Hari ini terlebih rajinlah pulak makcik. sesudah acara makan2 tghari tadi aku terus ke workstation aku. biasanya lepas makan kenyang2 kami berborak sampailah time masuk opis balik( kul 2.00 Ptg kecuali Jumaat 2.30) tadi pun dah borak sakan kat cafe tu...dah tak hirau dah keadaan hinggit-binggar tu.
Bukan apa aku nak siapkan binding untuk MIS Report tu. kalau aku buat time keje nanti CEO cari pulak..malas aku nak cari pasal. Keje binding report melecehkan betul..kalau bulan lepas aku buat binding sebanyak 19 copy. berbakul2sumpah seranah aku kat dalam bilik OSR tu (debe betul bunyi ni) . susah ke kebenar nak buatnya. terhengeh2 aku buat (tak Pandai tak nak ngaku)..yang kali ni pulak.laju je aku buat. macam mesin binding ni nak berbaik2 ngan aku pulak. cukup sporting. sekejap je aku buat untuk 9 copy itu...sengeh lebar aku....berbaloi buat keje time lunch hourpun.So bila dah settle semua aku duk update ini blog. ada lagi satu keje aku..mc long duk suruh print PPAE staff . Malas nak buat lagi. hari isnin nantilah.. kejap je kalau aku hadap bende tu...nak start buat je mengeliat sikit. pagi2 tadipun duk print PPAE staff untuk Gred E1 &E2. so nak print yang E3 lah pulak ni.
Yehaaaaaaaa.....hari ni hari jumaat. Cuti 2 hari.....bolehlah tidur lama2 sikit. Ain biasaya bangun dalan kul 10.30 am...pas tu duk melayanlah kerenah dia yang macam2 itu..lewat ptang nanti pulaklah dia tidur lagi. tapi dalam duk pening2 dengan kenakalan Ain itu...sebenarnya dialah yang banyak mengembirakan hati ini...terisi sungguh hari-hari ku...macam2 lah. nak marah ada..nak gelak ada dan nak sekeh2pun ada...tapi serous aku katakan aku ni bengis betul dengan Ain..sebab tulah Ain tak rapat sangat dengan aku berbanding abah dia. dia tak tahu yang ibu nilah bersusah payah dulu. tak tidur siang malam, nyamuk gigit sekorpun marahnya berapi2...berusaha carik balik nyamuk yang telah gigit anakanda tersayang..ibu nilah yang duk ngipas sepanjang malam tanpa henti time black out dulu. takut anakanda tak selesa .sanggup tak tidur bagi memastikan anak selesa..itulah pengorbanan seorang ibu..abahnya time anak besar sikit barulah nak manja2 ngan anak... dan hasilnya si anak tak boleh berenggang langsung...
Friday, April 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment