Ain Nadhirah - Sebuah puisi Untukmu 2 Keindahan alam terpadam Dek keayuan wajahmu mengisi tiap ruang, setiap sudut jua bucu-bucu kosong hati ini...
Takkala lirikan mata sepet itu seakan menjeling lirikan terlalu dalam tidak mampu menepis lantas hati ini tersenyum.. ohhh...betapa galak sepasang mata ini
Bibir mulus petah berbicara bahasa agung sukar dimengertikan dalam...tapi dapat diagak maksudnya....
Lantas tersenyum terserlah lesung pipit di pipi kanan pelengkap sebuah wajah ciptaan tuhan Seiras wajahmu ibu...
Keletahnya... kekadang tak tertahan bermain, berlari ke sana ke sini tiada erti jemu, tiada erti penat terlalu asyik dengan dunianya
Buatmu anakku.. semoga kebahagian ini berkekalan kami sentiasa menyayangimu.
nukilan rasa : Abah Ain 14/4/2008
Ain Nadhirah - Sebuah Puisi Untukmu 1
Seraut Wajah.... Sesejuk embun pagi sedamai bening subuh Seindah lukisan maya satu anugerah dari Ilahi yang selalu mengisi tiap kekosongan ruang Sering hadir dijiwaku tidak kira masa
Wajahmu satu kedamaian renunganmu penuh pengertian tingkahmu menuntut kesabaran
Seraut wajah.... sering membungakan keceriaan tak kira siang atau malam saat lenamu...lihat wajahmu ku rasa tenang
Seraut wajah... hadirmu dalam doaku hadirmu dalam nafasku moga hari-hari mu di berkatiNYa permata hatiku Nik Ain Nadhirah.
2 comments:
ala kak kecewa ati nak tengok gambo tawen
Terkenang semasa dulu.hehe
Post a Comment