Tuesday, June 23, 2009

Refleksi 2

23 JUn 2009

7.00 a.m - tiba di sekolah
7.20 a.m - Perhimpunan Harian
7.30a.m - Murid2 masuk ke kelas masing2
8.00 am- masuk ke kelas Alamanda menjalankan ujian diagnosis
9.00 a.m - waktu rehat Murid2
9.30 a.m - Masuk Kelas Akasia menjalankan ujian dignosis
10.30 am - Masuk kelas angsana menjalankan ujian dignosis
11.00 am - Fire dring
11.30 a.m - Semua murid dengan guru-guru ke kelas masing-masing
11.45 a.m - menyiapkan model keselamatan jalan Raya - Minggu 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)
1.45 p.m - Pulang

Refleksi:

hari kedua praktikum, aku merancang untuk menjalankan ujian diagnosis untuk bahasa Melayu dan Matematik kepada murid-murid. Kelas pertama yang aku dan tiga lagi rakanku masuk ialah kelas Alamanda. Kami difahamkan murid-murid kelas ini sudah boleh membaca suku kata dan mengenali nombor. Semasa kami masuk seorang pelajar belum hadir, kami meneruskan ujian dignosis, kami memilih untuk memberikan soalan permulaan membaca suku kata KV+KV.Mereka mampu membaca dengan tepat dan cepat seterusnya kami memberi bebrapa contoh membaca suku kata (KV+KVK+KVKK) dan hasilnya mereka gagal untuk membaca dengan tepat tanpa bantuan kita. Begitu jua dalam ujian penulisan mengisi tempat kosong. Kelas masih berada dalam keadaan terkawal sehingga seorang pelajar, Irfan memasuki kelas. Irfan seorang budak autisme dan suka memberontak dan tidak mengendahkan langsung teguran kita, kami gagal untuk menjalankan ujian diagnosis terhadapnya. Seterusnya kami berempat masuk ke kelas akasia, apa yang kami perolehi sebahagian murid-murid sudah mengenali huruf tetapi gagal membaca suku kata, dan sebahagian tidak mengenali huruf. terdapat seorang murid yang pekak dan bisu. Kami difahamkan Arfah ditumpangkan sementara di sekolah ini. Arfah suka melarikan diri ke tempat permainan, dengan bantuan murid yang lain kami spontan belajar beberapa bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan arfah walaupun arfah suka memberontak setiap kali kami pujuk agar duduk ditempatnya.
Kami Ke kelas Angsana, murid-murid dalam kelas ini juga mempunyai tahap pengetahuan sama dengan murid-murid kelas akasia. Sebahagian sudah mengenali huruf tetapi gagal untuk membaca suku kata dan sebahagian tidak mengenali huruf dan nombor.Murid-murid kelas angsana suka bermain2 di dalam kelas dan cepat bosan untuk belajar. dalam kekalutan kami mennagani riuh rendah murid-murid tiba-tiba kedengaran fire dring (ujian keselamatan sekiranya berlaku kecemasan) kami mengarah semua murid beratur dan menuju ke padang sekolah. dengan bantuan semua guru dan PPM, murid-murid ini dapat dipantau dan mendengar arahan dengan baik walaupun ada beberapa murid yang tidak boleh dilepas pandang. selepas sesi taklimat semua murid diarahkan masuk ke kelas masing-masing dan kami berempat terus ke bilik keselamatan untuk menyiapkan model keselamatan jalan raya yang akan dipamerkan pada hari khamis ini.

Sepanjang hari aku memikirkan langkah-langkah untuk mengendalikan beberapa murid-murid yang sukar untuk menerima arahan dan suka memberontak di dalam kelas. Pelbagai persoalan dalam benak fikiranku Mampukah aku menjadi guru kepada muird-murid istimewa ini? mampukah aku menangani mereka? aku harus menanam kesabaran yang tinggi dan cuba pelbagai pendekatan yang kreatif untuk menarik perhatian murid-murid ini.

No comments: