Saturday, May 30, 2009

CARICATURE

Ko orang pernah dengar caricature tak??? pernah...Tak pernah...akupun baru je dengar ataupun memang dah perangai tak ambik pusing kalau jejalan memana...Caricature ni tempat orang duk lukis2 wajah kita dalam bentuk kartun. hentam jelah. ni definisi dari ibu Ain. nak jadi cerita kami berminat pulak nak caricature ain....tentu comel dan kelakar nanti...untuk dia gak bila dia besart2 nanti.. dari blog ni jugak dia akan tahu bagaimana kami sayangkan dia...kan..kan,..kan




caricature kat dalam aquaria klcc........ha...hari sabtu lepas kami tiga beranak meredah KL ( first time jalan2 ke KL naik kete) maklum ajelah kami ni dibesarkan dipinggir kota di kampung2 tak pernah jejak KL sendiri. KL ni satu environment yang pelik buat kami . tapikan aku tengok abah ain yang paling seronok....dia dah ajak aku ke sini sebelum ain lahir lagi tapi aku beri jawapan tunggu anaklah nanti kita boleh tengok sama2. pas ain lahir dia ajak lagi. aku kata tunggu ain besar sikitlah nanti dia boleh tengok dan faham apa yang dia tengok..tak lah membazir duit. mahal tau..dewasa RM 35 dan kanak-kanak under 3 tahun RM 8. habis jugaklah duit abah ain termasuk segala bagai.mahu dekat RM200..
kita tengok hasil caricature muka ain.....aku lak mintak izin dulu kat pelukis tu, bolehtak ambik gambar time dia duk lukis2 tu. kena tanya takut termalu sendiri...

punyalah sekejap dia lukis. belum sempat aku nak snap gambar dia dah siap macam ni.. weh..kagum lagi aku dengan bakat diaorang ni.

yang paling mahal tang kening tu. memang menjadi dia tiru kening ain. lawak tullah anak ibu. ikut kening abah dia..kalau ikut kening ibunya tentu cantek jelota...see.....dah hampir nak siap dah...........masa dia duk lukis ain ni adalah orang putih ni dia tengok muka ain dia tengok lukisan ain..pastu dia tengok lukisan ain dia tengok muka ain...ni kes nak tengok gambar yang dilukis sama tak dengan ain lah ni...layanjelah..




duk touched up bahagian mulut...adalah iras air, air muka ain.tang matapun aku suka sebab memang mata kecik ain dan layu je time tu....



Ain paling suka time ni sebab pelukis tu lukis gambar baju yang dia pakai pooh.. tersengih2 sengih memanjang. aku tengok diaorang ni main conteng2 je tapi menjadi....




hampir siap........

peace from NIK AIN NADHIRAH.................



sama tak ibu..........canteklah sayang





ni lah pelukis tu. tengah tekun melukis......



si montot yang happy sambil duk pegang plastic bag ...dalam tu ada gambar dia...

********** gambar2 kita orang duk berjoli dalam ni lain entry lah .........

No comments: