Monday, November 30, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah kerana aku selamat menamatkan kursus KPLI dengan jayanya. moga aku berjaya dalam exam, interview dan exam kissm. moga aku di postingkan dekat2 dengan tempat keje somiku. tak perlulah aku duduk berjauhan dengan anak somi. Alhamdulillah syukur sangat sebab hari ni aku separuh hari duk kat annur nak scan babyku. sebelum raya aku alami masalah di mana ad keluar drh coklat dan pada masa yang sama aku peknen. bila first scan, doctor tak nampak so refer to annur..sama gak kat sana tak nampak gak.. doc bagi date lepas raya...

hari ni aku ke sana dan masih lagi tak nampak baby cuma nampak kantung baby sajo..sekali lagi doc refer to pakar annur kat sebelah je cuma kena menunggu turn dalam sejam lebih. doc pakar scan still tak nampak so doc buat keputusan nak scan dari 'bawah'. kalau ditakdirkan denyutan jantung baby tak nampak dan hanya kantung sajo yang tinggal kenalah buat next prosdur.

memang berdebar rasanya......

bila doc masukkan scan terus nampak denyutan jantung baby..lega sesangat dan kandunganpun dalam rahim...syukur sesangat.
tak kisahlah habis dalam rm200..sekurangnya tak adalah nak menunggu saban waktu..lepas tahu posting nanti barulah start checkup kat klinik gomen. kitakan orang gomen...

Sunday, November 8, 2009

RABBIT PARK

Petang tadi bawak ain and the geng ke rabbit park yang baru dibukak di pulau meranti, puchong (dekat dengan trafic light ke taman putra perdana...nak lagi belakang umah kakak aku. tempatnya tak delah besar manapun..sekakang kera je. masuk dikenakan bayaran sebanyak rm3 seorang...***buat duit betul ni. tapi sekurang-kurangnya ada tempat nak bawak anak2 jalan hujung2 minggu..Bebudak ni konon nak main dengan rabbit tapi penakut...nak bagi carot pun main campak kat rabbit tu..



posing depan pintu masuk dulu...payung hitam tu dah tertinggal di sana. udahlah tu satu2nya payung....

ain duk buat apo pun tak tahu, baju yang ain pakai tu baju free..abah dia gi ambik kat boot bernama TV..tak cantikpun...waktu ni eyah je ikut sebab kakak dan faris dah tidur

duk bagi carot yang memang dah bawak dari rumah

comelkan

bukan main rabbit2 ni duk melepak dekat rumah dia

time ni kakak dah sampai..sampai kakak habislah dibawa merata2 tempat..
ain memang berpeluh2 time ni

cantikkan gambar ni. ain dah eyah. eyah duk pimpin tangan ain sebab si ain ni penakut sikit

reban burungpun ada

ada2 aje kakak ni

kakak dengan takut duk bagi makan kat rabbit


dan aku macam biasa lebih senang duduk perhatikan depo2 ni main

masa di masa baru sampai...duk bagi makan rabbit2 ni semua






kunun2 beranilah tu

tangan ain memang tak nak lepas kita dah..stanby nak menyelit kalau ada rabbit meluru kat dia



Saturday, November 7, 2009

sibuk exam hari tu

Alhamdulillah aku baru habis exam. oklah jawab apa yang terdaya. walaupun aku diganggu dengan hari last tiba2 mataku menjadi silau dan kabur segala tulisan aku. aku tak nampak tulisan aku..semua menjadi silau (bukan gelap),memang menyebabkan aku hilang tumpuan tapi aku cuba bertahan walaupun dengan matanya yang dah bersilau2. mungkin mataku penat ekoran tiga hari berturut non stop menghadap buku. maklumlah faktor umur. hari jumaat lepas terus sambung dengan kursus induksi selama 14 hari. yang aku berdebar ialah examnya nanti. aku risau andai mata aku tiba2 silau balik macam tempoh hari. memang menakutkan akulah. serius rasa bimbangpun ada.

abah ainpun keje kat arkib dah bukan macam keje kat gvtment dah..asyik kena follow pameran bergerak dan perlu buat preparation untuk pameran. hari ni dah ke dataran merdeka sampai malam. minggu depan pulak akan ke putrajaya. itu ok lagi sebab masih boleh balik rumah selepas habis keje. pameran ni merata...kalau ke negeri lain pulak bukannya boleh bawak anak isteri. tak ada keistimewaan pulak jadi pegawai. baik keje kat penjara.dengar kata dalam perancangan follow jome hebohlak...ni tak sedap didengar ni..

*** bosan pulak jadi isteri peg. arkib ni...asyik kena tinggal

Monday, November 2, 2009

kenapa aku begitu sensitif sangat

hati aku cepat melenting

perasaan aku cepat mencurigai

hati aku cepat rasa panas

*** kepercayaan aku terhadapmu hanyalah zero

Saturday, October 31, 2009

asyik carik jalan je kami bertiga

semenjak dua-dua keje di tengah2 KL kami asyik duk pusing carik jalan je. yang lawaknya carik jalan ke maktab dan ke tempat kerja abah...itu yang nak ditempoh dalam 3 minggu ni. awal bulan tempoh hari duk survey dari arkib ke maktab dan hari ni duk survey dari maktab ke memorial TAR dan dari MTAR ke maktab. ****ha..ha..sila gelak besar2 ..itulah kerana kami berkongsi kete.

Sebelum ke KL teman abah pegi hotel EQ ambik duit part time...jadik pegawai pun masih keje part time...gaji tak masyuk lagilah 3 bulan tertunggak..jadi kenalah berkorban masa dan tenaga buat part time masa cuti weekend. bukan main galak ain duk tengok ikan2 yang cantik2 dan duk paksa ibunya teman main turun naik tangga...penat dengan ibu2nya sekali. dua kali naik aku dah malas nak layan ain...pujuk duduk kat lobby sambil tunggu abah.. setengah jam jugak kami kat lobby tu... dah settle urusan itu abah ain menghala ke KL tapi tiba2 boleh pulak konar ke ani sup utara..oklah kira lunch kami kat situ lah. abah ain kongsi nasik ayam dan sup campur. aku makan ktew sup. bagi aku tak sedaplah ani sup utara tu. kedekut bahan. jauh sedap mihun sup kat kelate..macam2 dia letak...ada kacang tumbuk, kulat masin tu, ayam dirancik2..ni cuma letak daging dan kuah sajo...kalau dia tambah bahan2 lain sedap lah aku rasa....total RM 18 campur dengan 2 jus buah.

lepas mengenyangkan perut kami menghala ke KL..pusing2 jumpalah jalan. oklah tak adalah jauh dari maktab cuma jalan KL time pulang kejer sure jam... nak biaq abah ain naik komuter rasanya kos makin bertambah, abah ain pulak kena jalan jauh gak dari stesen komuter tu pas tu abah ain terpkasa bazirkan masa hampir 2 jam nak sampai rumah. senin ni abah ain dah start secara tetap di memorial tunku Abdul Rahman. dengar kata kejenya banyak travel..sebab kena handle pameran...

travellah time cuti sekolah....boleh ibu dan ain membontot babah....melancong sama.

Thursday, October 29, 2009

Temuduga SPP

Pagi2 tadi ain dah kena bebel oleh ibunya. bukan setakat pagi tadi malam tadipun sama. dah kena marah2. oleh kerana perangai yang suka tidur lewat. kalau tak pukul 2/3 pagi tak daknya nak tidur. lepas tu boleh pulak kul 6 pagi dia bangun dan tidur balik dalam kul 7..so satu kesukaranlah nak kejut ain pagi. dahlah aku mengejar waktu dengan temuduga spp. temuduga ni penting sebab untuk pengesahan perjawatan kita. banyak jugalah preparation aku terutama pasal pendidikan khas, PIPP, bajet 2010, misi nasional, falsafah pendidikan kebangsaan, wawasan 2020, KBSR dan iisu semasa yang lain

sebelum berangkat ke putrajaya tadi dapat mesg dari abah

" abah doakan ibu beroleh kejayaan dalam temuduga pagi ini, yakin pada diri, pasti berjaya. Amin"

Alhamdulillah aku menjawab apa yang diutarakan oleh penemuduga. betul atau salah lain kira.asalkan kita mampu mengutarakan pendapt. Semoga aku lulus. amin

Monday, October 26, 2009

Jiwaku sensitif

Jika ada individu yang memperlekehkan kerjaya seorang guru pendidikan khas aku serta merta terasa hati. jika ada individu yang mentafsirkan guru pendidikan khas adalah 'bodoh' aku semakin geram...mungkin tafsiran bodoH adalah kepada mental age murid-muridku. mungkin mereka diluar sana tidak memahami murid-muridku, tidak dinafikan pencapaian murid-muridku dalam bidang akademik adalah lemah **tetapi jangan terkejut ada segelintir murid2 pendidikan khas mendapat 5A dalam UPSR, lemah berkomunikasi atau BERsosial, tidak pandai berdikari meletakkan anggapan mereka di luar sana bahawa murid-muridku adalah bodoh. DAN GURU YANG MENGAJAR mereka ini JUGA DIANGGAP BODOH.

Cabaran untuk mendidik anak-anak istimewa ini amat besar dipikul oleh kami guru pendidikan khas. saban waktu bersama mereka aku merasai keseronokan, aku merasakan kasih sayang dan tingkahlaku mereka begitu mencuit hatiku. aku bersyukur kerana rezeki aku ialah seorang guru pendidikan khas. kepada insan yang diluar sana..bukaklah mata jangan mentafsirkan kami guru pendidikan khas cetek pengetahuan, bodoh kerana mengajar insan "BODOH'(anggapan setengah masyarakat)...andai kamu berada bersama mereka ini, kamu akan merasai sendiri apa yang aku rasai walhal aku baru bersama mereka untuk tempoh 3 bulan semasa praktikum tempoh hari.

kerjaya kami satu ibadat. ikhlas bersama, ikhlas mendidik mereka , sabar dengan kareneh mereka, berpeluh mengejar mereka, ikhlas menyapu hingus yang meleleh, ikhlas membasuh berak mereka dan segala-galanya yang pada pandangan insan diluar sana adalah meloyakan dan menjijikkan..

aku bangga kerana kekawan aku mempunyai suami yang sentiasa mengucapkan bahawa mereka bangga isteri mereka menjadi guru pendidikan khas. tapi aku blum pernah mendengar kata2 itu dari suamiku......

*** abah ain hantar msg selepas baca entry ni
abah bangga ibu jadi guru apatah lagi mengajar pendidikan khas, bukan sedikit pengorbanan, bukan sedikit keringat yang dicurahkan. abah ingin ucapkan hari pertama ibu mengajar....