Tuesday, April 29, 2008

Balik Kampung

Dah lama aku tak balik kampung sebenarnya. last sekali adalah time raya cina tempoh hari. ni balikpun sebab ada kenduri kawen kalau tak nampaknya balik time raya nantilah... Kenduri kawen lusa nanti dan malam esok adalah malam akad nikah..kami tiga beranak akan bertolak malam ini dan doakan perjalanan kami dilindungi dan kami selamat sampai. kami cuti sampai hari isnin depan. kalau tak pun sampai selasa depan.

so kekawan balik cuti nanti aku akan uploadkan gambar2 kawen nanti...jaga diri dan keje elok2 ya..aku nak lupakan pasal semua keje2 ni..naik cuti nanti fikir balik...aku nak enjoy!

Sunday, April 27, 2008

Aku nak berhenti Keje

Aku nak berhenti keje!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!So..doakan aku dapat keje lain kekawan...atau perlukah aku berhenti sekrg walaupun tak de offer dari mana2 lagi...YaAllah 7 tahun hambamu ini mendambakan keje..hambamu sabar dengan segalanya..ada rahmat disebalik semua ini....aku cuma kuli so jangan kalian meletakkan semua kesalahan padaku. aku menerima andai itu memang kesalahanku tapi kenapa aku jua yang dipersalahkan setelah aku melakukan sebaiknya...bukan sekali ini tapi dah banyak kali.SO..cukuplah..aku tak kan baik2 hati kununya berbelah bagi nak tinggal keje ni andai dapat offer lain...kesian lak mereka nak cari pengganti..tapi adakah mereka fikir macam aku fikir....keputusan aku adalah muktamak.....aku berhenti keje..Mc Longpun dah kata diapun dah bosan kalau macam ni gak...tak payah nak tunggu ada offer lainlah..berhenti2 saja.... sekali fikir itu yang aku nak buat tapi...(kepada yang senasib dgn ku) memahami apa yang aku rasa. Aku terpaksa menelan semua ini....

Gajiku dah habis!!!

Pengumuman..hanya 2 hari saja gajiku masuk dan hari ini dah habis. memang power rangers betullah ibu ain...bravo...tahniah ku ucapkan pada diriku ini...macam2 aku belikan semata2 nak balik kampung kali ni. ini semua kerana tema auntie kahwinlah..siap sedondon masa majlis menyambut menantu lagi...masa hari kenduri kami mengayakan warna tequoise (aku rasa aku salah eja)...dan masa majlis pihak lelaki kami tiga beranak (org lain aku tak tau) mengayakan warna kuning..ikut aku punya warna baju kurung... untuk itu aku telahpun membelanjakan sebanyak RM900 termasuklah cermin mata buat suami tercinta ( ni kira hadiah birthday bulan tujuh nanti... dan juga service kete suamiku nak hantar ini hari....masalahnya ada lagi yang perlu ku beli..Mak..duit tak cukupppp......tapi service kete tu aku claim balik nanti.Perbelanjaan di kampung dan juga minyak kete balik KL nanti adalah urusan suamiku..Sorry...ibu tak dapet nak tolong ya.

walau aku rasa aku dah terover belanja bulan ni tapi aku puaslah jugak..dah lama kami tak ada baju baru kecuali Ain lah. tapi untuk kali ini Ainlah paling sikit Rm 60 je aju habiskan untuk beli 2 pasang baju dia...Kepada kekawanku kat sini kalau nampak aku pakai baju lain dari yang lain tu selepas setahun aku kat sini...tahu-tahulah itulah baju baruku...

jadi untuk weekend ini itulah keje kami 3 beranak..menghabiskan duit ibu...duit abah tak masuk lagi..so TUNGGU abah...giliranmu akan tiba!

p/s:bakal pengantin dah selamat sampai kat kampung. masa entry ni aku tulis dia masih membuta...dan pelamin dia dah siap dipasang...sure basilah tu nanti

Friday, April 25, 2008

Buat Keje Beb!

Hari ini terlebih rajinlah pulak makcik. sesudah acara makan2 tghari tadi aku terus ke workstation aku. biasanya lepas makan kenyang2 kami berborak sampailah time masuk opis balik( kul 2.00 Ptg kecuali Jumaat 2.30) tadi pun dah borak sakan kat cafe tu...dah tak hirau dah keadaan hinggit-binggar tu.
Bukan apa aku nak siapkan binding untuk MIS Report tu. kalau aku buat time keje nanti CEO cari pulak..malas aku nak cari pasal. Keje binding report melecehkan betul..kalau bulan lepas aku buat binding sebanyak 19 copy. berbakul2sumpah seranah aku kat dalam bilik OSR tu (debe betul bunyi ni) . susah ke kebenar nak buatnya. terhengeh2 aku buat (tak Pandai tak nak ngaku)..yang kali ni pulak.laju je aku buat. macam mesin binding ni nak berbaik2 ngan aku pulak. cukup sporting. sekejap je aku buat untuk 9 copy itu...sengeh lebar aku....berbaloi buat keje time lunch hourpun.So bila dah settle semua aku duk update ini blog. ada lagi satu keje aku..mc long duk suruh print PPAE staff . Malas nak buat lagi. hari isnin nantilah.. kejap je kalau aku hadap bende tu...nak start buat je mengeliat sikit. pagi2 tadipun duk print PPAE staff untuk Gred E1 &E2. so nak print yang E3 lah pulak ni.

Yehaaaaaaaa.....hari ni hari jumaat. Cuti 2 hari.....bolehlah tidur lama2 sikit. Ain biasaya bangun dalan kul 10.30 am...pas tu duk melayanlah kerenah dia yang macam2 itu..lewat ptang nanti pulaklah dia tidur lagi. tapi dalam duk pening2 dengan kenakalan Ain itu...sebenarnya dialah yang banyak mengembirakan hati ini...terisi sungguh hari-hari ku...macam2 lah. nak marah ada..nak gelak ada dan nak sekeh2pun ada...tapi serous aku katakan aku ni bengis betul dengan Ain..sebab tulah Ain tak rapat sangat dengan aku berbanding abah dia. dia tak tahu yang ibu nilah bersusah payah dulu. tak tidur siang malam, nyamuk gigit sekorpun marahnya berapi2...berusaha carik balik nyamuk yang telah gigit anakanda tersayang..ibu nilah yang duk ngipas sepanjang malam tanpa henti time black out dulu. takut anakanda tak selesa .sanggup tak tidur bagi memastikan anak selesa..itulah pengorbanan seorang ibu..abahnya time anak besar sikit barulah nak manja2 ngan anak... dan hasilnya si anak tak boleh berenggang langsung...

Thursday, April 24, 2008

Penakut betullah aku

Perjalanan aku tidak sesukar mana...alam persekolahanku berlalu macam biasa dan tak de tersangkut..alam kuliahpun sama cuma ada 1 paper aku sangkut dan repeat balik...boleh dikatakan student yang kena repeat dalam 70% yang luluspun ramai yang dapat karipap ('D 'le)...kami ke yg bengap? ataupun lecturer yang tak betul..tapi aku tak salahkan lecturer.
Ha...tiba2 aku teringat one case aku kat UPM dulu..time tu rasanya awal diploma. Masih mentah dan tak faham dengan selok belok kat UPM(umur tika tu 18 tahun). kami difahamkan one student kena ambik one activiti kokurikulum kalau tak kita orang tak dapat Grad (nipu betullah) so aku pun dengan member ku ambik silat Cekap Hanafi. Kunun2 untuk mempertahankan dirilah. masa training dia ialah setiap malam rabu di padang depan fakultiku... nak dijadikan cerita...student yang baru perlu menjalani proses (aku tak Pastilah nama dia dah lupa) tapi macam sesi penerimaan student baru atau dengan kata lain sesi penerimaan watikah kot..lantaklah apa2. dalam sesi tu kami dipertemukan dengan ketua (bos besar persatuan silat tersebut)..setiap student kena bergilir2 bjumpa (duduk bersimpuh depan dia)-ala macam orang nak akad nikah tu..yang lelaki siap berjabat tanganlah. Tok ketua tu suruh mengucap dua kalimah sahadat, bagitau nama ibu dan kemudian memberi setiap student baru kain putih dan sepotong ayat quran. kain putih tu di alaskan sebagai lapik tidur kita dan mesti baca ayat2 tu lah sebelum tidur(kalau tak silap aku kena buat untuk 3 malam berturut2-ntah dah lupalah). Tika itu aku dah rasa seram sejuk.takut nya(takut hantu he..he) dan time tu aku tengah period so aku tak perlu lagilah nak tidur beralaskan kain putih dan baca ayat tu..malam pertama (walau aku tak buat lagi) aku tak boleh lelap sampai pagi...tubuhku dah berpeluh-peluh. takut beb..mana tahu kan kain putih tu tiba2 menjelma lembaga putih kat hujung katil ku...ataupun time tertidur dia datang dalam mimpiku..hish..hishh...macam2 dalam benak fikiranku.

Sesi latihan pertama...kami diajar yang basic. tapi kenapa hatiku dah tak de semangat untuk belajar..dah mati bila duk teringat kain putih yang masih ada dalam beg aku kat atas meja study. Ayat Al-quran yang dia bagipun aku tak tengok.. hafal jauh sekali...dalam minggu tu hatiku tidak keruan...dan akhirnya keputusan aku adalah BERHENTI. pada malam latihan sesi kedua itulah aku memberitahu seniorku dan memulangkan semuanya siap dengan alasan sekali...

"saya tak dapat nak bahagikan masa untuk study..banyak assignment kena buat"

padahal aku jenis yang penakut tak nak mengaku...

Wednesday, April 23, 2008

Seminggu ini

Masuk2 opis je aku bukak ini blog..keje memang tak dak cuma ada keje Mc long suruh aku print PPA staff..kejap2 lagilah aku printnya. boss aku lak ada meeting kat KLCC. On the way datang keje, mata asyik ngatuk je. dalam komuter sambil berdiripun boleh aku tertidur..mata tak boleh nak diangkat2..puas aku cuba menokak mataku ini.nasib baik sampai serdang (15 minit bdiri kot ada adik tu bagi aku duduk..kweng...kweng sebab my stomach kan like ibu2 pregnant gitu..bagai mengatuk disorongkan bantal akupun duduk dan tutuplah mataku ini walauku duduk diapit oleh 2 lelaki (sebelah tua dan sebelah lagi muda)..layan jelah ngatukku ini...

Sebenarnya aku tak de apa nak dingomenkan disini...yang aku nak bagi tau ialah pasal minggu ini...kenapa dgn minggu ini. sebab aku dah tak sabar nak minggu ini cepat berlalu..berlalunya minggu ini bermakna gaji masuk..berlalunya minggu ini bermakna dah nak balik kampung....hati dah duk kat kampung ni...Ain pun dah lama tak ditengok oleh dua-dua tuk ayah, nenek dan tok ma. Berlalunya minggu ni jugak my 3rd anniversaryku akan tiba. tibanya tarikh itu aku pasti...kami terlebih letih gamaknya...kenduri kawen. mana tak letihnya...macam aku pulak nak kahwinnya. serius aku cakap masa time kawen dulu 3 hari dari tarikh kawen...memang penat gilalah. Ayahku dah sampai hilang2 suara.tu lah cakap tak payah nak guna speaker hasilnya suara serak...

ko orang semua guana pulak?nak ke minggu ini cepat2 berlalu?

Tuesday, April 22, 2008

Love Story-Part 4

5 tahun menyulam percintaan (tiada istilah lain untukku gambarkan situasi itu), dan tarikh 3/5/04 kami mengikat tali pertunangan. Majlis yang ringkas di hadiri semua sanak saudaraku...jauh dan dekat..rombongan dari pihak lakipun agak ramai..penuhlah rumahku tika itu.. aku mengayakan kebaya labuh kuning kunyit. selendang kuning cair ala2 wardina tu..cincin disarungkan oleh bakal ibu mertuaku di jari manisku...Malu nya bila mengenangkan saat itu..Iyalah...kita berada ditengah2 majlis. semua duk fokuskan kat kita. Nik tak hadir (duk kat umah dia..aku tak bagi dia datang dan dia lagilah malu nak datang)

setahun kemudian..1/5/05 menjadi tarikh indah buat kami..

Dengan sekali lafaz, bersaksikan keluarga tercinta dan dengan restu kedua orang tua, kami disatukan dalam majlis yang sederhana tapi meriah. Syukur padaMu YaAllah, kerana jodoh kami tetap utuh dan AlHamdulillah, doaku dimakbulkanNya. Dan 2/3/06 lahirlah anugerah yang tidak ternilai anggungnya, seorang puteri yang comel persis abahnya. Hilang segala perit ibu sebaik sahaja nurse menghalakan pipimu sayang untuk ibu mengucupmu. sayang..walau abah tiada disisi berkongsi perit ibu,walau tiada abah disisi saat sayang dilahirkan namun ibu pasti doa abah tetap disisi kita sayang.

Tirai kasih kami tidah berlabuh disini, tidak ternokhtah disini. Kasih kami tetap utuh dan insyAllah tetap bersemi selagi hayat dikandung badan. AMIN

Monday, April 21, 2008

Weekend itu

Weekend? kita orang tak kemana pun. Abah Ain keje shift pagi. Hari sabtu balik dalam kul 4.30 petang. jadi bolehlah petang tu bawak Ain ke taman tasik cempaka. siap berjogging dua beranak tu. dan ibu hanya jadi pemerhati saja sambil makan goreng pisang dan kerepok yang tak sedap itu. Gambar2 riadah kita orang ada tapi duduk dalam h/phone (tak de cabel nak upload dalam pc). pas main2 pegi pasar malam..time tu hujan renyai2..beli nasi, laksam, ayam goreng, dan jagung rebus je dah dekat maghrib baru sampai umah.

malam tadi, abahnye balik pas maghrib....so jalan2 macam biasalah..pas makan nasi + sayur lemak bayam + ayam goreng kicap anakanda tersayang dah mengamuk sakan asyik duk jome..jome..(itupun masa makan tak sempat menghayati)..dengan minyak kete ada dalam spuluh ringgit kami pergilah ke PUtrajaya. Bestlah pulak malam tadi siap ada show imbasan Air diiringi dengan lagu. semburan Air itu diiringi oleh imbasan flora dan fauna..kita boleh tengok ikan duk berenang2, melompat-lopat, kelompak bunga tengah nak mengembang. tapi sayang first nak tengok tu keluar penyu yang amat besar. Apalagi Ain menjerit ketakutan tak nak tengok..( iyalah tiba2 depan mata keluar raksasa besar ) Ain kan semua jenis binatang dia takut..walhal semut seekor pun jerit gila2..) kesian ibu abah yang tak sempat nak tengok show itu tapi memang cantiklah..duk lepak2 kat jambatan (yang dalam cete sembilu kasih tu)..kat situ couplelah yang banyaknya..entahlah mereka ni dah hilang segan silu gamaknya...berpeluk sakan dan menjadi perkara biasa. main2 kat situ kejap kami pun pulang.dalam kul 11 malam kami sampai umah..kul 1.00 pagi ain tertidur termasuklah ibu dan abahnya..

Saturday, April 19, 2008

Love Story-Part 3

"Nak keluar dengan adik orang ye" soal akakku (tika itu kami tinggal bersama di umah sewa )

aku membiarkan mereka berdua berborak. serious aku katakan, inilah first time aku nak keluar jumpa lelaki ( mungkin ko orang anggap aku ni kekampungan sangat, umur 21 tahun baru nak cuba2 berkenalan dengan lelaki)..tak..classmate lelakiku ada tapi sekadar berhubung masa sesi persekolahan je lah..dalam kuliahpun sama rakan-rakanku semuannya perempuan yang coursemate laki hanya kenal macam gitu2 je).


kami saling berbalas senyuman..air mukanya ternyata menyembunyikan gundah gelana. Dan petang itu, garaj kereta berhampiran flet umah sewaku, ditepi longkang, pohon betik( buah betik yang masak jatuh menimpa my hubby aku..kah..kah..abis baju dia..) itu menjadi saksi pertemuan pertama kami ( tapi tika itu hanya kawan) dan tak lupa jugak...dia kena berak dek burung..dan dari saat itu, pertemuan demi pertemuan kami aturkan. Pastinya pertemuan kami hanyalah sekitar UPM, Flet dan tasik yang ada kura-kura (juga dekat dengan flet umah sewaku)..paling jauhpun mines ( 3 KM from UPM)-he..he..dekatlah jugak tu..


9/9/99 - menjadi sebahagian tarikh indah kami sampai saat ini


Saat itu...aku menyatakan persetujuan menerima si dia sebagai "pengarang hati, pengarang jantung dan seangkatan dengannya"..(kekasihlah). jelas riak wajahnya mensyukuri akan keputusanku ini, senyum lebar di wajahnya...yang pasti aku tidak meletakkan dirinya adalah jodohku...aku menerima andai kasih kami putus ditengah jalan. Tapi apa yang aku pasti aku semakin merinduinya,menyayanginya setiap detik dan saat..Kami meredah hujan, berpanas dan berselut ( habis kasut mahalku masuk dalam selut sedalam buku lali)- gara2 my hubbyku yang degil itu (kalau dia baca ni tentu tergelak besar)- sampai sekarangpun kalau kami tiga beranak pusing2 kat UPM, dia akan kata


" Ain..situlah kasut ibu masuk dalam selut"...kah..kah..kah gelak besar my hubby aku


" Ain kat sinilah..ibu majuk dan tak perasan plastik rotrat dalam lipatan seluar dia(aku lupa nak buang)..pas tu siap jalan2 tinggal abah..dia pegi tengok kuda sorang sorang dengan plastik masih ada kat seluar dia"


"kat bawah itu...kat atas pokok itu....tepi longkang ini...". macam ni lah my hubbyku kalau pusing2 tiga beranak melewati lokasi kami berdua masa dulu2...


Perjalanan kasih kami jua dilanda badai..dengan sikap sensitifnya dan ditambah sikap ala2 kasar manja aku, ada kala kami majuk ( lonipun sama gak)- rimas aku dengan sensitiviti my hubby aku ni...cuma masa mendewasakan kita..pandai2lah aku memahami sensitiviti dia dan pandai2lah tahu apa yang membuatkan dirinya sensitif ( so kita jangan buatlah- kalau nak buatpun buatlah dalam hati (ada ke istilah ni)


Perbezaan inilah yang menyatukan kami sehingga kini....





Friday, April 18, 2008

Pabila

pabila isteri merajuk
hati sentiasa mintak dipujuk
namun kenapa suami buat tak reti
banyak benda lain katanya

pabila isteri menangis
tiada belaian tapi diam membisu
sedu sedan pengujung tangisan
kesudahan tertidur kesepian

Pabila isteri mogok diam
suami lagi buat derk
selisih bahu buat tak nampak
tiada senyuman macam biasa

Sekali pujuk isteri tak endah
dua kali dah diam
hati minta dipujuk lagi
cubalah suami pasti berjaya

Hari indah berlalu kusam
dua-dua diam dingin
hati perempuan ingin belaian
cubalah mengerti wahai sang suami


nukilan spontan : ibu Ain

Thursday, April 17, 2008

tengok ye..

gambar ni aku suka sebab gambar tak ready..kecuali aku dan ayah su..dah siap menyengih...Atikah duk noleh suruh tuk ayah tengok camera. mak alang duk ngelak dari kena siku tuk ayah..dan macam biasalah ayah aku buat derk je. gitulah betapa mahal gambar dia..kalau kita nak bergambar dengan dia kita orang kena pegi duduk dekat dia.(ni pun kita orang pegi duduk sebelah dia tau)




ni pulak 3 beranak..duk lepak petang2 kat umah.(kat kampung) hanya mereka bertigalah duk kat kampung sekarang..ayahsulah peneman mek dan ayahku. dan ayah su ni masih lagi tidur bawah ketiak mek tau..nak pegi toilet ( walhal dalam umah) pun minta peneman. kalau nak cete pasal ayahsu..macam2 lah...yang pasti dialah top student poteng sekolah(dalam seminggu pasti ada '0' dalam rekod kedatangan.



gaya macho seorang ayah. bila dia tau je kami nak ambik gambar dia..apa lagi di toleh ke tempat lain (tapi dia tak pernah nak marah kalau kita snap gambar dia..dia biar je tapi no respondlah)...jeng2 hasil dia possing ala model gitu

Berdebarke





nilah dua orang budak yang duk berdebar dan tak sabar2 nak kawen ( 1/5/08 nanti majlisnya) dahlah berkongsi date ngan aku...bak kata abang kamal " eh..budak ni ingat sedap sangat ko nak kawen (apaler abg ni..macamlah dia tak pernah rasa saat nak kawen dulu).. apa2pun aku jugak tak sabar2 nak balik kampung ni...my hubby aku dah tak sabar nak makan timun cina (ma dia tanam) dia tak sabar nak makan dari pokok.."sedap ibu" itulah yang selalu duk bagitau aku...


Bakal pengantin ni(yang perempuan) adalah adik aku yang nombor empat. umur muda lagi 25 tahun tapi sebab dah tak sabar dan dah sampai jodohnya maka mereka bersedia nak kawen.Bakal adik ipar aku ni orang pasir mas..jupo jarang2 je...time raya je adalah dia datang umah kami kat kampung...dapatlah askar2 mc long (tikah, eyah dan faris ) serta Ain duit raya 2 ringgit sorang...(belum kawen 2 ringgit agak-agaknya pas kawen nanti berapa yang dia nak bagi....)


menantu mek aku semua bagus2..sorang ( abang iparku) suka memasak. pendek kata dia lah tukang masak time kita orang duk umah mek, hubby aku..suka ngemas...disapu bersih daun2 buah seto..keliling umah daun2 getah....sapu pasir kat sutuh rumah. jadi hatiku tertanya2lah..bakal adik ipar aku ni..apa kelebihan dia gamaknya.


apa2pun aku harap dan berdoa agar kami sekeluarga hidup aman damai. AMIN




Wednesday, April 16, 2008

Terlewat bangun

Sampai opis kul 8.20 am.tak cukup kaki aku mengejar dayabumi...bukan apa aku tak nak CEO sampai dulu dari aku..lagipun dia ada meeting kul 9 am..biasanya dia akan sapa awal dari biasa.Itulah syok sangat layan tidur. aku pun tak sedar bilalah dua beranak tu tidur yang aku tau kul 12.30 am Ain dan abah pegang raket badminton. tapi ko orang janganlah ingat aku tak mandi(macam kes dulu) aku mandi siap nyanyi2 lagi..my hubby duk basuh baju. hari ni dia cuti..banyak betul planning dia nak buat..aku suka je sebab kalau dia cuti bersih sikit rumah kecilku itu..tapi aku tak adelah mintak dia buat itu ini(takut dia mecok tak nak buat)..tapi sebab dia tanya dia nak buat apa lagi ye lepas mop lantai and basuh toilet..so aku cakapler...

"tukar langsir tu..dah berhabuk..pasang yang pink kaler tu"
tak cantik lah..yang ni lah cantik" sampuknya. memandailah pulak dia
pas tu abah nak sapu sewang..
"mana nya ada sewang"...aku menambah..

itulah keje dia kalau hari cuti. suka betul aku..balik umah bersih je, tapi time aku cuti (sabtu & ahad) rumah macam biasa..agak2 aku ni jenis bini yang pemalas kot...atau mungkin sebab ada org yang dah buatkan.
Ain tu jenis penyepah orangnya, abahnya jenis pengemas dan ibunya jenis yang tak kisah sangat ( tapi tak lah menyepah- pening jugak kepala). kalau ain sepahkan barang mainan dia..aku biar je dulu..kalau dia sepahkan kertas2, buku2 dia..akupun biar je dulu..lain dengan abah dia..dia akan duduk ngemas..anak sepahkan je..abahnya akan kemaskan. dapat suami yang pengemas ni ada jugak rimasnya...suka berleter time nampak umah sepah sikit (aku rasa tak lah sepah sangat)..tapi apa2pun kekurangan dan kelebihan dia aku dapat terimanya.

time aku cuti..dan dia keje..aku akan biarkan je ain menyepah semua barang2 termasukkalah senduk belanga aku yang kat daput tu...so aku dah bajet pukul berapa abahnya akan pulang...biasanya dalam sejam atau 1/2 jam lagi dia nak balik..aku kemaskanlah...sapu lantai bersih2..bijak tak ibunya Ain..tapi malam tadi kantoi sebab dia balik 2 jam lebih awal...he..he...sorry abah ibu tak sempat kemas...biaseler dia nak sekeh aku lah...

Tuesday, April 15, 2008

Love Story-Part 2

aku menjalani minggu2 practical seperti biasa...nik man masih banyak membisu dan aku lebih rapat dengan epul..hatiku diusik kerinduan tak kala munculnya hari khamis (sbb hari jumaat and sabtu cuti) dan terasa begitu lambat waktu berjalan..ahad adalah yang paling aku tunggu ( tapi sekarang hari Isnin adalah hari malas sedunia aku dan hari jumaat adalah hari hurrayyyyy aku (sebab cuti 2 hari) ..he..he..he. berbalik pada citer aku tadi...2 minggu selepas kami bertiga menjalani practikal..aku dapat merasakan aku sudah terpaut dengan nikman tapi aku masih berlagak seperti biasa dan nikman jua tidak menunjukkan apa-apa hint yang dia sukakan aku.

pada masa yang sama, 2 girls dari UKM datang menjalani praktikal bersama kami. nik man lebih rapat dengan mereka..kekadang hatiku mencemburui mereka, mungkin dia sengaja untuk menguji aku dan sengaja membuatkan aku jeles .....kami masih seperti biasa. Suatu hari, nik man meletakkan sekeping kertas di hadapan salah seorang girls itu. Ya... sebuah puisi. kami bergilir membacanya. Namun..kenapa hatiku terdetik..hatiku mengatakan puisi itu adalah ditujukan kepada aku...."Pertemuan"...itulah judul puisi yang dikarangkan begitu indah...dan (itulah puisi pertama yang ditujukan kepada aku secara tidak langsung..kerana empunya diri malu untuk berterus terang dan malu andai aku menolak cintanya)

masa berlalu...tibanya hari terakhir kami di Majlis Daerah..hatiku terasa sunyi...dan ketika ingin melangkah pulang aku memberikan nombor telefon umah sewaku (dulu manalah ada handphone ni) kepada epul & nikman...kami berpisah...

aku kembali ke UPM. menjalani kuliah seperti biasa. aku masih tidak mengetahui akan khabar berita mereka berdua. mungkin setakat itulah kenangan kami bertiga..aku tidak mengharapkan apa-apa...di suatu petang yang indah...sambil duk melayan TV, aku menerima panggilan telefon..sumpah aku tidak mengenali empunya suara...hatiku membunga...ya sidia nik man menghubungiku setelah berminggu2 aku berada di UPM. Kami berbual seperti biasa..bertanya khabar dan tanpa ku duga ( iyeke..aku rasa aku dah agakpun) nik man ingin berjumpa...dengan tak malunya aku menyatakan persetujuan.

Monday, April 14, 2008

Sesekali

Sesekali hati ini terdetik
tika malam selimutkan siang
apa kita sudah dapat?
umur kian panjang..

Tingkat demi tingkat
Namun apa kita sudah dapat?
apa kita cari? apa kita temui?

Sesekali aku lelah
nafas kian singkat
mungkin jua takdir
atau aku yang malas..maka aku begini

Sesekali bila terkenang
masa aku lepaskan..bertahun
usia kian lanjut...Menanti
hari demi hari...
mana ruangku...mana peluangku
mana...dimana?

Sesekali bila hati menangis...

nukilan rasa: Abah Ain 11/4/08 (04:00 am)


tersentuh hati pabila menatap bait puisi ini,
Abah.. ibu tetap menemani abah seumur hidup ibu dan ketahuilah ibu bahagia bersama abah. ibu jua mengerti kebahagian inilah yang kita cari selama ini...rezeki dari Allah S.W.T...kita hanya mampu berdoa dan berusaha.InsyaAllah abah.

Friday, April 11, 2008

Love Story- Part 1

Mataku tepat merenung skrin komputerku...rasa sepi seketika, entah apa yang hendak ku coretkan di helaian indah ini...lantas memori lama bertamu...senyumku seketika... begitu indah saat itu....begitu bermakna pertemuan itu...pastinya pertemuan itu menjanjikan pertemuan demi pertemuan...dialah fisrt love ku

16/3/1999....(selasa)

hari ini adalah hari first day aku report duty kat Majlis Daerah Pasir Puteh..tanpa coursemate aku sorang diri ke sini (mamber2ku berlainan daerah dan negeri). aku sampai awal..dalam kul 7.30 am...sunyi sepi.staff lain masih belum sampai, opispun masih berkunci. Alhamdulliah..5 minute datang seorang abang (sorry aku dah lupa namanya), dia pembantu opis.
" budak baru ke"tegurnya sambil mengutumkan senyuman yang tak manis itu.
"Ya", jawabku pendek...sambil memerhatikan dia mengeluarkan segugus anak kunci..
masuklah...duduklah kat meja mana-mana yang awak suka.
aku hanya mendiamkan diri dan aku pilih meja yang kedua hujung sebelah kanan...
abang tu peramah betul..tanya aku dari mana, datang naik apa, mana member lain..
aku jawabla soalan yang bertalu-talu itu..

masa berlalu....

makin ramai staff datang, dan dalam pada itu ada dua org anak muda (dua-dua duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi) - kategori lelaki rendahlerr....
"ni tentu student practical jugak"bisik hatiku....hanya senyuman manis dapat ku hadiahkan kat 2 orang anak muda itu...yang anak muda kat depan tu aku familiarlah..ni macam senior aku kat sekolah menengah.
yang belakang tu...manis orangnya, senyumannya cukup mengentarkan jiwaku. dia terus ke meja yang paling belakang sebelah kiri dan kawannya di sebelah kiri jugak tapi selari denganku.

"student paractical..u mana" soal mamat yang kat tepi aku tu.

"ah...UPM" ringkas jawapanku...( senyum tak tinggal beb!!!)
"kita orang UKM...saya epul dan ni nik man" lantas ku menoleh mamat yang kat belakangtu tanda menghulurkan salam perkenalan..

"saya roha"balasku..

epul terus menyoalku..tinggal kat mana, datang ngan apa, sekolah mana dulu..dah memang betullah jangkaan ku tadi...kita orang satu sekolah masa sekolah menengah dulu...
mamat kat belakang tu hanya jadi pak perhati dan senyum aje..( ikhlas memang aku suka kat mamat tu..manis betul)....................gatalnyer ibu ain ni

Thursday, April 10, 2008

Apa yer....

this is my first entry...so banyak mende yang aku kene godek2 sendiri..tapi taklah aku ambik masa sehari suntuk nak study bende alah ni....sambil publish entry sambil tu aku try2 godek2 info yang boleh mencantekkan my lovely blog ni....cayang Ain..sat lagi aku nak baliklah..jam kat tepon akupun dah dekat ngan kul 6 ptg. member aku yang lain dah lama chow..aku je..yang masih tak reti-reti nak balik..bukan apa..aku kan naik komuter so aku dah lali dengan schedule komuter ni..kalau dia tak buat hal so dalam kul 6.20 nanti datanglah lah..malaslah aku nak keluar awal..tapi duk melangok kat stesen....Aisyeh...mu hubby dah call tanya nak balik kul brapa. kejaplah darling...ibu tengoh nak siapkan my first entry ni...hissh...winduuuuuuuu kat aku tu atau winduuuuuuuuu sebab nak suruh aku masak. Abah..kat dalam peti keti mana ada apa2 dah..kosong ..cantik bersih peti ais ibu.hissk...so dah janji nak balik..walau tak sempat nak berletq panjang lebar kat dalam ni..aku kenalah balik....balik dulu lah....salam semua