lauk pauk dalam peti semua dah kehabisan kecuali telur je. petang ni dah rancang dengan abah ain untuk ke carefour beli barang sikit. bila dah ke sana petang2 mana nak sempat nak masak. singgah kat PARAM putrajaya itupun abahnya sorang pegi beli, aku dan ain lebih bahagia duk diam2 dalam kete. tak ada apa yang aku nak order sebab dah kenyang..ha..ha..ha. lagipun aku duk melatak ais krim ain yang tinggi menggunung. terpaksalah makan jugak sebab dah nak meleleh dalam kete. ** nyaris kete aku tercuim bontot kete kat depan tadi...sakit kaki aku duk membrek.....memang dalam hati aku duk tunggu dengar berdentum je. Syukur sangat tak ada apa2. abah ainlah suka follow kete dekat2 and asyik nak tekan minyak. kalau naik kete asyik berbalah dengan abahnya sebab2 benda macam ni lah...tak gemar betullah. kenapalah lelaki ni tak nak beringat sebelum kena. kalau ditakdirkan tercium tadi..melayang duit jawabnya..kete sendiripun sure kemek ke pecah ke....ingat murahke. satu lagi anak kat belakang tadi tersungkur ke apa???? benci sesangat....benda2 macam nilah aku sentiasa berdoa mintak dijauhkan. Moga Allah melindungi kami sekeluarga.
aku duk tunggu dalam kete tak lamapun. kul 6.30 baru sampai umah. AIn terus pasang CD yang di beli di carefour. dua CD RM 30. tak pernah2 kami beli CD rege tu biasanya RM5 je. kes memujuk ain yang menangis tak nak ikut pegi carefour kerana nak tengok kartun kat rumah. meraung2 sampai termuntah2. last abah dia pukul kat mulut dan tanpa sedar bibir ain berdarah mungkin terketik gigi. aku nak marah betul dengan abahnya. berapa kali nak cakap kalau nak pukul anak pukul dekat bontot sahaja jangan nak pukul tempat2 lain. orang-orang tua yang pesan. tengoklah ada benarnya kenapa orang tua pesan bende macam tu. mungkin tanpa sedar kita terpukul tempat2 yang boleh memudaratkanke.
abahnya mungkin tak sengaja. diam je bila aku cakap mulut ain berdarah. aku pulak jenis mudah menangis kalau aku tengok ain dimarah oleh abah dia. rasa kecik hati pulak kalau ain dimarah2 oleh abahnya. peliknya kalau aku yang marah tak apa pulak....sampai kat carefour abah dia belai ain bukan main lagi. cakap lemah lembut, asyik usap rambut ain, pantang apa yang ain nak dia belikan. rasa bersalahlah tu.
abahnya makan berbukak tadi..nasi kerabu yang tak sedap. makan kuis2 tanpa selera. tapi habis jugak..abah ain mana pernah tak habis makan walau tak sedap macam manapun dia tetap habiskan.
Tuesday, August 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment