Thursday, October 29, 2009

Temuduga SPP

Pagi2 tadi ain dah kena bebel oleh ibunya. bukan setakat pagi tadi malam tadipun sama. dah kena marah2. oleh kerana perangai yang suka tidur lewat. kalau tak pukul 2/3 pagi tak daknya nak tidur. lepas tu boleh pulak kul 6 pagi dia bangun dan tidur balik dalam kul 7..so satu kesukaranlah nak kejut ain pagi. dahlah aku mengejar waktu dengan temuduga spp. temuduga ni penting sebab untuk pengesahan perjawatan kita. banyak jugalah preparation aku terutama pasal pendidikan khas, PIPP, bajet 2010, misi nasional, falsafah pendidikan kebangsaan, wawasan 2020, KBSR dan iisu semasa yang lain

sebelum berangkat ke putrajaya tadi dapat mesg dari abah

" abah doakan ibu beroleh kejayaan dalam temuduga pagi ini, yakin pada diri, pasti berjaya. Amin"

Alhamdulillah aku menjawab apa yang diutarakan oleh penemuduga. betul atau salah lain kira.asalkan kita mampu mengutarakan pendapt. Semoga aku lulus. amin

No comments: