Friday, August 21, 2009

Cete rojak

perangai aku masa bulan puasa dulu2 sama je sampai loni cuma yang bezanya loni sahur disediakan oleh aku tetapi masa kat kampung aku dan adik beradik yang lain hanya bangun terus makan. sampai saat sekarangpun hanya pandai bangun makan. Mek aku tak kejutkan bangun kecuali time nak makan. teringat betul saat berpuasa bersama-sama. rindu kat arwah ayah. Ayahlah yang paling lawak time nak bukak puasa...bagai direntap kebahgian kami sekeluarga dengan kehilangan ayah. totally satu perubahan yang sungguh menyeksakan. Al-Fatihah buat ayah tercinta. Moga Allah sentiasa memberi kebahagian buat kami sekeluarga, moga kami adik berdik tetap bersatu, tetap bersama, tetap menghormati ibu dan tetap menjaga ibu kat kampung walau ada golongan yang begitu ingin melihat keluarga kami berpecah belah, terlalu ingin melihat kami adik beradik membiarkan ibu keseorangan di kampung. tahukah kamu yang kami adik beradik telah berjanji untuk bersama menjaga ibu dan adik kat kampung, tahukah bagaimana perasaan kami yang kehilangan secara tiba-tiba kasih seorang ayah. tidak sempat kami menjaga ayah. peluang untuk menjaga ibu kami tidak ingin persiakan.

dah kelain dah aku ni...sensitif makcik benda2 macam ni....

pagi tadi sahur dengan abah. memang simple sangat. dan aku ni tak sukalah masak2 awal sebelum tidur rasa tak sedap. nasik dan lauk biasanya aku masak pukul 4 pagi dan dalam jam 5 pagi aku akan kejutkan abah buatkan air untuk dia kemudian ngap. kekadang kejutkan abah,ain yang bangun so kami bertiga akan sahur bersama-sama. kalau time sahur aku paling suka makan sambal kering ikan bilis ataupun serunding (mahal ler bende ni). baru satu hari posa dah duk fikir apa yang aku nak masak untuk berbukak. dalam peti cuma ada ayam dan udang...
rumah akat atas aku ni napolah time tengah hari ni duk bunyi lesung kung kang kung kang...macam bukan bulan pose je..maybe masak untuk anak kot????Ain nanti aku bagi telur rebus dan nasik letak kicap. makanan yang yang paling ain suka iaitu kicap..makan apa2pun asyik mintak kicap hinggakan kat umah baby sitter dia aku tak bagitau sangat ain suka makan kicap takut dia duk bagi ain makan tu je hari2 ...adalah terserempak ain duk makan nasi telur kicap tapi yang tu lah dia makan penuh berselera....kalau tak tak nak makan apa-apa kecuali susu.

****gaji abah blum masuk lagi ni.....

No comments: