Refleksi- tiap2 hari kena buat refleksi. dahlah kena tulis tangan jadigak aku karang kat blog dululah kemudian baru aku salin balik....penat kerja banyak kali macam ni..buang masapun ada. tapi masalahnya kalau terus tulis tangan adanya adegan contang conting dalam buku RPH aku.........
22 Jun 2009
Hari ini aku memulakan praktikum, hujan mengiringi langkah kakiku ke perkarangan sekolah. dengan senyum tidak lekang dibibir aku melangkah ke pejabat sekolah namun dipetengahan jalan seorang guru perempuan memberitahu aku dan semua guru dikehendaki ke dewan untuk sesi perhimpunan mingguan. murid-murid sudah memenuhi perut dewan manakala guru-guru berada di atas pentas. Majlis dipengerusi oleh wakil pelajar. banggaaku melihat kebolehan murid tersebut mengendalikan majlis dan inilah satu kejayaan sekolah kerana mendidik murid agar berkeyakinan untuk bercakap dikhalayak ramai. mataku tertarik dengan dua barisan murid-murid pendidikan khas. terdetik di hatiku bahawa inilah bakal murid-muridku nanti. aku memerhatikan tingkahlaku mereka semua. mereka memberi perhatian dan kerjasama yang baik dan selalu dipantau oleh PPM dan guru kelas masing-masing. Perhimpunan ini memakan masa yang agak panjang lebih kurang sejam kerana pelbagai amanat ingin disampaikan oleh guru bertugas dan kami dimaklumkan mimggu ini adalah minggu 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) dan sekolah ini akan diselia oleh beberapa pelawat untuk dinilai markah. Akhir perhimpunan adalah acara mengumunkan pemenang bagi kelas terbersih untuk sesi persekolahan penggal pertama. Johan dan naib johan menerima wang tunai dan piala pusingan. Gamat dengan sorokan pelajar apabila kelas 1 Aggerik, 6 Aggerik diumumkan sebagai johan bagi tahap 1 dan tahap 2.Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian .........(udah lupalak lagu apa tah)....
Aku dan tiga rakanku diberi taklimat ringkas oleh Penyelaras iaitu Puan Azizah dan sesi berkenalan dengan 12 orang guru pendidikan khas. mereka semua ramah dan sedia memberi tunjuk ajar kepada kami. pada pukul 10.00 pagi aku dan rakanku fadli diminta menjadi guru relief di kelas Angsana 2. Aku dengan penuh bersemangat melangkah ke kelas Angsana 2. terdapat 3 orang murid dan 3 orang murid lagi tidak hadir. lebih kurang 5 minit aku berada di dalam kelas tiba-tiba terdengar pengumuman melalui speaker yang dipasang dalam setiap kelas dan setiap sudut sekolah. walaupun pengumumuan tersebut tidak bersangkut paut dengan murid-murid pendidikan. malangnya seorang murid di dalam kelas itu fobia dan ketakutan setiap kali ada pengumumam. Azif namanya. dia menerpa dan memeluk aku dengan erat dan menangis semahu-mahunya. puas dipujuk tidak diendahnya malahan semakin erat sehingga sukar untuk aku meleraikan tangannya. dia hanya akan berhenti andai suara kat speaker itu berhenti.dalam tempoh sejam aku berada di dalam kelas ada dekat 3 kali pengumuman dan begitulah keadaan azif. ekoran itu azif menjadi 'manja' dan nak asyik mengekori aku sehinggakan memengang aku setiap saat dan beria-ria tak nak aku keluar kelas sehingga menganggu untuk aku memberi tumpuan kepada rakan sekelas yang lain. inilah pengalaman pertama aku dan aku rasa agak gelabah untuk menangani murid seperti azif ini. namun aku harus berfikiran positif dan aku akan hadapi dengan tenang dan akan berusaha dengan sebaik yang mungkin.
Sunday, June 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment