Saturday, July 25, 2009

Mana janjimu

Mana janjimu yang dilafazkan bulan lepas
Bulan lepas sebelum bulan lepas
tak kira janji tetap janji

beli dapur gas
beli rice cooker
jam dinding

dua2 ni dah lama rosak perlu diganti baru tambah2 dah dekat bulan posa
maybe mak mertua, adik ipar bongsu yang dah besar panjang tu datang posa umah kita
meriah sikit ada ramai orang. akupun rajin sikit masak kalau ada ramai2 orang kalau tak just kita tiga beranak mahu banyak beli dari masak sendiri...nth ciri2 malas dari zaman kanak-kanak sampailah dah 30-an ni tetap sama. lebih2 lagi abah ain pulak yang cepat buat semua keje rumah. mungkin dia tunggu bini dia buat lambat sangat tapi siaplah kalau dia yang banyak buat keje rumah lambat laun nanti diungkit semua keje2 yang dia buat dan kita lak bersedialah dengar ayat2 yang pedihkan hati.

ibu ni dah berubah, sudu satupun tak basuh. tak apa mulai esok abah tak nak buat apa, kita duduk sama-sama dalam semak.

pelik betullah aku tak pernah tengok umah aku bersepah andai aku yang duduk umahpun. pada pandangan mata dia kot rumah bersepah. kalau kita kemaspun mata dia nampak tak berkemas. ayat yang biasa masa dia keje hotel dulu time2 kita cuti mingguan
balik2 je...
ibu tak sapu rumah ke hari ni.........panas je telinga sebab aku dah sapu sebelum dia balik masuk 3 kali. dan siap kalau dia nak balik aku sapu sekali lagi........GERAM betullah.

bila dah biasa dengar ayat2 macam tu kita punya semangat nak berkemaspun dahnaik malas. buat sendirilah...kalau dituduh tak buat padahal kita buat aku rasa terus down so ambil langkah bodoh...MALAS BUAT TERUS.

Memang abah ain banyak sangat tolong buat keje rumah. tapi paling tak SUKA ialah dia ungkit apa yang dia buat. itu namanya TAK IKHLAS.

apa2lah pasangan laki bini.....dan loni aku tengah update blog, ain tengah lepak depan TV abah ain tengah jemur kain... He..he..loni aku dah tak marah andai abah ain kata aku malas sebab memang aku malaspun cuma yang tak berkenan dia UNGKIT......





inilah kami bertiga yang selalu bertelagah tapi aku bahagia sangat disisi mereka berdua.

No comments: