saat ini aku masih tidak dapat melupakan saat jenazah ayahku di angkat naik ke ruang tamu rumah di tutupi dengan kain pelekat arwah...sebahagian muka nampak jelas..jenazah terus dibaringkan atas tilam yang telah kami bentang awal2.(ayah meninggal kat hospital jam 6.15 pm-15 sept 2008). . saat van jenazah sampai depan rumah aku tidak mempunyai kekuatan untuk menyambutnya.
saat ayahku terbaring kaku ketika ingin dimandikan. dan saat ayahku siap dikapankan..hanya bahagian muka dibiarkan untuk keluarga terdekat menatapi buat kali terakhir. walaupun itu tatapan kali terakhir, wajah ayah saat itu tidak ku lupakan sehingga kini. aku gagahkan diri, menahan air mata yang gugur untuk aku mencium ayahku buat kali pertama dan terakhir dalam hidupku. aku menyesal..............................aku menyesal kerana tidak pernah aku lakukan sebelum ini semasa hayatnya. untuk itu aku tidak ingin mengulanginya. aku ingin mencium pipi ibuku...Masih terbayang saat talkin dibaca dikubur ayahku seolah ia baru semalam berlaku dalam hidupku.. aku tidak kuat untuk menahan air mata dari gugur andai aku terlalu rindukan ayah, dihimpit rasa terkilan.
" kalau dapat cikgu nanti....ayah akan bayarkan ansuran kete tu, ambiklah duit ayah andai elaun tertunggak" walau ayah sudah meninggal..ayah tetap berbakti untukku yang tak sempat membalas jasanya...aku belajar 100% duit ayah....masa sambung master dulupun duit ayah. aku nak bersalin dulupun ayahlah menjadi "driver". terasanya andai aku diberi peluang untuk pregnant anak ke2 nanti. kerana tiada lagi ayah untuk jadi Driverku pegi jemput bidan, hantar ke hospital...cari ubat masa aku sakit batu karang...tiada lagi suara ayah pagi2 tepon aku yang tengah tidu kalau ada apa2 yang ingin dia bagitau...Tiada lagi sarapan yang sudah siap di meja untuk kami time balik kampung..tiada lagi orang yang bukakan pintu time kami sampai kat kampung dalam pukul 3..4 pagi..nak harapkan mek...jenuhlah kami duk kat luar..tiada lagi lauk pauk best yang disediakan oleh ayah dan tiada lagilah kedengaran batuk2 ayah......
rasa terkilan memburu aku sepanjang hayat.....ayah tidak sempat jua melihat aku memperolehi pekerjaan yang baik dan tetap...8 tahun ayah menahan perasaan untuk melihat aku berjaya. pekerjaan ini amat bermakna untukku.Al fatihah untuk ayah.
Tuesday, March 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment