Friday, June 26, 2009

Refleksi-5

26 June 2009

8.00 am - kelas angsana 1 melihat guru kelas mengajar dan mengendalikan tingkahlaku murid-murid
10.00 am- Kelas angsana 2

12.15-pulang

Aku bercadang untuk masuk ke kelas angsana 1 untuk melihat guru kelas mengendalikan murid-murid. Terdapat 4 orang murid sahaja yang hadir. Seorang murid yang hiperaktif sengaja berlari-lari di dalam kelas untuk menarik perhatian guru. Puas dipujuk tidak diendahkan oleh murid tersebut sehinggalan guru mengeluarkan permainan puzzle. Mereka berempat diletakkan dalam satu kumpulan dan bersama-sama bermain puzzle tersebut. Mereka menumpukan kepada permainan dan tidak membuat bising, masing-masing leka dengan permainan tersebut. Aku cuba menarik perhatian Helmi (murid hiperkatif tersebut) untuk mengklasifikasikan puzzle mengikut kumpulan warna yang sama. Helmi tidak mengendahkan, ekoran itu aku menyuruh Alia (Murid slow learner) memulakan aktiviti tersebut. Alia dapat melakukan dengan baik. Sekali lagi aku beralih kepada Helmi, dia meletakkan satu warna sahaja kemudian helmi suka membuat robot puzzle. Aku membiarkan Helmi dengan aktivitinya. Dalam masa yang sama aku bertanya kepada guru kelas bagaimana untuk menangani Helmi sekiranya beliau tidak mengendahkan arahan guru. Menurut gurunya, helmi sengaja melakukan kesalahn untuk menarik perhatian guru selalunya helmi ditegur, sekiranya tidak diendahkan gurunya membiarkan helmi tetapi lama kelamaan Helmi akan mengikuti arahan guru setelah bosan menunggu tindakbalas guru.

Selepas waktu rehat aku menuju ke kelas Angsana 2, kebetulan ku lihat rakanku berada dalam kelas tersebut. Hanya tiga orang sahaja yang hadir. Ketika aku melangkah masuk aku melihat mereka tekun mewarna. Aku membiarkan mereka mewarna sehingga siap dan tiba2 hidungku menangkap bau yang kurang enak. Aku bertanya kepada mereka bertiga siap yan membuang air besar (berak). semua diam. Aku mengesyaki Nadiah. Nadiah mengangguk lalu aku membawa ke tandas. Alia masih memakai lampin pakai buang dan tidak pandai membasuh sendiri. aku mengajar nadiah menggunakan tangganya mencuci bontot ( bengang betul aku sekolah ni PPM duk rileks dalam bilik guru, cuma bkerja time rehat+ asembly) hal berak bagai guru kena settle..dahlah terpaksa tinggalkan murid lain dalam kelas tanpa pengawasan) pelik aku sekolah lain ok PPM duk sama2 kita dalam kelas.lagipun kelas ni je terdapat 4 orang tak reti urus diri so keutamaan PPM tolong kelas ini lah....)bukan sebab aku yang kena basuh berak aku bengang tapi kita kena faham tugas masing-masing. lainlah kalau time tu PPM tengah ada keje penting cikgu bolehlah tolong2. ini serah bulat kat cikgu. Alhamdulillah Nadiah boleh mengikut arahan dengan baik.

No comments: