Sunday, August 16, 2009

Moga Abah tak ulangi kesilapan itu

ibu harapkan abah tidak akan mengulangi kesilapan yang abah lakukan minggu lepas. ibu tak akan ceritakan kesilapan itu di sini cukuplah dengan permintaan ibu agar abah tidak mengulanginya kerana kesilapan yang kunun-kununnya sebagai mengisi masa senggang dan masa lepak dan masa berjauhan dengan anak isteri boleh menganggu keharmonian kita sekeluarga. bukan kerana ibu ini sensisitif tak tentu pasal tapi bagi ibu memang wajar ibu melatah agar abah sedar akan kesilapan itu boleh mengundang musibah yang sungguh besar dan ibu sentiasa berdoa agar Allah menjauhi keluarga kita dari semua itu.

walaupun ibu menerima kesilapan itu dan memaafkan abah tapi hati ibu tetap terluka dan sukar untuk ibu lupakan kesilapan abah buat kali ini. ibu harap abah mengerti dan bersikap jujur dan jangan menganggap ia sesuatu yang
" TIDAK ADA APA-APALAH IBU. NI BUKAN KEJE ABAH SEORANG TAPI KAWAN-KAWAN ABAH. KAMI SENGAJA NAK MENYAKAT"
benda-benda macam ni bagi ibu tidak sewajaarnya abah lakukan. kerana dari main-main itulah ramai yang terjerat dan sukar untuk berpatah balik.dan satu lagi abah kena ingatkan Allah memberikan abah rezeki yang baik untuk menguji abah. usahlah abah cepat melatah dan melupai saat sukar kita bersama 10 tahun yang lalu.

sama-samalah kita tidak melupai saat susah senang kita bersama, bertatih dalam membina hidup kita sendiri, merencana hidup kita dan yang pasti hidup kita bukanlah terus mengecapi kesenangan tetapi kita bertatih perlahan-lahan dan sentiasa mendoakan agar hidup kita sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki yang elok
.


No comments: