Saturday, November 1, 2008

Mimpi yang panjang

Hatiku dirundung kesedihan yang tidak dapat kuluahkan disini. Saat ini aku masih dalam mimpi yang nyata terlalu menyeksa jiwa ragaku. terlalu kosong....rasa hidupku kehilangan sebahagian semangat. sukar untukku menerimanya. Redha akan ketentuanNya. 15 September 2008..di saat mereka yang lain bergembira ingin menyambut Aidilfitri, disaat mereka sedang menyediakan kelengkapan menyambut lebaran. Kami sekeluarga kehilangan AYAH yang disayangi. Terlalu cepat masa berlalu...terlalu pahit untuk kami telan...IBuku kehilangan semangat hidupnya...wajah yang riang beralih sugul...dicengkam kesepian kerinduan. Insan yang hidup bersamanya selama 34 tahun pergi buat selamanya. Sebagai anak..hanya doa dapatku berikan untuk Ayahku. Maafkan kami ayah....

Terasa banyak untukku luahkan disini tapi aku hilang kata..hanya airmata ini tidak putus2 mengalir laju dipipiku...

Tuesday, August 12, 2008

kata hatiku

sedih rasanya hati ini sekembalinya dari bilik temuduga. kata hati aku tidak berjaya dalam temuduga ini. WAaaaaa...................tahun depan pulak.....TAK NAAK

Monday, July 14, 2008

Kembali menjadi Housewife

Starting esok aku dah tak keje kat sini lagi....tempat barupun belum tentu keptusannya lagi...buatnya diaorg tak ambik aku naya je jawabnya...InsyaAllah...rezeki untukku tetap ada. AMIN. Kekawanku yang budiman..insyaAllah kita akan ketemu jua nanti...sama2 keje nanti...Buat Matul...jangan bersedih, usaha lagi dan tidak mustahil kita akan bekerja satu bumbung lagi ya...SEDIH ke aku ni???aku rasa tak sedih mungkin aku percaya akan rezeki milik Allah...semoga rezeki yang lebih baik akan aku perolehi tidak lama lagi. rezeki untuk anak ibu...

Sambutlah salam sayang, halalkan segala yang termakan dan terminum...

Wednesday, July 9, 2008

Selipar

Seliparku kan dah nazak sesangat....biasalah selipar pasar malamkan opppsss..yang ni aku beli kat BATA atas EconJAYA. Keh..keh satu2nya" shopping complex" kat PAsir PUteh..MEmang dah tahap tak boleh dipakai dah..dah tak selamat..malam tadi aku terjah metro...belilah yang mana2 nanti..jangan memahal udahlah.

Si montot ibu nak pakai tudung lah pulok. Comel je Mak cik tu pakai tudung..(tudung ibulah jadi mangsanya. satu metro dia pusing ngan bertudung tu tau...last2 dah tak nak pakai..mintak bukak tudung...kelakarlah pulok bila datang tudung comel je bila balik ambik ko...berambut je...eee.rugilah tak de cabel ni.Next Month insyaAllah aku beli satu...pusing2 ada satu selipar tu rege dia 19.90.oklah tu...masa nak bayar tu aku terpandanglah pulok selipar comel utk bebudah..mintak ain try..sedang molek je kat kaki ain. Ha...kecik2pun harga dia cecah RM 30 tau...mahalnya..kita beli nak raya nanti ya sayang...pakai dengan baju kurung nanti....sure comel nanti anak ibu...angan2 seorang ibu weh...

Abah dia datang sini tak sah tak masuk kedai roti..makanan ruji dia dengan anak dia. Dua2 suka makan roti.....ibu lak.. roti stail pizza tu jelah yang dimakannya....berlagak betullah tekak ni...salahkan tekak ya..kekawan...Dan satu lagi yang menarik jiwa ragaku...kat situ ada promosi H/bag..rege dlm 59.95/satu...promosi untill hujung bulan ni..beg2 diapun ok gak...tengoklah nanti....beli ngan tidak nanti....

mintak abah belikan nasi goreng kerabu dan dua2 tu nak makan roti canai..itulah dinner kita org..kul 11 ain dah tertidur.yippiiiiiiiiiiiiii..Awal ain tidur malam ni..........apa lagi abah and ibu ambik kesempatan tidurrrrrrrrrr sesama. Tidurlah weh..bukannya buat benda lain.....

Tuesday, July 8, 2008

Corat-coret

Tak ada apa yang menarikpun dlm minggu2 ini. Rutin biasa cuma abah ain jelah keje pagi so banyaklah masa untuk Ain dan ibu membulinya. Dapurpun dah dua hari tak berasap...dan Ainpun dah banyak malam tak meround2 dengan kete so..manyak jimat minyak ibu....bubuh RM 30 masih lagi bersisa sampai hari ini. untuk esokpun masih sempat...maybe jumaat isi baru...malam tadi je si abah mengatal ckp bosannyer duduk umah jome kita tengok lampu2...aku je yang dengar so aku nyek2..nyek dia....TAK BOLEH!!!! nasib baik anakanda leka duk main MAK..MAK...siap berselendang(dia letak kat leher tu).., siap letak kain tuala buat rambut panjanglah konon. Kesian pulok aku tengok ain main sesorang.....Bear And Mr bean jadi babynya...nett tempat letak baju kotor ain dijadikan buai/tilam baby kekadang dengan MAK2 sekali landing dalam tu....

DAH BESAR ANAK AKU tu...dah pandai main MAK MAK dah...

Besok abah dia cuti..nak hantar kete baiki lampu belakang dan tinted cermin dengan bouncer 150 tu..ikut tuan kedailah nak tinted cemok mana dengan bocer tu. kalau just depan saja buat depan saja...untuk satu kete maybe lain kali ya...duit belum ada untuk benda2 macam tu lebihkan pada yang penting je dulu....hujung bulan ni nak kena service lagi....

Sunday, July 6, 2008

aku bosan...bosan....bosan

Teramatlah bosan.............
datang keje bukak PC....bukak sana..klik sini...alih2 kosong2 KOSONG!!!!!!!!!!!!... melangguk tanpa keje.....bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
betul2 bosannnnnnnnnnnnnn

mana keje mana keje..aku bosann............................

Thursday, July 3, 2008

Nak jugak yang itu

Malam tadi aku dah berjaya dengan misi membeli stok pampers Ain...beli untuk sebulan terus...so far aku duk survey pampers AIn yang paling murah kat Bintanglah...27.90 untuk 32 keping. Bayangkanlah kekawan berapa sebulan aku spent for pampers... ain pakai saiz XXXL (umur 2 tahun baru). Hanya Drypers saja yang ada saiz XXXL tu so terpaksalah spent 111.60, susu kalau harga promosi 141.33 (dutch lady 123-honey( sib baik susu yang murah...Jimat kat situ). Elaun ain abahnya bagi 350 per month...Side aku lah spent for Ain untuk Baby sitter + Insurance dia totally = 320...overall untuk Ain sorang habis 670 per month....Spent utk abah and ibu nothing...Sob..sob..sob...

Ada kisah lucu kat BINTANG tau,,,dia orag ada buat ala2 roda impian tulah...kalau pembelian 50 ke atas in one receipt dapat main untuk 1 pusingan. Hadiah2 dia ada 3 barang semuanya ( no 1 hingga 3 saja)

kalau bola jatuh no 1 dapat mangkuk cantik
nombor 2 dapat mug
nombor 3 mangkuk yang hadiah sabun daia tu..(tak naklah aku yang ni)

hadiah tu kira oklah semuanya untuk bulan ni..bulan lepas hadiah tak apa2tah..yang paling catik pinggan yang lain apa kebenda tak tau...

bulan lepas abah Ain dapat benda yang aku tak tau apa ke fungsinya dan aku rasa memnag tak de fungsinya...(kalau ada cabel boleh jugak tunjukkan kat sinikan)..sekarang ni ain buat main2 and baling2..tak bertuah langsung abah...

so untuk malam tadi kita org belanjakan kat bintang dalam 100 lebih. dapatlah 2 roundkan...masa kat cashier lagi aku dah ckp kat abah

Bah...nanti ibu nak yang hadiah mangkuk comel tu....
mana?nombor berapa mangkuk tu
tak tau...nanti tengoklah.....tapi ibu nak yang tu gak janganlah tangan abah tak bertuah macam tempoh hari ...(dialog itu kekwanku telah ditranslet olehku....semua ikut bahasa kelate ya perbualan kami berdua)

ibu buat sendirilah nanti

tak naklah..malu.... (e..tak de lah aku nak buatnya)

so pas bayar tengokk2 resit 100 lebih..

ha abah ibu nak dua2 mangkuk cantek tu...

abahAinpun mulalah dengan berhati2..tak nak hampakan bini dia yang beria2 nak mangkuk tu..macamlah mahal kalau nak belikan...

tuing....tuing boleh tu melantung2...tut...tutttt..jatuh nombor

satu

YEEEEEEEE......................no satu bererti mangkuk tuuuuuuuuuuuuu.................berbunga hati ibu....sengih...

round kedua lak...

berdebar gak tau....tuing2 tuing bola melantut dan mata kita duk ikut rentak bola tu....last kali dia lepak kat nomborrrrrrrrrrrrrrrrrr nommmborrrrrrrrrrrrrrrrrrrr 1 okey....

So pulanglah ibu Ain dengan 2 mangkuk comel itu .....

berlagak betullah abah Ain.......kunun2 hebatlah tu......

Papa bacakan kuat-kuat ye.

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri.Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau Ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja."Papa? Bacakan buku cerita in. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak dengar, "Kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku baru ya?"Saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi."Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah Papa..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah." Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa? Bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya keLantai.Nyata dia tidak mahu mengalah."BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana !!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!" Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk.
Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya."Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambilTersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan."Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! Katanya.Saya mengangguk.Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi.Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena.

Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital..Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya."Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! " saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. "Papa? Mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang Mama,Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar Dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya. Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.. Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara Isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu. Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu.Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah

Tuesday, July 1, 2008

Ain oh Ain

dah 2 malam si montot ibu tidur jam 4 pagi...malam semalam abahnya yang duk melayan sampailah dia tidur dan malam tadi aku terbangun dari tidur jam 2.30 Ain still lagi duk buli abah dia..so aku bangkit join diaorang . Turn abah diapulok lelapkan mata sampailah pagi..ibunya just dlm 1/2 jam je main2 pastu tak sedar bila masa tertidur sedar2 jam dah 5 pagi...alahai 1/2 jam lagi kenalah bangun. Ngatukkkkkkkkkkk lagi ni!!!!!!!!!!!so aku buat keputusan sendiri masuk lewat kejer...shhhhh..jangan bising tau mati makcik...kul 9.15 baru masuk opis....

Parking kete kat komuterpun dah jauh bangat...lupalah nak bagi tau..abahnya ain pasang sticker kat kete dah tak de keaslian pada keteku itu...jiwa masih muda abahnya ain ni..oklah just jalur warna merah..taklah sticker yang menyakitkan mata..tak kuasa makcik bagi izinnya kalau nak letak macam2 mak nenek sticker....ingat kete racing ke hapa.maklumlah bulan ni abah ain dapat gaji lebih sikit..siap spent kat kete tu lah...

Stok susu Ain Belum dibeli lagi ni..TESCO malam ni ku redah kat sana ye...member2 Abah Ain ckp TESCO ada sale susu....lakipun kalau kumpul reramai cete pasal anak jugak ya.....selalu macam tulah geng abah Ain ada-ada je petua2 diaorang duk berkongsi pasal anak2 ni....bagus..bagus.... jangan duk cakap bende lain udahla......

Monday, June 30, 2008

SELAMAT HARI LAHIR ABAH

1 July 2008...........

Happy birthday to Abah From Ibu & Ain





Dah 31 Tahun Abah ya..still sweet still muda mudi lagi....
hadiah ibu dah bagi masa bulan3 kan so malam tadi just sent one cute card birthday je yang siap diposkan ke dlm peti surat umah kita...pastu kul 12.01 am alarm tepon ibu berbunyi dan ibu biarkan abah yang matikan...Time tu ibu jeling2lah...he..he..abah duk baca note alarm ibu itu...

pastu ibu sent msg mintak abah turun ke bawah tengok peti surat kita...(ingat nak biar je dlm peti surat sampailah abah bukak tapi bila difikirkan bilalah abah nak bukak peti surat tu..so terpaksa bagitau (dah tak surpriselah)

ABah Mana Hadiah IBUUU!!!!!!! Birthday Abah ibu yang dapat Hadiah Kan...Kan....Birthday Ibu Abah yang Dpt hadiahkan............carry forward lagilah tuuuu.......

Monday, June 23, 2008

Nota dari abah

Semalam abah Ain keje kul 12 tgh hari so kul 7 dah balik...aku dah plan nak masak malam ni...gulai ikan + timun dan Ayam kecik2 goreng kunyit. balik keje, ambil Ain terus ke kedai beli santan, timun dan lengkuas. benda2 lain dah ada. Ain mcam biasalah masuk kete je nak AIr kotak....Pastu singgah kedai makan kat sebelah beli sambal...he..he..dia bagi free je sebab ambik sikit (malas nak tumbuk cili buat sambal sebenarnya)..
masuk2 uamh je tengok ada note kat atas TV...abah rupanya

Assalamualaikum.......

buat tatapan Ain dan Ibu yang abah sayangi. Abah mintak maaf banyak2 sebab abah kena keje kul 3 ptg. Tadi abah dah pergi keje tapi balik umah balik sebab jadual keje abah dah ditukar. Abah dah janji dengan Ain nak bawak dia jalan2 nampaknya tak dapatlah. Abah balik malam ni paling awalpun kul 11 malam....


Salam sayang
Abah

Kecewa aku..hancusss semangat nak masak tapi alang2 dah beli so aku masaklah jugok gulai ikan + timun...wah...sgt sedap wokey..Ain makan penuh berselera dan ibunyapun siap bertambah2...ni yang ibu ain malas nak masak ni..abah Ain balik kul 1 setengah pagi..time ni kita org baru je lena dibuai mimpi..so sempat borak sepatah dua time subuh itu aje....tanya hari ni balik kul berapa dan katanya kul 7 malam

Sunday, June 22, 2008

Lunch Date at Hotel IStana,Kuala Lumpur

ni plan yang last week nak pergi yang tak jadi tu. Alhamdulliah weekend lepas kita org berjaya merealisasikan plan itu. Kul 5 pagi aku dah tak lena nak tidur (rindu dan tak sabar nak jemput abah kat stesen hentian kajang) Ainpun sama ayik nangis panggil abah nya aje sampai tertidur sambil peluk baju abahnya...kesian aku tengok...hanya terus mendoakan keslematan abah. pas subuh, abah ain call..dah sampai...Ain time tu jugak dia dah bangun macam tau2 aje abahnya dah sampai. Drivelah aku..dalam 10 minit aku sampai....wah..abah diapun bukannya terkam kat bini tapi terkam cium anakanda dia. melompat2 Ain suka....

main2 ngan anak dia...kita orang sambung tidur sampailah kul 9.30 am.....siap2 semua merealisasikan plan Hi-Tea free itu.

nilah gambar2 yang sempat kita org snapkan....












ni kami bertiga bergambar depan meja kita orang...abah ni sabarler nak makanpun..kita berposinglah dulu. tengoklah si montot saya...asl bgambar je sure menepek kat abah dia....



kat bawah ni ragam Ain...buat aksi bila org ambil gambar dia...ha..kalau nak tau pantang org pegang camera terus suruh ambik amba..(ambil gambar).....


pisaupun boleh aje dibuat aksinya..

eeee.abah ni tak cara hulu hilir..makan aje dibuatnya



auntie ambillah amba Ain...terus di depet kat abah dia.....




gaya lentok dua montot abah...masa ni aku nak makan yong tau fu




anak sibuk bergambar ....buat pelbagai aksi abahnya sibuk ngan baju kotor..tilah abah...makan je...
panasler kat sini Abu....
Adriana....adriana taulah Mcik ni comel janganlah duk tengok sampai tak berkelip kelip..tak sakit ke duk cam gitu. kalau nak tau Adriana ni suka tengok abah ain dengan meyengekkan kepala dia dan satu lagi suka buat aksi "geng2 batu caves" "gerak2 kepala dia". pandai betul dia...dia suka ajuk apa yang kita buat kat dia.....

alahai couple ni sengeh kekenyangan. mana taknya makan nasi goreng sampai 2 round....stoking gamaknya perut dia


Senyum sokmo...siap gi lepak2 kat lobby dan datang balik terjah makanan...


Peace dari abah dan Ain kat pool side....lepak2 ambil gambar kejap


Peace dari ibu ain lah........seronok kan dapat sesama macam ni......

Thursday, June 19, 2008

Try Drive Kete Ain

sebelum aku nak teruskan merepekan aku ni aku nak gelak kayo dulu kat cik wan kita. aduh...aku siap gelak hinggakan aku tak pedulikan CEO kita tu....aku dah imagine ko pakai helmet tu naik moto..
Kan semalam saya MC...kul 9.00 aku menapak ke hospital Kajang tapi sodehnya abah ain silap ambik appointment lah...bukannya sebelah pagi tapi sebelah petang jam 2.00 petang...aku suke je sbb aku sebenarnya nak testing kete baruku...abah ain dah pegi ambik pagi smalam gak...balik2 je aku tunggu abah ain tepi umah...sesi mengetest katakan. tak biasa bawak takut jugakkan. aku bawak sampai depan PKNS. oklah cuma bonet belakang dia menghalang pemandangan kita. so kita tak dapat jangkakan jarak belakang... si ain lak tak nak naik kete baru siap nangis2..iyalah sejak dia merah2 lagi..kete kecik tu jelah yang dia naik sampailah sekarang..redah balik kampung berjam2 lamanyapun dengan kete tu gak...so dia rasa pelik sesangatlah kan. bila kita explain yang ni pun kete kita barulah ok so dia berikan nama kete tu kete Ain...

Jam 2.00 Ptg aku ke hospital balik. banyak betul filem X-ray diambiknya. dalam sejam lebih aku terbaring membiarkan mereka buat apa yg sepatutnya...ada dalam 7 filem x-raylah jugok rasanya..result nantiti dia refer to HKL. YaAllah mintak2 tak ada apa-apa.

pada kekawanku...lunch nanti tak dapat lah nak makan sesama ye sbb saya ada Hi-Tea nanti kat Hilton hotel....dan Ahad nanti Hi-Tea Istana Hotel lak

Tuesday, June 17, 2008

Kenapa Hatiku dilanda KERinnDuan pada dia...
Mengapahati ini KeSayuan mengingati dia
bakpo ekk...aku ni dilanda kebimbangan pada dia
cepatlah sabtu ni berlalu.............................
Doakan semuanya Selamattttttttttttttt

Cerita untuk ESOK

Pagi esok IVU test kat hospital Kajang. Doakan semuanya selamat ya. Pagi esok gak sebelum ke spetal aku hantar abah ain dan my momtot daughter ke kedai proton ambik kete...ni dah janji ngan budak tu datang awal pagi. 8.30 pagi. oh ya nombor plate kete ku WRL 1782 warna black and M-Line 1.6 cc. cewah detail ku bagi info kan....dan Esok jugok aku tak datang keje...kira MC lah...

Monday, June 16, 2008

Still blank

apa ke hal dengan tajuk ni....apa-apapun dalam kepala aku kosong je. Sabtu ni Abah Ain akan drive sesorang balik kampung. Doakan keselamatan abah Ain ya. Satu hari tu tinggalah Ain dan ibunya berdua je. tiba2 rasa sayulah pulak. macam manalah nak keje jejauhan ya??? Sabtu ni jugok aku ada test medsi. nasib baik just sejam je...tempat testpun dekat je. Terpaksalah aku drive sendiri. Dahlah tak biasa drive dengan kete baru...berdebar gak rasanya. MOga rezeki untuk ku tetap ada. Amin

Friday, June 13, 2008

Plan Tak menjadi

ikutkan esok we all dah plan nak ke hotel istana untuk makan2...tapi anakanda Ain nadhirah start deman petang semalam. So terpaksalah lepak2 kat umah sambil buat keje2 umah nanti. ( ni dah janji nak gotong royong ngan abah ain nanti......) tapi hati tu merasakan plan untuk itu tak kan menjadi..he...he....he....he....2 plan tak menjadi...Akupun start batuk2 hari ni, badanpun dah rasa panas2 balik...mungkin cuaca tak menentu skrang....badan cepat kena penyakit.

Well, isnin nanti aku masuk lewat sikit ke opis. Cadangnya nak gi ambik persona nanti...(ler..aku tepon dia suruh ambik sblah petanglah pulok?/??guana ni...abahnya keje sblh petang..so hanya pagi jelah masa yang ada..kalau tak persona, ko duduklah lagi kedai tu sampai pagi khamis. kita orang gi ambik itu khamis ya......

hari ni sharp kul 5, aku nak balik. kesian kat Ain duk lama2 umah baby sitter dengan keadaan demam2 tu....nasib baik 2 hari cuti..mintak2 ain tak demam melarat....baru je dia lepas selsema dalam 2 minggu lepas...sambung pulak demam....malam nanti kalau still panas2 bawak ke klinik lah...mana ni si salescar...dia janji nak tepon balik nak confirmkan boleh tak ambik sebelah pagi......kul 5 aku terus chow..teponlah hdset nanti...........

Wednesday, June 11, 2008

Kisah Ain malam tadi

Ain dah dua malam tak mgamuks nak berjalan2..bukan jalan kaki tapi naik kete. so berbunga2 hati abah dia..just lepak kat umah tak payah nak berpenat2 jadi driver mengeliling satu BBB. Ibu dia macam biasalah balik terkam memasak..kong kang kong kang masak settlelah satu daging goreng kicap + sambal telur letak kacang bendi dan untuk anak dara gebu dan montotku goreng kicap telur je...dekat kul 9 malam kita orang makan dengan penuh berselera dan siap bertambah2 lagi (ni aku malas masak ni sure makan melebihi hak dan makan pulok dah lewat.....) abah ainpun dan nampak membulat perut dan badannya dah nampak mcm kingkong pencen. sambil duk menaip ni mkn roti bakar org sudan bagi. (org melayu tapi keje kat sudan)

Dalam minggu ni Ain tidur jam mencecah 2 pagi..ibunya 12.30 dah kroooh..krooh cuma abahnya telah dipaksa oleh ain jangan tidur....suruh mlayan dia main..ibunya pulak disuruh oleh Ain tidur dan yang paling best dia paksa abah dia ngurut kaki ibunya dan pastu tu suruh abah selimutkan ibunya...jeles abahnya dah siap kata "wah..sayang betul kat ibu dia"ibunya ain pun tak sedar bila masa dunia jadi gelap gulita.

kecian abah ain....kul 5.30 dah kena bangun kul 2 baru nak tidur...dan pagi tadi boleh kul 4 pagi dia bangun pulak.kejut ibu dan abah dia yang tengah duk nyenyak tidur....ibunya ok je celik mata terus sambung tidu..(siap pegi tidur dlm bilik sebaik saje Ain bukak segala lampu....aku tak taulah apa yang dua2 tu buat lepas tu...jam 5.45 aku bangun dan tengok Ain still lagi tak tidur rupanya dan duk tengok TV tanpa sound..abahnya tergoleh lena sebelah Ain....Power ranggers betullah ain ni. dahlah tidur malam tadi kul 2 pagi kul 4 dah bangun...pelik bin ajaib betullah ain ni...sure kat umah baby sitter nanti dia pulun tidur habis-habisan..kat umah asyik nak main tak kiralah pukul brapa..mata masih lagi sagar bugar.

Mari Memasak...........

Dinner smalam aku dengan gigihnya memasak walaupun jam dah 8 malam. Ain ngan abahnya tengah duk menyelongkar plastik rambutan. wah..wah sesedap je dua beranak ni ..asyik makan je ..Masak yang simple untuk kami bertiga. sambil masak jantung dup..dap..dup dap..je..takut gas habis...mcm tu je hari2nya..malam ni pulok sesi memsak so sekali lagilah jantung berdebar2. Tengah azam tak nak makan kat luar......abah Ain suka je kalau kita memasak cuma satu je dia tension kalau kita mintak tolong dia jenguk2 ikan kat kuali or bantu apa2...so dia kata..

abah tak paksa ibu masak....ibu yang nak masak kan....lagipun ikan ni kalau abah balikkan je sure minyak dia ngecit ko abah. ha!! tengok ni.

Lerrrrrrrr.....apalah memanglah sesapo yang balikkan ikan tu surelah minyak ngecit sikit2....

itulah abah ain kalau bab kat dapur tak payahlah nak berkongsi masak sesama. basuh pinggan ngan ngemas dapur dia tak kisah.

Tuesday, June 10, 2008

copy & paste

Merujuk pada buku 21 Ways to Attract Your Relationship oleh seorang pakar perhubungan, Arian Sarris, beliau telah memberikan beberapa ciri-ciri seorang teman sehati sejiwa, dalam mengukuhkan lagi ikatan cinta dengan pasangannya.

*** Saling membantu
Tidak kira siang atau malam, panas atau hujan, kamu dan si dia sentiasa saling bantu-membantu.
Bantuan yang dihulurkan tidak perlulah melibatkan orang lain. Ini kerana, dengan hanya melibatkan tenaga kamu berdua, semua yang dilakukan akan terasa lebih menyenangkan.

*** Bersikap santai
Adakah si dia seorang yang bersikap santai ketika bersama kamu? Ini bukan bermakna dia bersikap berlebih-lebihan untuk mengesan gerak-geri kamu, tetapi dia tidak terlalu memilih atau mementingkan cara berpakaian, gerak-geri, cara berbicara sewaktu bersama kamu. Setiap ucapan yang dilemparkan tampak begitu spontan dan tidak palsu.

*** Konteks jiwa
Kehadiran kamu seperti sudah dikurniakan untuknya. Tanpa perlu berbicara, kamu dan si dia seperti sudah memahami apa yang ingin dikatakan. Saling memahami hati dan perasaan, sehingga boleh menduga setiap reaksi serta fikiran pasangan pada situasi yang tertentu.

*** Tidak kenal erti jemu
Meskipun hampir berjam-jam kamu dan si dia menghabiskan masa bersama, tetapi perkataan jemu atau bosan tidak pernah sesekali bermain di bibir. Bagi kamu, tiada yang lebih
membahagiakan selain dapat bersama.

*** Hadir di setiap situasi
Siapakah insan pertama yang akan hadir tatkala kamu dirundung masalah? Adakah dia atau teman-teman sepejabatmu?
Sekiranya ya, dia seorang yang paling memahami kamu sekali pun ketika di saat mengalami simptom pramenstrual. Tanpa perlu dipinta, dia seringkali datang kepada kamu dalam apa jua situasi yang berlaku.

*** Saling terbuka
Di hadapannya, kamu sering menceritakan tentang masa lampau ahli keluarga dan begitu juga sebaliknya. Bercerita tentang apa yang pernah kamu berdua lakukan pada masa lalu, tanpa mengubah perasaan kamu berdua. Kamu tidak malu untuk memperlihatkan kekurangan diri, bahkan tiada masalah apabila tampil kelakuan aneh di hadapannya.
Jika tanda-tanda ini terdapat pada si dia, kamu memang seorang yang beruntung. Namun, bagaimana pula di sebaliknya? Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan, fahami dan bincang secara profesional.

*** Cinta perlukan ujian
Sebahagian besar pasangan yang baru menjalinkan hubungan cinta akan menganggap, mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama. Tetapi pada umumnya, perasaan manis itu akan berakhir jua setelah persoalan hidup mulai timbul.
Kadang-kadang, manusia sering termakan tema percintaan. Bila merasakan diri tidak secocok, lalu mereka akan mengambil kesimpulan dengan cara memutuskan sahaja perhubungan.
Apa yang berlaku akan dijadikan kebenaran untuk mengakhiri sesebuah hubungan? Padahal, untuk menjadi seorang teman sehati sejiwa, ia perlu diuji dengan ketepatan waktu dan cara menambat hati pasangan.

Monday, June 9, 2008

70 hinggit lagi ~ 5270

Kete dah keluar..maybe isnin nilah pegi ambik kete tu. nak kena buat registration road tax kat wangsa Maju. kalau pi sendiri tak yah ada apa2 bayaran..kalau salescar tu pegi kita bayar 70 hinggit upah dia.Kalau nak pegi sendiri tak tau nak g macam mana dan juga nak gi bila masa. melayan lagilah duit ku yang semakin mengurus ini. pejam matalah bayarnya.

Sunday, June 8, 2008

DEMAM

DEMAM...............tak dpt nak UPDATE
DEMAM ni weh.....
DEMAM dah Sminggu NI
Lain kalilah Ya....

Wednesday, June 4, 2008

Hepy BirthdaY to BoBoT


Esok... birthday si bobot anak cik we kito. Sabtu ni majlis si bobot. Mcik tak dapet nak peginya. bobot insyaAllah lain tahun ya bobot. Mcik wish kat sini jelah " selamat hari lahir buat Adriana (1st birthday). Semoga berbahagia dan sentiasa dilindungiNya selalu. Sentiasa membahagiakan mama dan papa...jgn duk mengingau tengah2 malam lagi tau. silalah tiup lilin2 tu ya mama bobot...

nilah siBoBot. Mcik curik dr blog mama dia.

Tajuk nilah " MINYAK 2.70"

Hah...malam tadikan aku nak g hantar adikku ke Hentian Kajang. so kami keluar umah kul 8.10 malam..bas kul 8.30 malam..keluar2 umah je...kete dah berderet2...nak keluar dari cabang umah akupun tak dapat...aku paksa abah ain selit je tanpa tunggu kete yang berderet2 tu. so lepas satu..dalam otak aku sure kat depan jalan reko tu jam pulok. betullah jam lagi...apa lagi abah Ain belok ke jalan menuju kajang dan bagi signal buat u turn kat tengah2 jalan..sib baik lepas dan selamat...kat situ jam dah 8.20...debaran aku bkurangan sikit bila dapat lepas jam kedua ni..so 8.25 kami sampai. Bas memang dah ada...kat situ memang bas on time...fuh!!!lega2.kalau tak melayan duit aku RM68 ringgit. Adikkupun dah bagi mesej dia org dah selamat sampai...dan pas hantar diaorang minyak kete kami dah kuning so terpaksalah join member2 lain isi minyak...sejam duduk dalam kete yang kekadang tak bergerak2 langsung walhal ke stesen minyak hanyalah 500 meter je..dalam tu keje Ain duk ambik gambar2 kami...dia ambik bahagian mata jelah..lubang hidung aku lah...apaler si Ain. Marah sikit melalak2...masa duk tunggu turn isi minyak tu ada 4 kali Ain melalak sbb kena marah(macamle kena marah...ditimpa perasaan betullah..bagi adik baru tau)pas tu kita orang singgah makan satay kat bdr baru bangi. lama betul menunggunya (satay kehabsan stok-duk tunggu stok baru)..makan2 balik umah dan kul 10.30...lepak2 dan pas minum susu satu botol Ain termuntah...so laki bini duk ngelaplah sisa itu..tukarkan baju..ni terlampau kenyanglah tu..dah lah tadi makan nasi himpit punyalah banyak...sambung minum susu satu botol..itulah keje Ain kalau makan melebihi had....

Tuesday, June 3, 2008

DEMAM

Malam ni bebudak tu akan berangkat ke Kampung. Hari ini dan malam tadi aku tak berapa sedap badan. rasa sejuk2 nak mengigil..DEMAM! Hari nipun sama tapi aku dah telan 2 biji penadol sakni. Abah Ain hantarkan aku ke Komuter. Nasib baik gak akupun dah tak berapa nak larat drive sendiri. Sebelum ke komuter singgah beli breakfast kat budak 2 org tu. Apis tidur kat luar (ngan kami bertigalah) ...apalah budak tu tak nak tidur dlm bilik. Aku tanyalah dia...

kat umah kak long tidur mana? soalku

apis tidur kat bawah Inda tidur kat atas.

wah...berani ko tidur kat bawah ( ruang tamu depan TV)...inda pun sambung kat "bawah mana"

apis dengan sengih2 gelak2 kecil...sambung.... Inda tidur atas katil apis tidur kat bawah...(atas toto dan berkongsi bilik yang sama rupanya). - padahal umah mclong ada lagi bilik sebelah yang kosongnya....itulah adik bongsuku yang aku penat mlayan soalan2 bodoh dia. Jgn tkejutnya adik aku tu umur dia 14 tahun..bukan 4 tahun....

Monday, June 2, 2008

Kose Koden Entry

Kelakarkannya..aku ingatkan knapalah susah sangat aku nak upload gambar. biasanya keluar gambar tapi yang ni keluar coding. Rupa2nya makcik tekan edit HTMl. So cik we ko pegi tekan Composelah barulah kembali macam biasa....Tahniahlah untuk cikwe kerana berjaya duk mencari template yang cantik yang terkenan dek hatimu. Untuk Matul lak Janganlah memikirkan masalah itu yang hanya akan mengusutkan keadaan. biarlah masa yang menentukan....kesian saya tiap kali baca entry awak tu macam masalah itu bebayang awak....Malam ni aku nak bawa bebudak tu ke pasar malam. Dia org kebosanan duk dalam umah kecilku itu. besok dia orang dah nak balik, petang ni balik keje nanti aku singgah beli tiket dan tunggu abah Ain balik. sharp kul 5 nanti aku balik. awallah dapat ambik Ain nanti..Ain dalam minggu ni makin demuk..bulat sesangat. yang pasti dia macam ibunya besar atas...dan sekarang kalau marah sikit dia akan melalak dan seterusnya muntah. Sapa yang susah????ibu dia jugok yang susah duk ngelap muntah dan tukar baju dia. Tapi ibunya jugok yang selalu marah dan buat dia muntah. Geram btullah ngan Ain..Abah dia mcm biasalah bad mood...masam..muncung.. "ibulah ni punya pasal"...(Ain muntah atas dia- mana tak muncungnya). So diapun buatlah mogok senyap. kita buat lawak bodohpun still lagi ngan masam2....pegang diapun nak tepis2....marahlah tu...ha...sapo tak tau lagi lelakipun kuat merajuk tau....lagi kalah pompuan.....Esoknya senyum2 balik...kejapje dia mogok senyapnya.






Sunday, June 1, 2008

Ahad punya cete

Kenyang betul perut aku...aku makan sandwich banyak betul. entah napo tiba2 rasa sedap je sandwich tuna free ni. tapi aku berkongsi dengan semua org....ni aku memaksa matul habiskan.....dah nak abis dah ni..aku bosan sebenarnya ni. keje tak dok. bosspun dah ke melaka. minggu ni boss kbezian. lagilah aku tak dok keje...Jumaat nanti cuti tapi macam biasalah. cutipun kita orang tak ke manapun. Abah Ain keje. Sabtu Ahadpun keje. Macam ni lah kitaorang...kalau dia keje shift pagi kira oklah sebabnya petang2 boleh pergi jalan. kalau shift malam..kalau tak sibuk kul 11.30 dia dah sampai umah.Ain akan memaksa abahnya pakai seluar dan ambik kunci kete. jadi kitaorang dah biasalah merendak tengah2 malam. itulah masa untuk kami beriadah...ketika orang tengah lena tidur kita org satu keluarga masih yuya...yuya...

Semalam ahad...kami bertiga ke putrajaya. Ramainya orang..penuh...dan dalam ramai2 orang ni adalah aku terserempak 3 pasangan pengantin duk berposing. Zaman sekarang biasalah banyak pakej gambar2 ni..outdoorler, asalkan bahagia. Abah Ain berhajat nak beri makan ikan2 yang demuk2 (abah Ain siap cakap ikan tu sekor macam ibu demuk dan gebu) tapi roti semua dah abis. boleh dia beli roti berintikan kelapa.. ikan satu dia satu...lempar kat ikan satu..smbat kat mulut dia satu dan macam biasalah Ainpun nak beri makan..bila dah abis roti tu ain ngamuk suruh beli lagi.Kami singgah dekat putrajaya food court. aku beli Nasi Ayam BBQ (kongsi ngan Ain)- dia suka nasi ayam dan abah Ain makan chicken chop + wafer Ice Cream...balik tu beli udang galah sekor bagi kat ayah su and mak lang. Silalah kongsi adik2ku..nak beli sekor sorang mahal sangat...22-25 hinggit sekor (bukannya besarpun).Kan gaji abahnya Ain dah masuk so duit ibu otomatik senyap tupas...segala perbelanjaan ditanggung olehnya.

Friday, May 30, 2008

Dia nilah


Dia nilah aku duk sibuk2 2 3 minggu ni....semua dah settle tapi dia tak dapat lagi wokeh. 3 minggu lagi maybe baru dapat. ikutlah bila. aku tak dek lah terdesak sgt..aku cuma nak kena usha keje je loni...baru aku rasa happy..yippie...

Thursday, May 29, 2008

Esok Sain Agreement

Esok aku masuk lewat.Appointment ngan bank kul 10 pagi esok. kekadang rasa takut je andai kena tipu. tapi tak kan lah tipu kalau dah siap masuk bank.Lagipun aku beli kat syarikat proton bukannya kedai kereta terpakai. Mustahil pulak kena tipukan. bukan apa semalam aku ada baca one case di shah Alam. dia buat report polis bila dia dapat tahu yang dia kena tipu oleh salesman kete. Cetenya begini. Dia ke satu kedai menjual kereta terpakai. Masa tu dia didatangani oleh seorang jurujual lelaki..mempromotelah keta kat situ. Dia berminat membeli proton saga baru BML. dia pun bayar 100 untuk booking dan selebihnya 400 saleman tu datang opis mintak balance (duit booking dia 500)selang beberapa hari salesman tu tepon mintak bayar downpayment sebanyak 3 ribu lebih. Lepas bayar semua..mangsa tu teponlah tanya bila dia nak dapat kete..macam2lah alasan salaesman tu..cakap kereta tak ada dalam stok..tak sampai lagilah...bila dah lama duk berdolak dalih. si Mangsa sekali lagi ke syarikat jual kereta tu dan bertanyalah pada budak kerani pompuan. kerani tu cakap tak de menerima tempahan darinya dan tidak pernah menerima duit daripadanya. Bila ditunjukkan resit pembayaran maka kerani tersebut mengatakan itu kmungkinan resit yang dipalsukan....

kereta tak dapat duit pula lesap..nak kumpul beribu ringgit ni jenuh jugak..
Semoga Allah sentiasa melindungi kita. Amin

Wednesday, May 28, 2008

anak2 sedaraKu

Anak2 sedaraku hanya 4 orang entahler kot2 tahun ni bertambah sorang lagi and tahun depan bertambah sorang lagi. Yang ni sebelah akulah. sebelah sana aku tak ler feel macam anak2 sedaraku yang 4 ni mungkin kita baru masuk dalam family dia - baru 3 tahun..so dia orangpun malu2.tak mesra sangat...)



ni Kakak...aku banyak juga menghabiskan masa ku masa bujang2 dulu menjaga budak sorang ni. kalau bab bercakap memang outlah...mengambe kosi deng.Sekarang ni dah 6 tahun but still minum susu dengan botol susu. aku rasapun Ain pun macam ni jugok. boleh dikatakan perangai Ain sama je ngan Perangai kakak ni...Kakak ni very good dalam menjaga keselamatan dan kebajikan adik2 kat nursery atau kat mana2 andai kita pesan dia suruh tengok-tengokan adik. Ada one day tu (masa tu ain duduk dalam walker lagilah) aku suruh dia tengok2kan ain sebab aku nak terkuncing..rumahku kan kecik so aku dapat tengoklah kakak duk mengekor ke mana je ain pegi dengan walker.kalau bak tu boleh puji..TAPI ada gak kakak ni jenis yang cepat geram...main ngan adik tak memandai..ada je dia buat adik dia nangis sakit.Ain suka kawan ngan kakak..asyik duk sebut nama kakak je...satu lagi perangai kakak dia suka nak mg"explore" sesuatu..ade je dia nak menjahanamkan barang2 sebab semangat nak tau tu sentiasa ada.


Ini Shahirah...dia banyak menghabiskan masa dengan untie dia masa kecik dulu. dah 4 tahun tapi aku rasa macam 2 tahun je sikurus kering ni. kuat melalak...tone suara dia peh!!..menusuk2 ke dalam telinga kita. Nyaring sungguh. Cakap pun out lagi..di tambah pulok dengan pelat dia yang kekadang kita tak faham langsung. dia ni takut dgn aku tapi suka buli Ain dengan senyap-senyap.shahirah ni jenis yang keras hati dan kepala dia memang kepala batu..selalu je dia dapat "penyakit" dek kerana sifat dia yang loleh..kalau bak bekengpun bagi kat dialah...satu lagi dialah reporter umi dia.



Ini Shamimi Anak adik laki aku. Anak sedaraku yang sorang ni jarang2 je kami dapat jupo sebab dia duk nun jauh di utara. tapi Masa cuti kawen autie tempoh hari dia jenis yang tak apa kalau kita ambik dukung dia. Orangnya hitam manis..asyik duk melawa je. biar je mama dia buat apa kat rambut dia.cukup lengkaplah mama dia duk membelek shamimi..siap sisir rambut. pakaikan perfume kat baju lah..macam2 lah...mama dia rajin duk membelek2 shamimi dan shamimipun jenis baik..biar je mama dia abis 'menyolekkan' dia. Kalau Ain..kirim salamlah..nak sikat rambutpun tak pernah nak bagi..di baling sikat tu adalah...


hero..Faris ( pahlawan kuda)..handsem budoknya..sib baik tak ikut tone warna abah dia..faris ni kecik lagi dan tengokpun jarang2 tapi memang jenis agresif jugok. tak leh kita nak pegang2 ni. tak maunya..dia nak buas sendiri. Memang surelah dia ni pahlawan kuda nanti....

Memacam2

Ala bosanlah rasanya.cuma aku rasa perut aku kekenyangan sangat. Belasah sandwich tadi.Air belum gi ambik lagi kat pantry ni. aku dah kurang minum air ni dalam minggu ni sebab perut aku selalu kenyang aje. dah tak de space untuk air. Sally ko jgan marah ye...sat2 lagi aku ke pantry nak ambik air...nak tunggu call from ramon untuk ceo..pas dia call nanti aku gi lah..terbelit lidahku duduk kat sini. kene kecek org putih sokmo. iyalah dapat call masuk je kena tanya dari mana..untuk apa..mesej apa...dan kalau boss tak de gak kena explain boss ke mana. itu tak apalagi kekadang ada je call dari thailandlah dari singapore la duk tanya macam2 pasal company..maybe dia orang call receptionist dan receptionist tau pass kat aku lah tu..kekadang mungkin sebab nama company OGP dia orang boleh tanya ngan aku pasal harga minyak..apa tah..so aku explain yang pasal minyak tepon daganganlah (betul ke dok aku bagi info tu aku rasa betullah tu daganganlah pasal minyak2 ni.

*pesanan untuk cik we: udah2lah tu naik pening makcik duk tengok ko punya blog asyik bertukar2....

*pesanan untuk sally.janganlah lupa update blogtu..sbb aku tak de bende nak mbaca ni....

*pesanan untuk matul : I nak tengok gambar2 you all masa g kedah tu

Tuesday, May 27, 2008

Entry for cik we

aku testing yang ko duk tanya aku nak buat macam mana.Dah menjadi kooo...very the simple way. cikwe tengah sibuk loni..so dalam kul 12.30 nanti adalah member tu akan tepon ajak makan...hari ni boss ada the whole day kat opis....kalau ko nak try test kliklah yang nama ko tu (cikwe)

Monday, May 26, 2008

Promote table pengantin


Inilah table pengantin yang diilhamkan oleh captain banquet five star..tak prepared pun untuk hias table ni so dengan kepakaran si dia kat atas tu memanfaatkan kain2 yang ada hasilnya boleh dibanggankan.tak berenggang langsung Ain dan abah.



inilah gaya kami bertiga dihari kenduri kahwin. korang tak perasanke umahku jua berwarna biru (idea mek aku)..so Alang kahwin nanti tema apa lak? mek nak tukar cat umah ikut temanya pulok)- apa2lah mek...korang nak tau tak..Ain protes tak nak pakai baju kurung dia. nasib baiklah dress nipun warna biru gak..



ha..nilah chef lauk pengantin bersama new bodygourd dia. Abg Long entah ke mana ( diapun penyumbang lauk pengantin jugok)..tak masuk dalam gambar mungkin sebab dia pakai hijau...orang lain biru dia sorang je hijau....

Lagi gambor2 kami


ibu dan abah Ain terkocoh2 nak bergambar berdua..masa tu ain tak sedar tau..tapi boleh je dia menoleh ke belakang tengok kami berposing terus dia datang...ee...kacau betullah.


Adik lelakiku dan wife dia. Mungkin korang perasan kan. family mek long tak dok dalam entry2 aku. bukan apa..memang tak dok pung gambar2 dia..aku yang pegang camera so mestilah kami bertiga yang banyak...


Ni gaya spontan Ain yang tak nak kena flash camera...Si saerah ikut je apa yang Ain tengah buat. Shaerah 4 tahun dan Ain 2 tahun tapi korang tengoklah saiz badan mereka berdua ni


Ayah dan Mek aku. masa ni mek ngan ayah aku diusik oleh DJ suruh bergambar ala2 pengantin kat atas pelamin tu..korang perasan tak sapa yang kat belakang tu...berdiri kat tangga tengah cari selipar...


betultak kekawan. pengantin ni gelojoh betul makan. tengoklah...still berebut2...lama kemain dia orang makan tau...ingatkan makan sekadar nak bergambar
tapi makan sampai kenyang....




out tema betullah adik aku ni....


manalah mc long ni..sesuai benar kalau dia bergambar ngan alang. keh..keh..bukannya apa baju mereka dia sama wokeh..cam boria.


muka memasing poyo je belaka. Apalah kakak ni..nak tidurke(dari kiri Shamimi, kakak dan saerah)


adik perempuan bongsuku dengan si faris...Kakak pulok tengah merajuk tu...umi dan abah bebudak sibuk duk siapkan lauk pengantin...

Makan Nasi lemak

Ni pun nak buat tajuk entry ko...sajo je bubuh tajuk ni biarlah cete benda lainpun.Aku baru je makan nasi lemak yang rege seringgit. tak banyak nasinya tapi sesuailah untuk pepagi ni tak payah nak makan banyak2. malam tadi dah pekena ikan bakar. cencaru bakar biasa sekor dan pari bakar portugis. malam tadi ikan pari tu tak sedaplah sangat tak macam biasa ku makan. Dan untuk Ain sup. 3 bende tu je malam tadi. habis dalam RM29.20. Balik keje ado org tu nak makan pizza. so kita kata itu tunggu gajinya lah ya..kwang2..kwang....ataupun tukar planning..gi makan malam ni (belanja sekali adik aku tu)..ala bukannya selalu...lagipun bulan ni aku dapat untuk OT dalam RM150.

Kecian pulok kat alang yang tgh berkulat kat umah mclong. tak belanja sekali dia. cuma hari tu dah belanja satay kat alang. Satay memang tiap kali dia orang datang dapat makannya. Lain kalilah mak alang. Kita tunggu mc long belanja nanti..kan dia belum belanja lagi pengantin baru. kita tumpang berkaki-kaki...Mana agaknya menjadi tempat pilihan mek long nanti? akan ku redah walaupun ke bagan lalang ( carilah tempat lain pulok) dah dua kali makan kat sanakan......

Hari ni boss aku cuti. so bersenang lenanglah.kalau dia adapun aku banyak bersenang lenang. keje ciput sangatlah...seronokpun ado..boringpun ado....macam nilah jaga boss yang dah nak abis kontrak...akupun sama...doakan aku dapat keje wokeh dan taklah aku meninggalkan blog aincayang ni bersawang. Ada internet adalah updatenya.

Sunday, May 25, 2008

Manusia yang PEMALAS dan BONGOK

Dalam dua minggu lepas mek ada tepon cete kat umah jiran aku ada org pecah masuk. dia tinggal bertiga. Habis banyak jugoklah barang2 kemas wife dia dan perompok tu siap ugut dengan pisau kat leher anak perempuan dia... Aku bimbangkan org tuaku kat kampung je. iyalah umah tak dipasang gril..dan satu lagi org tau ayah aku ni tauke pok getah (getah scrap)..rumahpun boleh tahan jugok besarnya. Jadi gak tak mustahil rumah kat kampungku ni jadi sasaran mereka yang bodoh..dungun dan dasar pemalas tu. Hanya tawakal dan berdoa agar Allah selamatkan keluargaku dari segala malapetaka.

Nak dijadikan cerita...malam sabtu lalu. mek aku tepon..cerita yang jendela bahagian sofa di bahagian hulu kena kopek.. mungkin perompak yang dungu tu terbantut operasi mereka kerana dalam kul 3 pagi ayahku ( ayahku memang jarang tidur time2 tu. ayahku bangun minum air dan kebetulan mek aku pun bangun nak terkuncing katanya. Mek aku siaplah tegur ayahku. mungkin perompak tu sedar tuan rumah bangun so dia beralih ke rumah jiranku ( yang kena rompak dululah). perompak bodoh tu berjaya naik dan diikat jiranku. mungkin sifat tamat mereka..3 orang lagi nak kopek jendela rumah sebelah tu pulak. Dia duk cungkil jendela bilik anak lelaki rumah sebelah. anak lelakinya tersedar dan dia menguak jendela tu dan ternampaklah 3 kelibat manusia bodoh itu lalu dijerit sekuat hati..satu rumah tu terjerit. Ekoran dari jeritan itu menyebabkan perompak yang duduk di rumah jiran ku itu melarikan diri. so selamatlah jugok dia...

aku bersyukur kerana Allah selamatkan keluargaku...tapi hati masih lagi tak senang duduk dan mek aku kata ayah ku dah pergi tempah gril....Semoga Allah melindungi keluargaku. Amin

Friday, May 23, 2008

Pengantin gelojoh....

ha>>aku mulakan dengan cete pengantin gelojoh makan....tengoklah duk berebut nak makan dulu...











Thursday, May 22, 2008