Wednesday, June 24, 2009

Refleksi 4

25 June 2009

10.35 am
Relief kelas 3 Alovera (aliran perdana)
11.15- masuk kelas Angsana 1
1.35 - Pulang

Sebaik melangkah ke bilik bilik guru, penyelaras mendatangiku dan meminta agar aku masuk kelas 3 alovera (aliran perdana). Aku hanya mengangguk tanda setuju dan sebaik jam 10. 20 aku telah keluar untuk mencari lokasi kelas 3 Alovera. aku melabuhkan di satu susdut tangga.terasa lambat masa berlalu, murid yang berada ditingkat atas ada saja yang turun dan naik tangga tersebut. setiap kali melalui tempat aku murid-murid tidak lekang memberi salam dan tunduk sedikt kepalaya (tanda hormat) apabila melalui aku yang setia disudut tangga tersebut. Loceng berbunyi menandakan waktu relief aku. Aku melangkah, murid-murid saling pandang memandang dan terdengar sosek 'guru baru'
Setelah memberi salam aku mengarahkan mereka semua duduk dan aku menjelaskan siapa diri aku dan tujuan aku masuk ke kelas mereka. untuk tidak membuang masa aku membentuk satu akitiviti di mana aku mengararahkan mereka berada dalam kumpulan. mereka bebas menmilih permainan dan boleh bermain tetapi aku akan datang kepada setiap kumpulan untuk mereka jelaskan berkenaan permainan/aktiviti masing-masing. Apa yang dapat aku perhatikan mereka boleh memjperihalkan permainan masing-masing.

sebaik tamat kelas ini, aku memutuskan untuk turut serta rakanku di kelas Angsana1 (kelas pendidikan khas), Rakan ku telah mengagihkan lembaran kerja mewarna. seorang pelajar Autisme bernama Justine asyik merunggut untuk pulang dan kerap bangun untuk keluar kelas. ekoran itu, pintu terdapat ditutup bagi mengelakan Justin keluar hmelarikan diri.Murid-murid lain masih boleh dikawal dan kelas berlangsung dengan baik. Alhamdulillah aku merasakan diri aku ada sedikit kemajuan dalam menguruskan tingkahlaku murup-murid

No comments: