Dalam dua minggu lepas mek ada tepon cete kat umah jiran aku ada org pecah masuk. dia tinggal bertiga. Habis banyak jugoklah barang2 kemas wife dia dan perompok tu siap ugut dengan pisau kat leher anak perempuan dia... Aku bimbangkan org tuaku kat kampung je. iyalah umah tak dipasang gril..dan satu lagi org tau ayah aku ni tauke pok getah (getah scrap)..rumahpun boleh tahan jugok besarnya. Jadi gak tak mustahil rumah kat kampungku ni jadi sasaran mereka yang bodoh..dungun dan dasar pemalas tu. Hanya tawakal dan berdoa agar Allah selamatkan keluargaku dari segala malapetaka.
Nak dijadikan cerita...malam sabtu lalu. mek aku tepon..cerita yang jendela bahagian sofa di bahagian hulu kena kopek.. mungkin perompak yang dungu tu terbantut operasi mereka kerana dalam kul 3 pagi ayahku ( ayahku memang jarang tidur time2 tu. ayahku bangun minum air dan kebetulan mek aku pun bangun nak terkuncing katanya. Mek aku siaplah tegur ayahku. mungkin perompak tu sedar tuan rumah bangun so dia beralih ke rumah jiranku ( yang kena rompak dululah). perompak bodoh tu berjaya naik dan diikat jiranku. mungkin sifat tamat mereka..3 orang lagi nak kopek jendela rumah sebelah tu pulak. Dia duk cungkil jendela bilik anak lelaki rumah sebelah. anak lelakinya tersedar dan dia menguak jendela tu dan ternampaklah 3 kelibat manusia bodoh itu lalu dijerit sekuat hati..satu rumah tu terjerit. Ekoran dari jeritan itu menyebabkan perompak yang duduk di rumah jiran ku itu melarikan diri. so selamatlah jugok dia...
aku bersyukur kerana Allah selamatkan keluargaku...tapi hati masih lagi tak senang duduk dan mek aku kata ayah ku dah pergi tempah gril....Semoga Allah melindungi keluargaku. Amin
Sunday, May 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment