Friday, June 26, 2009

Refleksi6

27/6/2009
7.10 - tiba
7.20 - perhimpunan harian
8.00 - meeting dengan penyelaras dan semua guru PPKI + PPM
1.00- Pulang

Aku sampai sekolah seperti hari-hari biasa. jalan agak lenggang kerana hari Sabtu, Minggu ini (sabtu) ada sesi persekolahan ganti untuk hari raya yang akan menjelang tiba. Murid-murid aliran perdana datang seperti biasa manakala murid-murid pendidikan khas tidak dibenarkan datang kerana hari ini merupakan hari terbuka sekolah. Ibubapa datang ke sekolah untuk melihat dan mengetahui rekod kemajuan anak masing-masing(bagi aliran perdana) manakala untuk pendidikan khas, guru-gurunya mengadakan gotong royong untuk merombak bilik guru menjadikan dua kelas. Guru-guru akan ditempatkan di kelas masing-masing. bagi aku pendekatan ini adalah wajar bagi meamstikan keselamatan murid-murid lebih terjamin dan dapat mengeratkan hubungan guru dengan murid serta guru dapat memahami tingkahlaku murid-murid dengan lebih mendalam.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan bersama-sama, tepat jam 8.00 pagi selepas diadakan mesyuarat ringkas kami terus berganding bahu. memang seronok kerana aku dapat berpeluang beramah mesra dengan guru-guru perempuan dan pada hari ini juga aku dapat mengetahui guru pembimbingku iaitu Puan Aminah bt Deraman. Beliau tidak lokek ilmu dan sentiasa ceria serta melayan pelbagai soalanku berkenaan murid-murid ini. Aku senang dengan perwatakan puan Aminah dan aku berharap aku dapat bekerjasama dengannya sebaik yang mungkin dan berharap beliau juga senang menerima aku dan membimbing aku sepanjag praktikum ini.

No comments: