Saturday, October 31, 2009

asyik carik jalan je kami bertiga

semenjak dua-dua keje di tengah2 KL kami asyik duk pusing carik jalan je. yang lawaknya carik jalan ke maktab dan ke tempat kerja abah...itu yang nak ditempoh dalam 3 minggu ni. awal bulan tempoh hari duk survey dari arkib ke maktab dan hari ni duk survey dari maktab ke memorial TAR dan dari MTAR ke maktab. ****ha..ha..sila gelak besar2 ..itulah kerana kami berkongsi kete.

Sebelum ke KL teman abah pegi hotel EQ ambik duit part time...jadik pegawai pun masih keje part time...gaji tak masyuk lagilah 3 bulan tertunggak..jadi kenalah berkorban masa dan tenaga buat part time masa cuti weekend. bukan main galak ain duk tengok ikan2 yang cantik2 dan duk paksa ibunya teman main turun naik tangga...penat dengan ibu2nya sekali. dua kali naik aku dah malas nak layan ain...pujuk duduk kat lobby sambil tunggu abah.. setengah jam jugak kami kat lobby tu... dah settle urusan itu abah ain menghala ke KL tapi tiba2 boleh pulak konar ke ani sup utara..oklah kira lunch kami kat situ lah. abah ain kongsi nasik ayam dan sup campur. aku makan ktew sup. bagi aku tak sedaplah ani sup utara tu. kedekut bahan. jauh sedap mihun sup kat kelate..macam2 dia letak...ada kacang tumbuk, kulat masin tu, ayam dirancik2..ni cuma letak daging dan kuah sajo...kalau dia tambah bahan2 lain sedap lah aku rasa....total RM 18 campur dengan 2 jus buah.

lepas mengenyangkan perut kami menghala ke KL..pusing2 jumpalah jalan. oklah tak adalah jauh dari maktab cuma jalan KL time pulang kejer sure jam... nak biaq abah ain naik komuter rasanya kos makin bertambah, abah ain pulak kena jalan jauh gak dari stesen komuter tu pas tu abah ain terpkasa bazirkan masa hampir 2 jam nak sampai rumah. senin ni abah ain dah start secara tetap di memorial tunku Abdul Rahman. dengar kata kejenya banyak travel..sebab kena handle pameran...

travellah time cuti sekolah....boleh ibu dan ain membontot babah....melancong sama.

No comments: