Tuesday, June 2, 2009

UNTUK ZAIDI MASRI

aku terpanggil untuk mendedikasi entry ini untuk rakan sekelasku mohd zaidi masri selepas aku terbaca entry diblognya.

***********************************************************************************
buat zaidi,

terlebih dahulu, kami memohon maaf kerana kami tidak dapat membantu mengurangkan beban yang kau tanggung selama 1 semester berada di IB. dengan menjadikan sahabat setia kau tongkat..kau mengharungi kesakitan seorang diri tanpa keluhan dan tiada sekalipun kami melihat kau bermurung. kau sentiasa happy dan bersemangat. begitu rendah empati yang ada dikalangan kami....hanya mengasihani kau dengan kata-kata...dan membantu kau dengan ala kadar. kami cuba membantu kau hinggakan hambatan tugasan yang melampau kekadang membuatkan kami lupa akan keperitan yang kau tanggung itu.

terasa begitu zalim dan tidak rasa belas kasihan membiarkan kau pulang bertongkat seorang diri ke perhentian bas. bayangkanlah dengan keadaan IB yang bertangga, berbukit itu..wah..sakitnya dapat aku rasakan, paling tidak kami lupa ialah saat kau ditinggalkan oleh bas....semasa di PUTRAJAYA. kami yang sempurna kakipun rasa perit dan lenguh berjalan ke bas bayangkan kau yang bertongkat meredah panas terik ke jabatan pendidikan khas tanpa bantuan. Memang rakan kelas lelaki kena marah kaw-kaw oleh kami pelajar perempuan kerana kehilangan ko sekejap. lepas tu kau kena dikawal rapi oleh kami semua.ha..ha..ha..rasa kelakarpun ada time.. tu..kejap2 mana zaidi..kejap kejap..kau dua orang jaga zaidi..sapo yang jaga zaidi..macam tu lah kami semua...

kami iklhas mengagumi kau sebab kau dapat menyiapkan tugasan dengan sebaik mungkin walaupun kau menghadapi kesulitan dan kepayahan. masa kau berangkat ke BIG, kami begitu susah hati kerana kami takut tiada sesapo yang akan mambantu kau disepanjang tempoh itu. lainlah kalau kau bersama kami saat itu, pasti kaulah yang dapat layanan terbaik dari kami semua.. PERCAYALAH...dalam saat kami ingin menolongmu kami agak terkilan dengan ketidakperihatinan segelintir insan yang sanggup membiarkan kau terus berada dalam kesakitan dan kesusahan. dahlah kelas banyak bergerak, dahlah kelas 1E kena bawa kerusi menumpang kelas orang lain, berhimpit menahan panas...begitu jelas mereka buta mata, buta hati melihat kau bertongkat masuk ke kelas diaorang. sepatutnya beralahlah sikit, berkorbanlah sikit masuk ke kelas kita kerana kelas kita ada seorang insan yang bertongkat. kami yang sempurna kaki ni tak kesah berhimpit dan menumpang untuk secubik ilmu tapi kami kasihankan insan yang bertongkat ini. biarkanlah zaidi......semua itupun dah berlalu dan kaupun dapat mengharunginya dengan sebaik yang mungkin...

dikesempatan ini kami kelas 1E memohon maaf kerana tidak dapat membantu mengurangkan keperitan kau alami selama 1 semester berada di IB. kami juga memohon maaf kerana kekadang kami bergurau dengan kau di atas ketidakupayaan kau itu. kami semua sayang kat kau dan kami semua menyanyangi antara satu sama lain. moga persahabatn kita semua menjadi kenangan indah.

2 comments:

zaidi said...

huhu...tharu gak aku bc ayat2 ko..tp pe2 pun thanks for all my frndz..aku happy n btuah sgt dpt satu class ngn korang semua..(nsb baik name aku start hrf M......?????)

Ibu Ain Nadhirah said...

macam kata Kay...nasib baik mak dia bagi nama dia kamariah. boleh duk kelas 1E walaupun kamariah nama orang dulu2..ha..ha...gelak guling2 dengan si kay ni