Anak2 sedaraku hanya 4 orang entahler kot2 tahun ni bertambah sorang lagi and tahun depan bertambah sorang lagi. Yang ni sebelah akulah. sebelah sana aku tak ler feel macam anak2 sedaraku yang 4 ni mungkin kita baru masuk dalam family dia - baru 3 tahun..so dia orangpun malu2.tak mesra sangat...)
ni Kakak...aku banyak juga menghabiskan masa ku masa bujang2 dulu menjaga budak sorang ni. kalau bab bercakap memang outlah...mengambe kosi deng.Sekarang ni dah 6 tahun but still minum susu dengan botol susu. aku rasapun Ain pun macam ni jugok. boleh dikatakan perangai Ain sama je ngan Perangai kakak ni...Kakak ni very good dalam menjaga keselamatan dan kebajikan adik2 kat nursery atau kat mana2 andai kita pesan dia suruh tengok-tengokan adik. Ada one day tu (masa tu ain duduk dalam walker lagilah) aku suruh dia tengok2kan ain sebab aku nak terkuncing..rumahku kan kecik so aku dapat tengoklah kakak duk mengekor ke mana je ain pegi dengan walker.kalau bak tu boleh puji..TAPI ada gak kakak ni jenis yang cepat geram...main ngan adik tak memandai..ada je dia buat adik dia nangis sakit.Ain suka kawan ngan kakak..asyik duk sebut nama kakak je...satu lagi perangai kakak dia suka nak mg"explore" sesuatu..ade je dia nak menjahanamkan barang2 sebab semangat nak tau tu sentiasa ada.
Ini Shahirah...dia banyak menghabiskan masa dengan untie dia masa kecik dulu. dah 4 tahun tapi aku rasa macam 2 tahun je sikurus kering ni. kuat melalak...tone suara dia peh!!..menusuk2 ke dalam telinga kita. Nyaring sungguh. Cakap pun out lagi..di tambah pulok dengan pelat dia yang kekadang kita tak faham langsung. dia ni takut dgn aku tapi suka buli Ain dengan senyap-senyap.shahirah ni jenis yang keras hati dan kepala dia memang kepala batu..selalu je dia dapat "penyakit" dek kerana sifat dia yang loleh..kalau bak bekengpun bagi kat dialah...satu lagi dialah reporter umi dia.
Ini Shamimi Anak adik laki aku. Anak sedaraku yang sorang ni jarang2 je kami dapat jupo sebab dia duk nun jauh di utara. tapi Masa cuti kawen autie tempoh hari dia jenis yang tak apa kalau kita ambik dukung dia. Orangnya hitam manis..asyik duk melawa je. biar je mama dia buat apa kat rambut dia.cukup lengkaplah mama dia duk membelek shamimi..siap sisir rambut. pakaikan perfume kat baju lah..macam2 lah...mama dia rajin duk membelek2 shamimi dan shamimipun jenis baik..biar je mama dia abis 'menyolekkan' dia. Kalau Ain..kirim salamlah..nak sikat rambutpun tak pernah nak bagi..di baling sikat tu adalah...
hero..Faris ( pahlawan kuda)..handsem budoknya..sib baik tak ikut tone warna abah dia..faris ni kecik lagi dan tengokpun jarang2 tapi memang jenis agresif jugok. tak leh kita nak pegang2 ni. tak maunya..dia nak buas sendiri. Memang surelah dia ni pahlawan kuda nanti....
Wednesday, May 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment