Friday, June 19, 2009

Praktikum dah nak mula dah

Amanah yang diberi
kami tak persiakan
apa yang kami janji
Tunai tetap kami TUNAIKAN.............

Isnin ini bermulalah episode seorang guru yang baru nak bertatih yang baru nak menguji kebolehan dan bakat yang terpendam dalam jiwa ragaku ni. bolehkah aku digelar seorang pendidik? bukan sebarang pendidik tapi yang diamanahkan mendidik anak2 istimewa yang menuntut berjuta pengorbanan nanti, yang menuntut keikhlasan dan kesabaran melayan anak2 istimewa ini. Bukan senang untuk menjadi seorang pendidik kepada insan2 istimewa ini.InsyaAllah aku akan cuba sebaik yang mungkin dan isnin ini aku akan berjumpa dengan anak muridku yang pertama dan sekolah yang pertama untuk aku berbakti walhal sekadar tiga bulan....rakan sekelasku yang sama sekolah semua lelaki...amezan, rosdi, dan fadli..moga kita berempat dapat menjalankan amanah yangdiberikan kepada kita sebaik yang mungkin dan membuktikan mereka tidah silap memilih kita sebagai seorang pendidik. GOOD LUCK buat rakan sekelas 1E....

No comments: