Saturday, March 21, 2009

Ain dan perangai lama dia

2.45 am...ain duk galak main basikal....request nak p mcD..pegilah ke sana.malam minggu jawabnya polis sana sinu duk bersepah..makan-makan kejap dan ain duk main sesorg..ajak balik tak nak balik...duk paksa abah dia main sama ngan dia..aku lak duk melanguk sesorg kat meja...tak sedap btullah mcD loni..bubur dia ok..aku suka....kat sebelah mcD bebudak duk main futsal..dia org ni nak tidu kul berapalah.....mahu sekali tidur jawabnya tidu sampai ke ptg.

tak ngatuk lagike Ain....dah kul 3 ni...kalau time bulan puasa jawabnya kami terus bersahur...pas subuh baru ain reti nak tidu..sib baik aku time tu tak keje so bolehlah tidur sampai zohor..teruk tullah aku dgn ain tika tu..buruk benar perangai. adalah aku cuba gagahkan diri bangun dalam kul 9 pagi tapi lepas mandi bagai..aku terlena pulak sebelah ain yang tengah masyuk tidur tak ingat dunia..

Ain jangan mengatal buat perangai macam ni time ibu start keje ya. so isnin ni ubah jadual tidu tu..ibu sebelum kul 7.30 dah kena ada kat sekolah...kalau tak ibu biarkan ain main sesorang. Biar musuh ketat ibu je melayan ain..kan..kan..kan babah....

abah dah tak sabar2 nak tau kat manalah dia kena posting...dah masuk 2 minggu surat perlantikan sampai..cuma tunggu surat penempatan je nanti...resah gak andai kena jauh nanti...cian kat Ain. paling sukar time ain demam. memang mencabar sungguh,,ditambah ain pernah kena sawan masa dia umur setahun. kalau dia demam kul 2-4 pagi suhu badan dia naik mendadak dan ain suka merapu....kul 5 pagi barulah ain lena dan suhu badan dia turun. dah banyak kalilah kami pagi2 meredah ke hospital. yang paling tak lupa ialah pegi Az zaharah...sorylah pada sesapa yang puji Az zaharah bagus. bagi aku nurse dia tak pandai nilai mana case kecemasan dengan tak....so aku skrg pilih goverment..lagi bagus. selagi suhu badan anak kita tak turun selagi tu dia org tak benarkan balik.
adake patut time tu dengan anak kita dokong hanya berselimut kain basah...(tika tu ada seorg patient(budak remaja tapi tak de sakit teruk..macam selsema saja)..kami sampai je...nurse kat kaunter suruh register dulu..tanya itu ini..aku bagilah keje sama walau dalam hati dah pelik...dia suruh duduk dulu..aku ikutlah...tapi boleh dia panggil budak remaja tu masuk dulu. abah ain apa lagi

"nurse..awak tau tak apa tu kes kecemasan"
tak tengok ke keadaan anak saya ni...kalau tak teruk saya tak gila bawak anak pepagi buta ni"
dia senyap...dan masuk bilik doktor
kemudian...barulah suruh kami masuk.duk cek bagai..and bagi ubat bagai.....bayar bagai.....

on the way balik umah..aku mintak abah ain ke hospital kajang..tak tau kenapa hati tak tenang...so kami ke sana...terus ke emergency room..nurse kat situ nak ambik darah ain sebab ain dah lama demam..takut denggi ke apa?keciannya. kan time tu awal pagi..dah kena mandi berkali2 so darah tak nak mengalir..darah jadi beku....menangis aku tengok keadaan ain saat itu..
pendek kata masa ain demam umur setahun tu begitu memberi pengajaran buat kami...hampir seminggu kami tak tidur...sebab takut suhu badan dia naik mendadak dan ain juga kejap2 nangis...merapu..

tu tak masuk cete aku lagi...sakit perut pinggang bagai...g jumpa doktor boleh dia kata angin...rupa-rupa nya kat luar abah ain dah marah2..kenapa tak Xray..kami bayar...doktor kata tak perlu sebab angin saja.

macam kes ain aku mintak ke hospital kerajaan...dia org bagi injection tahan sakit dan dari simpton yang aku alami doktor kata aku kena batu karang..so diaorg Xray...sahlah batu karang. sakit ya tuan puan kena batu karang ni...wah panjangpulak aku duk bercerita. jam pun dah kul 3.30 pagi..ain dah senyap sunyi kat luat tu..dah tidulah tu. saja berkongsi pengalaman nak membesarkan sorang anak..pengalaman time ain kena sawan tu aku suka berkongsi ngan kekawan agar mereka tak mengikutu. jejak langkah kami...Syukur ain tak de apa2. Doktorpun cakap tak de kesan apa-apa..dia bukannya tahap yang kritikal.

No comments: