikan aku bebas kencing manis dan aku mula kembali kepada diet asal. kesannya mungkin time itulah sebenarnya kandungan gula ku tinggi..untuk peringkat pematauan ini kita perlu lakukan rutin seharian kita maca mana.

tapi aku memang ingin mengurangkan pemaknan aku selepas ini..buat masa sekarang aku makan untuk berdua.kesian kat baby asyik lapar ekoran ibunya yang tahan makan untuk elakkan kandungan gula tinggi. so untuk tengahhari ni aku ambil nasik dan minum teh o ais serta sepotong tembikai. pukul 5 nanti akan diambil bacaan tahap gula aku dan sekali lagi pada pukul 10.00 malam. aku berdoa agar kandungan gula aku normal walaupun aku kembali kepada gaya biasa.....

Monday, December 28, 2009

ke sekolah

nak buat buku merah tak jadipun..adoilah bila ni aku nak pergi..next week dah bukak sekolah mana boleh senang2 aku nak permisi nak pegi klinik. nak tak nak kena minggu ni jugak.lainlah andai kami dilewatkan sikit untuk tarikh lapor diri. oh ya lupa nak cakap aku dapat sekolah kebangsaan taman segar, Cheras. beria aku search nak dapatkan info tentang sekolah ni tapi sodehnya tak ada laman webpun dan tak ada apa2 info yang aku perolehi tentang sekolah ni. petang semalam dah cuba survey sekolah ni.timing jam dalam 30 minit nak sampai dari rumah tapi melalui tol rm5 jugak..tak habis2 aku kena melabur hari2. time pegi tu time tak jem lah.aku tak surelah diapunya jem macam mana area tu nanti. aku akan cuba keluar rumah jam 630 am bila dah sekolah nanti. kalau lambat sampai disebabkan jem nampak gayanya kena awalkan lagilah keluar dari rumah.soal pindah rumah tak surelagi...dalam perbincangan.abah ain macam biasalah macam tak nak pindah je....padahal diapun keje KL. cari rumah area Cheras tu..tengoklah macam mana nanti. apa yang penting aku perlu sesuaikan diri dengan sekolah baru, persekitaran baru dan rasa macam semua barulah. dah rasa macam2.....
"macam budak baru nak masuk sekolah....abah ain kata"

*tertanya2 sapolah yang akan diposting sama2 aku ke sekolah tu nanti....

Sunday, December 27, 2009

posting oh posting

kat mana aku posting belum diketahui lagi...rakan2 aku yang lain dah diketahui lokasi sekolah masing2. tahniah aku ucapkan kepada rakan2 ku terutama geng dapat di kelatan...sekurang2nya dapat negeri pilihan masing2 walaupun ditempat di sekolah menengah. satu cabaran yang belum dirasai lagi. maklumlah masa parktikum tempoh hari di sekolah rendah alih2 bila dipostingkan dapat sekolah menengah. walau di manapun aku mendoakan kita semua akan dapat berbakti kepada golongan istimewa dengan sebaik yang mungkin. bagi aku pulak...kat manalah...esok baru diketahui negeri bukan sekolah lagi. doakan yang terbaik untukku..

esok jugak aku nak mengunjungi klinik. dah lama tak checkup baby ni. booking buku merahpun belum lagi. ingat esoklah juga nak booking buku dan insyaAllah esok jugalah tahu di mana aku dipostingkan. doakan semua selamat dan dilindungiNya. Amin