Monday, December 28, 2009

ke sekolah

nak buat buku merah tak jadipun..adoilah bila ni aku nak pergi..next week dah bukak sekolah mana boleh senang2 aku nak permisi nak pegi klinik. nak tak nak kena minggu ni jugak.lainlah andai kami dilewatkan sikit untuk tarikh lapor diri. oh ya lupa nak cakap aku dapat sekolah kebangsaan taman segar, Cheras. beria aku search nak dapatkan info tentang sekolah ni tapi sodehnya tak ada laman webpun dan tak ada apa2 info yang aku perolehi tentang sekolah ni. petang semalam dah cuba survey sekolah ni.timing jam dalam 30 minit nak sampai dari rumah tapi melalui tol rm5 jugak..tak habis2 aku kena melabur hari2. time pegi tu time tak jem lah.aku tak surelah diapunya jem macam mana area tu nanti. aku akan cuba keluar rumah jam 630 am bila dah sekolah nanti. kalau lambat sampai disebabkan jem nampak gayanya kena awalkan lagilah keluar dari rumah.soal pindah rumah tak surelagi...dalam perbincangan.abah ain macam biasalah macam tak nak pindah je....padahal diapun keje KL. cari rumah area Cheras tu..tengoklah macam mana nanti. apa yang penting aku perlu sesuaikan diri dengan sekolah baru, persekitaran baru dan rasa macam semua barulah. dah rasa macam2.....
"macam budak baru nak masuk sekolah....abah ain kata"

*tertanya2 sapolah yang akan diposting sama2 aku ke sekolah tu nanti....

Sunday, December 27, 2009

posting oh posting

kat mana aku posting belum diketahui lagi...rakan2 aku yang lain dah diketahui lokasi sekolah masing2. tahniah aku ucapkan kepada rakan2 ku terutama geng dapat di kelatan...sekurang2nya dapat negeri pilihan masing2 walaupun ditempat di sekolah menengah. satu cabaran yang belum dirasai lagi. maklumlah masa parktikum tempoh hari di sekolah rendah alih2 bila dipostingkan dapat sekolah menengah. walau di manapun aku mendoakan kita semua akan dapat berbakti kepada golongan istimewa dengan sebaik yang mungkin. bagi aku pulak...kat manalah...esok baru diketahui negeri bukan sekolah lagi. doakan yang terbaik untukku..

esok jugak aku nak mengunjungi klinik. dah lama tak checkup baby ni. booking buku merahpun belum lagi. ingat esoklah juga nak booking buku dan insyaAllah esok jugalah tahu di mana aku dipostingkan. doakan semua selamat dan dilindungiNya. Amin

Monday, November 30, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah kerana aku selamat menamatkan kursus KPLI dengan jayanya. moga aku berjaya dalam exam, interview dan exam kissm. moga aku di postingkan dekat2 dengan tempat keje somiku. tak perlulah aku duduk berjauhan dengan anak somi. Alhamdulillah syukur sangat sebab hari ni aku separuh hari duk kat annur nak scan babyku. sebelum raya aku alami masalah di mana ad keluar drh coklat dan pada masa yang sama aku peknen. bila first scan, doctor tak nampak so refer to annur..sama gak kat sana tak nampak gak.. doc bagi date lepas raya...

hari ni aku ke sana dan masih lagi tak nampak baby cuma nampak kantung baby sajo..sekali lagi doc refer to pakar annur kat sebelah je cuma kena menunggu turn dalam sejam lebih. doc pakar scan still tak nampak so doc buat keputusan nak scan dari 'bawah'. kalau ditakdirkan denyutan jantung baby tak nampak dan hanya kantung sajo yang tinggal kenalah buat next prosdur.

memang berdebar rasanya......

bila doc masukkan scan terus nampak denyutan jantung baby..lega sesangat dan kandunganpun dalam rahim...syukur sesangat.
tak kisahlah habis dalam rm200..sekurangnya tak adalah nak menunggu saban waktu..lepas tahu posting nanti barulah start checkup kat klinik gomen. kitakan orang gomen...

Sunday, November 8, 2009

RABBIT PARK

Petang tadi bawak ain and the geng ke rabbit park yang baru dibukak di pulau meranti, puchong (dekat dengan trafic light ke taman putra perdana...nak lagi belakang umah kakak aku. tempatnya tak delah besar manapun..sekakang kera je. masuk dikenakan bayaran sebanyak rm3 seorang...***buat duit betul ni. tapi sekurang-kurangnya ada tempat nak bawak anak2 jalan hujung2 minggu..Bebudak ni konon nak main dengan rabbit tapi penakut...nak bagi carot pun main campak kat rabbit tu..



posing depan pintu masuk dulu...payung hitam tu dah tertinggal di sana. udahlah tu satu2nya payung....

ain duk buat apo pun tak tahu, baju yang ain pakai tu baju free..abah dia gi ambik kat boot bernama TV..tak cantikpun...waktu ni eyah je ikut sebab kakak dan faris dah tidur

duk bagi carot yang memang dah bawak dari rumah

comelkan

bukan main rabbit2 ni duk melepak dekat rumah dia

time ni kakak dah sampai..sampai kakak habislah dibawa merata2 tempat..
ain memang berpeluh2 time ni

cantikkan gambar ni. ain dah eyah. eyah duk pimpin tangan ain sebab si ain ni penakut sikit

reban burungpun ada

ada2 aje kakak ni

kakak dengan takut duk bagi makan kat rabbit


dan aku macam biasa lebih senang duduk perhatikan depo2 ni main

masa di masa baru sampai...duk bagi makan rabbit2 ni semua






kunun2 beranilah tu

tangan ain memang tak nak lepas kita dah..stanby nak menyelit kalau ada rabbit meluru kat dia



Saturday, November 7, 2009

sibuk exam hari tu

Alhamdulillah aku baru habis exam. oklah jawab apa yang terdaya. walaupun aku diganggu dengan hari last tiba2 mataku menjadi silau dan kabur segala tulisan aku. aku tak nampak tulisan aku..semua menjadi silau (bukan gelap),memang menyebabkan aku hilang tumpuan tapi aku cuba bertahan walaupun dengan matanya yang dah bersilau2. mungkin mataku penat ekoran tiga hari berturut non stop menghadap buku. maklumlah faktor umur. hari jumaat lepas terus sambung dengan kursus induksi selama 14 hari. yang aku berdebar ialah examnya nanti. aku risau andai mata aku tiba2 silau balik macam tempoh hari. memang menakutkan akulah. serius rasa bimbangpun ada.

abah ainpun keje kat arkib dah bukan macam keje kat gvtment dah..asyik kena follow pameran bergerak dan perlu buat preparation untuk pameran. hari ni dah ke dataran merdeka sampai malam. minggu depan pulak akan ke putrajaya. itu ok lagi sebab masih boleh balik rumah selepas habis keje. pameran ni merata...kalau ke negeri lain pulak bukannya boleh bawak anak isteri. tak ada keistimewaan pulak jadi pegawai. baik keje kat penjara.dengar kata dalam perancangan follow jome hebohlak...ni tak sedap didengar ni..

*** bosan pulak jadi isteri peg. arkib ni...asyik kena tinggal

Monday, November 2, 2009

kenapa aku begitu sensitif sangat

hati aku cepat melenting

perasaan aku cepat mencurigai

hati aku cepat rasa panas

*** kepercayaan aku terhadapmu hanyalah zero

Saturday, October 31, 2009

asyik carik jalan je kami bertiga

semenjak dua-dua keje di tengah2 KL kami asyik duk pusing carik jalan je. yang lawaknya carik jalan ke maktab dan ke tempat kerja abah...itu yang nak ditempoh dalam 3 minggu ni. awal bulan tempoh hari duk survey dari arkib ke maktab dan hari ni duk survey dari maktab ke memorial TAR dan dari MTAR ke maktab. ****ha..ha..sila gelak besar2 ..itulah kerana kami berkongsi kete.

Sebelum ke KL teman abah pegi hotel EQ ambik duit part time...jadik pegawai pun masih keje part time...gaji tak masyuk lagilah 3 bulan tertunggak..jadi kenalah berkorban masa dan tenaga buat part time masa cuti weekend. bukan main galak ain duk tengok ikan2 yang cantik2 dan duk paksa ibunya teman main turun naik tangga...penat dengan ibu2nya sekali. dua kali naik aku dah malas nak layan ain...pujuk duduk kat lobby sambil tunggu abah.. setengah jam jugak kami kat lobby tu... dah settle urusan itu abah ain menghala ke KL tapi tiba2 boleh pulak konar ke ani sup utara..oklah kira lunch kami kat situ lah. abah ain kongsi nasik ayam dan sup campur. aku makan ktew sup. bagi aku tak sedaplah ani sup utara tu. kedekut bahan. jauh sedap mihun sup kat kelate..macam2 dia letak...ada kacang tumbuk, kulat masin tu, ayam dirancik2..ni cuma letak daging dan kuah sajo...kalau dia tambah bahan2 lain sedap lah aku rasa....total RM 18 campur dengan 2 jus buah.

lepas mengenyangkan perut kami menghala ke KL..pusing2 jumpalah jalan. oklah tak adalah jauh dari maktab cuma jalan KL time pulang kejer sure jam... nak biaq abah ain naik komuter rasanya kos makin bertambah, abah ain pulak kena jalan jauh gak dari stesen komuter tu pas tu abah ain terpkasa bazirkan masa hampir 2 jam nak sampai rumah. senin ni abah ain dah start secara tetap di memorial tunku Abdul Rahman. dengar kata kejenya banyak travel..sebab kena handle pameran...

travellah time cuti sekolah....boleh ibu dan ain membontot babah....melancong sama.

Thursday, October 29, 2009

Temuduga SPP

Pagi2 tadi ain dah kena bebel oleh ibunya. bukan setakat pagi tadi malam tadipun sama. dah kena marah2. oleh kerana perangai yang suka tidur lewat. kalau tak pukul 2/3 pagi tak daknya nak tidur. lepas tu boleh pulak kul 6 pagi dia bangun dan tidur balik dalam kul 7..so satu kesukaranlah nak kejut ain pagi. dahlah aku mengejar waktu dengan temuduga spp. temuduga ni penting sebab untuk pengesahan perjawatan kita. banyak jugalah preparation aku terutama pasal pendidikan khas, PIPP, bajet 2010, misi nasional, falsafah pendidikan kebangsaan, wawasan 2020, KBSR dan iisu semasa yang lain

sebelum berangkat ke putrajaya tadi dapat mesg dari abah

" abah doakan ibu beroleh kejayaan dalam temuduga pagi ini, yakin pada diri, pasti berjaya. Amin"

Alhamdulillah aku menjawab apa yang diutarakan oleh penemuduga. betul atau salah lain kira.asalkan kita mampu mengutarakan pendapt. Semoga aku lulus. amin

Monday, October 26, 2009

Jiwaku sensitif

Jika ada individu yang memperlekehkan kerjaya seorang guru pendidikan khas aku serta merta terasa hati. jika ada individu yang mentafsirkan guru pendidikan khas adalah 'bodoh' aku semakin geram...mungkin tafsiran bodoH adalah kepada mental age murid-muridku. mungkin mereka diluar sana tidak memahami murid-muridku, tidak dinafikan pencapaian murid-muridku dalam bidang akademik adalah lemah **tetapi jangan terkejut ada segelintir murid2 pendidikan khas mendapat 5A dalam UPSR, lemah berkomunikasi atau BERsosial, tidak pandai berdikari meletakkan anggapan mereka di luar sana bahawa murid-muridku adalah bodoh. DAN GURU YANG MENGAJAR mereka ini JUGA DIANGGAP BODOH.

Cabaran untuk mendidik anak-anak istimewa ini amat besar dipikul oleh kami guru pendidikan khas. saban waktu bersama mereka aku merasai keseronokan, aku merasakan kasih sayang dan tingkahlaku mereka begitu mencuit hatiku. aku bersyukur kerana rezeki aku ialah seorang guru pendidikan khas. kepada insan yang diluar sana..bukaklah mata jangan mentafsirkan kami guru pendidikan khas cetek pengetahuan, bodoh kerana mengajar insan "BODOH'(anggapan setengah masyarakat)...andai kamu berada bersama mereka ini, kamu akan merasai sendiri apa yang aku rasai walhal aku baru bersama mereka untuk tempoh 3 bulan semasa praktikum tempoh hari.

kerjaya kami satu ibadat. ikhlas bersama, ikhlas mendidik mereka , sabar dengan kareneh mereka, berpeluh mengejar mereka, ikhlas menyapu hingus yang meleleh, ikhlas membasuh berak mereka dan segala-galanya yang pada pandangan insan diluar sana adalah meloyakan dan menjijikkan..

aku bangga kerana kekawan aku mempunyai suami yang sentiasa mengucapkan bahawa mereka bangga isteri mereka menjadi guru pendidikan khas. tapi aku blum pernah mendengar kata2 itu dari suamiku......

*** abah ain hantar msg selepas baca entry ni
abah bangga ibu jadi guru apatah lagi mengajar pendidikan khas, bukan sedikit pengorbanan, bukan sedikit keringat yang dicurahkan. abah ingin ucapkan hari pertama ibu mengajar....

Sunday, October 25, 2009

ain asyik demam

ain demam lagi..rasanya baru je awal bulan dia demam..hari ni aku tak pegi maktab dan abahnya terpaksa pegi keje naik komuter dan lepas tu naik bas. cian abah terpaksa keluar umah awal2 pagi dan 5 minit sebelum kul 8 pagi abah sampai ke arkib. Kete.. aku nak guna bawak ain ke klinik. dah pegi klinik swasta tapi tak dak nak kebah sangat...maybe nak ubat goverment. susahnya govtmnt time hari bkerje saje boleh pegi...time tu kitapun ada komitment dengan keje kita. nasib baik hari ni rupa2nya kelas dibatalkan. tak perlullah aku nak ambik time sheet...

abah siap call nak bagitau yang dia terpaksa berdiri sampailah stesen putra dan kemudian ambik baspun berdiri sampailah arkib..he..he...macam tulah yang aku alami ketika keje di dayabumi dulu. itu tak kira komuter buat hal ....jenuh dengan duk menunggu komuter hari2.. servis hampeh.....tapi terima seadanya. itu saja transpot yang ada dan pengguna ssemakin meningkat dari masa ke semasa.

sabarya..nanti kita cuba usha motor...kene carik 6k dulu...

Friday, October 23, 2009

RM 500

RM 500 jadilah daripada tak ada langsung. memang kalau nak ikutkan duit tak pernah nak cukupnya. Bulan 12 ni kemungkinan besar aku dah start posting dan bererti aku dahpun tidak mempunyai sebarang income selam 3 bulan..uwaaaaaaaaaaa...................cepatlah abah dapat gaji pegawai. bolehlah tolong isterimu ini nanti....bayar kete ibu..bagi duit poket untuk ibu nanti...pendek kata abah kena bayar segala bagai selama 3 bulan pertama. dapat duit ibu nanti belanja makan...* mc long and the geng serta mc tie and tok hakim, tidak ketinggalan inda and sikening lebat.... wah..bukan main lagi nak belanja ...tapi sebelum tu kita tunggulah pegawai arkib yang belanja dulu..kat mana pilihan abah??????


Thursday, October 22, 2009

dah seminggu

dah seminggu lah aku menumpang bilik anak-anak didik tersayang aku ni....sib baiklah ada dua orang gadis ni tak adalah aku dilanda kebosonan menunggu dan menanti abahya pulang keje dan menjemput aku...Ain pulak terpaksalah berkorban duduk di umah baby sitter sampailah kul 6 petang . Sabar ya sayang nanti ada rezeki abah beli motor baru untuk dia berulang alik ke arkib. mudahan sebelum aku posting nanti abah dah dapat beli motor.

Ada lebih kurang 2 minggu lagi untuk kami menduduki exam akhir.pastu kissm pastu btn pastu habis tunggguuuuuuuuuuuu posssssssssssting...


Sunday, October 18, 2009

cuti raya depavaali

masa cuti raya depavaali kami anak beranak pulang ke kampung kerana mak mertuaku memgadakan maklis menyambut menantu bongsunya. makan laksa..nyummmm....memang aku suka bangat makan laksa kelantan... dek kerana cuti sekejap je aku tak sempat nak bermalam di umah mek. cian tengok mek dan keadaan umah yang sunyi sepi saje...kalau anak cucu balik meriah lah dua tiga hari lepas tu sunyi sepi pulak.
acara jalan2 tak adalah untuk cuti dua hari itu..dahlah si ain yang meragam nak balik Kl je..macam2 gaya abahnya memujuk si ain.mungkin dia kebosanan kerana tiada kawan dan tiada laptop nak main game. habis itu je keje dia kalau duk umah ni.
hari ni aku cuti lagi..abahnya dah pegi keje ..

esok kembali ke maktab bersama driver

Monday, October 12, 2009

Ikut abah ke Arkib

balik dari maktab aku teruslah ambik ain dan seperti biasa ain suka benor order fresh oren. itulah hari2 yang dia duk mintak andai sampai umah. bukan main lagi ya si montot...tapi tak apalah ibupun tumpang sekaki sedut...baru je aku tanggalkan tudung abahnya balik..muka berpeluh2 dan nampak macam ingin mengejar sesuatu

abah kena pegi arkiblah ibu..kena ambik offer letter
la..diaorang tak poske
'tak...sib baik call tadi
report duty khamis ni.....
diaorang ckp dah cuba call kita tapi tak dapat..

*khamis ni aku dah start ada driverlah..suka sgt tapi yang tak suka aku kenalah melanggut kat Ib sampailah jam 5.30

so aku macam biasalah suka memfollow bontot babah..lagipun kami ni jalan KL memang lah tak tahu. aku kalau tak tahu jalan rasa tak reti nak drive masuk KL. untuk ke arkib kami dah tahu sebab hari sabtu lepas aku pegi umah classmate kat kuartes kerajaan jalan duta. dia lah yang bagi direction..lawaknya bila sampai kat LHDN barulah kami berdua perasan yang kami pernah sampai kat sini beberapa tahun yang lepas tapi dengan teksilah. masa tu aku menemani babah interview kat sini..*** tak daptpun babah keje tu.

sampai2 je arkib, abah masuk kat guard, abah pegi register dulu sambil tanya mana nak jumpa puan (nth aku tak tanyapun babah )

guard tu terus panggil abah Encik..bila dia tahu abah bakal keje sini
**masuk2 kete je abah ain ckp gitu

****he..he...lawak btullah abah ni....

Suasana arkib sesuailah dengan namanya...sunyi sepi..hanya ada staff aje itupun beberapa kerat je.
sepanjang aku duk menanti abah kat kete bersama ain hanya ada cleaner je lalu lalang..pendek kata sunyi sepilah....

abah kata opis sesuai untuk tidu..lampu2 pun malap je....

Kami bersyukur sangat kerana impian abah untuk memiliki kerja yang baik akhirnya berjaya.

Thursday, October 1, 2009

Bersama keluarga abah ain

petang sebelum kejadian abang ipar laki bini singgah beraya umahku dan masa tu dah lewat petang dah. deme tu ajak pegi cari lokang(lokang ni macam etak tapi saiz dia besar2)so alang2 dah nak carik lokang teruslah kita picnic koboi...pagi2 tu paksa abah ain kuar belikan mee..goreng mee ajolah..

sampai2 je tempat yang dituju tengok2 orang dah ramai..tak ado tempat yang sesuai untuk melepak..so abah ain ambik keputusan pegi pantai air tawar kuala besut. 1/2 jam je perjalanan...sampai2 je...tengok redup aje dan jarak pantai dia jauh sikit lah..tapi oklah ..aku suka sebab dia redup dan amat sesuai untuk picnic...sampai2 je bentang tikar terus sesi ngap.


meriah sungguh...ni dah habis makan dah..pantainya taklah jauh sangat tapi tak kuasalah nak redah panas ke sana


samalah ngan abah



nipun sama gak...


* masa kat pasar borong dulu ada orang tegur aku dengan mak mertua aku macam mak dan anak..



bolehlah tahan dengan ain...jarang jumpa dengan sepupu diapun boleh gak main sama cuma ambik masa sikit




ain yang macam2 peel...ikut sapolah...




asyik ambik gambar je...bosanlah ain ...agak2 nilah yang ain pk hingga dah malas nak bergambar



ngada-ngada ain motot

suka benar bebudak dapat main.

masa yang baju merah tu baru lahirlah aku first time jumpa family abah ain. masa tu abah ain konvo



dari tempat kami duduk tu nampaklah bot lalu lalang ke pulau perhentian...itu bukan pulaunya


mak mertua aku nak teruskan misi yang terbengkalai tadi iaitu mencari lokang...jadi kami berangkat ke sini...



kami dah jadi macam orang asli dah duk melepak tepi semak...time ni agak panas...



i dan ain...dua2 dah kotot rambut



walau ditepi semak dan agak panas ain macam biasalah berselimut




bantal dan selimut dibawa ke mana2



ni tengah tunggu abg mat sampai...lepak atas batang paip


ain yang dah kebosanan




si pencari lokang. dua2 duk teguk air...


ni lah lokang...

Tuesday, September 29, 2009

Raya di umah mak batu mengkebang

kami konvoi 4 kete menyerbu umah mak di batu mengkebang kuala krai....tak de lah jauh sangat...tapi masa kecik2 dulu aku cepat mabuk dan merasakan perjalanan ke umah mak begitu jauh sangat...kami sampai dah tengah hari jadi terus ke dapur untuk acara masak-masak. cuaca sangat terik..panas gila.. Ain dan bebudak serta bapak2 semua duk melepak bawah pokok...tak kuasa duk dalam umah yang membahang panas... kaum pompuan memenuhi ruang dapur. tugas aku goreng ayam dua ekor, mak sedara aku duk kari ayam hutan dan kari kepala kijang(sedara dari lebir yang bawakan)..tapikan sedap ayam hutan...kecik je saiznya. daging kijang aku suka yang bakar dan goreng..masak kari biasa aje. landakpun aku pernah makan masa kecik2 dulu...(apa lagi ya aku pernah makan dulu yang loni susah nak dapat...ya..kari burung punai dengan buah setul muda)..sedappppppnya................aku dah lama nak makan tapi manalah ada org tangkap burung punai sekarang ni....
macam orang penuh dengan uban rambut
eyah makin pandai bergaya..duk melepak bawah pokok bersama kakak yang selalu duk pegang beg duit raya



keje diaorang duk order ayam gorengku.baju merah tu lah laki helmi.

keje ain kalau time panas membahang duk main air aje
** mak mertua aku call sakni ckp jumaat depan adik ipar bongsuku nak kawen..akad nikah aje dulu......muda lagi 20 tahun sebaya dengan adik pompuan ku yang bongsu....abah ain macam biasalah malas nak ambik tahu sebabnya dia tak berapa suka adik dia kawen dengan keje2 tak dek lagi...nak buat macam mana sebelah pompuan nak cepat2.....

Raya di umahku

lepas zohor baru demo2 ni sampai..paling last mctie dan tok hakimnya..so tak adalah gambar pasangan tu dalam ni.




family adik laki aku. sedondon setiap tahun

bukan main manja si eyah ni


Aksi dua sepupu yang sebaya..bagai pinang dibelah dua..sorang handsome sorang cantek manis




nampak malu-malu. jenuh nak mengambil gambar diaorang ni..tak reti duduk diam



comel sangat




dua2 dah nak lariks


jangan terpedaya dengan gambar..anak-anaknya ada 3 orang lagi...

sesi bual bicara

alahai si minah berbaju biru


raziq yang memang tak suka berbaju..almaklumlah persis arwah tuk ayahnya...

Monday, September 28, 2009

Pagi raya pertama

pagi raya seperti yang dicanangkan adalah bersama keluarga mertua. jenuh aku menunggu abah ain pulang sembahyang raya..dalam kul 10.30 baru pulang sebabnya aku nak beraya umah akulak dan semestinya menziarahi kubur ayahku.. anak2 yang dah kawen tahun ni beraya di umah mertua masing-masing jadi tak dapatlah menziarahi kubur ayah pagi2 raya.tengah hari tu baru dapat menziarahi kubur ayah tercinta.aku pulang adik aku yang laki lak datang ziarah kubur...pastu mc long dan mc ti itupun pagi2 raya kedua diaorang pegi.




salam dengan abah....




comel sangat gambar ain duk salam ngan abahnya


giliran abah bersalamam dengan ma


bersama ain nadhirah.


gambar kami bertiga



pas bersalaman dan bagi duir raya kat anak buah sebelah somi kami bertiga pulang beraya bersama keluargaku . sampai2 hanya ada adik pompuan bongsuku. mek dan adik lakiku yang bongsu pegi ziarah kubur ayah. rumah kemas dan cantek berbeza hari sabtu yang ditinggalkan dalam keadaan seumpama kapal pecah. bagus adikku ni..rajin sesangat...juadahpun dah siap letak cantik atas meja...rajin sekali lagi

. bertuah sikening tebal tu nanti..tapi kena sedia duit banyak2 sebab minah ni tak reti masuk dapur...



bersungguh abah ain makan . si baju biru belakang tulah tukang kemas umah sampai licin...


aksi je lebih makannya tak pun si tembam ni
berianya kami bertiga..sampai terus makan....
***gambar lain nanti kedian aku upload...