Friday, July 31, 2009

asyik2 demam je ain- 2 bulan sekali

Ain dah kebah dari demam tapi still selsema lagi. ain ni antibodi badan dia lemah sangat. cepat benar jangkit demam dan lambat kebah demam. satu lagi suhu badan mendadak naik terutama jam 2 pagi ke atas. tak tidur malam abahnya duk jaga suhu badan. air kat kepala tak pernah kering sentiasa basah. tapi tak turun2...bila cek suhu makin panas dan paLING MENGELABAH BILA AKU CEK SUHU DIA DEKAT 40. betulke NI? panik gila aku. masuk ubat bontot terus. duk kejap suhu turun sampai pagi.

mintak abah ain belikan air cap badak. tapi ditulisnnya utk budak 4 tahun ke atas. calling mak kat kampung tanya, dia ckp bagilah dlm kuantiti sikit. so aku letak dalam botol susu adalah dihisap 2 teguk pas tu bila perasan rasa lain terus tak nak. alhamdulillah lepas tu terus sejuk badan ain dan bangun lompat2 main dengan abah dia. mana ain dapat energy tu pun tak tahu. main macam tak demam. yang pasti lepas kebah demam mulut ain macam murai dan cepat melenting.

Saturday, July 25, 2009

Mana janjimu

Mana janjimu yang dilafazkan bulan lepas
Bulan lepas sebelum bulan lepas
tak kira janji tetap janji

beli dapur gas
beli rice cooker
jam dinding

dua2 ni dah lama rosak perlu diganti baru tambah2 dah dekat bulan posa
maybe mak mertua, adik ipar bongsu yang dah besar panjang tu datang posa umah kita
meriah sikit ada ramai orang. akupun rajin sikit masak kalau ada ramai2 orang kalau tak just kita tiga beranak mahu banyak beli dari masak sendiri...nth ciri2 malas dari zaman kanak-kanak sampailah dah 30-an ni tetap sama. lebih2 lagi abah ain pulak yang cepat buat semua keje rumah. mungkin dia tunggu bini dia buat lambat sangat tapi siaplah kalau dia yang banyak buat keje rumah lambat laun nanti diungkit semua keje2 yang dia buat dan kita lak bersedialah dengar ayat2 yang pedihkan hati.

ibu ni dah berubah, sudu satupun tak basuh. tak apa mulai esok abah tak nak buat apa, kita duduk sama-sama dalam semak.

pelik betullah aku tak pernah tengok umah aku bersepah andai aku yang duduk umahpun. pada pandangan mata dia kot rumah bersepah. kalau kita kemaspun mata dia nampak tak berkemas. ayat yang biasa masa dia keje hotel dulu time2 kita cuti mingguan
balik2 je...
ibu tak sapu rumah ke hari ni.........panas je telinga sebab aku dah sapu sebelum dia balik masuk 3 kali. dan siap kalau dia nak balik aku sapu sekali lagi........GERAM betullah.

bila dah biasa dengar ayat2 macam tu kita punya semangat nak berkemaspun dahnaik malas. buat sendirilah...kalau dituduh tak buat padahal kita buat aku rasa terus down so ambil langkah bodoh...MALAS BUAT TERUS.

Memang abah ain banyak sangat tolong buat keje rumah. tapi paling tak SUKA ialah dia ungkit apa yang dia buat. itu namanya TAK IKHLAS.

apa2lah pasangan laki bini.....dan loni aku tengah update blog, ain tengah lepak depan TV abah ain tengah jemur kain... He..he..loni aku dah tak marah andai abah ain kata aku malas sebab memang aku malaspun cuma yang tak berkenan dia UNGKIT......





inilah kami bertiga yang selalu bertelagah tapi aku bahagia sangat disisi mereka berdua.

Friday, July 24, 2009

Salam sabtu

Ain kul 5 pagi dah bangun kemudian paksa2 bangun semua teman dia main. ha..ha..ibu dia biaq tidur dengan lena cuma abah dia je lah ain tak kasik sambung tidur. So dengan ayat2 jeles abah ain mulalah menyeksa batinku. bangun tidu dia sidai kain pastu lap2 debu kat tivi. aku memang baring lagak orang tidu tapi tak lenapun. saja malas nak bangun. Yang paling tak berkenan dihati tu kalau nak buat kejepun buat jelah tapi masih ada unsur2 nak menyakitkan hati kita. tak dak sesapopun paksa buat keje umah. wah! ayat perang...ayat perang ibu ain.

perang laki bini apalah sangat.(perang diam2pun perang gak ke) bangkit2 tidur je tengok abah ain duk bakar roti. dan buat ayat paling manja. ibu...tolong buat air nescaffe o tarik.... dan ain lak air teh o. amboi time nak suruh kita bukan main elok lagi..loni aku duk berperang ngan ain yang semakin liat nak mandi. tapi kalau dah masuk bilik air tu berperang pulak suruh dia stop main air. tunggu abah ain balik beki moto dia pastu kasi angkat ain letak dalam bilik air. macam tulah kebiasaan ain loni.

bosanpulak asyik duk terperap dalam rumah ni...nak berderat kat manapun tak tahu. abah ainpun dah dapat gaji. sukalah loni sebab gomenkan dapat gaji awal dan aku lak elaun masuk dalam 10 hari bekerja setiap bulan so..al hamdullah kami tak daklah terputus duit. elok je gaji abah ain licin elaun aku pulak yang masuk. dan yang paling best bulan ni aku dapat save 400 elaun ku. bila dah masuk gaji abah ain automatik duitku, aku stop guna. gigih guna duit dia lak....doa2 bulan depan pun macam ni gak. at least berbaki gak duit elaun ku. yihaa..suka hati makcik.....sukaaaaaaaaaaaaa.........tak sabar nak habiskan KPLI ini sebab nanti merasalah duit gaji banyak sikit......Syukur Ya Allah atas rezeki yang Engkau berikan kepada kami.

Dah seminggu

Alhamdulilah dah seminggu aku menjlani pembedahan buat kali ke empat dalam empat tahun ni. hilang kata aku bila fikirkan perkara ni. tapi aku redha kerana aku masih lagi sihat dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan dengan baik. Semasa sakit aku terfikir begitu tabah insan2 yang mengalami sakt yang kritikal dan terpaksa ditanggung sepanjang hayat. mereka cukup tabah. memang benar semasa saat sakit kita amat perlukan sokongan insan terdekat. sokongan kasih sayang. aku dah biasa pergi untuk pembedahan sorang diri. sign sendiri dan yang paling syahdu tahun lepas. masa tu ayah cukup sebulan meninggalkan kami secara tiba2. aku ke HKB untuk menjalani pembedahan dan segala urusan warded aku buat sendiri dan menanti saat ke bilik bedah sorang diri. disorong ke katil selepas bedahpun tanpa ada sesapo yang datang jenguh. nak buat macam mana..suami di KL. Mek kat umah perlu jaga Ain dan malam2 ada kenduri tahlil. dalam tempoh tak bleh bergerak kesan ubat bius tu sodih jugak sebab perut lapar jadi dengan tak malu nak mintak nurse tolong belikan rori sebagai alas perut. nurse ok cuma dia cakap kejap lagi nasik akan dihantar so aku mengangguk menndakan nak tunggu nasik. tapi dengan keadaan tak boleh gerak tu tanpa ada sesapo menemaniku aku hanya memandang nasik kat depan. tapi kita hidup bermasyarakat adalah makcik kat sebelah tolong2 sikit.

tepon abah ain kat Kl cakap tak naklah sorang2 macam ni. Tapi sama gak tahun ni. abah ain dah plan nak menemaniku tapi nak buat macam mana ain ngamuk nak ikut jugak. mana boleh nak biar ain duk spital sepanjang hari. kesian lak.. so sekali lagi aku keseorangan menguruskan segalanya. sob..sob..sob sedih tapi tak sangka gak abah ain datang dalam sejam kemudian semasa aku bersiap nak ke bilik bedah. pas bedah abah ain dah gelisah nak jenguk ain. takut ain nak berak....nyampah tapi untuk keselasaan anak kita redha jelah....so sekali lagi ku ditinggalkan keseorangan.....waaaaaaaaa...........

aku berdoa moga aku akan sembuh sampai bila2 dah penyakit ni dah tak berulang lagi..

dalam tempoh seminggu ni aku dah rasa sakit selepas bedah..pedih teramat sangat luka tu dan kesan bius yang menyebabkan aku tak boleh bangun sebab sakit kepala dan muntah2....

Wednesday, July 15, 2009

Inilah yang aku tanggung dalam empat tahun ini. "Bartholin Cyst"

Bartholin's Gland Cyst

What is the Bartholin's gland?
The Bartholin's gland is a tiny organ on each of the labia (vaginal lips), near the opening of the vagina. If the vagina were the face of a clock, these glands would be found at about 4 and 8 o'clock. Normally they are invisible. They make a small amount of fluid that lubricates the vaginal lips. If a flap of skin grows over the opening of one of the glands, the fluid backs up. It causes a round swelling called a cyst (say "sis-st"). The cyst can grow from the size of a penny to larger than an orange, although most don't get bigger than a golf ball. Cysts can be tender.

Are Bartholin's gland cysts caused by an infection?
Most of the time, Bartholin's gland cysts are not infected. In some cases, however, they can be caused by an infection, or they may become infected. Your doctor may want to check the fluid in the cyst. Most infected cysts, called abscesses (say "ab-sess-es"), contain the normal bacteria that are found on your skin. Some infected cysts, however, are caused by bacteria (also called germs) that is transmitted sexually.**** case aku adalah infection dan bukan cecair dalam bengkak tu tapi nanah.....

How do I know if I have a Bartholin's gland cyst?
You may notice a round, painless or slightly tender bulge in one of the vaginal lips, near the opening of the vagina. It may stay the same size or may slowly grow larger. Cysts that get infected are usually very tender. In more severe cases, walking or sexual intercourse may be painful. Your doctor will look at the area to see if you have a cyst and to find out if it's infected.
*** dah sampai 4 kali berturut2 so aku memang masak dengan simpton2 ni. hanya Allah yang tahu sakit dan seksanya bila aku tahu yang aku kena lagi.

How are Bartholin's gland cysts treated?
The treatment can depend on one or more of these factors: the size of the cyst, how painful it is, if it's infected and your age. In some cases, a small cyst can be treated by soaking in a few inches of warm water (called a sitz bath) several times a day for 3 or 4 days. This allows the cyst to rupture and drain with little pain or discomfort. In other cases, the doctor can perform a minor procedure in the office. In this procedure, the doctor makes an incision and puts a small tube, called a catheter, into the cyst. The catheter stays in place for 4 to 6 weeks, draining the fluid. Then the catheter is easily taken out in the doctor's office. If you have this catheter put in, you can go on with your normal activity, although you should talk with your doctor about sexual activity while the catheter is in place.Another procedure that can also be done in the doctor's office is making a small cut in the cyst to drain the fluid. Stitches are then placed at the edge of the cyst to allow a small opening to form. This procedure is called a marsupialization (say "mar-soup-eel-eye-za-shun"). You may have light discharge for a few weeks. Panty liners should be all you need to use to take care of this discharge. Less common procedures involve using a laser or surgically removing the entire gland. Both of these procedures are usually performed in an outpatient operating room as same-day surgery.
***** dah dua kali buat masupilization ( bulan 11 /2007 dan bulan 10 /2008 dan coming soon jumaat ni 17/7/2009) bayangkanlah.......... hanya mampu berdoa

Will the cyst come back?
It is possible for Bartholin's gland cysts to come back after treatment, often years later. Cysts can be treated again, and the Bartholin's glands can be removed completely if cysts recur often.
*** aku memang jenis yang berulang..dah tu setiap tahun. pendek kata tak ada masalah aku tanpa dia.

How can I prevent Bartholin's gland cysts?
There is no way to prevent a Bartholin's gland cyst from forming. If you think you have a Bartholin's gland cyst, tell your doctor right away so you can get early and effective treatment.
Moga aku sembuhhhhh.Amin

Tuesday, July 7, 2009

Praktikum membizikan hari-hariku

praktikum telah membizikan hidupku. hari2 kena siapkan keje yang tak boleh ditangguh2 lagi. setiap minggu duk kira berapa minggu lagi nak habis. TAK SUKAlah Praktikummmmmmmmmmm........................................lagi 9 minggu. tak sabar aku.

Friday, July 3, 2009

Happy Birthday Abah

dek kerana kesuntukan masa dan demam yang melanda ibu ain tak sempat nak wish birthday abah kat sini. tapi anggaplah kad yang dibeli bersama2 tu sebagai penganti diri ya.

Happy Birthday Abah yang ke 32................