Cabaran untuk mendidik anak-anak istimewa ini amat besar dipikul oleh kami guru pendidikan khas. saban waktu bersama mereka aku merasai keseronokan, aku merasakan kasih sayang dan tingkahlaku mereka begitu mencuit hatiku. aku bersyukur kerana rezeki aku ialah seorang guru pendidikan khas. kepada insan yang diluar sana..bukaklah mata jangan mentafsirkan kami guru pendidikan khas cetek pengetahuan, bodoh kerana mengajar insan "BODOH'(anggapan setengah masyarakat)...andai kamu berada bersama mereka ini, kamu akan merasai sendiri apa yang aku rasai walhal aku baru bersama mereka untuk tempoh 3 bulan semasa praktikum tempoh hari.
kerjaya kami satu ibadat. ikhlas bersama, ikhlas mendidik mereka , sabar dengan kareneh mereka, berpeluh mengejar mereka, ikhlas menyapu hingus yang meleleh, ikhlas membasuh berak mereka dan segala-galanya yang pada pandangan insan diluar sana adalah meloyakan dan menjijikkan..
aku bangga kerana kekawan aku mempunyai suami yang sentiasa mengucapkan bahawa mereka bangga isteri mereka menjadi guru pendidikan khas. tapi aku blum pernah mendengar kata2 itu dari suamiku......
*** abah ain hantar msg selepas baca entry ni
abah bangga ibu jadi guru apatah lagi mengajar pendidikan khas, bukan sedikit pengorbanan, bukan sedikit keringat yang dicurahkan. abah ingin ucapkan hari pertama ibu mengajar....
No comments:
Post a Comment