Tuesday, March 31, 2009

selalu gitu

Cuaca sekarang tak menentu...aku dah batuk2 3 minggu dah...ainpun sama berjangkit batuk. haritu baru je reda batuk..ni dah batuk2 balik. abah ain minggu ni asyik balik keje berhujan jah sudahnya diserang demam. Demampun kena keja jugak...tak kan dapatnya MC...nasib badanlah keje kat hotel tu. Sabar ya abah...dua minggu je lagi. hari ni ingat nak bersantai-santai kat Tmn tasik Cempaka. Ainpun dah melompat2 nak pegi sana..planya lepas tu nak ke pasar malam. Gila lama aku tak ke pasar malam..mahunya dah 2 bulan gamaknya. Naik kete tak sampai 2 minit ain tertidur.

la............tu lah.puas disuruh tidur tak naknya..last2 time tu lah nak tidur...so terpaksalah cancel aktiviti nak bersantai kat tmn terus ke pasar malam..sesampai je kat sana...bolehlak abah ain ni..

"ibu bawak duit tak?"

"tak bawak..."

"mmg tak dek duit langsungke ni..sambil tangan duk selak sana..seluk sini....manalah tahu aku ni memang suka selit duit merata-rata...
.
.
ADAlah...12 henggit....

emmm...oklah. sib baik..kalau tak perabis minyak jah.......nyanyuk tul abah ain..dahlah malam tadi ke BIllion nak beli susu ain boleh dia tinggal beg duitnya..nasib baiklah aku gatal nak bawak beg aku( aku ni tak suka nak bawak beg duit..handbage jauh sekali...lebih suka melenggang kangkung je) adlah duit aku dlm 70 hinggit . ATM card kebetulan duk dalam beg abah ain....cukuplaa nak beli susu ain dan isi minyak kete pas tu...

Saturday, March 28, 2009

nasi kat kantin



nasi berlaukkan telur dadar yang teramat nipis dijual dikantin sekolah. harganya 80 sen. nasi tak dak kuah ataupun kicap. kesianlah aku tengok kalau bebudak makan ni...nasi sure dah sejuk keras..atau aku seorang mak yang berlagak?????surveylah kat kantin sekolah anak ya puan-puan.....

Friday, March 27, 2009

Dino si Kura-kura

ok aku nak mulakan dengan asgmt bigbook aku dino si kura-kura....maybe ada yang nak buat untuk anak-anak korang nanti....kertas yang digunakan adalah kertas keras...beli yang warna itam sebab murah sikit..tapi kalau ada duit beli yang warna lain...yang itam ni rm 3.50 satu....
yang berwarna lak dalam rm 6-7 satu. nanti aku kena buat untuk bacaan bergrid lak..bulan 5 nanti.... dino si kura-kura ni masih dalam pembikinan..tak siap 100%pun lagi.


muka depan



page 1

page 2




page 3


page 4




page 5


keseluruhan page


AIN dan DINO

fuh!!!!

banyak benda sebenarnya aku nak update tapi masa tak mengizinkan......

Tuesday, March 24, 2009

saat itu

saat ini aku masih tidak dapat melupakan saat jenazah ayahku di angkat naik ke ruang tamu rumah di tutupi dengan kain pelekat arwah...sebahagian muka nampak jelas..jenazah terus dibaringkan atas tilam yang telah kami bentang awal2.(ayah meninggal kat hospital jam 6.15 pm-15 sept 2008). . saat van jenazah sampai depan rumah aku tidak mempunyai kekuatan untuk menyambutnya.

saat ayahku terbaring kaku ketika ingin dimandikan. dan saat ayahku siap dikapankan..hanya bahagian muka dibiarkan untuk keluarga terdekat menatapi buat kali terakhir. walaupun itu tatapan kali terakhir, wajah ayah saat itu tidak ku lupakan sehingga kini. aku gagahkan diri, menahan air mata yang gugur untuk aku mencium ayahku buat kali pertama dan terakhir dalam hidupku. aku menyesal..............................aku menyesal kerana tidak pernah aku lakukan sebelum ini semasa hayatnya. untuk itu aku tidak ingin mengulanginya. aku ingin mencium pipi ibuku...Masih terbayang saat talkin dibaca dikubur ayahku seolah ia baru semalam berlaku dalam hidupku.. aku tidak kuat untuk menahan air mata dari gugur andai aku terlalu rindukan ayah, dihimpit rasa terkilan.

" kalau dapat cikgu nanti....ayah akan bayarkan ansuran kete tu, ambiklah duit ayah andai elaun tertunggak" walau ayah sudah meninggal..ayah tetap berbakti untukku yang tak sempat membalas jasanya...aku belajar 100% duit ayah....masa sambung master dulupun duit ayah. aku nak bersalin dulupun ayahlah menjadi "driver". terasanya andai aku diberi peluang untuk pregnant anak ke2 nanti. kerana tiada lagi ayah untuk jadi Driverku pegi jemput bidan, hantar ke hospital...cari ubat masa aku sakit batu karang...tiada lagi suara ayah pagi2 tepon aku yang tengah tidu kalau ada apa2 yang ingin dia bagitau...Tiada lagi sarapan yang sudah siap di meja untuk kami time balik kampung..tiada lagi orang yang bukakan pintu time kami sampai kat kampung dalam pukul 3..4 pagi..nak harapkan mek...jenuhlah kami duk kat luar..tiada lagi lauk pauk best yang disediakan oleh ayah dan tiada lagilah kedengaran batuk2 ayah......

rasa terkilan memburu aku sepanjang hayat.....ayah tidak sempat jua melihat aku memperolehi pekerjaan yang baik dan tetap...8 tahun ayah menahan perasaan untuk melihat aku berjaya. pekerjaan ini amat bermakna untukku.Al fatihah untuk ayah.

seshopping di Mines


sebaik je abah ain menapak kat umah, aku dah plan nak pegi beli baju ain. cian anak ibu baju dia dua tiga helai je yang muat.. yang lain dah sendak benar...seeh tengok dia pakai..tapi disebabkan mak paknya yang miskin jadi tahan2 lah ya..lagipun duit elaun ain bulan2 duk perabis kat mainan yang tak berfaedah...merasalah pakai baju sendak. hari nipun sebab elaun ibu dah masuk...wah...gila shoping tu....siap beli camera digital yang paling murah....rm 450(belipun sebab aku banyak asgment nak kena ambik gambar), tinted kete rm 400 (tak tahan aku berpanas macam nak masak andai masuk kete time matahari duk terpacak atas kepala) tutup matalah mghulur 400 untuk kete. tut..tut kak ipar pulak nak meminjam rm300 but tak bayar katanya tolok hutang yang abah ain pinjam masa sebelum kawen dulu...cam ne tu duit haku bukan duit abah ain. kweng2..kweng...SURATAN TAKDIR. yang duk mintak nak pinjam tapi kami buat bodohpun sntiasa ada. tak paham aku dgn family abah ain ni...




###Tak pe memang ibu ain keje duk cop duit hari2.....####

nak beli selipar rm10 henggitpun tak mampu...mungkin korang tak merasa macam aku..betul...aku tanpa segan pilu pakai selipar tandas(selipar yang ada butir2 tu) . kalau beli sandle rege rm10pun hanya pandai beli satu saja dan pakailah sampai putus. time mek aku datang dia yang duk hulur duit kat aku....Ngah..ambik ni pegi beli selipar..ngah ambik ni pegi beli washing machine...ngah ambik ni pegi beli papan gosok(selama 4 tahun aku nikah baru boleh beli.) Wah ..rasa kehidupan ni begitu mencabar....Allah menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. aku menganggap kepayahan aku dalam 4 tahun ni sebagai ujian Allah...sabar dan bertawakal. sentiasa berusaha untuk perbaiki diri.



janganlah marah ya abah Ain..abah baik..ibu rasa bertuah sangat kawen ngan babah tau. (mogok2 diam tu dah trademark kita kan) abah dah berusaha sebaik yang mungkin tapi dengan pendapatan abah yang gitu2 abah terpaksa menanggung banyak keluarga. ibu pulak time tu berat sungguh rezeki ibu..tak dapat2 keje...Bukan anak bini abah je yang abah tanggung tapi banyak kepala2 lain yang abah tanggung. yang dah beranak pinakpun abah hulurkan jugak. ibu bukan nak mengungkitlah abah..tapi itulah kenyataannya. Alh hamdullilah dalam kepayahan itu kita tak pernah berperang sabil hanya disbbkan kesempitan duit. cuma ibu risau tiada simpanan andai ada kecemasan. ibu lak dalam 3 tahun ni dah 3 kali operate.



tahniah abah..abah akan start keje gomen 16 April ni....kena shopping baju keje abahlak....tak apa..elaun ibu dah masuk....kita beli sikit2 dulu....merasa jugak babah keje opis. mudahan dapat dekat2 ni je...tak delah nak berpisah bagai....


ptg tadi pusing2 kat mines cari baju ain tapi boleh pulak beli yang tak dirancang...



kasut babah nak pegi keje nanti..RM 150 itupun dah rege less tu.



makcik ni tiba2 duk membebel sorang2....



buah hati pengarang jantung....cayang bangat kat si motot ibu ni.. dlm kedai kasut duk mancing ya. tengaklah si Ain ni..pegi mana2 ada aje mainan yang dia akan beli...abah dia manjakan sangat ain. apa yang ain nak walau tak de duit dia usahakan jugak. ni gara2 pengalaman abahnya time bebudak dulu tak pernah nak merasa nak beli barang pmainnan...hanya memendam keinginan itu sahaja. kesiannya abah..sob..sob...sob sedih ibu kalau dengar abah duk cete pengalaman kecil babah dulu..tapi yang ibu tensionnya abah TERLALU MANJAKAN AIN...IBU NGAK SUKA...BAHAYA!!!!!!!



bukan main lagi berdua-duaan selalu....adalah tu misi sulit dia orang

Saturday, March 21, 2009

Ain dan perangai lama dia

2.45 am...ain duk galak main basikal....request nak p mcD..pegilah ke sana.malam minggu jawabnya polis sana sinu duk bersepah..makan-makan kejap dan ain duk main sesorg..ajak balik tak nak balik...duk paksa abah dia main sama ngan dia..aku lak duk melanguk sesorg kat meja...tak sedap btullah mcD loni..bubur dia ok..aku suka....kat sebelah mcD bebudak duk main futsal..dia org ni nak tidu kul berapalah.....mahu sekali tidur jawabnya tidu sampai ke ptg.

tak ngatuk lagike Ain....dah kul 3 ni...kalau time bulan puasa jawabnya kami terus bersahur...pas subuh baru ain reti nak tidu..sib baik aku time tu tak keje so bolehlah tidur sampai zohor..teruk tullah aku dgn ain tika tu..buruk benar perangai. adalah aku cuba gagahkan diri bangun dalam kul 9 pagi tapi lepas mandi bagai..aku terlena pulak sebelah ain yang tengah masyuk tidur tak ingat dunia..

Ain jangan mengatal buat perangai macam ni time ibu start keje ya. so isnin ni ubah jadual tidu tu..ibu sebelum kul 7.30 dah kena ada kat sekolah...kalau tak ibu biarkan ain main sesorang. Biar musuh ketat ibu je melayan ain..kan..kan..kan babah....

abah dah tak sabar2 nak tau kat manalah dia kena posting...dah masuk 2 minggu surat perlantikan sampai..cuma tunggu surat penempatan je nanti...resah gak andai kena jauh nanti...cian kat Ain. paling sukar time ain demam. memang mencabar sungguh,,ditambah ain pernah kena sawan masa dia umur setahun. kalau dia demam kul 2-4 pagi suhu badan dia naik mendadak dan ain suka merapu....kul 5 pagi barulah ain lena dan suhu badan dia turun. dah banyak kalilah kami pagi2 meredah ke hospital. yang paling tak lupa ialah pegi Az zaharah...sorylah pada sesapa yang puji Az zaharah bagus. bagi aku nurse dia tak pandai nilai mana case kecemasan dengan tak....so aku skrg pilih goverment..lagi bagus. selagi suhu badan anak kita tak turun selagi tu dia org tak benarkan balik.
adake patut time tu dengan anak kita dokong hanya berselimut kain basah...(tika tu ada seorg patient(budak remaja tapi tak de sakit teruk..macam selsema saja)..kami sampai je...nurse kat kaunter suruh register dulu..tanya itu ini..aku bagilah keje sama walau dalam hati dah pelik...dia suruh duduk dulu..aku ikutlah...tapi boleh dia panggil budak remaja tu masuk dulu. abah ain apa lagi

"nurse..awak tau tak apa tu kes kecemasan"
tak tengok ke keadaan anak saya ni...kalau tak teruk saya tak gila bawak anak pepagi buta ni"
dia senyap...dan masuk bilik doktor
kemudian...barulah suruh kami masuk.duk cek bagai..and bagi ubat bagai.....bayar bagai.....

on the way balik umah..aku mintak abah ain ke hospital kajang..tak tau kenapa hati tak tenang...so kami ke sana...terus ke emergency room..nurse kat situ nak ambik darah ain sebab ain dah lama demam..takut denggi ke apa?keciannya. kan time tu awal pagi..dah kena mandi berkali2 so darah tak nak mengalir..darah jadi beku....menangis aku tengok keadaan ain saat itu..
pendek kata masa ain demam umur setahun tu begitu memberi pengajaran buat kami...hampir seminggu kami tak tidur...sebab takut suhu badan dia naik mendadak dan ain juga kejap2 nangis...merapu..

tu tak masuk cete aku lagi...sakit perut pinggang bagai...g jumpa doktor boleh dia kata angin...rupa-rupa nya kat luar abah ain dah marah2..kenapa tak Xray..kami bayar...doktor kata tak perlu sebab angin saja.

macam kes ain aku mintak ke hospital kerajaan...dia org bagi injection tahan sakit dan dari simpton yang aku alami doktor kata aku kena batu karang..so diaorg Xray...sahlah batu karang. sakit ya tuan puan kena batu karang ni...wah panjangpulak aku duk bercerita. jam pun dah kul 3.30 pagi..ain dah senyap sunyi kat luat tu..dah tidulah tu. saja berkongsi pengalaman nak membesarkan sorang anak..pengalaman time ain kena sawan tu aku suka berkongsi ngan kekawan agar mereka tak mengikutu. jejak langkah kami...Syukur ain tak de apa2. Doktorpun cakap tak de kesan apa-apa..dia bukannya tahap yang kritikal.

salam sabtu

Ain bangun tidu kul 11.00 pagi, mana taknya perangai lama dia kembali, kul 3 pagi baru nak tidu...abah dan ibu dia lak bangun kul 10.00....habis dino si kura-kura terbengkalai..dah tak buat2. janji ngan abah nak buat besok..masa mana? pagi abahnya keje, petanglak pegi UKM..ada outside catering maybe sampai kul 11.00 malam...kesian kat DINO si Kura-kura. Dino si Kura-kura ni asgment big book aku....

Isnin ni aku ke Sekolah Jalan 6, Bdr baru bangi...PBS selama 2 minggu kat sana. jimat kos sikit tak payah nak travel ke maktab. kalau tak tol aku sumbang rm7.10 sehari..makan tak mahal kat sana dalam rm5. minyak kete seminggu dalam RM 60...totally seminggu habis yang wajib dalam rm120.50...tak termasuk bende2 sampingan...beli bahan untuak asgment,potostate dan mcm2 lagi. biasalah cikgu PDK asgnment dia pelik2..

si adik aku ni ikut laki dia ada training dekat genting. call dari smlm tak dapat2..tak kanlah line kat sana tak de..pelik betul dengan minah sorang ni..yang si bongsu pompuan ni pulak dah tak sabar2 nak tengok anak buah baru...baby boy ni tak de nama2 lagi...duk panggil baby ..baby je..abah dia tak de ilham lagi...

si kotot yang tak mandi lagi

Friday, March 20, 2009

Ain kotot

aku pernah je mengamuk berebut laptop ngan ain. mana taknya keje sekolah kita bertimbun boleh dia nak menyibuk....
Ain nak buat keje sekolah gak..tepilah bu.....
sekehkan si bulat kotot aku ni.... masalahnya dia pandai bukak tu....siap buat powerpoint,words,insert picture, record sound, change colour font bagai. ada tu siap print. pelik lah budak sekarang ni..cepat benar belajar tanpa kita ajar tu......yang sedihnya....Ain ubah asgmentku menjadi blank .Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .......


firstly


see..power point tu

Thursday, March 19, 2009

Baby boy

baby boy
lahir 20/3 jam 2.02 berat 3.3 kg di An-Nur, bangi. Alhamdulillah semua selamat.

saat ini

saat ini jam 11.30 pm, kak longku berada di labour room. Ya Allah selamatkan kedua-duanya. masuk LR jam 6 ptg tadi..dah bukak 3 cm....familyku memang susah nak bersalin. nak ke sanapun abah ain tak balik lagi... malam ni memang abahnya balik lewat. ada supper katanya..balik abah ain aku nak ke An Nur.....abang Longpun tak tepon2 lagi....sure tak bersalin lagi nih....ni anaknya yang ke 4...cucu pertama yang tuk ayah tak sempat nak tengok cuma tuk ayah tahu kak longku mengandung.

Wednesday, March 18, 2009

DIM SumKU





nilah dimsum dari babah...semua jenis ada semua bentuk ada..yang stim yang goreng semua ada...makan sampai pagi ni tau..baru licin. habis banyak sangat..lagipun ain tak makanpun.abah ain lak pegi keje lepas makan satu dua biji dim sum...aku lah yang duk makan sepanjang hari. pelik betul tak nak habis-habis tu...



Dim sum ni rege dia rm70...mak oi..mahal gila.....tkejut aku....berapalah org-org kaya habiskan duir dalam sehari ya..kita rm30 seharipun rasa dah tak bernafas dihujung bulan....lagi-lagi elaunku belum lagi masuk. BIlalah loan ni..main-main pulak. maktab lain dah joli lama dah....lembap betullah pengurusan dia orang ni.asyik duk kata...loan lambat masuk janganlak duk tulis dalam akhbar.....tuliskan baru tau....


ain yang tak de nafsu nak makan benda nipun...minum susu lagi cedap....


first round.......

## babahnya bayar Rm 20 je utk semua itu....sebab apa dpt murah..itu rahsia

babah "kotot"


bakpo ler aku malas nak buat keje sekolah..............cuti kot??..banyak masa ku habiskan dengan sia-sia je...aku banyak keje sebenarnyanya.. esp...asgnment bongok pnb tu....tak dek bahan sebenarnya..macam mana aku nak buat esei andai point2 pun belum tentu dapat buat...babahpulak asyik merajuk je.......tiba2 angin bukit tanah melanda...susah betul berlakikan orang sentimental value yang kidal ni..........lagi masyuk bercanda dengan simontot comel ibu...orait memanjang...dengan babah silap gurau guruh yang menimpa..ponet makcik..so aku biarkanlah angin bukit tanah pokok gele dia tu......betul kata arwah ayah tercinta....rumahtanggaku ni panas sebab kawen hari sabtu malam ahad..silapkan hari ya tuan puan.....kebetulan lah tu..memang kami berdua amatlah BERBEZA sikitpun tak sama dari segi perangai..latarbelakang keluargapun jauh berbeza.....so didikan pun amatlah berbezalah kot...kalau tak cayakan lepas dia baca entry ni sure majuk lagi..keh..keh..keh..........umur dah 32 tahun tapi mengalahkan ain kalau merajuk...dia merajuk aku pun merajuk mogok diam lama-lama...buat hal memasing...dua-dua dah 30-an tapi perangai macam budak hingusan....betulkan babah????? ha..ha..ha....babah kontot...bubu demuk mcm dugong.....macam tulah perangai tak semengah dengan umur.....


musuh ketatku..

buah hati ibu...hari2 duk perabis duit beli mainan yang tak berfaedah gara2 musuh ketatku yang tak pernah nak kata"tak boleh" kalau anak dia nak beli sesuatu....

apa tengok-tengok.....sekehkan

Tuesday, March 17, 2009

KEK UntukKU

kul 1 am abah bawak balik kek..aku dah nak tidur dah..ainpun sama dah ready nak tidur..si abahnya bawaklak kek.taulah keje kat hotel...nak beli kek pun tunggu beli kat hotel...aku yang gatal2 nak dia belikan kek dari hotel sebab kek dia sangat sedap dan cantek.....tapi tak taulak yang dia akan beli time dia balik keje kul 1 pagi..kalau time kek ain abahnya lupa ambik lilin,untuk kek bini yang pemalas lak dia lupa ambik pisau...(see...betapa nyayuknya seorang abah) kami bergambar dengan muka yang tak semengah...baju kelawar dan ain baju tidur princess...kwang2..kwang...lantaklah ya apa yang penting KERJASAMA....



kek 1 pagi 18 hb....lewat 2 hari tu...menyampah aku...




dialah musuh paling ketatku....suamiku sendiri..he..he...he.....












ain yang ngaku kek aku adalah kek dia sebab kek aku lebih cantek...ngek..ngek....aku duk perli kek dia yang huduh dan tak dek lilin.....so dia cakap



"kek ain cantek. kek ibu yang huduh...ni kek ain lah

yummi...sedap betul strawberry ni..manis


sedap tau...



*** babah ibu nak makan dim sum lak

Abah yang bongok.......................

Monday, March 16, 2009

Selamat Hari Lahir Untukku

Selamat hari lahir yang ke 31................................untukku. Moga dianugerahi kesihatan yang baik, rezeki yang baik, kebahagian yang berkekalan. Amin

Sunday, March 15, 2009

buat big book

Pernah dengar big book tak??????????? big book ni buku cete yang mempunyai saiz yang teramat besar dan tulisanpun saiz besar gak..............................sesuai untuk bahan bacaan kanak-kanak prasekolah.............nanti hasilnya aku tepek kat sini ya.harap menjadilah asgment bigbook aku ni....

Friday, March 13, 2009

budak mandi bedak




macam biasa hari2 aku duk mengadap laptop dalam bilik dan Ain aku biarkan duk main kat luar(depan Tv) sesorang......kesian ada tapi nak buat macan mana aku ada keje yang perlu disiapkan.Ainpun dah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini....kekaadang Ain akan masuk jenguk. Kalau ada abahnya ain boleh main dengan abah..taklah ain main sesorang.........
nak dijadikan cerita haru tu..aku tak dengarlah suara ain duk mmbebel kat luar sesorang so dalam hati aku terdetiklah.apalah yang dibuat dek montotku ni. adalah tu benda yang meralitkan dia..baru je aku nak menjenguk dah dengar kaki ain berlari masuk nak jumpa aku



"ibuu.ibu"

aku tengok2 je.Ya Allah.anak aku.............habis seluruh badan dia putih dengan bedak...............


jenguh kat luar.Ya Allah satu rumah dah jadi macam salji...........penuh bedah..............

aku still cool lagilah..............tak de nak marah2..............ambik pyapu nak sapu umah dah diselebungi habuk putih.kelam sangat.dalam duk sibuk berperang ngan habuk putih bterbangan tu boleh si ain nak myibuk nak penyapu.....aku hanging betul dengan ain.so kena marah la jawabnya ain.menangis panggil abah..siapa suruh tak dengar kata




keadaan umah ku.setiap pelusuk dia tumpahkan bedak...bedak satu botol yang besar.tu licin dikerjakan oleh ain...............susah benar aku nak bersihkan balik.mop tak payah cakaplah dekat puluh kalipun tak bersih........cian babah ain balik keje dekat kul 1 dia terus sambunglak....sebab aku buat tak bersih...ada kesan2 lagi............


bagus betullah ank ibu................



close up cikit

cuti sekolah bermula

sekolah dah start cuti seminggu....yahooooooooooooooooooooo tapi kepala tak release....banyak betul perkara yang perlu disettlekan. aku tak kesah andai ada jalan penyelesaian. masalahnya aku tak tau nak buat macam mana?............no idea no resource.................
bukak sekolah nati selama 2 minggu kena PBS........kena buat report nanti dan macam2 perkara.pendek kata cuti sekolah ke tak ke sama je bagi kita orang.keje tetap bertimbun-timbun.
Tapi itu menjadi kenangan buat kami nanti.hari ni asgment jahitan dah dihantar.wah1 tak sangka betul bebudak kelas 1E semuanya kreatif dah pandai menjahit. semua cantek..macam2 ada.........tapi sayang tak snap gambar .....ada yang buat beg, sampul bantal, lapik dulang, alas meja, comforter baby, uncang, pencil box, sarung bekas air, letter box yang digantung tu dll.........
TAHNIAH ko orang..memang ko orang cukup hebat bakal2 guru PDK...

.

Saturday, March 7, 2009

aku menjahit????????????

nak kabor lagu mana...Nyampah tahap maksimun...............bayangkan aku memang tak tau nak buat uncang lagu mana tapi aku main hentam kononnya senang (nampak senanglah)............yang paling mencabar ialah part nak buat lubang. Nak buat macam mana....dah naik berbulu-bulu kain aku..menyesal pulak aku tak tengok contoh uncang..kononnya dalam kepala dah nampak semuanya tapi memang mencabar sunggguh. bak menyulam aku ok lagi..memang aku tau buat cuma nak buat lukisan tu yang menjadi masalah...tak kan lah aku nak beli design dia.........mana ada jual yang kecik bagai.so lukis sendiri.hentam sendiri

start nak buat tu dah menyakitkan hati, aku dah tersilap potong kain...nak marah kat Sapa?diri sendiri lah..pastu duk terbongkok menjahit baru aku perasan, kat mana nak buat lubang tali.hanging betul.terpaksalah aku fikir macam2 gaya.kain dah lah pendek.kalau dilipat bertambahlah pendek.rasa nak menangis pun ada. bayangkan aku menjahit dari pukul 4 petang sampai 12 tgh malam..terlena kejap aku bangun balik kul 1 sampai kul 5 pagi.bangun tidu sambung balik sampailah kul 1 tgh hari......blum gak siap.tali tak dak.memang dah beli tapi dah silap potong..esok pegi beli tali dan mintak-mintaklah menjadi uncang aku............



nampak simple tapi menyusahkan aku yang memang tak pandai dan tak kreatif. ini adalah asignment jahitan...so tak boleh guna mesin.........menci sungguh benda2 menjahit jahit ni...........

Tuesday, March 3, 2009

Selamat Hari Lahir Sayang

2/3/09- genaplah 3 tahun usia nik ain nadhirah, satu-satunya permata hati ibu dan abah. tak lupa buat bonda tercinta. selamat hari lahir..moga tabah dan berbahagia selalu

Si montot ibu tengah ronda cari hadiah birthday....kami ke TESCO je




si montot tengah pilih basikal...abaikan muka aku yang hangus berjemur kat pantai masa BIG...water confident katakan....







basikal yang menjadi Pilihan si montot...test naik...babah sibuk nak menepe...

rege basikal ni RM159......



belah kek elok2 sayang..cian anak ibu...cashier kedai kek tu keret betullah adake patut tak masukkan lilin........................tak dapat anak ibu nak tiup lilin..tulah mak bapak tak pekse sebelum balik..salahkan abah ya sayang...selalu macam ni...sure andai abah ain baca muncung je...suka merajuk..





emmmmmmmmmm...sedappppppppppp........



Taraaaaaaaaaa..............basikal baru anak ibu...........