masa cuti raya depavaali kami anak beranak pulang ke kampung kerana mak mertuaku memgadakan maklis menyambut menantu bongsunya. makan laksa..nyummmm....memang aku suka bangat makan laksa kelantan... dek kerana cuti sekejap je aku tak sempat nak bermalam di umah mek. cian tengok mek dan keadaan umah yang sunyi sepi saje...kalau anak cucu balik meriah lah dua tiga hari lepas tu sunyi sepi pulak.
acara jalan2 tak adalah untuk cuti dua hari itu..dahlah si ain yang meragam nak balik Kl je..macam2 gaya abahnya memujuk si ain.mungkin dia kebosanan kerana tiada kawan dan tiada laptop nak main game. habis itu je keje dia kalau duk umah ni.
hari ni aku cuti lagi..abahnya dah pegi keje ..
esok kembali ke maktab bersama driver
No comments:
Post a Comment