Sunday, August 30, 2009

Apa kau rasa- puisi seorang abah

abah ain kan ala2 jiwang gitu. pendek kata ada aje puisi yang dikarang spontan tak kira masa untuk kami berdua. kalau tak untuk isteri kesayangan dia untuk anak kesayangan dia. walau kekadang ayat dia semakin memeningkan aku. teringat masa bercintan cintun dulu...banyak pusii untuk aku tapi kenapalah aku tak simpan elok2. aku rasa aku simpan tapi entah dah tak tahu simpan kat mana. dah lupa..



Apa kau rasa
saat tangan mulus itu menggenggam erat jemarimu
kala bibir mongel itu tersenyum
lirikan mata pula menikam terus jantungmu
dan suara gemersik bak buluh perindu itu
berbisik dicuping telingamu
"Ain sayang Abah"...apa kau rasa?

Apa kau rasa
takkala dia berlari
menuju terus ke arahmu
melambai tangan dan mendepakannya
kala hampir tiba....
lantas terus memelukmu
diiringi rengekan manja sang puteri
mengilai galak..seakan tiada apa menganggu

Apa kau rasa
waktu soalan bertalu tiba
bertanya itu dan ini
ini dan ini serta kenapa dan mengapa
ingin tahu semua tanpa kau mampu
menipu walau terasa ingin buat begitu
tapi hati tak berdaya berbohong
kerana melentur buluh biarlah dari rebung

Apa kau rasa

kala dia meragam
demam panas seluruh badan
suhu mencanak tinggi melangit
hatimu jadi kaget dan panik
saat itu..mata tak lena
hatio berdoa...Ya Allah sembuhkanlah sakitnya
dia terlalu kecil untuk semua ini

Apa kau rasa
dulu sebesar cuma sekarang sebesar laba
dulu menangis kini ketawa
dulu merangkak kini berlari
dulu mintak susu kini minta itu dan ini

apa kau rasa
dalam tidur ada dia
dalam jaga ada dia
dimatamu dia dihatimu dia
dia segala-galanya
dia makna hidupmu

aku rasa bahagia
dia cermin saatku kecil
saat aku kepayahan menikmati alam remaja
saat aku meniti bebanan waktu dewasa
saat aku bergelar seorang ayah.


* dia cermin saatku kecil
ibu tahu sebab abah pernah kata abah tak nak anak abah memendam keinginan memiliki sesuatu sepertimana abah melalui kepayahan hidup. memendam rasa dan keinginan. hasilnya Ain abah manjakan dengan segala apa yang diinginnya baik kasih sayang ataupun kebendaan. sebab itu ibu perlu bertegas dengan ain. ini sikap ibu dan itu sikap abah. moga Allah memberi kebahagian buat kita sekeluarga. Amin

2 hari punya cete

sabtu kami bertiga menghabiskan cuti melepak macam biasa di puchong. ain nak pegi main dengan bebudak 3 orang tu. aku dan abah ain plan keluar mencari stok susu ain kat puchong perdana. akak aku cete susu kat situ murah2. alang2 dah sampai kat sana aku try pegi jenguk kedai itu. pasaraya biasa tapi barang2 banyak jugak. sampai2 saja terus meluru cari bahagian susu. dutch lady coklat RM 17.99. wah murah betul kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. kalau ada promotion sekalipun biasa 18++. aku terus beli 5 supit. he..he..seronok dapat rembat banyak2 sekaligus. cukuplah untuk sebulan. ainpun senyum tengok susu dia banyak sangat. pastu aku ke kedai jual baju pulak.saja nak tengok2 kalau ada yang sesuai dengan ain. bolehlah buat raya. pusing2 tengok adalah satu pasang. ok dan sesuai dengan ain. lagipun ada gambar mickey mouse..sure dia nak pakai. pusing2 lagi rembat lah 2 helai untuk Eyah dan Faris. Utk kakak dan raziq tak ada yang berkenan. tapi macam biasalah bebudak sure merajuk andai takbeli so aku dan abah ain menonon ke tesco. pusing2 dapatlah baju raziq dan kakak. pas tu terus balik....

bukan main seronok bebudak 4 orang tu nak try baju baru. Eyah senyap membisu kerana baju yang dibeli singkat dengan dia. cian eyah...mood merundum..tapi nasib baiklah kedai tu boleh tukar. akak aku pegi hari ini dah tukar dan dapatlah eyah baju baru gak.

masak2 kat sana kali ni aku buat sira labu + ayam pedas + sayur bendi goreng, akak aku buat sagupal + tomyam. dekat nak berbukak abg ipar aku balik dan gorengkan cendawan+telur dadar. bila di hidang2 penuh satu meja gak..

hari Ahad.........

lepak2 depan tv duk teman ain layan cete barbie manakala abah ain dah panas bontot sebab nak jalan2 bosan duk rumah. so siap2 kami naik kete tanpa tujuan..tanpa tujuan pun abah ain menghala ke dengkil dan aku suggest jelah kita ke Morib. lagipun abah ain tak pernah ke sana. aku pulak pernah pegi masa diploma dulu dengan geng2 UPM. dengan berpandukan sign board kami ke Morib dan alhamdulillah sampai jugak. tempatnya biasa eje..tak de lah lawapun. yang paling lawak dan biasa dibuat ain..duk dalam setengah jam mulalah kebosanan nak balik tengok kartun. lagipun aku nak make sure kul 4 masak. oklah tu 1/2 jampun tak apalah asal dpat jalan2lah. baru abah ain senyum...

sampai umah aku terus keluarkan lauk dan rebuskan tulang2 untuk di buang singgang tulang sambil duk tunggu singgang masak aku online dulu. ain dan abahnya sudah ketiduran..

dekat2 nak bukak nanti aku goreng telur dadar permintaan dari abahnya jugak. so lauk berbukak hari ni amatlah simple tulang singgang dan telur dadar , sira ubi dan timun cina.

Thursday, August 27, 2009

Doa ibu dan Ain untk kejayaan abah

sudah 2 minggu abah ain buat preparation carik segala mak nenek berkaitan dengan arked negara, berkaitan dengan isu2 semasa hanya kerana 1 impian hanya kerana impian itulah abah ain tidak jemu menadah tangan memohon keberkatan dariMu Ya Allah agar dimurahkan rezekinya dan dipermudahkan dalam urusan interview ini, tiap kali telefon ma kat kampung tak lekang meminta ibunya mendoakan kejayaannya nanti. Hanya mereka mereka yang seumpama kamilah yang memahami apa yang aku ingin katakan.

hari ini 28/8/09 abah ain buat pertama kali melangkah ke dewan temuduga untuk position pegawai arked negara . bukan senang nak dapat panggilan temuduga time2 gawat ni lebih2 lagi abah ain mana pernah dipanggil menduduki exam. sepatutnya kena duduki exam dulu barulah dipanggil temuduga. apa2pun itu satu rezeki yang buat kami semua.

* ibu ain ni baru dipanggil temuduga..dah kecoh macam dah dapat...
memang la tapi sukar utk aku cetekan bagaimana perasaan kami...sekurang2nya ini satu peluang....peluang yang sukar untuk datang

bukan main hensem abah ain pagi ini..duk depan cermin berjam2...kalah pompuan kalau abah ain bersiap sebab dia macam tak jemu duk telek penampilan dia kat cermin. aku lah yang selalu duk sergah dia sebab duk tergedik-gedik bahu depan cerrmin dah alih2

sibuklah ibu ni..tak boleh tengok orang senang sikit

errrrrrr......yang duk berjuta kali tergedik2 gedik bahu depan cermin tu napo. pening duk tengok..

suka hatilah....

dah hasillanya disebabkan tak dak keje...mulalah sesi bertikam lidah dan akhirnya si montot ain menjerit

jaangannnnnnn bisinglahhhhhhhh.........janganlah bergaduhhhhhhhhhh................

dua-dua terus senyop.


itu selingan je..yang biasa2 terjadi kat laki bini yang selalu panas antara satu sama lain..ataupun sebab tak ada pasal cari pasal..

msg abah dalam kul 9.45 tanya dah siapke..itupun takut2 sebab takut abah ain duk dalam bilik interview...selang 5 minit abahnya cakap dah siap..calon pertama. macam2 disoalnya banyak benar ditanyanya....siap cakap saya rasa awak dah study pasal misi visi arked kan so saya tak nak tanya bende2 itulah saya tanya bende lain...

memanglah calon pertama diorang suka tanya banyak2...apapun aku suka tanya feedback or air muka penemuduga macam mana

abah ain macam biasalah akan jawab..mereka ok dan senyum2

moga ada rezeki abah. Amin

* aku berjaya masak asam pedas ikan kerisi. lain kali boleh buat cuma tambah satu keping asam lagi next time. terima kasih kepada perencah adabi..aku guna yang tu je..taklah buat rencah sendiri cuma tambah2 bahan2 spt daun kesum+kantan+ garam+asam keping je...sedap..cubalah

Wednesday, August 26, 2009

Bersama ain di rumah

Dah lama benar blog aincayang ni tak meriah dengan gambar2. gambar banyak cuma tak transfer ke laptop lagi. malas nak mengecas bateri dia. duklah kamera tu berhabuk dalam lemari golok. nipun aku terpandang gambar2 lama ain yang belum aku letak lagi....dah lama jugak aku tak cuci gambar2 ain. anak pertama biasalah gambar berlambak2 siap ada kronologi lagi tu...gambar masa baby, 5 bulan, 1 tahun , 2 tahun alih2 loni dah tak cuci..dah lah ain makin berubah dari segi ketembamnannya....


* abah bila mahu aktifkan balik album ain.............



gaya apa tah ni..hanya aku dan abahnya je yg tahu gaya ain sekarang..hiss..mana boleh bagi tau..

ain duk umah memang tak boleh dipisahkan dengan toto. duduk mesti nak selesa. sampai ke umah orangpun dia main mintak je nak toto or bantal

minah jepun cuba nak berposing


suka main seterika last sekali dapat parut kat lengang...so baru serik nak main


beli joran ikan yang ke berapa kali tah.asyik membaazir anak pok nik man ni

sempat jugak masak

aku masak dah jam 6 petang ekoran segala lauk pauk yang dah melicin itupun nasib baik abahnya balik jam 6 sempatlah masak sikit. adalah dibawa balik ayam, ikan selar, ikan kerisi dan nyor beserta timun. tengok pada bende yang dibawak balik aku putuskan masak gulai ikan + timun. ayamlak aku potong kecil2 digaul dengan sedikit kicap+sos cili+kunyit.goreng jangan garing nanti tak sedap..pastu goreng lada besar dan bwang hingga layu. gaul dengan ayam tadi. rasanya sangatlah sedap dan tidak muak. abah dia sorang je yang berbukak aku dan ain dah kenyang. rutin masa bujang2 dulu kembali dalam hidup abahnya. berbukak hanya dengan kuih-muih. past terawih baru kelaparan cari nasik.

vangga jugak sebab dalam 30 minit je aku dah siap masak 2 lauk tu siap masak nasik sekali. aku masak nasik atas dapur gas aje. uwaaaaaaaaaa...............tak beli lagi rice cooker...dapur gas dah beli itupun yang paling murah....janji ado udahlah. rice cooker aku duk tengok semua mahal2 lah mahu seratus ke atas. yang paling murah dalam 75. lagipun abah ain guna duit lebih untuk ma dia kat kampung, bulan2 puasa dia bagi lebih sikit. korbankan keperluan sendiri untuk ma kat kampung tu. bajet untuk rayapun tak ada lagi....untung kalau dapat bonus. kalau tak pandailah agihkan duit gaji bulan depan. macam tak biasa. duit akupun ada nanti. elaunku just guna untuk bayar kete. dah dekat 600 untuk kete adalah lebih dalam 700 nanti. gunalah yang tu untuk raya. duk survey baju raya ainpun tak berjaya lagi. adake ain request nak baju raya upin ipin????baju kurung pun nak baju kurung upin ipin? adake?mana aku nak cari baju kurung lagu tu. emmmmmm....tu tak masuk dialog dora dan diego lagi.

gila kartun betullah ain. tapi bagus cete dora dan diego tu. dulu dia suka tengok cete blue clues sehinggakan perkataan terima kasih selalu dibibir ain. cepat betul budak terpengaruh dengan kartun ni. yang elok2 aku suka lah buatnya tiba2 dia cakap bende buruk contoh..bodoh, babi dan lain2. aku terkejut jugak dengan budak yang baru umur 4 tahun cakap bende macam tu. memang nampak budak tu petah bercakap. tapi bab menyumpahpun petah jugak...

masa tu aku duk jemur pakaian kat ampaian (rumah flat) adalah anak jiran depan umah duk paggil kawan dia . lebih kurang ginilah bunyinya

weh...weh..ais skrim adala. weh..bodoh aku panggil ko lah. weh babi ko...:

ni kata2 budak pompuan berumur 4 tahun. aku tahu budak ni umur 4 tahun sebab ain umur 3 tahun dan dia just setahun lebih tua dari ain. memanglah gaya bercakap kalah ain yang masih tak petahr cakap. vocabpun tak banyak lagi...tapi kalau dah vocab sampai sumpah bende macam ni tak sukalah aku nak galakkan anak-anak aku walhal anak sedaraku yang umur 6 tahunpun tak guna perkataan gitu...mungkin persekitaran sekeliling budak tu kot. bila dah biasa telinga dia duk dengar bende macam tu dan ditambah tak ada yang nak marah jadi dia ingat bende tu tak salah....

* esok aku nak try masak asam pedas ikan kerisi. blum pernah aku masak stail ni. nanti nak google resepi......

Tuesday, August 25, 2009

apasal aku tak buat2 keje sekolah ni

kununnya sebelum cuti haritu aku nak siapkan semua hal2 berkaitan ngan folio terutama RPI. aku tak tahu nak olah macam manalah dengan RPI ni. tak tahu kenapa aku tak kreatif nak tulis RPI. praktikum dah nak habis. lagi 3 minggu. penyeliaanpun berbaki satu je iaitu penyeliaan bersama guru pembimbing dengan pensyarah. so far markah oklah dalam 4 dan 5. cuma tak delah nak cemerlang. akupun tak nak cemerlang sebab kena observe sekali lagi oleh pensyarah lain. kena prapared ngajo lagilah. aku ni dah tua dah malas nak buat keje banyak2 kali. kalau dah cukup 8 kali selia tu kira cukuplah.nah habiskan cepat-cepat musim praktikum.pas tu PK exam , kursus induksi 2 minggu dan last BTN. pastu apalagi tunggu surat postinggggggggggg.yariba....ke manalah aku akan bertugas ni? buatnya jauh dengan abah dan ain terpaksalah jadi isteri dan ibu weekend and school holiday aje. nak setel pasal pindah2 ni mahu ambil masa.
*malasnya nak buat keje sekolah......

adakah aku bersedia untuk pregnant??..andai Allah memberi aku rezeki aku menerimanya dengan hati yang terbuka. memang dudap..dudap fobio dengan ubat bius. andai aku masih lagi bersalin operate bermakna 5 tahun berturut2 aku kena bedah...traumanya..............traumanya..........

andai aku dapat bersalin normal.nikmatnya kerana aku berpeluang juga merasainya. kekadang rasa habis praktikum ni aku bersedia nak pregnant....kekadang pk lepas BTN...macam2. kita yang merancang tapi Allah yang menentukan.

pagi ni bersarapan nasi goreng. bila anak makan kitapun rasa lege. taklah rasa ain berlapar. minggu depan dah ngajar balik...aku perlulah bekalkan sarapan untuk ain. bimbang kalau babysitter tak prepared makan untuk budak2 nanti. biasanya pagi2 memang abahnya akan singgah kat gerai beli sarapan untuk ain. bila kita bekalkan sarapan sekurangnya anak kita ada makanan. jangan baby sitter tak bagi udahlah. cuma time2 pagi ain ni makannya kurang andai kita tak suapkan

tak masakpun hari ini

lauk pauk dalam peti semua dah kehabisan kecuali telur je. petang ni dah rancang dengan abah ain untuk ke carefour beli barang sikit. bila dah ke sana petang2 mana nak sempat nak masak. singgah kat PARAM putrajaya itupun abahnya sorang pegi beli, aku dan ain lebih bahagia duk diam2 dalam kete. tak ada apa yang aku nak order sebab dah kenyang..ha..ha..ha. lagipun aku duk melatak ais krim ain yang tinggi menggunung. terpaksalah makan jugak sebab dah nak meleleh dalam kete. ** nyaris kete aku tercuim bontot kete kat depan tadi...sakit kaki aku duk membrek.....memang dalam hati aku duk tunggu dengar berdentum je. Syukur sangat tak ada apa2. abah ainlah suka follow kete dekat2 and asyik nak tekan minyak. kalau naik kete asyik berbalah dengan abahnya sebab2 benda macam ni lah...tak gemar betullah. kenapalah lelaki ni tak nak beringat sebelum kena. kalau ditakdirkan tercium tadi..melayang duit jawabnya..kete sendiripun sure kemek ke pecah ke....ingat murahke. satu lagi anak kat belakang tadi tersungkur ke apa???? benci sesangat....benda2 macam nilah aku sentiasa berdoa mintak dijauhkan. Moga Allah melindungi kami sekeluarga.

aku duk tunggu dalam kete tak lamapun. kul 6.30 baru sampai umah. AIn terus pasang CD yang di beli di carefour. dua CD RM 30. tak pernah2 kami beli CD rege tu biasanya RM5 je. kes memujuk ain yang menangis tak nak ikut pegi carefour kerana nak tengok kartun kat rumah. meraung2 sampai termuntah2. last abah dia pukul kat mulut dan tanpa sedar bibir ain berdarah mungkin terketik gigi. aku nak marah betul dengan abahnya. berapa kali nak cakap kalau nak pukul anak pukul dekat bontot sahaja jangan nak pukul tempat2 lain. orang-orang tua yang pesan. tengoklah ada benarnya kenapa orang tua pesan bende macam tu. mungkin tanpa sedar kita terpukul tempat2 yang boleh memudaratkanke.

abahnya mungkin tak sengaja. diam je bila aku cakap mulut ain berdarah. aku pulak jenis mudah menangis kalau aku tengok ain dimarah oleh abah dia. rasa kecik hati pulak kalau ain dimarah2 oleh abahnya. peliknya kalau aku yang marah tak apa pulak....sampai kat carefour abah dia belai ain bukan main lagi. cakap lemah lembut, asyik usap rambut ain, pantang apa yang ain nak dia belikan. rasa bersalahlah tu.

abahnya makan berbukak tadi..nasi kerabu yang tak sedap. makan kuis2 tanpa selera. tapi habis jugak..abah ain mana pernah tak habis makan walau tak sedap macam manapun dia tetap habiskan.

Monday, August 24, 2009

hari ni banyak lauknya

puasa hari ke-3 tiba2 banyak pulak juadah berbukak. calling abah kat tempat keje mintak belikan sayur nak buat sayur lemak dan teringin pulak nak makan tempe goreng berlada jadi suruh belikan nanti tempe. tunggulah aku dengan setia kat umah. jam 5.30 baru abahnya balik..napolah penjara tak kasi balik awal macam jabatan lain. aku rasa kalau jabatan lain 4.30 dah boleh balik macam aku keje dulu..kul 4.30 dah balik. tapi tak apalah aku dah siap2kan tumbuk segala bagai cuma tunggu letak atas dapur je.
sekali aku belek2 plastik carik nyiur...mana diletakkannya..ler...abahnya lupa nak beli..jadigak terpaksalah patah balik turun tangga ke kedai depan umah. itulah kalau abah ain yang belikan sebab dia ni tak reti sangat bab masak-masak. akupun sebenarnya tadi tak ingatkan beli nyiur.exercise abah ain di bula-bulan posa ni.

masak-masak dalam 1 jam semua siap......bila dihidang2 banyak pulak rasanya

1. sayur lemak ala kelatan ya....ni kita letak ikan rebus ditumbuk sekali dengan sedikit lada hitam dan bawang.
2. udang masak pedas
3. tempe + ikan bilis + kentang- sedikit masim ler...maybe ikan bilisnya masin dah kot -tak apa buln pose
4. Ayam goreng
5. kuih muih yang dibeli
6. pengat pisang semalam-masih lagi sedap tau

***aku beria masak kuah untuk Ain tapi apa yang dia mintak ialah
"mana kicap...mana kicap putih je nasi ni'...dengan suara nak nanges sebab tak dek kicap dalam nasik dia

dengan mendengus aku pegilah ambik botol kicap bagi kat dia baru diam tapi aku letakkan jugak sesudu kuah lemak. ain siap marah tu.

'apa ni..tak nak lah..."

so kita pun cakap..opppss..sorry ibu tak sengaja...tak apa sikit je..makan ya..nah ibu gaulkan dengan kicap dah tak nampak dah kuah tu..itu taktik cakap tak sengaja.

entry aku tak begambor..malas benar nak sambung cable...

Sunday, August 23, 2009

salam senin

bila anak dah makan dah mandi lega rasanya. lebih2 time posa ni kena masak untuk anak jugak takkanlah nak biar anak berlapar mentang2 kemalasan nak masuk dapur. tapi masak yang biasa aje. Sahur jam 5 tadipun ain turut sahur gak. udahlah aku tak prepared lauk untuk ain yang adapun ayam pedas + sayur air. sayur air tak naknya di mintaknya jugak kicap. jadi senang cete gorengkan telur kicap untuk ain. makan sahurlah kami bertiga. seronok gak sambil duk koya bila ain dah besar dan pandai nak posa merasalah aku dan abahnya kejutkan anak-anak sahur. seronokkan time tu.
pengat pisang yang semalampun masih berbaki duk elok je dalam peti, sure petang nanti abah ain makan balik pengat tu. tapi dia request nak makan onde-onde???hantu kuih betullah abahnya. onde2 boleh buat cuma aku tak begitu gemar bila beli kelapa parut. mananya nak carik kelapa muda setampang ni yang adapun tua. memang tak sedap kuih kat KL ni berbeza benar kuih kat kampung. wah seronok betul cuti time2 posa ni sebab boleh sambung tidu lepas subuh...jeles je abah ain tengok aku sambung tidu dan dia bersiap2 nak pegi keje. tengah duk bersiap2 1 mesej dari staff dia mengatakan tak dapat masuk keje kerana kete rosak kat kuantan..selang beberapa minit lak panggilan masuk dari staff lain pulak..bagi tau tak dapat masuk keje gak.....mungkin semua macam ni kot time2 awal posa time2 monday blues gila malas nak masuk keje. aku pun sama dulu2 ehh..dulu ke..sama je loni senin bukan main malas lagi..boleh aku lengah2 time bersiap alih2 kat luar dah terang bederang baru tak sempat nak panaskan enjin kete....berdesut ke sekolah....

* ain duk manggil kat luar suh teman dia tengok TV.udahlah kalau on laptop dia yang guna dulu pastu bagi kita kejap sibuk dengki suh tutup teman dia....yang palimg ain buat lawak ialah jeles kalau aku duk menepek dengan abah dia. boleh dia cakap..abah meh sinilah...ibu ada kat bakang tu...meh tidu sinilah(suh tidu tepi dia) boleh dia paksa abahnya menepe kat belakang dia sebab dia tengok aku duk menepel kat abah dia...GGGGGGGGGGG.....................dapat adik nanti tak tahulah macamlah adik dia kena buli nanti..

Saturday, August 22, 2009

Plan masak macam2 last2 lepak di Puchong

hujung minggu kami memang di Puchonglah. kalau tak bertandang hari sabtu sure hari Ahad. Ainlah asyik duk merengek2 nak pegi umah kakak. bukan apa dia bosan duk sesorang kat umah ni. kalau kat sana dia boleh main-main lepas tu balah dan yang pasti Ain ni yang menang kalau berebut sesuatu. dahlah buat macam rete sendiri. perangai sapolah yang diikutnya. so kami kesanalah dan tentulah kalau ke sana terus telajak sampai ke petang dan kalau dah ke petang terus berbukak kat sanalah. banyak betul lauk2nya yang aku buat hanya goreng kacang + sambal bilis poyok + kuah percik ayam+pengat pisang. kakak aku pulak buat gulai ikan keli (nampak sedap bangat tapi sayang aku tak makan ikan keli) + kerang masak pedas manakala ayam dibakar oleh abang iparku. wehhhh...await aku yang lebih masak ni....baru aku sedar.....macamlah bende yang aku buat tu susah sangat. adik aku yang Shah Alampun bukak sama. meriah sikit.......

dalam banyak makanan yang aku masak semestinya yang paling dinantikan abah ain ialah pengat pisang. memang sedapler pengat aku tu tapi aku rasa semua hasil tangan aku tak pernahlah tak sedap. kan abah..kan...hari ni pun aku nak buat pengat pisang lagilah. abah ain nak makan lagi. tapi yang paling kelakar sakni...time tu aku sengaja nak kenakan abah ain. dia tengah duk gosok baju keje dia. so aku tanyalah

abah sayang kat ibu tak..* dalam kepala aku kalau dia kata tak sayang aku tak nak buatkan pengat pisang....

so dengan spontan terus abah ain jawab

""tak "" **memang itulah yang aku jangkakan

aku gelak guling2 siap cakap sebab abah cakap tak sayng maka ibu tak nak buat pengat pisang....ha,,ha

abah ain terus gelak sambung cakap...mana...mana ayat abah tak habis lagilah

tak bencipun..sayang sangat

saje nak kenakan abah ain yang duk berpeluh ion baju keje untuk seminggu. dia tukan cerewet bak pakaian dia. jadi dia lebih suka gosok sendiri. kalau boleh tak nak satu kedutpun yang ada

Friday, August 21, 2009

Cete rojak

perangai aku masa bulan puasa dulu2 sama je sampai loni cuma yang bezanya loni sahur disediakan oleh aku tetapi masa kat kampung aku dan adik beradik yang lain hanya bangun terus makan. sampai saat sekarangpun hanya pandai bangun makan. Mek aku tak kejutkan bangun kecuali time nak makan. teringat betul saat berpuasa bersama-sama. rindu kat arwah ayah. Ayahlah yang paling lawak time nak bukak puasa...bagai direntap kebahgian kami sekeluarga dengan kehilangan ayah. totally satu perubahan yang sungguh menyeksakan. Al-Fatihah buat ayah tercinta. Moga Allah sentiasa memberi kebahagian buat kami sekeluarga, moga kami adik berdik tetap bersatu, tetap bersama, tetap menghormati ibu dan tetap menjaga ibu kat kampung walau ada golongan yang begitu ingin melihat keluarga kami berpecah belah, terlalu ingin melihat kami adik beradik membiarkan ibu keseorangan di kampung. tahukah kamu yang kami adik beradik telah berjanji untuk bersama menjaga ibu dan adik kat kampung, tahukah bagaimana perasaan kami yang kehilangan secara tiba-tiba kasih seorang ayah. tidak sempat kami menjaga ayah. peluang untuk menjaga ibu kami tidak ingin persiakan.

dah kelain dah aku ni...sensitif makcik benda2 macam ni....

pagi tadi sahur dengan abah. memang simple sangat. dan aku ni tak sukalah masak2 awal sebelum tidur rasa tak sedap. nasik dan lauk biasanya aku masak pukul 4 pagi dan dalam jam 5 pagi aku akan kejutkan abah buatkan air untuk dia kemudian ngap. kekadang kejutkan abah,ain yang bangun so kami bertiga akan sahur bersama-sama. kalau time sahur aku paling suka makan sambal kering ikan bilis ataupun serunding (mahal ler bende ni). baru satu hari posa dah duk fikir apa yang aku nak masak untuk berbukak. dalam peti cuma ada ayam dan udang...
rumah akat atas aku ni napolah time tengah hari ni duk bunyi lesung kung kang kung kang...macam bukan bulan pose je..maybe masak untuk anak kot????Ain nanti aku bagi telur rebus dan nasik letak kicap. makanan yang yang paling ain suka iaitu kicap..makan apa2pun asyik mintak kicap hinggakan kat umah baby sitter dia aku tak bagitau sangat ain suka makan kicap takut dia duk bagi ain makan tu je hari2 ...adalah terserempak ain duk makan nasi telur kicap tapi yang tu lah dia makan penuh berselera....kalau tak tak nak makan apa-apa kecuali susu.

****gaji abah blum masuk lagi ni.....

Selamat Berpuasa


selamat berpuasa.
Moga kita akan mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.
selamat bercuti untk cikgu2 semua
seminggu tu cuti......bestnya

Sunday, August 16, 2009

Moga Abah tak ulangi kesilapan itu

ibu harapkan abah tidak akan mengulangi kesilapan yang abah lakukan minggu lepas. ibu tak akan ceritakan kesilapan itu di sini cukuplah dengan permintaan ibu agar abah tidak mengulanginya kerana kesilapan yang kunun-kununnya sebagai mengisi masa senggang dan masa lepak dan masa berjauhan dengan anak isteri boleh menganggu keharmonian kita sekeluarga. bukan kerana ibu ini sensisitif tak tentu pasal tapi bagi ibu memang wajar ibu melatah agar abah sedar akan kesilapan itu boleh mengundang musibah yang sungguh besar dan ibu sentiasa berdoa agar Allah menjauhi keluarga kita dari semua itu.

walaupun ibu menerima kesilapan itu dan memaafkan abah tapi hati ibu tetap terluka dan sukar untuk ibu lupakan kesilapan abah buat kali ini. ibu harap abah mengerti dan bersikap jujur dan jangan menganggap ia sesuatu yang
" TIDAK ADA APA-APALAH IBU. NI BUKAN KEJE ABAH SEORANG TAPI KAWAN-KAWAN ABAH. KAMI SENGAJA NAK MENYAKAT"
benda-benda macam ni bagi ibu tidak sewajaarnya abah lakukan. kerana dari main-main itulah ramai yang terjerat dan sukar untuk berpatah balik.dan satu lagi abah kena ingatkan Allah memberikan abah rezeki yang baik untuk menguji abah. usahlah abah cepat melatah dan melupai saat sukar kita bersama 10 tahun yang lalu.

sama-samalah kita tidak melupai saat susah senang kita bersama, bertatih dalam membina hidup kita sendiri, merencana hidup kita dan yang pasti hidup kita bukanlah terus mengecapi kesenangan tetapi kita bertatih perlahan-lahan dan sentiasa mendoakan agar hidup kita sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki yang elok
.


Saturday, August 15, 2009

Penat badan dan kepala

kerana nak bayar balik mc tiga hari dulu aku sanggup korbankan cuti sabtuku ni.. kalau tak rebut peluang hari ni tak tahulah bila nak bayar balik. hari ni saja aku dah berjaya bayar selama 10 jam lebih. sabtu lepas dalam 6 jam. baki dalam 1 jam lebih lagi. puasapun dah dekat. kalau diikutkan memang tak dak peluang macam ni lagi. praktikumpun tinggal dalam 3 minggu lagi. hari ni aku menajdi guru pengiring untuk bebudak aliran perdana menyertai klinik mini bike. banyak jugak gambar aku ambil tapi bateri dah habis tak dapat nak upload kat sini. esok amezan ambik turn aku dah penat lagipun ada 3 rph belum disiapkan. senin ni guru pembimbing akan observe untuk KH. aku ingat nak ngajar menjahit. lagi berbaki 2 observe.......1 BM dan 1 KH...seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaa.................................

Thursday, August 6, 2009

Rezeki Abah

balik dari sekolah tadi terus balik umah. Ain dah diambil oleh abahnya. jadi aku tak perlulah nak menyinggah kat mana2..terus je balik. adalah jem sikit kat putrajaya time balik sekolah tadi maklumlah semua berpusu2 balik time yang sama. Sampai2 je kat blok umah menonon je cek peti surat.

wah tak disangka2 ada surat panggilan temuduga dari SPA. untuk abah Ain lak tu..
aku teruslah bukak sehingga terputus dua surat tu aku buka..Opps tak sengaja lah...dalakm hati sure temuduga untuk position penolong pegawai. yelah abah ain mana pernah dipanggil untuk ujian bertulis so amatlah mustahil ada panggilan untuk position pegawai gred N41. lonipun abahnya ain duk keje kat penjara tu just penolong pegawai tapi kami dah bersyukur sangat dengan rezeki ini. SUSAH TAU nak dapat keje time-time macam ni...

bukak..bukak je....................

panggilan temuduga untuk Pegawai Arked N41....satu lagi rezeki yang Allah berikan kepada kami sekeluarga. ini peluang untuk abah ain dapatkan sesuatu yang setimpal dengan kelulusan dan sesuatu yang baik untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan mak ayahnya kat kampung.......

rezeki abah walaupun tak pernah dipanggil menduduki exam bertulis tapi tut2 dapat panggilan temuduga. lakukan yang terbaik abah.....InsyaAllah andai rezeki abah ia milik abah.....

Itu Kami

Ku abadiakan satu nama
pada satu kecintaan
pada gugus kesetiaan
pada serumpun pengertian
pada tali ikatan
sah disisi tuhan

ku coretkan rasa terpendam
atas dasar kasih sayang
pada satu pengertian
kau ku sayang

walau badai walau gelora
datang melanda
dari arah barat atau selatan
namun kita teguh kesetiaan
kau milikku dan aku milikmu

walau berbeda, walau lain bicara
tapi cinta tetap cinta
rasa kasih kekal selamanya
walau sengketa bukan lama
walau masam muka
namun akhirnya bersama
kerana kau aku adalah satu

*** itulah kami berdua.....
nukilan abah ain

Sunday, August 2, 2009

cuti 2 hari ni

cuti dua hari ni aktiviti kami adalah pegi makan durian, makan rmbutan. duku, salak dan manggis. ada org tu dapat kete baru terus berdesut balik kampung. so kami yang tak balik kampung ni tunggulah buah tangan dari kampung. makan2 gitu2 je sebabnya aku ni kalau makan durian surelah besoknya sakit2 tekak dan badan2 pun macam nak demam. kena makan banyak2 jangan makan sikit. itulah petua yang aku tak tahu sahih ke atau auta. hari ahad kami meredah shah alam, adik aku pulak balik kampungnya..adalah diaorang bawa mai rmbutan dan durian. siap bawak balik petai lagi tu. memang tak sama petai kampung dengan petai kat sini yang dah layu mayu tu. aku tengok jelah diaorang duk makan dengan sambal poyok dan budu. masyuk sedap je aku tengok. tahan2 je perasaan jelesku itu. nak hilangkan rasa terluir aku kat petai2 dan budu + poyok tu aku ambillah poyok dengan sambal je.....makan tak hingat dunia gak. Nasib akulah selalu operate kenalah selalu pantang2 mkan. seafoodpun aku tak ngap lagi....sedapnya pari bakar portugis. banyaknya makanan kegemaranku tak boleh dimakan lagi. pendek kata bila dah sembuh sepenuhnya lagi..mau aku pulun makan bende2 itu.tunggu je........aku nak makan sedap2 nanti....

***malasnya aku nak ke sekolah esok...dah masuk minggu ke 7 ada 5 minggu lagi suka sangat tapi keje gila banyak aku tak buat apapun lagi...