sabtu kami bertiga menghabiskan cuti melepak macam biasa di puchong. ain nak pegi main dengan bebudak 3 orang tu. aku dan abah ain plan keluar mencari stok susu ain kat puchong perdana. akak aku cete susu kat situ murah2. alang2 dah sampai kat sana aku try pegi jenguk kedai itu. pasaraya biasa tapi barang2 banyak jugak. sampai2 saja terus meluru cari bahagian susu. dutch lady coklat RM 17.99. wah murah betul kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. kalau ada promotion sekalipun biasa 18++. aku terus beli 5 supit. he..he..seronok dapat rembat banyak2 sekaligus. cukuplah untuk sebulan. ainpun senyum tengok susu dia banyak sangat. pastu aku ke kedai jual baju pulak.saja nak tengok2 kalau ada yang sesuai dengan ain. bolehlah buat raya. pusing2 tengok adalah satu pasang. ok dan sesuai dengan ain. lagipun ada gambar mickey mouse..sure dia nak pakai. pusing2 lagi rembat lah 2 helai untuk Eyah dan Faris. Utk kakak dan raziq tak ada yang berkenan. tapi macam biasalah bebudak sure merajuk andai takbeli so aku dan abah ain menonon ke tesco. pusing2 dapatlah baju raziq dan kakak. pas tu terus balik....
bukan main seronok bebudak 4 orang tu nak try baju baru. Eyah senyap membisu kerana baju yang dibeli singkat dengan dia. cian eyah...mood merundum..tapi nasib baiklah kedai tu boleh tukar. akak aku pegi hari ini dah tukar dan dapatlah eyah baju baru gak.
masak2 kat sana kali ni aku buat sira labu + ayam pedas + sayur bendi goreng, akak aku buat sagupal + tomyam. dekat nak berbukak abg ipar aku balik dan gorengkan cendawan+telur dadar. bila di hidang2 penuh satu meja gak..
hari Ahad.........
lepak2 depan tv duk teman ain layan cete barbie manakala abah ain dah panas bontot sebab nak jalan2 bosan duk rumah. so siap2 kami naik kete tanpa tujuan..tanpa tujuan pun abah ain menghala ke dengkil dan aku suggest jelah kita ke Morib. lagipun abah ain tak pernah ke sana. aku pulak pernah pegi masa diploma dulu dengan geng2 UPM. dengan berpandukan sign board kami ke Morib dan alhamdulillah sampai jugak. tempatnya biasa eje..tak de lah lawapun. yang paling lawak dan biasa dibuat ain..duk dalam setengah jam mulalah kebosanan nak balik tengok kartun. lagipun aku nak make sure kul 4 masak. oklah tu 1/2 jampun tak apalah asal dpat jalan2lah. baru abah ain senyum...
sampai umah aku terus keluarkan lauk dan rebuskan tulang2 untuk di buang singgang tulang sambil duk tunggu singgang masak aku online dulu. ain dan abahnya sudah ketiduran..
dekat2 nak bukak nanti aku goreng telur dadar permintaan dari abahnya jugak. so lauk berbukak hari ni amatlah simple tulang singgang dan telur dadar , sira ubi dan timun cina.
Sunday, August 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment