Tuesday, March 31, 2009

selalu gitu

Cuaca sekarang tak menentu...aku dah batuk2 3 minggu dah...ainpun sama berjangkit batuk. haritu baru je reda batuk..ni dah batuk2 balik. abah ain minggu ni asyik balik keje berhujan jah sudahnya diserang demam. Demampun kena keja jugak...tak kan dapatnya MC...nasib badanlah keje kat hotel tu. Sabar ya abah...dua minggu je lagi. hari ni ingat nak bersantai-santai kat Tmn tasik Cempaka. Ainpun dah melompat2 nak pegi sana..planya lepas tu nak ke pasar malam. Gila lama aku tak ke pasar malam..mahunya dah 2 bulan gamaknya. Naik kete tak sampai 2 minit ain tertidur.

la............tu lah.puas disuruh tidur tak naknya..last2 time tu lah nak tidur...so terpaksalah cancel aktiviti nak bersantai kat tmn terus ke pasar malam..sesampai je kat sana...bolehlak abah ain ni..

"ibu bawak duit tak?"

"tak bawak..."

"mmg tak dek duit langsungke ni..sambil tangan duk selak sana..seluk sini....manalah tahu aku ni memang suka selit duit merata-rata...
.
.
ADAlah...12 henggit....

emmm...oklah. sib baik..kalau tak perabis minyak jah.......nyanyuk tul abah ain..dahlah malam tadi ke BIllion nak beli susu ain boleh dia tinggal beg duitnya..nasib baiklah aku gatal nak bawak beg aku( aku ni tak suka nak bawak beg duit..handbage jauh sekali...lebih suka melenggang kangkung je) adlah duit aku dlm 70 hinggit . ATM card kebetulan duk dalam beg abah ain....cukuplaa nak beli susu ain dan isi minyak kete pas tu...

No comments: